Thursday, December 30, 2010

Aku Masih Bernyawa Rupanya

Waktu malam..........

Meleleh air mataku...
Tengok cermin. Muka bengkak dan bercalar-balar. Mata kecik sebelah. Aku menangis.
Tengok tangan kiri yg berbalut, aku menangis.
Tengok tangan kanan yg dicucuk tiub ubat, aku menangis.
Tengok orang tua yang menyerang kesakitan, dalam keadaan kaki digantung dan tiang-tiang besi mengikat kakinya, aku menangis.



Bunyi mesin nadi tit.. tit.. tit.. aku menangis.
Mendengar kakak yang tidur selang 2 katil dari katil aku menangis kerana menahan sakit, aku menangis.

Dunia aku berpusing... Mata aku berpinar. Telinga aku mendengar pelbagai bunyi. Aku pejamkan mata aku sejenak dan membukanya secepat mungkin. Jelmaan keadaan gaung & ranting-ranting muncul dalam pandanganku. Ya Allah.. Takutnya aku Ya Allah.. Aku menutup mukaku dengan bantal dan nangis sepuas-puasnya. Dr. Omar datang bila mendengar suara aku menangis sedu-sedan. Dia tanya adakah aku sakit?? Sakit bahagian mana?? Aku jawab aku tak sakit tapi takut. Dia mengambil tekanan darahku. Tekanan darah aku naik mendadak. Aku disuntik ubat penenang dan tekanan darahku menurun sedikit demi sedikit. 

Otak aku masih ligat berfikir. Aku pandang nurse yang ke hulu-hilir lalu sebelah katil aku. Aku masih hidup???  Aku masih boleh jumpa ibu & ayah aku?? Masih boleh jumpa akak, fyzam, ewan, ju & adam?? Jumpa busu?? Makteh?? Mak lang?? Semua pakcik & makcik2 aku?? Aku boleh jumpa Giha?? Aku boleh jumpa Daeng, Nana yang mungkin menjadi orang terakhir yang bersama denganku sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku?? Mateen?? Harith?? Ya Allah.. Menitis air mata aku selaju air terjun. 

Astaghfirullah.. Apa yang aku fikirkan ni?? "Kau masih hidup wahai Erfiza, kata hatiku".



Aku masih terbayang-bayang keadaan aku jatuh menjunam. Mata aku terpejam. Aku dengar suara orang memanggil-manggil nama aku. Sayup-sayup kedengaran. Aku tersedar dan terus bangun. Hentakan yang kuat di kepala membuatkan kepala aku pening dan aku bersandar sebentar kat tebing gaung. Aku masih terperanjat. Aku masih mampu melihat kehijauan hutan. Syukur Ya Allah!!

Allah masih mahu membenarkan aku menikmati kehidupan aku di dunia ini. Aku insaf Ya Allah! Dalam hati aku hanya Engkau yang tahu. Jika aku terjatuh dan terlajak ke depan dari tempat aku jatuh, mungkin umur aku tidak panjang. Dihadapan penuh dengan ranting-ranting yang terpacak-pacak. Mungkin aku kehilangan pancaindera yang paling berharga yakni mata aku. Mungkin otak aku terpasak!! Ya Allah.. Takutnya aku waktu tu. 

Aku masih belum sempat nak mintak maaf kat semua orang. Aku belum peluk cium kedua ibubapaku. Janganlah Engkau mencabut nyawa aku sebelum aku melakukan perkara-perkara tersebut Ya Allah. 
o(╥﹏╥)o

Aku mencapai handphone dan mesej kat akak aku. 
Aku :: Bosanlah duduk kat hospital ni. Sorang-sorang..  wuwuu~
Akak :: Aku pun bosan sebab takde member nak borak. Tak  dengar apa-apa cerita dari kau.
Aku :: Ayu sayang ibu, ayah, akak, fyzam, ewan Nak tengok & cium adam.  Cakap dengan ibu, ayu rindu. 

Aku menangis..

Dugaanmu ini membawa 1000 kebaikan. Aku insaf dan sedar. Masih ada benda yang harus aku lakukan. Aku dapat kasih sayang Ya Allah. Kasih sayang yang aku tak sedar selama ni. Aku nyaman. Terima Kasih Ya Allah..

