Wednesday, December 26, 2012

Doa untuk Ayahandaku..

Happy besday  Daddy...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur ayahku. Bukakanlah pintu rezeki yang melimpah-ruah buat ayahku, Kau kurniakanlah ia kesihatan yang berpanjangan, berikanlah ia keberkatan hidup, kurniakanlah ia kebahagian dunia dan akhirat.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosanya, Kau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku semasa masih kecil. Kau lindungilah dia daripada kekejaman manusia & godaan syaitan. 

Ya Allah, semoga Kau kurniakannya pahala yang banyak untuknya kerana ayahku seorang ayah yang sempurna dan sentiasa berusaha memberi kebahagian buat anak-anaknya."

Amin Ya Rabb..




Tuesday, December 18, 2012

Setahun yang sudah..

16 Disember 2011 

11:30pm

Aku nak pergi Danau Kota. Jammed gila!! Sampai kat depan Colombia Hospital, aku nampak ada satu accident berlaku. Kereta dan motor. Tetiba ayah jerit, "Ehh.. Kesiannya budak tu. Kepala dia berdarah banyak! Tuuu.. Yang tengah pegang kepala tuuuuu..!!"

12:45am

Dapat panggilan daripada makteh. Azrin accident!! Dia kat hospital Kuala Lumpur.

2:15am

Baru aku dapat masuk 'Emergency Room'. Allahu Akhbar!! Azrinnn... Cedera kat kepala. Tapi still boleh ketawa2. 1st sentence yang terkeluar dari mulut dia, "Ehh... Adam mana Adam?? Dia tak datang?? Baru nak datang Klang. Nak jumpa dia esok".. Dah malam la Rin. Adam tak datang.. :(
Rupa-rupanya, 'budak yang pegang kepala' tadi tu adalah dia..

17 Disember 2011

04:30pm

Aku & family datang melawat Azrin. So far, keadaan dia stabil. Cuma dia kata kepala dia sakit sangat. Dia nak tidur. Kesian dia. Tak selesa. Jahitan yang besar kat kepala tu buat dia tak bebas nak bergerak. Lepas sorang, sorang yang datang. Sekali datang, serombongan kawan2 Azrin yang datang jenguk dia. Tapi dia tak dapat nak layan. Sakit kan..

Ohhh.. dia nak muntah. Cepat-cepat amik beg plastik. Aku tadah. Takpe. Muntah la dik. Mungkin perot ko masuk angin tu. Lepas muntah, rasa lega. Baru dia boleh tidur. Makin ramai yang datang melawat.

5:30pm

Azrin dah mula meracau. Ditanya nak apa, dia just mengomel tapi semua orang tak paham. Kami tak paham Rin. Air mata kami tak dapat nak tahan Rin. Sayu..

5.45pm.

Keadaan dia dah tak stabil. Tetiba dia tak sedarkan diri dan seolah-olah kena sawan. Panggil doctor!! Doctor check & cakap ada darah beku kat bahagian otak. Kena scan dulu & kalau ada apa-apa berita akan diberitahu. Try call Ezwan. Ezwan adik aku. Dia takde. Dia kat Thailand. Ada class trip ke sana. Call and call and call still tak dapat.

7:00pm.

Aku & family balik dan fikir esok datang lagi. Dalam perjalanan balik, masing-masing hati tak sedap.. "Kita datang balik la malam kang. Balik ni kita mandi & siap, terus datang hospital balik k, Daddy said".

8:30pm

Jumpa Hairy kat parking. Dia cakap Azrin kena operate malam ni jugak. Tempurung kepala dia retak & darah beku dah banyak kumpul kat bahagian otak. Doctor cakap, mungkin tempurung kepala dia kena keluarkan & simpan kat dalam peti khas dalam masa 3 bulan. Dah okay, baru masukkan balik.

18 Disember 2011

12:30am

Azrin dibawa keluar dari ICU untuk dibawa ke bilik bedah. Masa keluar daripada bilik ICU tu, Mak Teh berdiri dan bisik disebelah telinga Azrin, "Dik, ni ibu dik. Ibu sayang adik. Dikkk.. Ibu sayang adik". Meleleh air mata Azrin walaupun matanya terpejam. Kami nampak! Semua nampak!! Sebak Ya Allah.. Sebak!! Semua orang tak bleh nak tahan air mata.

