Wednesday, May 27, 2009

Samseng sekolah...

Semalam adik aku ada tunjukkan video budak tgk blawan2 yg dirakam di skolah. Guna handphone. Mula2 aku tengok, video tu biasa je. Tapi lama kelamaan, video tu jadi luar biasa. Mula2, video tu menunjukkan yang dorang ni mcm gurau2 biasa je. Lama2 kelakuan dorang makin ganas. dari sorang menjadi 2-3 orang memukul, menghentak dan menendang mangsa.

Kesian plak aku tgk. Yang aku peliknya, kenapa aku ada dengar suara adik aku je dlm video ni. Aku tanya dia, "asal ko punya suara ada dlm video ni?"... "Laaaa... memang la. Ewan yang rakam video nih". Aku memang terperanjat bila dia ckp mcm tu. aku dengan bengangnya apa lagi?? Aku tengking dia depan bapak aku. Aku tak kira ayah aku nk marah aku ke apa.. Tapi yang syoknya, aku saja je jadi batu api. Aku bgtau and tunjuk kat ayah aku pasal video tu. Ayah aku mengamuk sakan sampai aku pon takut nk bsuara.

Aku tak sangka plak adik aku leh terjebak dalam kes2 berat ni. Walaupon dia kata hanya untuk bersuka-ria tgk orang kena pukul, tapi benda tu tetap jadi kes berat yang bleh djadikan kes juvana tau. Gila la budak2 skrg. Aku ingat ada kes yang mcm ni. Sampai ada yang mati. Aku penah tgk video tu kat you tube. Alamak aii... Tak sampai hati aku tgk. Mangsa yang tunduk menahan kesakitan. Malahan, mangsa tpaksa-rela utk menyerahkan dirinya utk dipukul. Yang buat aku lagi sakit hati, hanya kerana mangsa tak kasi pinjamkan cerek pon dah bleh buat dorang pukul mangsa smpai mati. Tragis!!! Kesian tau. Mak ayah hantar pi asrama utk dorang lebih fokus dengan pelajaran dan tak tjebak dengan anasir2 luar yang bleh menyongsangkan hati mereka yang suci tu. Tapi lain plak jadinya. Dorang lebih advance bila duduk satu bumbung.

Hmmm... Nauzubillah.. Jangan terjadi benda2 yang tak baik. Semenjak kes tu, aku tak bertegur sapa dengan adik aku. Alaaa.. hanya beberapa hari je. Janganlah adik2 di luar sana melakukan perkara2 yang sebegini sbb perjalanan hidup korang masih pnjang. Nasihat ini utk orang yang dah tua jugak. Bagi mereka yang samseng bagai nak gila mcm 'along' ke 'chetti' ke.. beringatlah. Hidup korang semakin pendek. Baik kamu bertaubat!!!

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...