Monday, May 25, 2009

Kisah Empat Sekawan..3 Orang cantik, Sorang Gemok..

Kisah ni diadaptasikan daripada kisah benar. Kisahnya begini.........

Ada sekumpulan pelajar yang pernah menuntut di salah sebuah university tempatan. Geng ni terdiri daripada 4 orang gegirl iaitu Piah, Odah, Cici dan Ayu. 3 orang cantik dan sorang lagi gemok. Tapi cute. Geng gegirl ni boleh dikatakan top kat kampus. Sebut je nama geng ni, mesti orang tau, mesti orang kenal. Dorang terkenal pon sbb cantik.

Tapi yang bagusnya geng ni, dorang tak penah rasa meninggi diri ke or nak kondemkan orang yang kurang daripada mereka. Dorang layan semua org dengan saksama. Ayu (gadis Gemok) tu memang selesa kawan ngan dorang. Biasalah klo kat kampus. Mesti ada je jejaka yang kita attack utk jadikan bahan 'cuci mata' kan?? Dorang ada minat seorang lelaki ni. Lelaki ni memang agak terkenal kerana kepandaian dan kehensemannya. Ramai gila budak2 pompuan yang tergila2kan dia termasukla geng gegirl ni tadi.

Piah, Odah dan Cici memang tergedik2 bila nampak budak lelaki ni. Mcm Aaron aziz katanya. Tapi Ayu hanya minat dalam diam sahaja kerana dia rasa rendah diri dan sedar dimana kedudukannya berbanding teman2nya yang lain. Satu hari tu, geng gegirl bertembung dengan lelaki idaman mereka dan menegurnya. Lelaki ini melayan mereka seperti biasa kerana mereka merupakan 'classmate'. Setiap kali mereka berborak, Ayu mesti tak banyak cakap. Hanya lebih byk berdiam diri dan melayan perasaan sendiri tetapi dia tak perasan dan tak tahu bahawa dia selalu menjadi perhatian seseorang.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun mereka bersama. Berlumba2 untuk menuju ke pucak menara gading. Akhirnya mereka berjaya mendapat segulung ijazah dengan cemerlang. Selepas graduation day, mereka terputus hubungan. Selepas setahun kemudian, Odah dan Piah merancang untuk mengadakan reunion di genting.

Semasa di sana, semua kelihatan vouge dan ranggi dengan gaya masing2 termasuk Ayu and the geng. Semasa berkumpul utk menyantap makanan yang enak, ada sesuatu yang berlaku. Lelaki idaman mereka ingin mengumumkan sesuatu kepada mereka smua. Dalam keadaan yang mendebarkan, Lelaki itu menyatakan hasratnya utk berkahwin. Terperanjat berok smua terutama geng gegirl. Ayu mendengarnya dengan rileks dan dlm masa yang sama, mukanya berubah menjadi gugup. Semua tertanya2, sapakah gerangannya?? Siapakah lelaki yang bertuah itu??

Lelaki itu menyebut nama wanita yang berjaya menawan hatinya. Selepas pengumuman, smua terdiam dan bagaikan tidak percaya. Beberapa minit kemudian, Odah, Piah dan Cici terus memeluk Ayu. Mereka menangis. Bukan kerana sedih, tetapi mereka menangis kerana gembira. Nama yang di sebut oleh lelaki itu adalah "AYU"..

Lelaki itu meneruskan ceritanya mengapa dia memilih ayu sebagai teman hidupnya. Rupa2nya selama ini lelaki itu memang selalu memerhatikan setiap gerak-geri ayu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dia seolah2 ingin mengetahui dan mengenali kehidupan gadis ini dengan lebih dalam. Hatinya mula terpaut apabila menyedari bahawa gadis ini mempunyai hati yang suci.

Ayu tidak menyedari bahawa tindakannya membawa makanan untuk 'makcik tukang kebun' di kampusnya telah membuatkan lelaki ini menyukainya dalam diam. Selama ini Ayu memang rajin membeli (belanja) mcik tukang kebun nasi bungkus. Klo dia tak cukup duit sekalipon, dia tetap akan membawa sekurang2nya satu ketul kueh utk mcik ni makan. Menurut cerita daripada geng gegirl, Ayu berasa simpati melihat seorang mcik dengan keadaan yang berpeluh2 membanting tulang utk mencari rezeki. Jadi, dia memang dah membuat keputusan ingin mngurangkan sedikit beban mcik tu dengan memberi mknan.

Kasih sayang dan keikhlasan hatinya kini dibalas dengan penuh hikmah kerana dikurniakan lelaki yang sempurna di mata wanita2. (Lengkap dari segi agama, paras rupa, kepandaian dan kekaya)..

Kini, Ayu dan Lelaki idaman ( Amar Mujahid ) akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.

Happy ending kan???

Thursday, May 21, 2009

Senangnya Nak Beli Barangan Keselamatan/Keperluan...??!!

Aku ada satu kes yang aku nak kongsi ngan korang semua. Aku nak mulakan cerita ini..................

Ahad aritu aku ngan family pi TESCO (walaupon kena boikot tp aky tetap beli sbb tu yg paling dekat dr umah aku) utk beli barangan dapur. Nak ikutkan hati aku ni memang malas nak join pi beli barang. Tetiba baru aku ingat yang bedak aku dah abis. Baik aku ikut. Atleast klo pi ngan family aku, ayah aku ada untuk 'tolong' bayarkan. Heheh... Tgh2 bulan macam ni terpaksalah aku minta pertolongan.

Lepas aku dah amik bedak semua, aku pi tempat letaknya 'yogurt'. Aku terpaksa beli yogurt kerana aku TERPAKSA makan sb aku tengah mengerah tenaga utk kuruskan badan aku yang makin naik ni. Risau tul aku. Sekarang time kitorang bayar. Aku pi kaunter yang ke-3. Rileks2 tunggu turn, skali aku terpikir nak beli gula2 plak. Yela.. Klo aku lapar leh aku makan gula2 tu. Takdela aku nk terpikir makan yang berat2. Kan slalu klo korang pi supermarket, sebelum nak bayar tu mesti ada 'rag' yang ada jual gula2, coklat and etc. so, aku nak pilih gula2 mint utk kasegaran nafas la kononnya.

Adik aku pon pilih sama ni. Jap lagi, pilih punya pilih aku terperasan gula2 dalam kotak. Adik aku tengah pegang. Aku tanya adik aku " ko nak beli gula2 apa?".... "Ntah. Ewan pon tak tau". Aku rampasla gula2 yang dalam kotak tu dari adik aku. Jap lagi korang nk tau apa??

KONDOM!!! Korang bayangkan. Ada ke jual kondom dengan meletakkannya disebelah gula2? Siap ada perisa lagi. Siot betol. Jenamanya aku tak pasti. Yang aku sempat baca dia tulis 'FIT'.. Lagi apa ntah...

Ishh.. Ishhh.. Sepatutnya benda2 mcm tu tak bolehlah jual ditempat2 sebegitu. Mudahnya utk orang membeli. Perkara2 mcm ni jugak mcm menggalakkan orang utk membelinya..

Sampai aku confuse sama ada 'benda' ni keperluan or keselamatan???
Fuuuhhhhhhhhh......

