Tuesday, July 5, 2011

Si Hassan 'calon' bakal ahli keluarga

Tajuk nak gempak macam suratkabau METRO.. Cehh~

Yaaa.. Aku tau. Patutnya aku kena cerita pasal family aku kan??? Tapi mood takde la nak cerita pasal family sebab kalau nak buat cerita pasal family kita, kita kena ada masa yang panjang sebab kena atur betul2 jalan cerita. Sekarang ni mood aku nak cerita pasal 'calon family'.

*** Ciri-ciri Imam Muda Hassan ni boleh dijadikan 'panduan' untuk memilih calon suami... (Itu topik yang sebenar-benarnya untuk blog aku hari ni).

(Imam Muda Hassan)

Sejuk je mata tengok.. T__T

Bercahaya dengan cahaya keimanan.. InsyaAllah.


Ya Allah... aku cukup berkenan dengan Imam Muda Hassan. Mana nak jumpa hamba Allah seperti dia disekeliling aku?? Kalau ada, kurniakan dia untuk aku Ya Allah.

"Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui"
- Sekerat lirik Hamba-Mu Mawi ft Akil Hayy -

Kenapa pulak aku boleh berkenan dengan dia ni????
Jawapan aku.... Ntah. Tetiba kot. Nak pulak tengok dia macam ikhlas dengan setiap apa yang dia buat. Yang paling aku rasa kemuncak yang dia ni betol-betol buat aku tersuka masa ni.... (sila tengok video di bawah)


(Sila tunggu part yang paling hujung)

Korang boleh tengok dia masa berjumpa dengan ibu kesayangan dia. Subhanallah... Syahdu seh. Adushhhh... Yang sorang lagi tu dah macam ala-ala YB. So, tak minat aku.


Tapi apa pon kita hanya hamba Allah yang pasti ada kekurangan. Jadi, si Hassan ni pun tak terlepas dengan sebarang kelebihan yang dia tidak miliki. Tak kisah laaa.. Aku tetap suka!!!


*** Sebenarnya aku dah jumpa orang macam dia cuma mungkin disebabkan Allah itu 'pemilik setiap hati manusia', jadi aku sebagai hamba Allah cuma berserah dan redha. Allah tu Maha Adil. Dia akan kurniakan kita sesuatu yang paling terbaik. Kita sebagai hamba-Nya berdoa dan terus berdoa untuk kebaikan kita kelak.


Aku nak berdoa::


"Wahai Allah, aku berdoa sangat-sangat semoga Kau kurniakan aku 'seseorang' yang mampu mengubah 'Erfiza yang serba kekurangan' menjadi 'Erfiza yang solehah dan disayangi oleh-Mu' Ya Allah.. Kurniakan jugak 'seseorang' untuk family dan kawan-kawan aku yang masih belum bertemu jodoh. Amin Ya Rabb."




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

One Happy Family

Aku ingat kali ni aku nak buat minggu/bulan 'KISAH FAMILY'. Haaaaaa... korang mesti ada kisah yang best2 kan pasal family korang??? Aku ada banyak kot. Tapi nak kena recall balik la memandangkan ingatan aku makin blurrrrrrrrrrrr~

"Cayunk familieyw kitew" - (Tolong jangan tulis spelling macam ni yea klo nak buat blog!!)

Family adalah tulang belakang kita. Takde dorang, mungkin kita makin down. Takde dorang, kita rasa sunyi. Takde dorang, kita rasa "best ke ada family cenggini??".. Haaaa... Nantila.. Bagi aku masa untuk cari idea..

Jommm kita basuh pinggan!!! 

Friday, July 1, 2011

Time tengah basuh pinggan la dia nak datang!!!

Hahhhhh..... Bersarang!! Berkulapok!! Bersawang aku punya blog ni!! Yea.. aku tau yang aku dah lama tak tulis apa2 kat blog aku ni.. Peminat-peminat aku semua marah (macam la hot sangat macam Lisa Surihani) ^__^..

Korang tak tau masalah aku.. Ada sebab aku tak tulis blog... Dulu bukan main kencang aku menulis. Ada je hot2 topic. Sekarang ni macam dot dot dot..

Nak tau sebab apa???
Sebab time tengah basuh pinggan la 'dia' nak datang!! 'Dia' tu sapa?? Si IDEA laaaaa...

Maaf ye!! Aku memang pemalas nak basuh pinggan!!!

Betol weh.. Time basuh pinggan kan otak kita akan berlegar2.. Basuh pinggan sambil berangan2.. (Hanya orang yang basuh pinggan je yang akan mengalami masalah ni. Hikhik)..Time2 berangan tu la idea datang mencurah2!!

Yeahhhh... Korang memang rajin.. Tu sebab aku sayang korang!! ^__^

Aku tau aku pelik. Jadi korang maafkanlah aku kalau blog aku ni macam dah takde orang nak manage je. Tak sengaja laaaaa... Aku dah rasa macam nak amik laptop, letak kat sebelah sinki then bila basuh pinggan sambil berblog!! Hebat kan??? 