Aku cintakan Kau Ya Allah.. Luv U so much!!


Wednesday, December 29, 2010

Aku budak bukit!!

Semalam aku pi medical check up. Appointment pukul 8am...


Sampai turn aku masuk bilik treatment. Masuk je bilik tu aku nampak ada 10 orang doctor yg tengah check pesakit... Aku dapat Dr. Rabiatul Adawiah. Aku cakap dada aku sakit lepas 2 hari balik rumah. Aku takut mungkin ada luka dalaman sebab masa aku jatuh tu, tangan, muka & dada yang temu tanah dulu. 


Doctor hensem mcm ni?? Pergghh~


Doktor check dada dengan menggunakan stethoscope. Doc cakap, "Dada okay takde apa2 bunyi yang mungkin dari lelahan asma. Tapi jantung ni agak laju sikit. Napa laju ni??? Takut??". Gulp!! Aku punya jantung makin laju. Mesti ke aku nak kena jawab soalan Dr. Rabiatul ni?? "Hehee.. Berdebar sebab takut x-ray saya tak okay. Nanti doc suruh saya buat operation. Saya tak nak!!". Aku tipu sebenarnya..


Inilah stethoscope.


Aku tipu doktor tu & jawapan yang sebenarnya....
Aku berdebar sebab terkena panahan mata Dr. Omar!!! Dah dia asik jeling-jeling. Makin tak senang duduk la aku. Ohh.. untuk pengetahuan semua, Dr. Omar merupakan doctor yang handle kes aku ni. Dari mula sampai aku stabil, dia yang pantau kesihatan aku masa kat hospital. Jadi, hati aku sudah kat tangan dia. Dah tak boleh amik balik. Tu yang asik berdebar tu bila mengadap dia. Cehhh.. Nanti aku ceritakan kisah Dr. Omar.


Tengah syok2 borak dengan Dr. Rabiatul tu, tetiba aku nampak pakcik yang tukang simen tangan aku tu lalu sebelah aku. Bleh pulak dia brek dan undur. Nak tau dia cakap apa???


"Woi budak jatuh bukit, budak jatuh gaung!! Tangan ko dah ok ke??? Budak bukit betol ko ni", pakcik tu cakap dengan nada yang kuat. Aku hanya mampu sengih macam kerang busuk. Aduhhh.. Semua dlm bilik tu pandang aku dan semua tau aku jatuh bukit!! Dr. Omar pandang & senyum je.. Wallauwehhh.. Malu aku. Malu!!!!


Jiwa bercampur-baur!!


Nota kaki::: Bangga gak la sebab aku ada 'trademark' kat Hospital Kajang tu.. Huhuu.. Budak bukit pon budak bukit laa.. Janji aku famous!! Korang ada??

Kata orang-orang tua

Setiap kali orang tengok tangan aku berbalut dengan simen sampai ke ketiak, mesti orang tanya benda ni, "Macamana kau boleh jatuh ni??". Jawapan aku, "Entah, aku pon tak ingat!!". Sebenarnya aku bukan tak ingat tapi aku tak tau macamana nak ceritakan balik.




Orang tua-tua kata, kalau pergi tempat2 macam hutan, MULUT JANGAN CABUL!! Aku ingat pesan tu. Aku kawal mulut aku masa kat sana. Orang tua-tua kata, JANGAN TERLALU SERONOK-SERONOK SANGAT!! Ya.. Aku tak terlalu seronok sangat. Tak tau kenapa aku tak happy. Macam tau-tau je ada malapetaka nak menimpa aku. 




Hmmm.. Kalau aku ikut cakap orang-orang tua ni, macamana kejadian ni masih boleh berlaku? Ingat!! Ini semua takdir Allah. Bila aku mula bercerita kisah aku jatuh, semua cakap aku tak jaga mulut. Ingat aku bodoh ke nak tempah maut ke tempat2 macam tu?? Isshhh... Sebenarnya  aku dapat rasakan disebabkan aku terlalu berjaga-jaga la yang buat aku jatuh. Serius. Ada banyak petanda yang berlaku sebelum aku jatuh. Nanti aku ceritakan. 