Rin.. Adam datang Rin. Adam ada ni hah! Nak jumpa Pakngah Azrin dia..

1:00am

Kitorang tunggu depan bilik bedah. Aku, ayah, ibu, akak, makteh, Hairy, pakcik, Aiman, Fyzam, Ju & Adam. Tunggu dan akan tetap menunggu. Tidur atas lantai. Dan tunggu..

5:15am

Operation berjaya!! Syukur Alhamdulillah.. Meleleh air mata bila tengok Azrin diusung keluar.. Ko kena kuat Rin. Harus!!! Hmmm.. Kitorang balik dulu. Mengantuk skit. Nanti kitorang datang balik.

11:30am

Baru nak mandi. Tetiba akak ketuk pintu bilik aku. Kuat gila!! "Mekkkk.. Mekkkk.. Cepatla!! Azrin dah kritikal. Cepatla kita pi hospital!!". Baru siram segayung air ke badan. Mengigil tangan aku. Lemah lutut. Aku sauk baju apa yang ada. Tudung color apa, aku dah tak kisah!

1:25pm

Dah sampai hospital. Parking pulak takde. Pusing, pusing & tawaf tempat parking tu. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Alhamdulillah, ada kereta nak kuar. Yessss! Dapat parking. Kunci kereta & jalan laju-laju.

1:35pm

Parking jauh gila.. Penat jalan. Dalam perjalanan nak ke wad, akak dapat call. Ira yang call and she asked akak, "Kak, betul ke Azrin dah meninggal?". Apa ni?? Soalan apa ni? Tetiba hp ibu bunyi. Someone call & bagitau yang Azrin dah takde. Ya Allah...

Ahhh.. aku tak percaya. Aku nak tengok sendiri. Aku lari.. Lari tinggalkan ibu & akak kat belakang. Aku lari tanpa menoleh & tengok kiri dan kanan masa melintas. Aku lari sekuat hati aku.. Sejauh itu dan sepantas yang aku mampu. Aku terlupa bangunan tu ada 'lift'. Aku naik ke tingkat 2 dengan hanya menaiki tangga. Semput. Aku takde nafas. Handphone aku berbunyi. Busu call aku, "Arwah nak kebumi kat mana?? Dengar soalan tu aku hanya dapat jawab, "Tak tahu su.. Tak tau..". Lutut aku lemah, jantung aku laju dan nafas aku pendek. Mencungap! Aku tak mampu nak berdiri dan aku merangkak dan menuju ke bilik ICU. Aku nangis senangis-nangisnya.

Fyzam nampak aku. Terus papah aku. Aku tak berdaya nak jalan. Kaki aku lemah. Fyzam pelok aku & bawak aku ketepi dinding dan bersandar. "Tak mungkin ko tinggalkan akak Rin". Fyzam papah aku & bawa aku ke bilik Arwah. Memang dia dah tinggalkan aku selama-lamanya. Menangis tanpa henti. Susah nak nafas!

19 Disember 2012

Dapat call Ezwan. "Wan, Azrin dah takde. Ko dengar tak??". Senyap membisu.... Aku tau dia dengar & dia tengah nangis. "Wan, ko nak cakap dengan Hairy or MakTeh tak?? Senyap.. dan tetiba dia bersuara. " Ewan tak sanggup nak cakap dengan MakTeh". Senyap.... .. "Wan, ko tak dapat tengok arwah, Wan".. Senyap... .. Nak booking ticket memang tak sempat. Jauh daripada airport & kalau dia balik pun, dia takkan dapat tengok Arwah.

SubhanAllah... Orang yang datang melawat sungguh luar biasa ramainya. Rin, ko memang seorang insan yang baik. Ramai kawan-kawan ko Rin. Setiap pelusuk tanah air datang Rin. Yang dari Brunei pun ada datang. Sayangnya dorang kat ko. Meleleh air mata untuk tahan sebak. Ramai sangat orang yang solatkan jenazahmu sayang..

Setahun dah berlalu...

Tapi masih segar dalam ingatan. Akak doakan rohmu dirahmati Allah dan dilapangkan kubur & jugak akak doakan semoga ko ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin Ya Rabb..

