Monday, May 25, 2009

Kisah Empat Sekawan..3 Orang cantik, Sorang Gemok..

Kisah ni diadaptasikan daripada kisah benar. Kisahnya begini.........

Ada sekumpulan pelajar yang pernah menuntut di salah sebuah university tempatan. Geng ni terdiri daripada 4 orang gegirl iaitu Piah, Odah, Cici dan Ayu. 3 orang cantik dan sorang lagi gemok. Tapi cute. Geng gegirl ni boleh dikatakan top kat kampus. Sebut je nama geng ni, mesti orang tau, mesti orang kenal. Dorang terkenal pon sbb cantik.

Tapi yang bagusnya geng ni, dorang tak penah rasa meninggi diri ke or nak kondemkan orang yang kurang daripada mereka. Dorang layan semua org dengan saksama. Ayu (gadis Gemok) tu memang selesa kawan ngan dorang. Biasalah klo kat kampus. Mesti ada je jejaka yang kita attack utk jadikan bahan 'cuci mata' kan?? Dorang ada minat seorang lelaki ni. Lelaki ni memang agak terkenal kerana kepandaian dan kehensemannya. Ramai gila budak2 pompuan yang tergila2kan dia termasukla geng gegirl ni tadi.

Piah, Odah dan Cici memang tergedik2 bila nampak budak lelaki ni. Mcm Aaron aziz katanya. Tapi Ayu hanya minat dalam diam sahaja kerana dia rasa rendah diri dan sedar dimana kedudukannya berbanding teman2nya yang lain. Satu hari tu, geng gegirl bertembung dengan lelaki idaman mereka dan menegurnya. Lelaki ini melayan mereka seperti biasa kerana mereka merupakan 'classmate'. Setiap kali mereka berborak, Ayu mesti tak banyak cakap. Hanya lebih byk berdiam diri dan melayan perasaan sendiri tetapi dia tak perasan dan tak tahu bahawa dia selalu menjadi perhatian seseorang.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun mereka bersama. Berlumba2 untuk menuju ke pucak menara gading. Akhirnya mereka berjaya mendapat segulung ijazah dengan cemerlang. Selepas graduation day, mereka terputus hubungan. Selepas setahun kemudian, Odah dan Piah merancang untuk mengadakan reunion di genting.

Semasa di sana, semua kelihatan vouge dan ranggi dengan gaya masing2 termasuk Ayu and the geng. Semasa berkumpul utk menyantap makanan yang enak, ada sesuatu yang berlaku. Lelaki idaman mereka ingin mengumumkan sesuatu kepada mereka smua. Dalam keadaan yang mendebarkan, Lelaki itu menyatakan hasratnya utk berkahwin. Terperanjat berok smua terutama geng gegirl. Ayu mendengarnya dengan rileks dan dlm masa yang sama, mukanya berubah menjadi gugup. Semua tertanya2, sapakah gerangannya?? Siapakah lelaki yang bertuah itu??

Lelaki itu menyebut nama wanita yang berjaya menawan hatinya. Selepas pengumuman, smua terdiam dan bagaikan tidak percaya. Beberapa minit kemudian, Odah, Piah dan Cici terus memeluk Ayu. Mereka menangis. Bukan kerana sedih, tetapi mereka menangis kerana gembira. Nama yang di sebut oleh lelaki itu adalah "AYU"..

Lelaki itu meneruskan ceritanya mengapa dia memilih ayu sebagai teman hidupnya. Rupa2nya selama ini lelaki itu memang selalu memerhatikan setiap gerak-geri ayu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dia seolah2 ingin mengetahui dan mengenali kehidupan gadis ini dengan lebih dalam. Hatinya mula terpaut apabila menyedari bahawa gadis ini mempunyai hati yang suci.

Ayu tidak menyedari bahawa tindakannya membawa makanan untuk 'makcik tukang kebun' di kampusnya telah membuatkan lelaki ini menyukainya dalam diam. Selama ini Ayu memang rajin membeli (belanja) mcik tukang kebun nasi bungkus. Klo dia tak cukup duit sekalipon, dia tetap akan membawa sekurang2nya satu ketul kueh utk mcik ni makan. Menurut cerita daripada geng gegirl, Ayu berasa simpati melihat seorang mcik dengan keadaan yang berpeluh2 membanting tulang utk mencari rezeki. Jadi, dia memang dah membuat keputusan ingin mngurangkan sedikit beban mcik tu dengan memberi mknan.

Kasih sayang dan keikhlasan hatinya kini dibalas dengan penuh hikmah kerana dikurniakan lelaki yang sempurna di mata wanita2. (Lengkap dari segi agama, paras rupa, kepandaian dan kekaya)..

Kini, Ayu dan Lelaki idaman ( Amar Mujahid ) akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.

Happy ending kan???

2 comments:

miza said...

macam cerita novel. i was surprised this was true story.

indah-andika said...

isshhh...siyes.. klo ko nak tau, aku la si CICI tu... hehe... takdela. Kisah tu mmg kisah benar yg blaku pd teman aku... aku pon nk jd mcm 'ayu' gak.. huhu

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...