Thursday, May 21, 2009

Senangnya Nak Beli Barangan Keselamatan/Keperluan...??!!

Aku ada satu kes yang aku nak kongsi ngan korang semua. Aku nak mulakan cerita ini..................

Ahad aritu aku ngan family pi TESCO (walaupon kena boikot tp aky tetap beli sbb tu yg paling dekat dr umah aku) utk beli barangan dapur. Nak ikutkan hati aku ni memang malas nak join pi beli barang. Tetiba baru aku ingat yang bedak aku dah abis. Baik aku ikut. Atleast klo pi ngan family aku, ayah aku ada untuk 'tolong' bayarkan. Heheh... Tgh2 bulan macam ni terpaksalah aku minta pertolongan.

Lepas aku dah amik bedak semua, aku pi tempat letaknya 'yogurt'. Aku terpaksa beli yogurt kerana aku TERPAKSA makan sb aku tengah mengerah tenaga utk kuruskan badan aku yang makin naik ni. Risau tul aku. Sekarang time kitorang bayar. Aku pi kaunter yang ke-3. Rileks2 tunggu turn, skali aku terpikir nak beli gula2 plak. Yela.. Klo aku lapar leh aku makan gula2 tu. Takdela aku nk terpikir makan yang berat2. Kan slalu klo korang pi supermarket, sebelum nak bayar tu mesti ada 'rag' yang ada jual gula2, coklat and etc. so, aku nak pilih gula2 mint utk kasegaran nafas la kononnya.

Adik aku pon pilih sama ni. Jap lagi, pilih punya pilih aku terperasan gula2 dalam kotak. Adik aku tengah pegang. Aku tanya adik aku " ko nak beli gula2 apa?".... "Ntah. Ewan pon tak tau". Aku rampasla gula2 yang dalam kotak tu dari adik aku. Jap lagi korang nk tau apa??

KONDOM!!! Korang bayangkan. Ada ke jual kondom dengan meletakkannya disebelah gula2? Siap ada perisa lagi. Siot betol. Jenamanya aku tak pasti. Yang aku sempat baca dia tulis 'FIT'.. Lagi apa ntah...

Ishh.. Ishhh.. Sepatutnya benda2 mcm tu tak bolehlah jual ditempat2 sebegitu. Mudahnya utk orang membeli. Perkara2 mcm ni jugak mcm menggalakkan orang utk membelinya..

Sampai aku confuse sama ada 'benda' ni keperluan or keselamatan???
Fuuuhhhhhhhhh......

1 comment:

miza said...

orang diet taleh makan gula-gula la haip...

kondom diletakkan merata-rata sebegitu adalah utk mengkonfiuskan orang2 inesen macam kita ni.

bayangkan klu ko terus grab kondom tu bawak balik tumah, then abah ko jumpa. sure ko kena kaw-kaw dgn abah ko.

tesco mmg suka kenakan orang...

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...