Rindu setengah mati kat kau.. Luv u! T__T


Al-Fatihah buatmu, Haji Hasnorazrin Bin Haji Hamzah..







Tuesday, October 23, 2012

Sakit

Aku rasa kali ni merupakan sakit yang paling teruk untuk tahun ni.

'Demam Virus Perut'.

Baru dengar ni. Mulanya badan sakit dulu. Lepas tu baru start demam tu datang sikit demi sikit. Aku salahkan 'air cond' kat opis sebab sejuk banget. Mungkin tu yang buat aku demam. Sekali keluar pulak simptom2 lain.

Aku cirit-birit dan muntah-muntah. Selera makan?? Zero!! Percaya tak?? Aku tak makan beb. Makan je muntah. Makan je muntah. Kurus aku. Rahang aku pun dah nampak lekuk tuuu.. Hakhak.

Mula-mula aku ingat demam urat biasa tu. Doktor bagi cuti 2 hari setengah then sambung cuti weekend. Tuptup pagi tadi aku 'cerry berry' yang tiada sebarang isyarat kalau dia nak keluar, so better aku pergi klinik balik. Suhu badan still 38 cò. Demam tak turun. Sakit pinggang dan perut. Memandangkan dah lama sangat aku demam, kena plak amik darah.

3 jam kemudian....

"Erfiza, darah u normal. Cuma u terkena demam virus yang berpunca dari dalam perut. I tambah u punya MC and rest kat rumah k?"

"Tapi doc.... Cirit saya ni bila mau abis daaaa??! Dah tak ada apa nak buangggggg!!!"

Doktor tak paham apa yang aku alami. Wuwuwuuuuu.. No jasco! No enjoy!

Friday, October 12, 2012

Cikgu yang MENGONDEM aku!

Aku tak minat Maths!!


Aku nampak akak kat opis aku ni tengah bersungguh-sungguh menjawab soalan 'add maths'.

Aku : Akak buat apa ni?

Akak : Akak tengah study ni. Kang anak aku tanya kang senang aku nak tunjuk/jawab.

Aku : Errkkk.. 

Itulah kasih sayang seorang ibu yang sanggup study balik benda yang ditinggal lama demi anak2. Bagusnya.. Ibu contoh.. Hehehe.. Tetiba aku teringat plak kisah seorang cikgu yang suka kondem aku dalam mata pelajaran 'bahasa melayu'. 

Masa time sekolah, aku berlagak aku pandai bahasa melayu tapi sebenarnya aku tak pandai bahasa melayu. Tak reti nak sedar diri.. Isshhh... Setiap kali pembentangan kertas kerje kat depan kelas, aku jadi tukang 'pengulas projek'. Tu yang rasa macam 'terror semacam' tu.. Tapi malang.. Bila time exam, aku paling corot dalam kelas. T___T

Sampai satu masa tu, cikgu 'S' (cikgu BM) aku naik angin sebab setiap kali bagi ujian mingguan, muka aku WANTED sebab failed!!! Masa dia sebut nama aku, aku bangun nak pegi ambil kertas jawapan aku. Belum sempat sampai kat tempat dia, dia dah campakkan kertas aku sampai jatuh ke lantai. Dia cakap aku ni memang tak boleh nak dibetulkan. Dia cakap macam ni, "Kalau sekarang ni pun ko dah tak boleh jawab, masa exam sebenar nanti ko tetap tak boleh jawab!!". Waaahhh.. Satu sumpahan!! Memang dia dah cop muka aku ni as a 'loser'!! Aku dengan takde perasaan terus jalan & kutip kertas aku tu. Buat muka 'selenger' ar..

"Eleehhhh.. aku tau la aku tak sehebat anak murid kesayangan dia. Bukan main puji. Takpe babe... Takpe."

Aku pun pelik sampai aku cakap kat ibu aku yang aku rasa macam ada 'sesuatu' yang bomohkan aku supaya aku tak dapat jawab. Hahahaha.. (Fikiran budak-budak)

Sedih weh.. Gila ko tak sedih bila cikgu kita cakap macam tu. Aku down gila. Bila subject Bahasa Melayu je, aku bad mood!!  Tapi sebabkan dia kelakar, aku layankan jugak la cikgu ni. Aku tak tahan bila 'mulut puaka' dia terbuka luas. Tu je.. Lain okay.