Friday, May 15, 2009

Benda2 dan peristiwa2 yang buat aku takut dan fobia

Banyak weh... Memang banyak benda dan peristiwa yang berlaku ke atas diriku ini. Huhuhu... Disebabkan benda2 ni, aku jadi penakut sehingga bleh buat orang berkata, " ishhh.. badan je besar, tapi penakut". Tapi bukan kupinta utk jadi penakut. Seriusss!!




  • Kucing.

Peristiwa ni berlaku masa aku tgh syok dok lepak ngan member baik aku, si giha. Masa tu kitorang lepak kat depan umah giha. Petang2 aku memang slalu lepak kat boyan. Nak amik angin petang. Time2 tgh syok borak, tetiba aku dengar bunyi kucing. Mula2 sekor. Tetiba jadi 2 ekor. Hah... sah. Ni mesti kes gaduh ni. Jap lagi, tak sampai brapa second. Si kucing 2 ekor tu terkam aku ngan giha. Kitorang yang dok kat boyan tu memang confirm la tak dapt nak larikan diri. Kira time tu aku redha je ke hadrat Ilahi. Masa kucing tu terkam, aku punya la terperanjat berok sampai aku jerit mcm orang kena histeria. Kucing tu bukannya nak buat apa2 kat aku ke nak cakar aku ke, tidak. Dia just nak lalu je. Cuma dia lalu salah tempat. Disebabkan dia nak lalu dengan pantas la yang buat aku tak brani lagi nak dekat ngan kucing. Kesian kucing2 yang lain sebab dorang tak dpt belaian dari aku.



  • Air laut

Masa tu aku pi bercuti ngan family blah ibu aku. Aku tak ingatla pi mana masa tu. Kalau tak silap aku, pi tanjung bidara kot. Aku turun ke laut dengan akak aku and pak lang aku. Time tu ombak biasa je. Takde la tinggi ke atau bergelora lebih. Tapi entah mcmana tengah syok2 mandi, tetiba kaki aku tak dapat nak cecah pasir. Udahh.. Gawat. Aku dah cuak ni. Aku try tuk bertenang tapi aku memang tak dapat nak cecah pasir. Aku pon Cepat2 capai tangan akak aku. Aku pikirkan selamat la klo dapat pegang tangan dia. Tetiba dia pon sama mcm nak lemas. Lagi teruk dari aku. Disebabkan aku pegang tangan dia, bebanan semakin berat. Dia tetiba mcm nak tenggelam dan kejap2 tenggelam timbul. Bila jadi mcm tu, aku lagi la bertambah panik dan terkapai2 mintak tolong. Aku panggil pak lang aku. Dia slumber je tgk aku dengan akak aku. Weehhh.. kitorang dah nak lemas ni dowh!! Ingat kitorang tgh main 'baywacth2' ke??? Bila dia dengar suara aku panggil nama dia sambil tertelan air masin tu, baru la dia gapai kitorang. Alaa.. tak jauh pon. Dia dok depan aku je. Masa dia slamatkan, aku rasa lega sangat. Ye yeahh.. aku masih hidup. Alhamdullillah.. Aku terus naik ke darat. Masa naik darat tu, aku terus tanya akak aku. Asal ko tadi? Akak aku cakap kaki dia mcm kena tarik. Pastu tetiba je tak dpat cecah pasir. Hmm... Kira sama kes ngan aku laaa....



  • Angsa

Peristiwa ni berlaku masa aku kat kampung. Aku ngan cousin aku nak pi kedai ' tok sentul' nak beli kicap utk buat 'kicap gula cili padi'. Tuk cecah dengan mangga.. Fuhh.. Meleleh air liur aku seh. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah, kitorang kena lalu depan umah 'cik zizah'. Kat umah dia tu memang ada banyak angsa. Bukan angsa kecik2. Angsa yang dia bela tu lebih besar daripada kitorang. Time tu umur aku brapa je john. Dalam 7 tahun kot tak silap aku. Sampai je depan umah dia, kitorg dikejar oleh angsa2 tersebut. Peehh.. Time tu baru la aku tau bakat aku dalam olahraga. Memang terserlah. Aku lari selaju mungkin dan untuk tidak membuatkan kelajuan aku terjejas, aku campak kicap yang aku beli tadi. Aku dah tak kisah dah nenek aku nak marah aku ke apa ke, lantak la.. Bila aku dah berjaya selamatkan diri, aku rasa mcm lega sangat tapi aku mcm tertinggal sesuatu. Ya ampunnn...!! Cousin aku!!!!!!! Aku patah balik utk dapatkan cousin aku. Jap lagi aku nampak dia dari jauh tgh bersungguh2 berlari sekuat mungkin. Dia tertinggal skejap sbb dia tak dapat nak selamatkan diri dengan angsa yang sekor tu. Dia kena patuk kat bontot dia. Lepas kena patuk, dia terus kumpulkan tenaga lari selamatkan diri. . Akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Ingatkan lega. Rupanya tak selamat bila berada dalam rumah sebab kena 'peluru berpandu' yang memang tak dpat nak elak dari nenek aku sbb pi kedai tapi tiada apa yang aku beli. Duit tetap abis. Bila aku citer yang aku campakkan kicap tu, nenk aku tak percaya. Apa laa.. Ingat aku nak buat ujibakat 'anak wayang' kat astro ke? Tapi klo aki borak2 ngan cousin tu, dia mesti ungkit benda yang sama. 'Ko ni memang cousin yang always selfish!!'. Heheheee... sbb aku tinggalkan dia tanpa menghiraukan keselamatan dia.... Sori my dear...

  • Ikan Bilis.

Ikan bilis. Peerrghh.. Dulu makan benda ni la yang paling aku suka. Dulukan, nenek aku memang suka goreng ikan bilis. Pastu hidangkan nasi yang panas. Aku just makan tu je ngan kicap sebelum gi ngaji. Klo nak siang ikan bilis tu, bagi la job tu kat aku. Aku buat keje tu dengan bersungguh2 dan penuh dengan keikhlasan. Lepas buang taik ikan tu, terus aku masukkan ke dalam mulut aku tanpa dibasuh. Hehehe... Tu pasal antibody aku kuat leyy... Huhu.. Tapi ada satu hari tu, ikan tu telah membuat aku merana selama seminggu. Mana taknya, tengah syok2 mkn benda tu, tetiba ikan tu terselit kat gigit graham aku. Waaahh.. punya la sakit!! Memang melekat terus ke gusi. Aku try korek2 tp stil tersekat. Aku pon satu. Camner aku leh lupa yang gigi aku ni jarang dan mudah masuk sisa makanan??! Sengal tul. Dah seminggu tu, aku btol2 tak tahan sbb aku rasa mcm dh bengkak besar. Last2, aku dibawa ke klinik. Nasib baik tak kena bedah ko... Klo tak.. Fuhh.. Semenjak kes tu, aku tak berani nak makan. Bila tengok ikan bilis, tekak aku automatik kembang secara semulajadi.. Kira ok la tu... Terpaksa aku cari altenatif lain utk mkn benda2 yg berprotein tinggi......

Apa lagi ek yang aku tak suka??! Tak ingat la. Lain kali la aku citer klo aku dah ingat nnt...