Masa aku jatuh, fuhhhhhhhh... Dasyat beb!! Aku boleh rasa masa aku jatuh tu slow motion gilerrr!! Mata aku ni macam video camera. Korang bayangkan. Kalau setakat jatuh bergolek, tersungkur kat bukit takpe lagi. Ni tak. Aku jatuh GAUNG!!!! Ketinggian?? Korang cuba berdiri kat tingkat satu JayaJasco then korang tengok bawah (ground floor). Tinggi tak?? Haa... Korang bayangkan aku jatuh berpusing ke udara dan terus... bappp!!! Menyembah bumi. (Bak kata abang kat opis aku, "ko kena tolak dengan bunian jantan kot dik!!".. Hmm pulak?!).




Krrraakkkkkkkk... bunyi ranting patah. Aku buka mata dan terus bangun. Mata, muka & mulut penuh dengan pasir. Masa bangun, aku rasa tangan kiri aku macam lumpuh sebelah. Aku tengok tangan aku dah bengkok!!! Tulang lengan ke kiri dan tapak tangan dah ke kanan. Bunyi tadi tu bukan bunyi ranting rupanya. Bunyi tangan aku yang krekk!!! Member aku terus panggil nama aku dari atas. Aku suruh dorang minta bantuan. Aku dibantu oleh group lain yang join XPDC ke Broga Hills. Alhamdulillah. Tengah sakit-sakit ni, Allah kurniakan putera-putera yang gagah untuk tolong aku. Yang lagi best, dorang baya-baya aku plak tu!! Siap tukar-tukar Facebook lagi.. ♥‿♥ Lega sikit hati aku.




Masa jatuh, 1st sekali mesti la panik. Tapi aku cool walaupun muka aku dah pucat tengok tangan aku. Otak aku terus teringat Tripod/camera aku. Selamatkan benda ni dulu.. Kedua, aku seram tengok keliling aku semua semak samun. Cuak gila sebab orang lain semua duk atas. Aku sorang je kat bawah. Aku cuba untuk naik (berpaut sebelah tangan) tapi tak berjaya sebab tanah pasir. Pijak je, tanah tu gelongsor ke bawah balik. Last-last ada sorang pakcik tu suruh aku ikut alur gaung tu. Kuasa Allah. Dia nak permudahkan aku. Takde satu batu besar pun yang halang perjalanan aku. Syukur! Separuh jalan, tetiba aku nampak hero-hero aku datang dan papah aku sampai hujung gaung. Bila tengok tangan aku macam tu, dorang terus buatkan anduh tangan dengan menggunakan ranting kayu. Rupa-rupanya keje dorang paramedic a.k.a penyanyi band indie The Chronics. Tak ke penyelamat namanya tu??






Aku dibawa oleh sahabat aku si Nana & Daeng ke Hospital Kajang. Hospital tu la yang paling dekat dengan tempat kejadian. Sampai sana, aku di X-Ray. Doctor cakap sah,  sah patah!! Aku admitted kat hospital tu dalam 5 hari. Aku tak dibenarkan transfer ke hospital Klang sebab aku 'special' kes. Tulang aku patah teruk. So, aku harus dipantau oleh doctor 24jam sebab takut tangan aku jadi kebiruan. Hmm.. melantong aku duduk wad. Tapi ada kisah indah & pelik yang berlaku kat Hospital Kajang. Next post la yea??! Aku hidangkan korang beberapa gambar pemandangan Broga Hills yang cantik sampai aku terpanggil untuk ke sana.. 


Kesudahan cerita...





Friday, December 24, 2010

Bulan 'patah sayapku'

Hat dhoooiii........ sakitnya!!

Bulan 'patah sayapku'?? Apa ni? Semua orang tak faham la.

Sayap = Tangan.