Masa nak exam, aku belajar gila2. Pulun habis. Buku teks tu aku aku baca daripada halaman 'i', 'ii', 'iii' sampai halaman 169. Yang ke 170 tu dah kira tempat conteng aku. So, tak payah la rajin bebenau nak baca.

Dah lama tak jumpa dia....

Masa amik result, baru aku jumpa dia. Cehhh... macamana plak aku boleh lupa yang dia cikgu kelas aku. (Peeekkkk.. tepok dahi).
Masa aku datang, ada la gak budak2 kelas aku yang amik sama. Termasuklah 'anak murid' kesayangan dia. Muka aku dah cuak ni.. Bila turn aku je, cikgu tu tenung muka aku. Kertas result tu dia tak bagi lagi kat aku. Dia pegang!! Dengan muka garang dia, dia cakap, "Tak sangka saya bila tengok result awak". Hati aku laju dah. Otak aku fikir, MESTI FAILED ni.. Matilah aku!!!!

Bila dia bagi je, aku terus tengok bahasa melayu. What?????????? Huwaaaaa... Menangis sampai nak pengsan!! Haaaa.. kan! Hameeekkk ko!!! Aku dapat A1 dalam bahasa melayu. Aku menangis gila-gila sebab gila ko kalau tak lulus BM. Mana IPTA/S yang nak amik aku jadi student dorang. Huhuuu.. Masa tu dia just sengih. Dia cakap,''Orang yang saya harapkan untuk dapat result baik pun tak dapat macam yang awak dapat".

Syukur Alhamdulillah.. Aku dapat kalahkan anak murid kesayangan dia. Yaabedabeduuuu...

Dia pernah kondem aku. Tapi disebabkan ke'kondem'an dia tu, aku berjaya jadi orang yang pandai bahasa melayu.. Buktinya? Aku ada blog aku sendiri dan tulis dalam bahasa melayu. (Macamla pandai nau English. Tak pandai jugak) Muahahahahahaaa...

Terima kasih cikgu S. Terima kasih sebab menyedarkan aku. Jasamu akan aku ingat sampai aku mati.

Thursday, September 13, 2012

What????


Semalam aku tengok 'Jejak Jepun Bersama Zizan'. Teringat plak zaman aku jelajah kat sana.. (Aku tau tu ayat poyo!) hehehe.. Masa tengah nonton citer tu, tetiba aku dapat satu INFO yang sangat memeranjatkan aku ..... dan akak aku!!

Aku memang suka 'unagi'. Unagi ni salah satu makanan Jepun yang menggunakan ikan dan unagi ni sangat famous! Kalau pandai buat sos dia, memang sedap ar. Kat Jaya Jasco pun dah bleh dapat kalau nak makan.


So, nak dipendekkan cerita.. Si Zizan ni cakap, dia pun suka makan Unagi ni. Dan dia bagitau macamana bentuk 'ikan' ni. Sekali rupa-rupanya.... 


Taaaraaaa... Inilah ikannya!!! Rupa-rupanya benda yang aku makan 'sedap' selama ni rupa-rupanya BELUT!!! Huwaaaaa.... Aku tak pernah makan belut ooiii.. Ohh mak ai.. Gelilah konon! Cehhh.. Tapi sekarang ni aku dah boleh telan kot. Tak sangka benda yang geli tu sebenarnya sedap dimakan kalau kita pandai masak. Kalau kat Malaysia ni, mesti mak kita masak 'belut masak lemak cili padi' ye tak??? Gulp!

Zaman kami merambu-ramba di Jepun. :D




Monday, September 3, 2012

Photo mingguan..

Demi tidak menambahkan 'habuk dan kulapok' kat blog aku..

Date : 27th Aug 2012 - 2nd Aug 2012.

Kukukakikukokkakukakukekkokkakukakukukukakikakakku..

Cik Eton.. Bercerita jangan sampai menangis yeh! :D

Gadis Nepal kat opis aku..

Tukang makan kat rumah terbuka Tan Sri Lodin..

Sedap tau! Perisa Kopi. Yummy~

Demi menjaga kecantikkan muka.. Buat jela apa yang termampu.. :D

Red Velvet

Karipap cicah teh tarik! Korang penah buat??? Try it! 