Thursday, May 14, 2009

Hanya Kerana Pernah Bekerja Di 'KFC'

Bln lepas opis aku ada buat pemilihan utk 'budak2 training' yang baru. Training utk 'chemical engineer'. So, admin aku pon bagi la 4 keping 'resume' utk Dr. Teo tgk dan memilihnya.

Nak diikutkan, Dr. Teo hanya ingin memilih 2 orang shj yang layak utk training kat company aku ni. Nak dipendekkan cerita, Dr. teo nak memilih orang yang mempunyai latar belakang yang baik dan menarik utk diterima training kt Marutech ni.

Pelajar yang pertama ni, dia mempunyai agrd yang bagus. >3.5... So, Dr. Teo pilih 'mamat' yang pertama. Yang kedua plak, agrd <3.5 tapi mempunya result SPM yang bagus. Yang ketiga plak, dia ni sama kes dengan mamat yang kedua tu. Cuma agrd dia kurang skit jer. Yang keempat plak, mempunyai spm yang kurang baik tapi mempunyai agrd yang baik.

Jadi, nak dijadikan cerita hanya tinggal satu je tempat kosong utk diisi. Sekarang semua keputusan ada dlm tangan Dr. Teo. Dia mesti pandai memlilih siapa yang harus training kat tmpat ni.

Pilih punya pilih, dia ckp amik 3 orang. Yang sorang lagi reject. Admin aku tanya la, napa budak (mamat yang ke-4) ni kena reject. Nak tau Dr. Teo jawab apa? Saya tak mau amik dia kerana dia penah keje kat 'KFC'..!!!!

What?? Tak masuk dek akal. Hanya kerana dia penah keje kat KFC, budak tu di reject mentah²?? Kesian tul...

Bila aku dengar berita tu, otak aku mula la berikir yang nggak-nngak... Apalah perkara yang penah berlaku pada Dr. Teo sehinggakan dia tak mahu menerima budak tu?? Adakah dia penah tersimbah dengan air coke kat KFC? Kena makan 'ayam KFC' sampai muntah?

Aku confuse.....

Akhirnya, nasib budak tu menyebelahi dia. Tetiba Dr. Teo mengubah fikiran dan mengambil budak tu training kat sini. Hmmm.. Semua dapat. Bila semua dapat training kat Marutech ni, baru best. Yang bestnyer, dapatla aku cuci mata everyday. Kira environment yang baru..

Baru tak lenguh mata ni.... Yaaahhooo......................

Monday, May 11, 2009

Manusia Akan Jadi Budak² Walaupon Dah Tua.... Serius!!

Memang lumrah kita sebagai manusia yang tak penah lari dengan sifat kebudak-budakan/jadi budak.. Mungkin kita tak perasan sebab kita perasan yang kita ni dah cukup dewasa bagi mereka yang tidak berpandangan jauh. Bagi mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang paling tinggi pon belom tentu mereka tu 'perfect' dari segala hal. Adakah anda terfikir??? Pasti tidak....

Umur 1-13 tahun.
Time ni memang time untuk mengelinjat lebih. Memang tak ingat dunia. Tapi bagi lingkungan umur yang mcm gini, memang dimaafkan kerana umur ni masih lagi dalam golongan kanak2. kira masih layak tuk masuk rancangan 'tom tombak'...
Masa umur 5 tahunUmur 1 tahun

Umur 14-17 tahun.
Ni plak golongan remaja mentah. Masih mempunya sifat kebudak-budakan kerana masih lagi teringin nak manja ngan parent. Lagipon umor mcm ni tak leh lagi nak pi mana2 without pengetahuan parent. Masih dibawah pengawasan sepenuhnya. Nak beli mainan pon kira boleh lagi.


Umur 18-25 tahun.
Dah dikira remaja matang. Time umur mcm ni dah rasa bebas skit sb dah abis skola. Tapi time ni la time mereka utk membentuk kehidupan baru dan long journey. Time ni la kita leh tau nak masuk University ke, menganggur ke, keje kilang ke, keje engineer ke, cikgu ke and etc. Tapi bila masa golongon umr cmni nak jadi budak2?? Haa.. umo cmni memang time umur untuk bercinta bagai nak rak. Time tu la time dimana mereka akan jadi budak2 tuk pujuk parent ke, nak suruh borpren beli kasut ke... Kadang2 lebih over plak. Apatah lagi time merajuk... Hhmmm....

Umur 18-25 tahun

Umur 26-50 tahun.
Umur mcm ni pulak memang time orang berlumba2 mencari sesuatu utk memenuhi keperluan dan kehendak hdup utk melengkapi senarai kehidupan masing2. Yang pertama skali, umur lingkungan ini berlumba2 utk mendirikan masjid. Mendirikan rumahtangga. Masing2 sibuk kumpul duit utk kawin. Mcm budak2 gak. Budak2 kumpul duit belanja skola utk beli TORA... Bagi mereka yang sudah berkawin, mereka akan bertukar sifat kebudak-budakan bila time merajuk. Mesti nak dipujuk... Merengek bila nak dibelai.. Manja bagaikan kanak2 kecil utk mendapatkan perhatian dan perlindungan dari pasangan. Time gini la bagi sang suami mendapat layanan seperti ibu melayan anak. Baju dibasuh, makanan dihidang. Malah ada pasangan tu kadang2 bersuap2 time makan bagai anak kecil. Hebatkan??? Umur 50 tahun ke atas.Di usia emas ni, mcm perubahan berlaku. Antibody semakin berkurangan. Mudah dapat penyakit. Dah kembali seperti kanak2. Orang tua tak leh nak makan gula lebih sbb takut kencing manis. Mcm budak gak. Dilarang mkn gula sbb takut gigi rosak. Orang tua pon sama. Gigi makin rongak. Bagi warga emas yang lebih tua pulak, badan dah makin bongkok, ingatan makin kurang. Dah tak bleh nak berjalan sbb kaki tak kuar. Dok atas kerusi roda. Bila tak larat nak pi tandas, kencing sepah2. Anak2 bagi si tua ni pakai lampin. Bukankah seperti anak kecil???
Comel nenek ni...Apa jua bangsa, dia tetap nenek.



Hidup ini adalah satu kitaran yang dalam sedar tak sedar, kita semakin jauh ditinggal usia. Jangan kita rasa kita hebat dikalangan rakan2 kita. Jangan kita rasa kita paling hebat dikalangan orang sekeliling kita. Sentiasalah kita beringat bahawa hidup ini sementara. Jgn menghina, mencaci, memandang rendah pada orang yang lebih kecik dr kita, lebih muda dari kita, kurang pandai dari kita kerana kitaran hidup kita seperti roda yang akan kembali ke bentuk yang sama walaupon dalam situasi yang berlainan. Sama2 kita jaga diri, ibubapa yang merupakan orang yang paling byk berkorban utk kita, fmily yang lain dan hormat dengan orang yang ada dsekeliling kita selagi orang tak buat taik kat kita. Ingattt!!! Sebanyak mana kita benci, kita kutuk, kita hina, kita memaki, sebanyak itulah yang kita daat dari orang lain. Aku mengingat diri aku jugak sbb aku tergolong daripada golongan orang2 yang leka dengan kehebatan diri sendiri. Tapi aku mula sedar dan aku ingin 'anjakan paradigma seiring visi'.... Hebat sungguh kejadian Tuhan!!!