Untuk pengetahuan kalian semua, aku telah ditimpa kecelakaan baru-baru ni. Tanggal 18 Disember 2010, merupakan tarikh keramat buat aku. Aku mendapat kecederaan yang agak parah di mana pergelangan tangan kiriku patah. Bukan jenis patah yg boleh disambung dengan mudah, tetapi patah yang jenis memerlukan rawatan yang rapi. Tulang pergelangan tanganku dikatakan patah secara berkecai (patah mcm tulang ayam yang dah dikunyah-kunyah). Boleh dirawat & disambung balik tapi dengan syarat tulang penyambung tangan aku itu tak lari dari landasan asal. 

Bila jadi macam ni, macam-macam benda yang baru aku lalui. Jadi, dibulan 'patahnya sayapku' ini akan menceritakan apa yang berlaku kat aku. Korang tunggu la setiap entry aku dengan sabar ye sebab macam yang aku cakap. Sayapku patah. Jadi, penerbangan untuk ke destinasi lain tu agak terbantut. Maksudnya, aku memerlukan masa untuk menaip satu per satu. 

Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Dalam kesedihan/kesakitan, ada kegembiraan/ubat mengawal kesakitannya. So, redha. Aku akan cuba untuk buat coretan selama aku mengalami keadaan ini.


Thanks Allah.

Wednesday, December 15, 2010

Aku Dah Tak Boleh Tahan

Aaaarrggghhhhhhhhhh... Ggggrrrrrrrrrrrrrr!!!


Aku dah tak boleh tahan. Aku dah tak boleh tahan!!!!!
Aku dah tak boleh tahan dengan 'Jalur lebar' yang aku guna sekarang!! Heiii.. Tolong la laju, boleh tak?? Aku bayar 100plus okeh! Tak berbaloi kot! 


Orang kata, mari kita mempelajari perkara yang baik dengan menggunakan jalur lebar anda. Tapi, dengan jalur lebar yang aku guna sekarang bikin aku jadi makin jahat!! Mulut jahat (maki-maki bila line slow), jadi vandalisme (hentak-hentak mouse & tekan keyboard kuat2 sampai tercabut punat keyboard tu), dan buat aku tidur lebih dan menggemukkan (sebab bila line slow, mata aku tidak dapat dicuci dengan lancar dan boleh membuatkan aku mengantuk lalu tertidur tanpa disedari). Sungguh tidak bagus!!


Kata S_ _e_yx bagus. Tapi, asal bila aku pakai jadi macam taik?? Hangin satu badan! Aku ingat, aku nak buat perubahan untuk jalur lebar aku. Aku nak guna UniFi la. Bleh tak? Saja nak tukar haluan angin. Tengok dia punya iklan bukan main masyuk lagi. Kira boleh buat aku terpengaruh la jugak. Nak pulak bila time si Sam Bunkface a.k.a BuckWild (Alih suara dalam cerita Ice Age kat Astro HBO) tu cakap macam ni: 


"Bila tengok video, takde buffering. Laju dowh!!!"

Haaaaa... dengar dia cakap pon macam dah best kan??? Anda pula bagaimana??? Jom tukar nak?? Kalau aku tukar dan korang pon tukar, bila ada masalah atlease aku ada geng nak buat aduan rakyat. Hehehehe...


Tuesday, December 14, 2010

Tak boleh laaaaa!!

"Semuanya tak boleh!! Habis apa yang boleh???"


Wooooo... korang kena tau situasi yang sebenar disebalik ayat 'tak boleh' tu. Biar aku kembangkan info ni mengikut pendapat aku. Pendapat aku tau!!! Aku hanya bagi 3 contoh..


Ayat 1:
(Bila lagu berkumandang) "Eeiii... Aku tak boleh la dengar lagu ni!! Huuhuuu...


Ayat 2:
(Bila jumpa seseorang) "Eeeii.. aku tak boleh la tengok muka dia! Huhuuu.."


Ayat 3:
(Bila rindu) " Saya dah tak boleh nak rindu kat awak lagi"


Rasa sebenar di sebalik kisah....


Ayat 1:
Sebenarnya lagu tu ada sentimentalnya tersendiri. Bukan tak boleh dengar tapi lagu tu la yang kita nak dengar sebenarnya..