'Make-up brushes' kena selalu bersihkan. Takut kulit kita alergik.

Meniti senja..

Joanne's birthday

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perot senang hati..

Saturday, August 11, 2012

Bukan saya dan.. itu adalah saya..

Jika wanita cantik yang dicari, ia BUKAN saya.
Jika wanita solehah yang dicari, ia BUKAN saya.
Jika wanita ayu yang dicari, ia BUKAN saya.
Jika wanita kaya yang dicari, ia BUKAN saya.
Jika wanita bertudung labuh yang dicari, ia BUKAN saya.

TETAPI..

Jika mencari wanita untuk dibimbing, ia ADALAH SAYA.




Sunday, July 8, 2012

Ohhh.. Siti Nurhaliza!!

Dulu time sekolah..

"Awak nak jadi apa bila habis sekolah nanti?" cikgu buka mulut untuk soal aku.
"Saya nak jadi SITI NURHALIZA la cikgu!!", dengan slumber kodok aku jawab.

Cikgu muka bengang. Dia expect aku akan jawab yang aku nak jadi 'doctor', 'engineer' or what ever yang cerah masa depan. Ehhh.. dah kata nak jadi apa. So, jawapan ikhlas aku bagi. Ok kan cikgu?? :D

Ayu je kan??

Tapi sekarang...

Okay what! Aku still nak jadi Siti Nurhaliza. Teringin weh!!! :(
Salah ke?? I don't think so. Jangan pandang rendah dengan 'angan-angan' aku ni okay? Kuikui..

Bagi aku, Siti berpakej lengkap. Cantik weh dia. Kulit dia halus, mulus, mavelussss.. Bila dia senyum, cair wooo.. Badan solid tu. Tapi tu sebelum kawin la. Sekarang?? Boleh dikira berisi sikit tapi still molek! Hehehe.. Mengidam pulak aku. Teringin gak kan nak ramping ala-ala Siti. Boleh jadi model MyShawlGarden. ;p



Suara?? Toksey cakak (bak kata org klate). Kita sekarang kekurangan artis yang ada suara yang boleh menyanyikan lagu melayu asli dengan baik. Dia diantara mereka yg semua genre muzik dia bleh nyanyi. haa.. yang bab tu, aku pass!! Suara aku bleh la sikit2 sedap. Nak kata power sangat tu idok ler.. Biasa2 je dah la. Hurmmm.. Bestnya dapat nyanyi depan ramai penonton then dorang sorak2. Ishhh.. Berangan tak salah. Lagi skali.. Tak salah!!  ^__^

Sapa cakap dia bodoh?? Ehh.. Hello??! Walaupun SPM dia dengar kata dapat pangkat 2 [i'm not sure] (time tu guna pangkat-pangkat utk kira markah SPM), tak pandai speak English la, apa laa, at least sekarang dia dah ada bisnes sendiri okey!! Duit berkepok2 tau.. Yang ni memang patut dicontohi. Pedulik apa orang nak cakap. Janji berjaya. Orang yang dok kutuk2 tu pun, bukannya jutawan sangat pun kan?? Hehehee..



Kawin dengan Dato'?? Hmmm.. Yg ni agak kureng nak confident sikit.. macamana nak capai tu?? Muka tak berapa nak cantik untuk goda Dato'-Dato' laa.. Kang 'datuk' lain plak yang datang. Terpaksa jadi nenek. huhuuu...

Siti dah sampai ke London (konsert kat Albert Hall), aku pun dapat kan?? Dapat duduk sebelah Dr. Fazley.. (bersiul) Hahahahaaaa... Kan positif tu??!


P/S: Aku tak la terlalu fanatik atau memuja sangat. Tapi apa salahnya kalau kita jadikan 'someone' untuk buka mata kita dan beri laluan untuk kita jadikan dia sebagai contoh yg baik. Rite?? Chill!! {^__*} 




Tuesday, June 19, 2012

Aku yang tak paham atau...


Aku makin tak faham dengan Facebook sekarang. Dia bagi kita information mengenai sesuatu benda yang boleh buat kita sedih atau melibatkan orang Islam. Memang bagus la dia punya info tu. Tapi yang tak sedapnya bila tang yang akhir tu, ada pulak ayat macam ni, "SILA 'LIKE' JIKA ANDA RASA ANDA ISLAM". Klo tak LIKE, apa yang akan terjadi? Adakah aku akan tergolong digolongan yang bukan Islam?? Nauzubillah.. Apa la korang ni. Aku tak paham! Nak publisiti pun, janganla sampai gitu skali.

