Wednesday, December 29, 2010

Kata orang-orang tua

Setiap kali orang tengok tangan aku berbalut dengan simen sampai ke ketiak, mesti orang tanya benda ni, "Macamana kau boleh jatuh ni??". Jawapan aku, "Entah, aku pon tak ingat!!". Sebenarnya aku bukan tak ingat tapi aku tak tau macamana nak ceritakan balik.




Orang tua-tua kata, kalau pergi tempat2 macam hutan, MULUT JANGAN CABUL!! Aku ingat pesan tu. Aku kawal mulut aku masa kat sana. Orang tua-tua kata, JANGAN TERLALU SERONOK-SERONOK SANGAT!! Ya.. Aku tak terlalu seronok sangat. Tak tau kenapa aku tak happy. Macam tau-tau je ada malapetaka nak menimpa aku. 




Hmmm.. Kalau aku ikut cakap orang-orang tua ni, macamana kejadian ni masih boleh berlaku? Ingat!! Ini semua takdir Allah. Bila aku mula bercerita kisah aku jatuh, semua cakap aku tak jaga mulut. Ingat aku bodoh ke nak tempah maut ke tempat2 macam tu?? Isshhh... Sebenarnya  aku dapat rasakan disebabkan aku terlalu berjaga-jaga la yang buat aku jatuh. Serius. Ada banyak petanda yang berlaku sebelum aku jatuh. Nanti aku ceritakan. 



Masa aku jatuh, fuhhhhhhhh... Dasyat beb!! Aku boleh rasa masa aku jatuh tu slow motion gilerrr!! Mata aku ni macam video camera. Korang bayangkan. Kalau setakat jatuh bergolek, tersungkur kat bukit takpe lagi. Ni tak. Aku jatuh GAUNG!!!! Ketinggian?? Korang cuba berdiri kat tingkat satu JayaJasco then korang tengok bawah (ground floor). Tinggi tak?? Haa... Korang bayangkan aku jatuh berpusing ke udara dan terus... bappp!!! Menyembah bumi. (Bak kata abang kat opis aku, "ko kena tolak dengan bunian jantan kot dik!!".. Hmm pulak?!).




Krrraakkkkkkkk... bunyi ranting patah. Aku buka mata dan terus bangun. Mata, muka & mulut penuh dengan pasir. Masa bangun, aku rasa tangan kiri aku macam lumpuh sebelah. Aku tengok tangan aku dah bengkok!!! Tulang lengan ke kiri dan tapak tangan dah ke kanan. Bunyi tadi tu bukan bunyi ranting rupanya. Bunyi tangan aku yang krekk!!! Member aku terus panggil nama aku dari atas. Aku suruh dorang minta bantuan. Aku dibantu oleh group lain yang join XPDC ke Broga Hills. Alhamdulillah. Tengah sakit-sakit ni, Allah kurniakan putera-putera yang gagah untuk tolong aku. Yang lagi best, dorang baya-baya aku plak tu!! Siap tukar-tukar Facebook lagi.. ♥‿♥ Lega sikit hati aku.




Masa jatuh, 1st sekali mesti la panik. Tapi aku cool walaupun muka aku dah pucat tengok tangan aku. Otak aku terus teringat Tripod/camera aku. Selamatkan benda ni dulu.. Kedua, aku seram tengok keliling aku semua semak samun. Cuak gila sebab orang lain semua duk atas. Aku sorang je kat bawah. Aku cuba untuk naik (berpaut sebelah tangan) tapi tak berjaya sebab tanah pasir. Pijak je, tanah tu gelongsor ke bawah balik. Last-last ada sorang pakcik tu suruh aku ikut alur gaung tu. Kuasa Allah. Dia nak permudahkan aku. Takde satu batu besar pun yang halang perjalanan aku. Syukur! Separuh jalan, tetiba aku nampak hero-hero aku datang dan papah aku sampai hujung gaung. Bila tengok tangan aku macam tu, dorang terus buatkan anduh tangan dengan menggunakan ranting kayu. Rupa-rupanya keje dorang paramedic a.k.a penyanyi band indie The Chronics. Tak ke penyelamat namanya tu??






Aku dibawa oleh sahabat aku si Nana & Daeng ke Hospital Kajang. Hospital tu la yang paling dekat dengan tempat kejadian. Sampai sana, aku di X-Ray. Doctor cakap sah,  sah patah!! Aku admitted kat hospital tu dalam 5 hari. Aku tak dibenarkan transfer ke hospital Klang sebab aku 'special' kes. Tulang aku patah teruk. So, aku harus dipantau oleh doctor 24jam sebab takut tangan aku jadi kebiruan. Hmm.. melantong aku duduk wad. Tapi ada kisah indah & pelik yang berlaku kat Hospital Kajang. Next post la yea??! Aku hidangkan korang beberapa gambar pemandangan Broga Hills yang cantik sampai aku terpanggil untuk ke sana.. 


Kesudahan cerita...





No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...