Friday, May 8, 2009

Kerana Air, Lidah Binasa

"Aduhh... Report blom siap!!! Arrgghhh.... Kang tak pasal2 mengamuk org tua tu kang. Mamat tu bukannya bleh bertolak ansur. Tak boleh berdiskusi. Apatah lagi klo tengah mood tak baik. Lagi hampeh. Risau la aku. Alamakkk!! Ada lagi yang aku blom siapkan. Weehh.. Giler ar.."

Inilah keadaan aku setiap hari². Hari2 pikir pasal keje. Hari2 rasa keje tak bleh nak siap. Hari2 rasa keje ni bleh buat aku jadi giler. Ntahla....

Tapi peristiwa tadi telah membuktikan bahawa terlalu memikirkan keje bleh buat kita jadi serba tak kena. Huhuhuuu... Jam dinding depan aku ni dah menunjukkan pukul 10am. So, aku memang dah get ready. Memang dah tak sabar nak mentedarah dah. Lapar giler plak arini. Dah sanpai cafe, aku pon pi la amik beehoon+telur goreng+tempe. Pastu aku order air teh 'o' limau SUAM...

Makan dengan tenang sambil ditemani dengan geng2 gegurls... Air yang aku order pon sampai. Aku nak kena makan laju2 ni. Nak antar report sblom tjadi benda2 yang tak diingini berlaku. Bruupp.. Alhamdulillah.. syukur nikmat. Ehh.. Air tak minum lagi. Slluurrrpp... Jap lagi......Auucchhhh!!!!... Lidah akuuuuuuu!!!! Menggelupor wehh... Aku rasa tadi aku order teh 'o' limau SUAM.. Tapi kenapa...........??? Melecur lidah aku dowh.. Otak aku plak memang dah set yang air tu memang air suam. Tetiba brader ni bagi aku teh panas... aarrgghh.. Menyesal aku kerana tak bersabar. Disebabkan aku nak kejar masa, aku takde masa nak tiup air tu bagi sejuk. Disebabkan air yang brader yg mempunyai 2GB memory tu dah membinasakan deria rasa aku tuk 1 hari.

Aku kecewa btol sbb segala makanan yang aku makan arini mcm tak rasa apa sebab lidah aku dah melecettttttttttt............!!!!


Thursday, May 7, 2009

Aku Nak Beli Jugak...




Alamak aii... Hati aku semakin tak tenang dibuatnya. Asal ni?? Takkan benda² tu pon leh buat aku rasa tak tenang? Huhuu.. Sebenarnya aku ada benda yang aku nak beli dan aku harap aku dapat memilikinya tanpa rasa kepapaan.. Yela. Benda yang aku nak bli ni mahal seh. Dengan sikap aku yang jarang nak menyimpan ni, agak mustahil aku untuk memilikinya dengan kadar yang cepat.

Sebenarnya aku nak beli handphone and camera. Mesti korang cakap 'takkan la benda tu pon aku tak mampu beli??'.. Weehhh.. Bukan calang2 harganya wehh... Aku dah start menabung. Aku dah siap beli tabung 'bear gedek' lagi. hehe....

Barang yang pertama adalah 'HANDPHONE iPOD 3G'..
Barang yang kedua plak, aku nak bli camera and lens 18-200mm VR.

Sebenarnya aku dlu memang susah btol nak kuarkan duit utk berbelanja. Kira tangkai jering la. Bukan tangkai jering je. Segala tangkai laa.. Wakakahhh.. Time tu aku memang loaded seh.. Yela. Duit tak kemana. Ntah mcmana aku telah dicemarkan oleh pengaruh2 yang tak elok dari kakak aku. Dia memang kaki shoping. Aku rasa mcm syok plak tgk dia bli mcm2. Tup Tup.. aku pun trikut. Yang jd mslhnya, akak aku ada budget dia sndri. Yang aku plak tlebih budget. Budget ikut sesedap hati aku je. Kan dah.. Skrg sapa yang susah? Aku gak. Sekarang aku dh serik. Aku nak mulakan sikap aku yang dlu. Sbnarnya tak baik klo kita kedekut tp sbnarnya memang ada kebaikan disebaliknya.
Hmm.. aku tetap risau. Nak tau napa? Aku takut kumpul lama2, benda yang aku nak bli tu pon dah basi.. Waahhh.. bengang gile. Dah tak best sbb ramai yang dh pakai atau bli. Aku je baru nak thegeh2 nak beli.... Huuwwaa... Takpelah. Aku tak kesah. Wpon lambat, tp aku tetap nk bli. aku ttp nak 'benda2' ni jd milik aku.

Yaaaaaaaaaaa... Harus semangat!!!!!!!!

Monday, May 4, 2009

Takde maknanya nak kongsi...

Bab kongsi mengongsi ni mmg bukan style aku. Ntah la. Ibu aku dlu slalu ajar utk bkongsi ngan adik-bradik aku yang lain. Tak kesah la apa barang sekalipon. Tp tak bleh ar. Aku suka klo aku punya sesuatu jadi milik aku sendiri. Sian ibu aku sebab tpaksa mendidik aku yang keras kepala ni.

Tapi aku ada satu citer yang aku akan ingat sampai bila2. Bila ingat balik kes ni, memang aku tak dpt bayangkan betapa buruknya perangai aku. Masa tu aku kat skola tadika. alaahhh.. Klo time tadika tu jangan la korang kata aku ni budak baik. Memang confirm korang penipu. Ada la satu hari tu. Cikgu nak pilih somebody tuk menyanyi ms 'hari penyampaian hadiah'. Cikgu pun beriya2 umumkan bhw petang tu akan ada satu audition utk kami sertai utk pilih suara sapa yang sedap. Nnt leh nyanyi ms hari yang paling bsejarah buat kitorg. Ok.. Aku pon get ready la. Tup tup nama aku naik. Pehhh.. Bangga seh bila cikgu sebut nama aku yang bakal menyanyi time amik hadiah. Aku ingat nama aku sorang je.. Jap lagi cikgu panggil nama sorang lagi. Seingat aku nama budak ni ZAIDAH. Klo tak silap aku ar. Tp aku tak kesah sgtla sb budak yang bakal dgandingkan dengan aku ni memang baik. Aku suka kawan ngan dia. So, aku maafkan. Tapi yang buat aku takleh nak trima dia jd partner aku sbb ms latihan dia dh buat taik. Bukan apa, aku ni kan kira buat latihan dengan profesional. Tetiba aku naik angin sbb bila dia bukak mulot je dah leh buat aku hilang mood. Makk aii.. suara dia tak bleh blah. Tak sedap siot. Tapi disebabkan dia baik, aku tetap suka. Cuma muka aku berubah and jadi tak ikhlas la jadinya (tetap tak suka la tu!!) ngeee~

Sampai la hari yang dinanti2kan. Aku dengan baju kuning diraja dah siap sedia utk menaiki pentas. Aku kena amik hadiah dlu baru turn aku nyanyi. Kebetulan aku dapat tmpat pertama dlm kelas time tu. Diikuti dengan zaidah yg dpt no.2. Tu sbb aku kena nyanyi ngan dia. Kira persembahan dari pelajar cemerlang ( eehhwaaahh.. perasan lak aku)

Skrg berkumandanglah lagu 'janji manismu-aishah'. Aku dengan penuh perasaannya menyumbangkan suara yang merdu ini dengan semangat dan begitu juga zaidah yang menyumbangkan lagu dengan suara yang memang sedia sumbang (isshh.. jahatnya aku. wakakahh) Jap lagi aku kena kongsi mic. Waahh.. Ni yang buat aku benci nih. Dah la kongsi lagu. Kena kongsi mic lagi. Aku pon tpaksa la pegang mic dan arahkan mic tu dok tgh2 antara kitorg supaya ke2-2 suara kitorg dpt dengar.