Tang mencari duit melalui internet. Okay. Aku tau. Macam2 cara boleh kita lakukan demi mencari duit. Tapi yang aku tak pahamnya, kenapa perlu ada gambar-gambar macam ni ek?? Konon-konon nak buktikan bahawa kita akan dapat duit berkepok2 macam dalam gambar ni klo kita join atau buat bisnes yang sama macam owner yg 'tagged' gambar ni kat aku?? Siap nak kipas2. Adehhh.. Tak perlu kot. Maaf. Aku kurang paham.. huhuuuu... 

Iklan 'Libresse' yang terbaru yang keluar kat TV baru-baru ni lagi aku tak paham. Dalam iklan tu menunjukkan yang Libresse ni ada mengeluarkan product 'pad' yang berunsurkan n 'green tea'. Dalam iklan tu, si 'green tea' bertungkus-lumus menghapuskan si bakteria atau si green tea cuba sedaya upaya menyahkan bau yang kurang mengenangkan. Okay. Part tu aku paham. Tapi di akhir iklan tu, tetiba ada plak muncul 'si Durian'.. Maksudnya apa??? Adakah..... Haisshhh.. Korang tengok la sendiri. Aku tak paham and susah nak explain.

Banyak benda yang aku tak paham tapi cukup jela sampai sini. Aku tak punya masa yang cukup. Lately aku busy skit. Bye!

#Maafkan saya kalau benda ni agak sensitif bagi semua pihak. 



Friday, May 18, 2012

Besday si Jentol

Besday si Jentol?? Who is she???





 (SILA TENGOK SAPA PALING BANYAK DALAM GAMBAR, ITU LA DIA SI JENTOL)

Ni la Jentol.. Dah makin berumur dah dia. Dari kecik sampai ke besau aku dengan dia. Walaupun time belajar dulu kitorang dicampak ke tempat yang berlainan, alhamdulillah Allah masih lagi memanjangkan jodoh kami sebagai sahabat. Sampai sekarang Allah masih menyatukan Jentol dengan 4 lagi sahabat kami. Erfiza, Hawa, Wafa, Munirah & Bibi.. Tula geng Jentol!

Buat Jentol, aku doakan semoga kau dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat. Aku nak kau tau yang aku & geng kita yang lain sayang banget sama kamu!! Luv u forever. 

Nak pelukkkkkkkk...

Monday, May 7, 2012

Koleksi barang make-up

Aku bukan make-up artist. Aku pun bukan reti nak make-up sangat. Kalau keluar pun aku just pakai eye liner, lipstick dan kadang-kadang eye shadow. Itu pun kalau rajin.

Tapi macam yang aku pernah cakap, aku suka membeli. Nafsu ni tak tahan bila tengok color-color cantik. Tergugat iman. Mesti 'ter'beli.. Tapi takdela banyak sangat. Just mana yang aku rasa nak beli je.. huhuhuhuuuu...

Ni berus make-up yang aku ada.

Ni barang-barang untuk penjagaan muka. Muka aku takla mulus sangat tapi oklah daripada tak jaga langsung! :)

Ni aku jadikan sebagai 'make-up remover'.

Yang ni paling aku suka!!! Banyak gila kan color?? Bocor poket aku. T__T

Ni beberapa compact powder, BB cream, concealer & loose powder.

Lip balm & lipstick.


Ni je blusher yang aku ada. Tak payah banyak2 sebab aku jarang nak pakai. Malu kalau muka macam opera cina. :D

I luv this too. Eye liner yang aku ada ni ada macam-macam jenama. Yang mahal ada, yang murah pun ada. Liquid eye liner ada, pencil eye liner ada, gel eye liner pun ada. Gel eye liner yang paling terbaik bagi aku adalah Eye studio from Maybelline. Pekat dan tahan lama!! ^__^

Yang ni aku tak pernah pakai! Hanya model aku je yang pakai. Aku beli khas untuk dorang. :D

Beg-beg besar gedabak ni semua adalah storage untuk barang-barang make up aku. 

