Wednesday, April 8, 2009

Aku segalanya.....

Hahaha.. Aku la heroin boss aku. Aku seorang pekerja yang hebat.... Yaaa.... Aku la yang bleh buat segalanya. Aku la pekerja yang paling bijak bagi boss aku... " Erfiza, u kan pandai. Ur kapasiti masih boleh muat lagi kan? I know u.."... Shit!! I hate that 'sentences'... AmsterDAMN you!!.... Aku tak payah nk jadi 'student AF7' pon dah bleh jadi 'Qaud'. Aku 'Qaud' smua job. Taikkan????....


1. Aku tukang control OEE bagi "MOLDING"

2. Aku tukang buat 'OBEYA REPORT' untuk "MOLDING"

3. Aku tukang settlekan masalah² yang ada kat "ASSEMBLY"

4. Aku tukang settlekan system² bangang untuk "STORE"

5. Aku tukang cuci 'water filter' klo dah berkerak (ini benda yang paling buat aku bengang)

6. Aku tukang buat 'SOP(Standard Operation Procedure)

7. Aku tukang menjawab ngan customer klo customer tak puas hati ngan barang or delivery

8. Aku tukang buat, control, settlekan 'EFFICIENCY' for smua dept

9. Aku tukang buat air

10. Aku tukang betulkan 'photostat machine'

11. Aku tukang fotostatkan 'management report'

12. Aku tukang hantar 'sample parts' kat company sblah yg merupakan adik-beradik ngan company aku (walaupon pkara ni jarang berlaku, tapi tetap buat aku benci dan tak ikhlas nk buat keje tu!)

13. Ni kerja yang bukan under boss aku iaitu tukang tanam cendawan, petik cendawan, jual cendawan, jual baja ( ni memang keje yang paling aku suka dan enjoy!!! Aku ikhlas melakukannya.)

14. Aku tukang angkat panggilan talipon.


Weehhh.... Ingat aku punya kapasiti 16Gb ke yang bleh upload and simpan banyak?? Jangan salahkan aku klo aku lupa or salah buat benda2 yang bukan kerja aku. " I'm ondaway to be crazy!!". Itu merupakan 'statement' budak2 operator Nepal yang tension dengan keje dorang. Aku pon dah terikut2 cara dorang cakap. Hehe... Isshh... Otak aku dah takleh nk control. Bila 'sereberum, serebelum and mendula oblogata tak bleh nk conbine each other dgn baik, mula la aku punya perangai berubah sedikit demi sedikit. Ketensionan aku menjalankan tugas kat company ni sampai aku:

1. Buat keje sambil menitik air mata (sampai tahap mata aku bengkak2).
2. Buat keje sambil mencarut (adakala sebut 'benda' sndri!)
3. Buat keje sambil sebut " Aku benci Mr. %#$#@"
4. Buat keje sambil tendang2 meja
5. Buat keje sampai tak leh nk jawab talipon sbb aku tau pasti orang yang kol aku tu akan dpt smting iaitu " FREE MAKI"

Senang citer, orang yang ada pHD pon blom tentu dapat buat keje mcmana aku buat. Aku merangkap engineer, general clerk, production clerk, secretary, taukeh cendawan, coffee girl, admin.. Apa lagi yg harus disumbat dlm otak aku ni huh???????????????

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...