Saturday, April 11, 2009

Kira kuang ajau punya awek!! Boypren dia pun sama..

Aku cukup bengang bila dengar citer ni. Ntahla.. Rasa mcm langgar pantang pon ada gak. Aku rasa kadang2 orang bcinta ni memang bleh buat kita jadi tak berfikir dengan panjang smpai sanggup korbankan benda2 yang diluar jangkaan......

Gadis: Abg, alangkah bahagianya jika saya dapat melihat dunia ini dengan mata yang sihat. Alangkah bahagianya saya jika saya dapat melihat wajah abg seperti mana abg melihat wajah saya. Alangkah bahagianya saya jika kita dapat mengharungi kisah cinta kita ni bersama sehingga akhir hayat kita... (oppss.. agak jiwang skit part ni)

Boy : InsyaAllah sayang. jika diizinkan Tuhan, sayang akan tetap dapat melihat apa saja yang sayang ingin melihat. Hmmm.. sayang, sudikah sayang menjadi permaisuri hidup abg?

Gadis : Abg tak menyesal dapat isteri mcm Gadis?

Boy : Abg takkan menyesal dan abg akan sentiasa bersama dengan sayang.. Abg janji.

Selang beberapa hari.....

Boy : Sayanggg... Abg ada berita gembira buat sayang. Sayang dah dapat penderma mata yang sesuai buat sayang. Tak lama lagi sayang akan dapat melihat apa yang sayang idamkan..

Gadis : Really?? Alhamdulillah...

2 bulan kemudian........

Gadis : Aduhh... sakitnya mata saya doktor.

Doktor : Buka mata perlahan2 yaa..

Boy : Sayang, sayang dah nampak ke?

Gadis : Maaf, encik ni siapa?

Boy : Ni abg sayang. Bakal suamimu.

Gadis : Abg? Napa abg..... Hmm.. takde apa2 la.

2-3 hari kemudian...

Boy : Sayang, abg rasa dah tiba masa kita kawin. Lagipon sayang dah dapat melihat dan dapat mencapai impian sayangkan?

Gadis : Abg, boleh tak kita bincang sikit?

Boy : Boleh sayang. Apa dia?

Gadis : Sebelum tu Gadis nak minta maaf klo apa yang Gadis bakal cakap ni akan menyakitkan hati abg. Sebenarnya Gadis dah fikir. Gadis rasa gadis dah buat keputusan untuk terpaksa tolak lamaran abg tu..

Boy : Kenapa sayang??

Gadis : Gadis nak minta abg bg Gadis peluang. Yela.. Sebelum ni Gadis tak nampak. Gadis seolah2 tiada pilihan untuk memilih. Jadi, Gadis nak minta jasa baik abg untuk lepaskan Gadis untuk gadis membuat pilihan untuk menentukan hidup Gadis selepas ni. Gadis minta maaf sangat. Abg memang seorang lelaki yang baik. Memang tak dinafikan. Tapi Gadis..... Susah Gadis nak jelaskan. Lepaskan Gadis..

Boy : Sampai hati Gadis buat abg mcm ni. Baik.. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Abg dengan berat hati akan melepaskan Gadis. Abg harap Gadis bahagia dengan pilihan Gadis dan abg berdoa semoga Gadis temui cinta sejati yang boleh mencintai dan berkorban apa saja untuk Gadis. Tapi cuma satu yang abang ingin pinta...

Gadis : Apa dia abg?

Boy : Abg cuma nak minta, tolong jaga 'kedua-dua belah mata' abg dengan baik kerana hanya itu saja pengorbanan yang abg mampu yang buat utk Gadis..

Rupa-rupanya, mata yang ada pada Gadis itu adalah mata Boy yang didermakan kepada Gadis hanya kerana ingin melihat impian Gadis yang dicintai tercapai.

Moral: Kalau aku, aku tak marah sangat dengan si Gadis tu. Tapi aku akan marah giler dengan si Boy sbb kenapa la dia bodoh sangat bagi kedua-dua belah mata dia?? Bagi sebelah je cukup la. Baik sangat. Last2 sapa yang merana?? Janganla kita terlalu taksub dengan sesuatu cinta yang belum pasti menjadi milik kita. Aku juga berdoa mudah2an aku tak terjebak dengan kisah cinta seperti ini. Sungguh kejam bagi aku. Damn it..!!!

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...