Puas hati?? Tunggu kemunculan koleksi aku yang lain pulak ya.. Tataaaa~



Koleksi

Mengumpul koleksi patung kartun-kartun macam gambar ni dah ramai orang buat. Tapi yang ni sangat luar biasa tau sebab.......

Manusia ni ada hobi mengumpul barang mengikut minat masing-masing. Ada yang pelik dan ada yang buat kita keluarkan perkataan, "Wooowww!!".

Aku ada gak beberapa koleksi yang dikumpul secara tak sengaja. Sikap yang 'suka membeli' (sikap yang sangat tak elok) tu yang buat koleksi aku semakin banyak. So, aku ingat kali ni aku nak buat EDISI khas untuk sharekan kat korang semua beberapa koleksi yang aku ada. Hanya sekadar untuk jadikan blog aku ni tak bersawang... :D

....tempat letak patung-patung ni yang buat koleksi ni nampak unik!! Mana pernah orang letak benda alah ni kat kereta?? Aku tengok pun geli beb!! 

Dah alang-alang nampak, sempat gak ayah aku snap seketul gambar. :D

Friday, April 27, 2012

Cari Allah


Boleh tak aku nak luahkan sesuatu yang tak masuk dek akal??


Aku teringin nak peluk Allah. Aku nak menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Allah. Aku nak luahkan semua benda-benda yang buat hati aku susah. Aku nak peluk Allah supaya aku rasa selamat dan dilindungi. Seronoknya kalau dapat peluk. 


Tapi aku bukan hambaNya yang sempurna. Aku penuh dengan dosa. Iman pun tak kuat...




Tuesday, April 10, 2012

Saya nak yang ni..

Yuhuuuuu...
Sempena besday aku yang ke-21 nanti, aku harap akan ada hamba Allah yang akan bagi aku benda alah ni...

Kompem tak dengar kalau mak aku membebel.. :D

Pleaseeeeee... Ya Allah, mudah-mudahan akan ada dikalangan hambaMu yang bermurah hati akan hadiahkan aku benda ni. Amin Ya Rabb!!

CC : Ibu & Ayah, adik beradik aku, sedara-mara aku & kawan-kawan & sahabat2 yang aku chentai.. Tima kasih bebanyak. ^__^ 

***Memang sengaja besarkan FONT supaya korang nampak sejelas-jelasnya. :D

Friday, March 23, 2012

Kun Fayakun

22nd March 2012.

Rin, hari ni besday abang.. Kitorang semua dah wish kat dia. Biasalah. Besday boy. Mesti dia nak orang wish kat dia kan?? Cuma...... 



Sebak!! Akak rasa apa yang abang ko rasa. Semuanya berubah bila kau dah tak ada Rin. Kitorang belum bersedia hidup tanpa kau.. Hari-hari teringat kau Rin. Cuba untuk tak nak nangis tapi akak tak boleh. Akak macam ni, abang dengan ibu kau apatah lagi?! Dorang lagi sedih. 

Kun Fayakun..
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

Ya Allah!! Siapa kami nak menghalang rencanaMu Ya Allah. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Pasti ada hikmahnya kan Ngah?? 

Maafkan aku kalau aku selalu menangis. Kekuatan aku cuma baru terkumpul 60% sahaja. Berilah aku masa. U__U

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hasnorazrin Bin Hamzah dan roh2 keluarga kami yang telah pergi mengadapNya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kurniakanlah mereka taman syurga yang abadi. Amin Ya Rabbil Alamin. 
-Al- Fatihah-

Hadiah untuk kau, Rin. Semoga kau tenang di sana. Luv u so much!! :')

Monday, March 5, 2012

Kisah seorang Biker..

Cuba bayangkan....

Ada seorang lelaki yang mempunya ciri-ciri macam ni:

- Ada motor besar.
- Suka pakai baju yang ada gambar 'tengkorak/helang/kala jengking & etc. Kira baju-baju yang berunsur ganas.
- Ada helmet full face.
- Suka sumbat telinga dgn MP3 time memandu motorbike tu sambil dengar lagu............



OMBAK RINDU.

Waahhhh... 'Awie' jugak mamat ni. Hahahahaha... 

Post ni khas untuk cousin aku si Shahril Fairuz sebab ni kisah dia. Muahahahaha.. 