Ehh..lagu aishah ni panjang. Naik lenguh ketiak aku dok pegang mic tu. Apa lagi, dengan secara tak sengajanya, tetiba je mic tu leh menuju ke arah mulut aku sorang. Kesian zaidah. Suara dia terus tenggelam. Alaa..Sori la zaidah oii... Tapi serius time tu memang aku tak perasaan. Tgk la.. Dalam keadaan secara tak sengaja pon bleh buat aku tak nak berkongsi. Apa ntah lagi time aku sedar..

Apapon, aku ttp tak leh kongsi dengan apa saja benda yang jd milik aku tp tgk situasi. Klo terpaksa, aku tpaksa gak la redha sb segalanya dlm dunia ni kita tetap kena kongsi. Kena kongsi ibu, kongsi ayah, kongsi kakak, kongsi adik tapi.. aaaiiipppp.. jgn nk kongsi bf/suami. Klo aku dpt tau, abis laa..!!!

Ni la yang dikatakan sahabat...

Hmm.... dah lama aku tak update blog. Bukan apa. Aku bz giler melayan perasaan dengan keje yang makin menimbun. Apa pon, aku tetap takkan lupakan masa utk mengabiskan duit.. hehe. Maklumlah baru dapat gaji. So, its time tu beli apa yang patut. Aku pi IKEA tuk temankan my sis pi bli cabinet utk bilik dia. nak makeover katanya. So, aku ngan ibu aku ikutkan jela. Kena bawa ibu aku sb dia kan 'interior designer'. Klo tak, mcmana nk matchingkan barang yg kitorg bli kan?? Kitorg gerak dalam tghari ms tu sb pg2 aku pi gunting rambut. Aku dah tak tahan dengan rambut aku yang rosak ni!! (tension tahap critical).. nak pilih barang2 punya la lama kat IKEA tu. Naik kematu la gak kaki aku. Nasib baik aku pakai kasut yang sepatutnya. Klo tak, rabak gak la kaki aku. Dah bayar tiket smua, aku pun gerak la ke parking keta. Tetiba, aku nmpak one group ni kecoh2 kat tmpat menunggu. Kira group gegirls la. Wahh.. Masing2 tgh memeluk each other to say good bye.


Girl A (Leader) : U, nnt kita jumpa lagi k??... Ummuahhh....

Girl B (berbadan kecik): yaa yaa... Pasti!!

Girl A : Haaa... U plak.. I nak peluk U lama2 'badan si gebu'...

Girl C (berbadan gempal) : Hahhh.. peluklah aku puas2.

Girl D : Weehh.. Aku mesti rindu kat korang...

Girl A : Ok.. Byee u all..... Miss u all... Kita jumpa lagi yaa.. huhu...

Girl D : Ok babies... Kita jumpa lgi this Monday..!!

Waaahhh... Peluk bagai nak giler. Macam takkan jumpa dlm ms 6-10 bln. Rupa2nya nak bpisah dlm 2-3 ari jerk. Memang bestfren 4eva laaa.....

Friday, April 17, 2009

Jangan la nak jadi macam obor² time dating..!!

Semalam akak aku bawa aku pi makan kat restoran Johnny kat JJasco sempena besday aku. Ms aku naik 'eskelator', ada la couple tu kan main mesra lagi depan kitorang. Jap lagi elok2 je turun dr 'eskelator' tu, couple tu td tetiba mcm stuck kat tangga tu. Kitorg ingat gerfren dia tu jatuh. Rupa2nya nak tau apa yang jadi? Skirt gelfren dia tsangkut kat tangga bgerak tu. Waaahh.. gawat!! Pompuan tu muka memang cuak giler. Dia tarik2 skirt dia tp still tsangkut.


Tetiba boyfren dia punya pandai, demi menyelamatkan gelfren dia, dia off kan tangga tu. Peehh... tindakan dia memang bijak. tapi dalam masa yang sama, dia la jantan yang paling bodoh bagi aku. Memang klo dia offkan tangga tu dia akan dpt selamatkan gelfren dia. Tapi tindakan bijak dia tu membahayakan kitorg yang still lagi kat tangga bgerak tu. Korang bayangkan la. Benda tu tgh bergerak. Tetiba berhenti secara mendadak. Issshh... Aku dan semua org yang still kat tangga tu mcm nak terlangkup!!!! Giler nak mampos. Weehh.. macamana kalau org yang paling belakang terlangkup? Aku yang kat depan ni mcmana? Eeeiii.... tak dapat aku bayangkan. Mesti aku cedera parah.

Dalam kepala otak aku time tu memang nak jotos je kepala jantan tu. termasuk gelfren dia skali. Lain kali klo nak dating tu tak payah la nak pakai mcm obor2. Pakai jela sluar. Lagi bebas. Senang nak melangkah. Ni tak. Pakai skirt yang mcm nk menyapu lantai. Geram je aku tgk muka dorang tu. Sabar.. Sabarrr............!!

Saturday, April 11, 2009

Kira kuang ajau punya awek!! Boypren dia pun sama..

Aku cukup bengang bila dengar citer ni. Ntahla.. Rasa mcm langgar pantang pon ada gak. Aku rasa kadang2 orang bcinta ni memang bleh buat kita jadi tak berfikir dengan panjang smpai sanggup korbankan benda2 yang diluar jangkaan......

Gadis: Abg, alangkah bahagianya jika saya dapat melihat dunia ini dengan mata yang sihat. Alangkah bahagianya saya jika saya dapat melihat wajah abg seperti mana abg melihat wajah saya. Alangkah bahagianya saya jika kita dapat mengharungi kisah cinta kita ni bersama sehingga akhir hayat kita... (oppss.. agak jiwang skit part ni)

Boy : InsyaAllah sayang. jika diizinkan Tuhan, sayang akan tetap dapat melihat apa saja yang sayang ingin melihat. Hmmm.. sayang, sudikah sayang menjadi permaisuri hidup abg?

Gadis : Abg tak menyesal dapat isteri mcm Gadis?

Boy : Abg takkan menyesal dan abg akan sentiasa bersama dengan sayang.. Abg janji.

Selang beberapa hari.....

Boy : Sayanggg... Abg ada berita gembira buat sayang. Sayang dah dapat penderma mata yang sesuai buat sayang. Tak lama lagi sayang akan dapat melihat apa yang sayang idamkan..

Gadis : Really?? Alhamdulillah...

2 bulan kemudian........

Gadis : Aduhh... sakitnya mata saya doktor.

Doktor : Buka mata perlahan2 yaa..

Boy : Sayang, sayang dah nampak ke?

Gadis : Maaf, encik ni siapa?

Boy : Ni abg sayang. Bakal suamimu.

