Friday, December 24, 2010

Bulan 'patah sayapku'

Hat dhoooiii........ sakitnya!!

Bulan 'patah sayapku'?? Apa ni? Semua orang tak faham la.

Sayap = Tangan.

Untuk pengetahuan kalian semua, aku telah ditimpa kecelakaan baru-baru ni. Tanggal 18 Disember 2010, merupakan tarikh keramat buat aku. Aku mendapat kecederaan yang agak parah di mana pergelangan tangan kiriku patah. Bukan jenis patah yg boleh disambung dengan mudah, tetapi patah yang jenis memerlukan rawatan yang rapi. Tulang pergelangan tanganku dikatakan patah secara berkecai (patah mcm tulang ayam yang dah dikunyah-kunyah). Boleh dirawat & disambung balik tapi dengan syarat tulang penyambung tangan aku itu tak lari dari landasan asal. 

Bila jadi macam ni, macam-macam benda yang baru aku lalui. Jadi, dibulan 'patahnya sayapku' ini akan menceritakan apa yang berlaku kat aku. Korang tunggu la setiap entry aku dengan sabar ye sebab macam yang aku cakap. Sayapku patah. Jadi, penerbangan untuk ke destinasi lain tu agak terbantut. Maksudnya, aku memerlukan masa untuk menaip satu per satu. 

Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Dalam kesedihan/kesakitan, ada kegembiraan/ubat mengawal kesakitannya. So, redha. Aku akan cuba untuk buat coretan selama aku mengalami keadaan ini.


Thanks Allah.

1 comment:

ulin said...

aku nk dtg tgk ko la

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...