Ayat 2:
Muka tu la yang kita nak tatap hari-hari. Bila nampak je muka tu, hati ni kejap kembang-kudup, kembang-kudup. Tak caya??? Tu ayat aku masa admired seseorang la.. Hahahahaaa... Korang pon sama kot! Kalau tengok muka orang yang aku admired tu, maybe rasa macam nak terkam?! Tu sebab baik jangan bagi aku tengok. Hilang iman nanti. Wakakakahhh~


Ayat 3:
Aku akan rindu kau selamanya walaupun ada insan lain dihati ini. Percayalah... Cewaahhh!!


Ni pendapat aku.. Apa korang rasa?? Ada sama tak dengan korang???? 


{^_^} 

Tuesday, December 7, 2010

Kaedah Psikologi Buat Mereka Yang Psiko

Masing-masing tak sabar nak menunggu kedatangan Maal Hijrah. Nak membuka lembaran baru dalam hidup katanya. Okay! Aku pun sama. Aku nak cuba untuk berubah kepada kebaikan. 


Tapi hari ni merupakan pengakhiran tahun yang kurang menyenangkan. Aku tak tau la kenapa masih wujud lagi manusia yang berhatikan bangkai.


Bila kita baik, orang buat taik. Bila orang buat taik, kita terkedu & diam. Tapi pengakhirannya tu harus diakhiri dengan keadaan seperti kayu?? Tunggul?? Yang hanya mampu sepi?? Not at all!!


Baru-baru ni kereta aku kena langgar. Dilanggar oleh seorang PEREMPUAN. Pakai kereta GTi buatan Malaysia. Memang salah dia. Sah!! Time tu jammed. Aku sebagai pemandu berhemah tengah beratur ikut haluan aku (lorong kanan). Tiba-tiba kereta minah ni masuk ke lorong aku tanpa MEMBERI SIGNAL KANAN & MELIHAT SIDE MIRROR. Terus masuk tanpa rasa bersalah & dengan slumber kodoknya terus langgar kereta aku. Aku terus parking tepi & turun nak tengok keadaan kereta aku. Calar & kemik!! Tapi tak serius. Walaupun tak serius, kalau dibiarkan lama2 berkarat. Cat pon dah tertanggal. Yang ada, cat kereta minah tadi tu melekat kat kereta aku.


Nasib baik dia pun berhenti tepi & turun tanya kabar aku. Dia cakap, "Okay ke kak??". Aku balas, "Awak ni bawa kereta tak tengok orang ke dik?. Ni macamana ni??" Budak tu bersuara lagi, "Eh kak sorry. Serius saya betul2 tak nampak". Aku malas nak cakap banyak, aku amik no kereta dia & no tel dia. Kira settle luar. Aku tengok muka budak tu yg masih pakai baju tidur, dengan muka tak mandi, tak selera aku. 


Dalam beberapa hari tu, aku mesej dia. Dia bagi respon. Aku suruh dia bayar RM150 sebab aku kena cat 2-2 pintu sekali. Dia cakap dia nak aku pi cat kat kedai member dia. Okay aku ikutkan. Tapi lama-lama macam senyap. Aku msg, dia tak balas. Aku call dia BANYAK KALI, dia tak angkat. Berhari2. Last-last aku pikir budak ni memang tak bleh nak berlembut. Aku msg dia & msg aku berbau agak kasar sb aku ugut dia untuk repot balai polis. Baru dia respon. Dia kata ayah dia sakit. Dia tak bawa handphone. Tu sebab dia tak angkat. Okay. Tu aku paham tapi takkan sampai berhari-hari??? Tipu eh?? Lepas tu dia msg aku, "Sekarang sy takde duit, paham takkk????" <--- Napa nak melenting sedangkan aku minta baik2?? Mula2 berlagak kaya kan. Okay. 


Nanti dia gaji, dia akan bayar. Aku sabar..... Aku cakap kalau dah gaji, msg aku & aku akan bagi dia no. a/c aku. 


Hari dia gaji.... Dia msg minta no. A/c aku. Aku kasi no. akaun company ayah aku sebab aku tak nak dia tau nama sebenar aku kalau guna personal a/c. Haaa.. masa ni la bermulanya perbalahan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~


Budak: Bagi no akaun awak.