Gadis : Abg? Napa abg..... Hmm.. takde apa2 la.

2-3 hari kemudian...

Boy : Sayang, abg rasa dah tiba masa kita kawin. Lagipon sayang dah dapat melihat dan dapat mencapai impian sayangkan?

Gadis : Abg, boleh tak kita bincang sikit?

Boy : Boleh sayang. Apa dia?

Gadis : Sebelum tu Gadis nak minta maaf klo apa yang Gadis bakal cakap ni akan menyakitkan hati abg. Sebenarnya Gadis dah fikir. Gadis rasa gadis dah buat keputusan untuk terpaksa tolak lamaran abg tu..

Boy : Kenapa sayang??

Gadis : Gadis nak minta abg bg Gadis peluang. Yela.. Sebelum ni Gadis tak nampak. Gadis seolah2 tiada pilihan untuk memilih. Jadi, Gadis nak minta jasa baik abg untuk lepaskan Gadis untuk gadis membuat pilihan untuk menentukan hidup Gadis selepas ni. Gadis minta maaf sangat. Abg memang seorang lelaki yang baik. Memang tak dinafikan. Tapi Gadis..... Susah Gadis nak jelaskan. Lepaskan Gadis..

Boy : Sampai hati Gadis buat abg mcm ni. Baik.. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Abg dengan berat hati akan melepaskan Gadis. Abg harap Gadis bahagia dengan pilihan Gadis dan abg berdoa semoga Gadis temui cinta sejati yang boleh mencintai dan berkorban apa saja untuk Gadis. Tapi cuma satu yang abang ingin pinta...

Gadis : Apa dia abg?

Boy : Abg cuma nak minta, tolong jaga 'kedua-dua belah mata' abg dengan baik kerana hanya itu saja pengorbanan yang abg mampu yang buat utk Gadis..

Rupa-rupanya, mata yang ada pada Gadis itu adalah mata Boy yang didermakan kepada Gadis hanya kerana ingin melihat impian Gadis yang dicintai tercapai.

Moral: Kalau aku, aku tak marah sangat dengan si Gadis tu. Tapi aku akan marah giler dengan si Boy sbb kenapa la dia bodoh sangat bagi kedua-dua belah mata dia?? Bagi sebelah je cukup la. Baik sangat. Last2 sapa yang merana?? Janganla kita terlalu taksub dengan sesuatu cinta yang belum pasti menjadi milik kita. Aku juga berdoa mudah2an aku tak terjebak dengan kisah cinta seperti ini. Sungguh kejam bagi aku. Damn it..!!!

Wednesday, April 8, 2009

anak manusia ke anak penguin???


Aku tak paham la.. Pakaikanla budak ni saiz yang sesuai... Kesian aku tgk.. huhu. Siap pakai comin mato laie hah!! Adoiiyaii...


Aku segalanya.....

Hahaha.. Aku la heroin boss aku. Aku seorang pekerja yang hebat.... Yaaa.... Aku la yang bleh buat segalanya. Aku la pekerja yang paling bijak bagi boss aku... " Erfiza, u kan pandai. Ur kapasiti masih boleh muat lagi kan? I know u.."... Shit!! I hate that 'sentences'... AmsterDAMN you!!.... Aku tak payah nk jadi 'student AF7' pon dah bleh jadi 'Qaud'. Aku 'Qaud' smua job. Taikkan????....


1. Aku tukang control OEE bagi "MOLDING"

2. Aku tukang buat 'OBEYA REPORT' untuk "MOLDING"

3. Aku tukang settlekan masalah² yang ada kat "ASSEMBLY"

4. Aku tukang settlekan system² bangang untuk "STORE"

5. Aku tukang cuci 'water filter' klo dah berkerak (ini benda yang paling buat aku bengang)

6. Aku tukang buat 'SOP(Standard Operation Procedure)

7. Aku tukang menjawab ngan customer klo customer tak puas hati ngan barang or delivery

8. Aku tukang buat, control, settlekan 'EFFICIENCY' for smua dept

9. Aku tukang buat air

10. Aku tukang betulkan 'photostat machine'

11. Aku tukang fotostatkan 'management report'

12. Aku tukang hantar 'sample parts' kat company sblah yg merupakan adik-beradik ngan company aku (walaupon pkara ni jarang berlaku, tapi tetap buat aku benci dan tak ikhlas nk buat keje tu!)

13. Ni kerja yang bukan under boss aku iaitu tukang tanam cendawan, petik cendawan, jual cendawan, jual baja ( ni memang keje yang paling aku suka dan enjoy!!! Aku ikhlas melakukannya.)

14. Aku tukang angkat panggilan talipon.


Weehhh.... Ingat aku punya kapasiti 16Gb ke yang bleh upload and simpan banyak?? Jangan salahkan aku klo aku lupa or salah buat benda2 yang bukan kerja aku. " I'm ondaway to be crazy!!". Itu merupakan 'statement' budak2 operator Nepal yang tension dengan keje dorang. Aku pon dah terikut2 cara dorang cakap. Hehe... Isshh... Otak aku dah takleh nk control. Bila 'sereberum, serebelum and mendula oblogata tak bleh nk conbine each other dgn baik, mula la aku punya perangai berubah sedikit demi sedikit. Ketensionan aku menjalankan tugas kat company ni sampai aku:

1. Buat keje sambil menitik air mata (sampai tahap mata aku bengkak2).
2. Buat keje sambil mencarut (adakala sebut 'benda' sndri!)
3. Buat keje sambil sebut " Aku benci Mr. %#$#@"
4. Buat keje sambil tendang2 meja
5. Buat keje sampai tak leh nk jawab talipon sbb aku tau pasti orang yang kol aku tu akan dpt smting iaitu " FREE MAKI"

Senang citer, orang yang ada pHD pon blom tentu dapat buat keje mcmana aku buat. Aku merangkap engineer, general clerk, production clerk, secretary, taukeh cendawan, coffee girl, admin.. Apa lagi yg harus disumbat dlm otak aku ni huh???????????????

Tuesday, March 31, 2009

Sunday, March 29, 2009

60 minit..selamatkan bumi..

Sebelum 28th March 2009.


Hanya memerlukan 60minit untuk saya dan anda semua yang berada di Malaysia, Japan, Perancis, Australia dan tak kira dipelusuk mana sekalipon anda berada untuk memadamkan lampu pada 28th March 2009 bermula pada pukul 8.30pm hingga 9.30pm bagi menyahut dan membantu menyelamatkan bumi tercinta ini daripada berlakunya ‘pemanasan global’ yang semakin serius. Marilah kita beramai2 menyahut seruan dunia. Ayuuuhhhh…!!!!


28th March 2009 8.30pm bermula…


Tigaaa… Duaa… Satuu… ploppp!! (akak aku tutup suis lampu). Waaaahh…. Bangga siot. Bangganya aku. Bangga aku tengok aku and jiran2 tetangga aku smua padamkan lampu. Woooo… macam raikan pesta tanglung aku rasa. Perasaan tu lain seh. Naik bulu roma. Mcm sambut merdeka & happy new year pon ada. Baru la kali ni aku dapat rasakan perpaduan yang ditunjukkan oleh jiran2 aku yang selama ini hanya buat hal masing2. Korang bayangkanlah. Sian ‘Mak Jah tukang urut’ kat depan umah aku ni ha. Dia sampai nak pindah duduk umah flat sbb kejiranan kat sini kurang bergaul. Tapi dengan adanya program2 seperti ini dapat menunjukkan betapa prihatinnya masyarakat di dunia ini terhadap bumi yang semakin tua ini.