Sunday, February 19, 2012

Mengidam tapi bukan mengandung..

Aku teringin nak makan :


  • Nasi putih cecah dengan tempoyak.
  • Ikan patin gulai tempoyak.
  • Oyster mentah dengan perahan lemon
  • Daging salai masak lemak cili padi.
  • Chicken chop kat kedai seri murni, SS2.
  • Shushi Unagi.
  • Ikan salmon mentah besar yang diletakkan sedikit wasabi.
  • Ice cream 'cornetto' black forest!!
  • Masakan Thailand yang pure..
  • Air 'sparkling'.
  • Kurma yang dalam dia ada walnut.

  • Strawberry disalut coklat.
  • Lobster!!! Yummyyy~
  • Teh botol.
  • Ikan keli goreng banyak-banyak.. Cicah sos Thai.. Arrgghhhh~

    And.... Maggie perisa tomyam. Dalam maggie tu ada telur rebus separuh masak. Ya Allah.. Nikmatnyaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

    Sunday, January 22, 2012

    Sebelum cahaya..

    Ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah dah temukan jodoh yang tepat untuk mereka dan semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Amin. =)

    Hmmm.. Tinggallah aku yang masih single. Ohhhh.. Ramai yang cakap aku tak laku. Hati kecik sikit je tapi bagi aku takde hal la semua tu. Jodohkan Allah yang kasi untuk manusia alam semesta ni. Bukan jodoh di tangan manusia.

    Tapi sebelum cahaya yang indah muncul dalam hati aku, aku nak cakap macam ni..

    Bakal suamiku...


    - Jika aku TIDAK SOLAT, ingatkanlah aku dan ajaklah aku untuk solat bersamamu.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu solat, aku akan cuba untuk mengajar atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.


    - Jika aku tidak pandai MENGAJI AL-QURAN, ajarlah aku bermula Alif, Ba, Ta sehingga 30 Juzuk dan Khatam.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu mengaji, akan aku bantu kamu atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

    - Jika aku tidak MENUTUP AURATKU, tegurlah aku dan berikanlah aku nasihat yang boleh melembutkan hati supaya aku menutup auratku dan menjaga kehormatanku dengan penuh keikhlasan kerana Allah.


    Kamu (bakal suamiku) adalah rahsia Allah buat aku. Aku tidak tahu siapa kamu dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup.. Aku tidak tahu di mana dan bagaimana kita akan bertemu. Adakah di Shopping complex?? Di masjid?? Di library?? Di Mc' Donald?? Di depan ka'abah?? Adakah kamu kawan sekerjaku?? Kawan tadika ku?? Kawan sekolah rendah atau sekolah menengah ku?? Doktor kepada ayahku?? Abang yang tumpahkan kopi di kopitiam?? Orang yang tolong betulkan tayar keretaku masa pancit?? Lelaki yang aku jumpa di Mekah ketika menunaikan Umrah?? Adakah??  Adakah kamu depan mataku atau jauh daripada jasad aku?? (Serius selalu tertanya-tanya dan banyak meneka)

    Siapa pun kamu, aku berdoa semoga kamu menerimaku dengan seadaanya. Menyintai aku seberapa lama yang mampu. Menjaga aku seperti menjaga diri kamu. Menyayangi aku seperti menyayangi ibubapa kamu. Melaksanakan tanggungjawab kamu seperti melaksanakan amanah Allah. InsyaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu. Akan aku cuba dan dengan izin Allah, mudah-mudahan... Amin =)

    Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan mencintaiku seadaanya. 

    Tapi jika Allah tidak mengurniakan jodoh...

    "Dik, jodoh kita, nasib dan masa depan kita semuanya ditentukan oleh Allah. Tak semua orang ditaqdirkan Allah mempunyai jodoh di dunia, ada sahaja contoh wanita solehah yg berjuang untuk Islam tanpa kehadiran seorang suami. Allah mengatur dan mengetahui segala2nya dan kepadaNya kita berserah. I am so sure banyak yg Er boleh sumbangkan kepada dunia dan banyak sgt ‘amalan yg boleh mendekatkan Er kepadaNya selain drp jalan hidup berumah tangga." - Kak Serikandi, penasihat Erfiza. 

    -Leganya hati-

    Sharing is Caring

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...