Aku: Awak bank in kat a/c ni "124012168496326 under nama syarikat pakai buang sdn bhd (contoh). Lepas awak bank in, tolong fax kat no fax ni dan attn:a/c dept. Thanks budak. :)


Budak: Saya bank in je. Sy takde fax nak fax. Ni akaun apa ni? mana a/c personal? Sy tak nak bank in kan bukan2. Sorry!!


Aku: Kereta yang awak langgar tu kereta company sy. So, awak bank je kat a/c ni okay?


Budak: Kereta company plak. Hari tu tak bukak citer pon keta company!!! Skrg baru macam2. Sy bank in kat a/c personal je. 


Aku dah mula naik angin.. Bila teringat apa yang dia dah buat sebelum ni (kurang ajar bila bercakap dengan aku), lagi la buat aku tak boleh nak control marah. 


Aku: Buat apa nak canang tu kereta company?? Tu pon nak bagitau awak ke? Dah langgar sudah. Sy tak nak buat keje 2-3x. Bank in je dlm akaun tu. Pandai2 la budak akaun tu buat keje diorg. Ingat benda ni main2 ke??


Budak: Okay saya bank in kan! Huhh!


Malamnya.............


Aku: Salam. Budak dah bank in kan? (Tanya dalam keadaan tenang & gembira)


Budak: Masalahnya awak dah kata tu kereta company. Biasanya company yang akan repair (ingat bapak dia punya company agaknya. Kalau bapak dia punya pun, mst bapak dia suh dia repair sendiri!!). Pastu rosak takde la serius sangat. Takat calar je. Biarlah company repair!!!


Aku makin panas & terus call dia. Dia tak angkat!!!!!!!!!!!!!


Aku: Hello dik! Masalahnya awak yg langgar kereta tu. Sy yang bawa. Apa hal plak company nak bayar?? X calar awak kata?? Cat kereta awak pon masih melekat kat kereta tu tau! Skrg saya kol awk. Asal tak angkat??


Budak: Kereta tak teruk mana, company punya pulak tu. Masih boleh berjalan. Malas la nak layan awak!! Tunggu jela. Saya rasa sy nak angkat call awak, sy angkatla yerk. Salam maal Hijrah!! Buat jela apa yang awak nak buat.


Demi Allah, aku rasa dia la manusia yang paling kurang ajar yang penah aku jumpa buat masa  sekarang!!


Aku (MESEJ PERTAMA) : Apa masalah ko ye dik? Hari tu kata tunggu gaji. Sekarang lain pulak. Macam ni la. Awak tak nak bayarkan?? Pasal company tu, Bapak saya punya ke, sapa punya company ke kalau dah langgar, kena la bayar ganti rugi!! Takpe la. Saya ada gambar kereta awak, no kereta awak, ada no handphone awak & siap nama awak sekali. Esok saya buat report polis. Daripada kena bayar RM150, awak bayarlah RM300 ye. Budak kurang ajar macam awak ni memang kena buat macam ni. Lagi satu, sempena solat malam menyambut Maal Hijrah ni, saya TIDAK HALAL kan dunia akhirat apa yang awak dah buat kat saya. Demi Allah, awak dah menganiaya orang lain. Berlagak!! Bawa kereta tak pandang orang. Mulai esok, setiap kali awak memandu, biar Allah jela yang selamatkan ko ye dik!!! 


Aku (MESEJ KEDUA) : Fikir logik la. Kalau keta tu tak boleh berjalan, tak yah aku nak claim kat ko. Insurans yang akan claim kat ko!! Ko makan la duit tu dik! Tenang agaknya ye buat orang macam ni. Memang bagus buat perangai macam tu. Akak menunggu bagai nak gila, nak kena menjawab dengan orang atasan. Last2 ko tak nak bayar rupanya. Awal2 cakap tak mampu nak bayar kan senang??? Ni cakap nak berlagak. Siap suruh orang tunggu. Puas la kita tunggu. Bagus!! Dunia sekarang ni dik, Allah tu bayar CASH!!!! Terima kasih la yea. Salam.


Budak: Dah!! Jangan banyak cerita. Sy akan bayar RM150 tapi RM50/3 bln (ko ingat aku meniaga kain ke?????). Malas nak layan ko la. Aku bank in kan akaun ko je!