Ehhh… alamak! Aku terlupa nk buat sesuatu before padamkan lampu. Adoiyai.. time2 camni, ada gak kejadian yang agak tak best berlaku time2 tutup lampu ni. Bukan apa, aku sanggup tahan kencing beb!! Aduuhh… Naik bengkak la gak aku punya pundi kencing ni. Dah kata takleh nak bukak lampu sampai kul 9.30pm. Terpaksalah mak tahan nyah!! Hehe.. sebenarnya aku tak berani la nk tunai kan hajat time2 golap camni haa..kang tersimbah kat tompek lain lak kang.. haha.

Aku bangga menjadi anak Malaysia!!!
Hidup melayu.. hidup melayu.. hidup melayu..!!
Hidup anak cina dan india juga!!
Tak lupa juga.. hidup anak etnik2 yang lain!!
Tak kiralah merah jambu ke, kelabu taik itik ke,
Yang penting, kita anak Malaysia.

Friday, March 6, 2009

Lembu punya susu, sapi dapat nama...

Huuhhhh.. tak adil. Benci betol.. Pada mulanya aku kurang paham dengan maksud 'peribahasa' tu. Maklumlah. Aku merupakan pelajar paling corot dalam kelas bahasa melayu. Dalam kelas je. Tp time exam, aku dapat mengatasinya dengan baik. Thanks God!! I luv you.. Apa maksud peribahasa ni ya?? Hayatilah situasi ini..............


SITUASI

Ada seorang gadis yang memang minat menyanyi. Dia ni selalu menyanyi dalam biliknya. Kira berlatih la..


Anak:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku, ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku... ( Lagu paling ngetop di indonesia MATAHARI-AGNES MONICA)



Kebetulan time dia nyanyi tu, si IBU tengah masak kat belakang……… Kat blakang bilik si minah ni ada plak orang lalu lalang… Mulalah kejadian itu……




Orang gaji sebelah umah (merupakan minah indon):
Akak.. bleh saya tanya? Akak ke yang nyanyi tadi??


Si ibu dengan terpinga-pinganya menjawab….


Ibu:
Eh, bukan. Bukan akak yang nyanyi. Mungkin radio kot…..

Orang gaji sebelah umah:
Iyala kak. Bukan bunyi radio. Saya dengar deh. Sedap bangat suara akak. Saya pikir suara akak memang unik. Ngaku ajalah kak. Saya ulang-alik lalu sini. Saya pasti dong dari rumah ini.

Ibu:
Oooo… hehe.. ( buat2 sengih mcm kerang busuk). Bukan akak. Bukan akakkkk….


Huwaaa… tu je jawapan si ibu. Rupa2nya si anak ni terdengar perbualan mereka ni. Dalam hati dia punya la kembang kuncup sebab dapat pujian tapi disebalik sudut hatinya, dia agak sedih sbb suara dia yang sedap tapi ibunya yang dapat nama dan pujian. Huhuuuu… Inilah yang dimaksudkan oleh peribahasa tersebut..!!

(Note: Yang aku peliknya, suara sedap mcm minah ni pon tetap tak terpilih tuk jadi calon2 pelajar dalam rancangan reality. Huhhhh!!)

Sama ada bebola daging atau span pinggan mangkuk

Mana satu pilihan anda?? Huhh… Dunia ni dah makin tua. Aku tgk skrg punya musim dah melambak2 kes yang tukar jantina dan tukar “taste” of nafsu. Kadang2 aku naik keliru. Panggilan “kakak” bukan sahaja untuk “gegirl” je. Panggilan ‘abg’ bukan utk boboy je. Camtula. Aku ada 1 kes. Benda ni jadi kat tempat keje aku sndri. Masa tu aku memang membutuhkan somebody to help me angkat barang. X larat aku nak angkat sorang. So, aku pun pandang ar keliling aku. Sat lagi aku terpandang di hujung sudut tu. Ada seorang kakak ni. Aku just Nampak dia dari belakang je. So, aku pikir aku nk minta dia tolong aku la. Aku pon dengan tak segan silunya nak pi tegur dia. Peehhh… wangi betul minah ni. Makin dekat makin sedap bau dia. Tgugat gak ar iman aku ni hah.. Perfume dia bau fresh giler. Wa dah rasa mcm nk peluk dia beb tp wa waras lagi. Takkan aku nk peluk dak pompuan plak kan?? Rambut dia punya la bkilat, lembut dan panjang mengurai… guna jari pon boleh sehh.. aku dengan lembutnya pegang bahu dia. Aku pon panggil la “akak, bleh tak akak tolong saya kejap?”.. skali dia toleh…. “nak angkat apa dik?”…. Oh my God!!! Tkejut berok aku beb bila dia toleh. Aku naik confuse ngan mata aku sndri. Muka cantik beb. Suara dia alamak aiiii…!! Hancusss…. Tp, lantak pi la. Aku tetap mintak dia tolong aku. Cuma aku dh tak panggil dia ‘akak’ dah. Aku tak ckp apa pon ngan dia sbb aku mcm dh serba salah nk pnggil apa. Hmmm.. disebabkan aku confuse ngan mata aku, aku mengambil keputusan utk menguji ‘hamba Allah’ didepan mata aku ni. Tapi dengan cara yang agak drastic laa… otak aku ni kepingin sgt nak tau dia ni lelaki yg nk jdi pompuan ke atau pompuan yang mmg punya suara yang agak garau.. heheh… aku mula lancarkan plan yang ada dlm kepala hotak aku ni. Ms angkat barang tu kan, aku buat2 mcm t’sadung kat depan dia and nak tau apa yang jd?? Dengan pantas aku bpaut pada “bebola daging” dia.. Memang.. memang sahhh!!!.. dia bukanla wanita. Secara zahirnya ia kelihatan seperti bebola daging tetapi secara batinnya ia seperti span pinggan mangkuk!! Hahaha…. Tak ori maaaa….

Wednesday, March 4, 2009

Tolong settlekan benda alah ni...



Huhh… Fed up aku dengan benda ni. Walaupon IQ aku tinggi sekalipon, aku tetap gagal settlekan benda ni daripada kecik sampai aku dah besar. Aarrggghhhh…!! Sebenarnya benda ni ada cara mainnya tapi aku tak tau. Yang membuatkan aku letih bila color biru dah perfect, dah bercantum, color lain plak yang tunggang langgang. Geram sehh.. Ada sesiapa yang pandai main benda alah ni??? Tolong la akuu….

