Monday, May 11, 2009

Manusia Akan Jadi Budak² Walaupon Dah Tua.... Serius!!

Memang lumrah kita sebagai manusia yang tak penah lari dengan sifat kebudak-budakan/jadi budak.. Mungkin kita tak perasan sebab kita perasan yang kita ni dah cukup dewasa bagi mereka yang tidak berpandangan jauh. Bagi mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang paling tinggi pon belom tentu mereka tu 'perfect' dari segala hal. Adakah anda terfikir??? Pasti tidak....

Umur 1-13 tahun.
Time ni memang time untuk mengelinjat lebih. Memang tak ingat dunia. Tapi bagi lingkungan umur yang mcm gini, memang dimaafkan kerana umur ni masih lagi dalam golongan kanak2. kira masih layak tuk masuk rancangan 'tom tombak'...
Masa umur 5 tahunUmur 1 tahun

Umur 14-17 tahun.
Ni plak golongan remaja mentah. Masih mempunya sifat kebudak-budakan kerana masih lagi teringin nak manja ngan parent. Lagipon umor mcm ni tak leh lagi nak pi mana2 without pengetahuan parent. Masih dibawah pengawasan sepenuhnya. Nak beli mainan pon kira boleh lagi.


Umur 18-25 tahun.
Dah dikira remaja matang. Time umur mcm ni dah rasa bebas skit sb dah abis skola. Tapi time ni la time mereka utk membentuk kehidupan baru dan long journey. Time ni la kita leh tau nak masuk University ke, menganggur ke, keje kilang ke, keje engineer ke, cikgu ke and etc. Tapi bila masa golongon umr cmni nak jadi budak2?? Haa.. umo cmni memang time umur untuk bercinta bagai nak rak. Time tu la time dimana mereka akan jadi budak2 tuk pujuk parent ke, nak suruh borpren beli kasut ke... Kadang2 lebih over plak. Apatah lagi time merajuk... Hhmmm....

Umur 18-25 tahun

Umur 26-50 tahun.
Umur mcm ni pulak memang time orang berlumba2 mencari sesuatu utk memenuhi keperluan dan kehendak hdup utk melengkapi senarai kehidupan masing2. Yang pertama skali, umur lingkungan ini berlumba2 utk mendirikan masjid. Mendirikan rumahtangga. Masing2 sibuk kumpul duit utk kawin. Mcm budak2 gak. Budak2 kumpul duit belanja skola utk beli TORA... Bagi mereka yang sudah berkawin, mereka akan bertukar sifat kebudak-budakan bila time merajuk. Mesti nak dipujuk... Merengek bila nak dibelai.. Manja bagaikan kanak2 kecil utk mendapatkan perhatian dan perlindungan dari pasangan. Time gini la bagi sang suami mendapat layanan seperti ibu melayan anak. Baju dibasuh, makanan dihidang. Malah ada pasangan tu kadang2 bersuap2 time makan bagai anak kecil. Hebatkan??? Umur 50 tahun ke atas.Di usia emas ni, mcm perubahan berlaku. Antibody semakin berkurangan. Mudah dapat penyakit. Dah kembali seperti kanak2. Orang tua tak leh nak makan gula lebih sbb takut kencing manis. Mcm budak gak. Dilarang mkn gula sbb takut gigi rosak. Orang tua pon sama. Gigi makin rongak. Bagi warga emas yang lebih tua pulak, badan dah makin bongkok, ingatan makin kurang. Dah tak bleh nak berjalan sbb kaki tak kuar. Dok atas kerusi roda. Bila tak larat nak pi tandas, kencing sepah2. Anak2 bagi si tua ni pakai lampin. Bukankah seperti anak kecil???
Comel nenek ni...Apa jua bangsa, dia tetap nenek.



Hidup ini adalah satu kitaran yang dalam sedar tak sedar, kita semakin jauh ditinggal usia. Jangan kita rasa kita hebat dikalangan rakan2 kita. Jangan kita rasa kita paling hebat dikalangan orang sekeliling kita. Sentiasalah kita beringat bahawa hidup ini sementara. Jgn menghina, mencaci, memandang rendah pada orang yang lebih kecik dr kita, lebih muda dari kita, kurang pandai dari kita kerana kitaran hidup kita seperti roda yang akan kembali ke bentuk yang sama walaupon dalam situasi yang berlainan. Sama2 kita jaga diri, ibubapa yang merupakan orang yang paling byk berkorban utk kita, fmily yang lain dan hormat dengan orang yang ada dsekeliling kita selagi orang tak buat taik kat kita. Ingattt!!! Sebanyak mana kita benci, kita kutuk, kita hina, kita memaki, sebanyak itulah yang kita daat dari orang lain. Aku mengingat diri aku jugak sbb aku tergolong daripada golongan orang2 yang leka dengan kehebatan diri sendiri. Tapi aku mula sedar dan aku ingin 'anjakan paradigma seiring visi'.... Hebat sungguh kejadian Tuhan!!!







No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...