Aku bagi no akaun aku sendiri & tutup cerita. Kalau dia jujur, dia bayar. Kalau tak, Allah tu sentiasa ada. Tu antara dia dengan Tuhan.


Menurut kata hati aku, minah ni bukan budak. Aku rasa dia lebih tua daripada aku tapi otak senteng. Perangai budak. Otak sontot!! Kesian!




Moral of da story::: Kita sebagai manusia kena cuba untuk menerima orang seperti mereka. Cara menundukkan mereka adalah dengan menggunakan PSIKOLOGI mereka itu sendiri. Bila kita berlawan dengan mengganggu perasaan dan ilusi mereka, akhirnya mereka akan mengalah. Done!!


Aku pon dah jadi psiko!! Haiishh~


~Salam Maal Hijrah Buat Anda Semua~

Friday, December 3, 2010

Aku tak rugi..

Aku nak pergi tengok wayang. Dengan siapa?? Dot dot dot.....

Jawapan aku:
Aku nak pergi tengok wayang dengan akak & ibu aku.

Cemuhan dilemparkan kat aku:

1) Apa class keluar dengan mak?? Hiyewww~
2) 'Kuno' betul la kau ni!!
3) Kesiannya ko weh.. Takde lelaki pon nak kuar dengan ko kan??
4) Ko lesbian ke??
5) Ko ni macam dah takde member nak ajak keluar plak.
6) Anak mak siot ko!!
7) Ko kena kongkong eh dengan family ko??
8) Rugi-rugi (sambil geleng kepala)

Dengan bangganya aku memberi jawapan:


Aku menjawab dengan rasa happy.. Lalalalalalaaaa~

1) Perlu ada class ke nak keluar dengan family sendiri? Apa la class sangat ko tu kan?? Huhh~

2) Se'kuno-kuno' aku, aku bantu family aku 'up to date' kan diri dorang dengan tengok wayang. Family ko ada keluar2 macam ni?? Wooo.. hang lagi kuno!! Bluekk!!

3) Helloooo.. Nak keluar dengan lelaki ni anytime. Tapi ada la masa2nya. Takkan asik keluar dengan lelaki je beb? Nak keluar tak tentu pasal. Tu sedikit sebanyak, ia mengundang kepada dosa namanya tu. Keluar dengan family, selamat sikit pahala aku. Dah la nak cari pahala tu susah. Janganlah nak tambah dosa dengan hanya sebab perkara kecil. Maaf!


4) Aku lesbian?? Wahhh.. Ko nak COUPLE dengan aku tak kak??? Ko tak nak?? Aku lagi 1000x tak nak sebab hati aku dah terpaut pada Syed Abdullah. Hahaha!


5) Aku tetap keluar dengan member gak. Tapi time aku meronggeng dengan dorang, takde la selalu. Dorang pon nak gak buat benda yang dorang suka. Kalau asyik-asyik nak keluar dengan member je, bila masa nak datangnya rindu?? Kalau dah lama tak jumpa, tetiba jumpa macam reunion, kan lagi meriah & mesra. Betul tak?? 


6) Ehh.. lantak la. Ko bukan anak mak ke?? Habis?? Ko anak sapa?? Tettt~ Selagi aku ada mak/ayah, biar la aku manja dengan mak/ayah aku.. Bila takda, baru rasa menyesal sebab tak manja2 dengan dorang?? Time tu dah terlambat. Aku berdoa sangat, aku dapat manjakan dorang sampai ke akhir hayat aku. Aminn...


7) Family aku tak penah kongkong. Aku rasa, aku yang kongkong dorang kot. Tapi kalau dorang kongkong pon, apa masalahnya?? Kalau aku tak dikongkong, korang rasa aku boleh jadi macam diri aku sekarang?? Takder der jep!! Entah jadi apa agaknya aku. Jadi masyarakat yang menyemakkan mata masyarakat?? Nauzubillah!


8) Aku tak rugi sebab aku untung manyak woooooo~


Tersilap langkah, terpijak duri,
Haaa.. Lu pikir la sendiri.

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...