Saturday, February 14, 2009

Themes song for difren Situation

Weeehhh.. korang jangan la nk tipu aku. Aku tau.. Korang mesti ada lagu tema utk orang yang korang sayang kan?? Tak pon lagu tema klo ada sesuatu peristiwa berlaku. Eleleleehh… cubalah jangan nak torak aku. Gini laa.. Biar la aku buat pengakuan. Aku punya lagu tema sebenarnya klo di “burn” kan kat CD, memang mau satu mydin tu aku borong CD tuk masukkan lagu2 aku. Banyak seh… Klo bila aku dengar lagu yang ada kena mengena ngan orang yang aku suka, msti aku teringat kat dia. Oklah oklah.. aku akan bagi senarai nama lagu yang pernah menjadi kegilaan aku. Kebanyakannya lagu2 ni aku khas kan utk orang yang sayang especially lelaki (Nampak sangat aku byk spare b0y..hehe). Lagu-lagu aku ni akan berubah mengikut masa dan keadaan. Dan tak lupa juga musim2 jenis lagu. Contohnya…………..

Lagu pada tahun-tahun berikut:

1999- Lagu yang paling top masa tu lagu ‘mencintaimu- krisdayanti’. Lagu ni aku tujukan khas utk budak skola aku. Masa tu aku ‘form 2’. Aku ada minat kat sorang mamat ni yang kebetulan dia merupakan jiran kepada teman baik aku (mak kawan baik aku ni kira baby sitter aku la). Mamat ni suka sangat main piano. Tiap2 petang dia akan tekan piano dia dengan enak dan merdu. Haa… lagu mencintaimu adalah salah satu favourite dia. Bila dia alunkan lagu tu…. Pehh… Bleh buat aku leka sampai aku terssepit kat tingkap bilik. Heheh… haii.. mana la ko sekarang EHSAN….

2000- Lagu ‘standing in the eyes of the w0rld- ella’. Aku sering nyanyi lagu ni. Bukan apa… aku kena hafal lagu ni sbb ia salah satu activity bagi melayakkan diri utk menyertai kem PBSM. Lama2 aku tsuka. Not bad la lagu tu. Lagipon ia dapat bg semangat kat aku tuk mhadapi PMR..

Tahunnya aku tak ingat 0000- Lagu ‘dealova-once’. Lagu ni jadi lagu tema masa aku bcinta ngan mamat Singapore. Memang angau tahap cipan ar time tu. Tapi lama2 aku rasa bosan ngan dia. Alasan aku utk break ngan dia apa tau?? Nama dia terlalu panjang buat aku (Sheikh izzi eljeffery). Berbeza ngan nama aku yang hanya (erfiza).. heheh.. ok tak reason tu?? Suckkk!!!

Lagu ‘wahai kau cinta- Radja’.. Lagu ni khas utk orang yang aku minat dari dulu sampai sekarang. Aku masih lagi menunggu dan menunggu.. Tak tau kenapa aku leh bagi dia lagu tu. Hmm..aku dah kenal ngan mamat sorang ni dah lama. Lama sangat. Tapi bila dah lama kenal, aku ngan dia mcm dah terlalu biasa. Buat apa je tanpa ada rasa malu. Kira takde nak control2 ar. Aku ngan dia 2-2 nakal. Dah macam abg ngan adik dah. So, bila dah mcm abg ngan adik, memang dah takde peluang la tuk jadi orang yang paling istimewa buat dia… huhu…

Lagu ‘my heart- acha & irwanshah’… wooaahh… Lagu ni lagu tema aku ngan brother yang satu opis ngan aku. Korang bayangkan la.. setiap kali pi karaoke ke, pi restoren yang ada PA system yang bleh bkaraoke msti kitorg nyanyi lagu ni.. Lagu ni memang nget0p time tu…..

Lagu ‘cuba-faizal tahir’ tu plak lagu yang paling sesuai buat aku yang sengal dalam bercinta. Mana tak nya… ahhh… korang dengarla sendiri lirik lagu tu. Malas aku nk explain. Menyakitkan hati……..!!!


Banyak lagi lagu……………………………………………

Lagu yang terbaru plak lagu ‘selamat ulang tahun sayang- imran ajmain’. Bila aku dengar lagu ni, aku teringat ‘somebody’ yang telah mencuri hati aku yang begitu bernilai.. Tak dapek nk boli kek pasar lambak dohh… Sebenarnya lirik lagu ni tak de kena mengena ngan peristiwa yang berlaku di alam nyata. Takde kena mengena ngan kisah aku pon. Masa lagu ni berkumandang kat radio, secara kebetulan ‘pencuri hati aku’ tu lalu depan aku sambil nyanyi lagu ni. Siap jelaskan apa maksud dan kisah yang terkandung dalam lirik ni. Bukan main memahami nampak si brader sorang tu. Jiwang gak dia… apa pon ko tetap ganteng. Aku akan tunggu ngan hati yang tabah..

(Note: Wahai jejaka² di luar sana…… Aku harap korang setia menunggu bagi mendapatkan lagu baru dari aku buat kalian..)

Wednesday, February 11, 2009

right click++to the left++lauk..laukkk!!


Apa yang aku merepek ni?? Haaa… korang mesti tak tahu apa kejadahnya aku buat ‘tittle’ gini kan?? Ni ada kisah tau. Ni kisah ms kitorg merentasi jalanraya tuk pi chamang… Perkataan2 ni la yang sering kami berempat (abg ham, abg syaz, er dan ziha) gunakan sepanjang perjalanan kitorg. Giler kan??

Tak payah tunggu 10 orang. 4 orang pon dah cukup tuk buatkan keta ‘SAGA BLM’ abg Syaz jadi hiruk-pikuk. Otak giler2. Biarla aku bgtau korang time bila kitorg gunakan w0rd2 tsebut. Mcmana tercetusnya word2 ni?? Hmmm… Ok… get ready…!! Tooonott..!! aku la yang buat dlu. Bukan apa. Word2 ni digunakan untuk menunjukkan arah perjalan dan merupakann ‘speed’ kelajuan kereta. Hahah… RIGHT CLICK adalah untuk menunjukkan arah ke kanan. Ini kerana abg Syaz selalu confuse ‘kanan & kiri’. Orang suruh belok kanan, dia nk belok kiri. Suruh belok kiri, dia nk belok kanan. Jadi, word2 ni diwujudkan utk memudahkan maklumat cepat sampai ke ‘serebrum dan serebelum’ (merupakan bahagian2 otak ) abg Syaz. Bila maklumat sampai, barulah bahagian otak yang ketiga juga turut bertindak iaitu ‘mendula oblogata’.

Haha… Next, TO THE LEFT adalah sebaris lirik yang dipetik daripada lagu ongputeh yang dinyanyikan oleh BEYONCE yang seksi gitu. Mcm biasala. Dah ada kanan pasti ada kiri. Ni utk menunjukkan arah ke kiri. Yang paling TOP skali adalah perkataan ‘LAUK-LAUK’. Word ni tak bleh disebut dengan nada yang lembut kerana ia merupakan satu “WARNING” bagi si pemandu. Yelaa…. Keta kitorang kan bawak lauk. Periuk 2-3 jenis. So, klo nak belok ke selekoh ke mesti la ada orang jerit “ lauk-laukkkk!!!”…. dah tentu suara paling merdu skali si abg Syaz ar sbb mana ada owner of car tak menjerit klo lauk tumpah.

Huhu… klo aku risau woo lauk tumpah. Bukan senang nak basuh beb. Apa pon kejersama yang dtunjukkan dalam ‘new group’ ini sungguh mendatangkan semangat yang lebih utk buat trip yang seterusnya… Adios amigossss!! –THE END--

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...