Bila dah selesai basuh pinggan, baru la mata tak semak!!


Klo malas nak basuh pinggan, toksah makan!!!!!


Thursday, June 23, 2011

Takde Faedah


Sedih betol rasanya malam ni. Agak emosional. Percaya tak aku sendiri tak mampu nak mengawal emosi sendiri?! Kalau dah jadi macam ni, macamana aku nak melaksanakan tugas aku untuk membantu mengawal emosi orang lain?? Hmmm.. entahla.

Mungkin betol. Tetiba aku rasa pipi aku ni macam kena tampar oleh orang yang gedabak!!! Sampai aku mampu tersedar sapa aku. Hebat sungguh 'orang' tu. Aku termenung kejap. Time tu la baru datang fikiran yang aku rasa aku ni takde faedah. Siapa aku?? Apa specialnya aku untuk setaraf dengan mereka?? Dah la lembab. Bengap pulak tu. Suka berangan. Hangat-hangat taik ayam!! Buang masa & mengabihkan bogreh yoo!!!

SAYA BUKAN SPECIAL!!!
(Ye saya mengaku yang saya bukan siapa-siapa)

Wednesday, June 22, 2011

Movie Ketika Cinta Bertasbih 1

Aku baru je tengok cerita ni kat 'TV Al-Hijrah' semalam. Before this memang aku dah tengok pon. Tengok tak muak eh!! So, aku ingat aku nak letak kat blog aku. Senang skit. Klo nak tonton lagi, aku just klik kat blog aku jela kan?? Korang pon boleh tengok sama. Mohh mOhhh.. kita!!

























Selamat menonton!!

Tuesday, June 21, 2011

Abang tak nak jadi askar!!

(Anak buah aku yang berumur 10thn tengah menonton cerita perang).


Anak : Ummi, eiii.. Abang dah besar nanti tak nak jadi askar la ummi.


Ummi : Kenapa plak?? Jadi askar la bagus!


Anak : Tak nak. Abang tak nak. Nanti jadi askar nanti mati kena bom. Banyak darah. Sakit. Nanti kena tembak. Eiiii.. abang tak nak!!!!!


Ummi : Abis tu?? Nanti abang dah besar nak jadi apa plak??? (Umminya agak rasa tertekan.)


Anak : Abang ingat abang nak jadi 'pengusaha kepek pisang'. Nanti abang boleh bagi ummi free je kepek pisang tu. 




Ummi : Eeerrkk... Gulp! (dari mana anak aku belajar ni?? Pengusaha kerepek pisang??!) 

Thursday, June 16, 2011

No Food Allowed!!

Untuk mengingatkan aku pada DIET, aku terpaksa buat sesuatu yang boleh aku ingat yang aku sekarang tengah DIET!!! Macam-macam aku cuba tapi aku rasa benda ni pon salah satu cara yang berkesan kot.


'Desktop computer' punya wallpaper.

Haaaaa... Bagi yang sedang berdiet, korang boleh cuba macam aku. Yelaaa... Mulut ni dah terbiasa nak mengunyah. Bila ternampak 'wallpaper' macam ni, segala kerepek-kerepek akan diletakkan jauh sejauh-jauhnya dari mulut kita. 
HikkHikkk~ 

Selamat mencuba!!!







Tuesday, June 7, 2011

Kartun dulu dan sekarang.

Selamat Pagi Malaysia!!
Pagi-pagi yang happening macam ni, baik kita cerita kisah-kisah dulu. Saja nak ambil mood sebelum start buat kerja. Masa korang kecik-kecik dulu, korang mesti tengok kartun punya, ye tak?? Kartun apa yang korang rasa memang terpacak dalam otak korang?? 


Aku ingat dulu, masa umur aku 5-6 tahun, TV1 tak silap aku ada buat kartun yang berkisahkan kisah2 dongeng. Wahhhhh.. Time ni, muka aku je yang mengadap. Cuba korang tengok kartun ni. Ingat lagi tak??? 














Ngeeeeee... Best kan????





'Doraemon' pun salah satu kartun yang jadi pujaan hatiku!!! Aaaahhhhh.. Pantang je hari sabtu pukul 7.30pm, mesti aku dah get ready nak tengok doraemon. (Haaaaa... time kecik aku ngaku aku tak sembahyang Maghrib =D). Ehhhhh.. lupa!! 'Power Rangers', 'Ultraman', 'Digimon', 'Tamiya' pun aku suka gak! ^___^


Haaaa.. yang ni kartun zaman sekarang! 'Upin & Ipin'. 
Dah tua bangka pun suka kartun ni gak. Memang best kot! Kelakar & suara si kembar ni yang buat orang suka sebab nada dia sedap bila bercakap. =)







Yang ni pun sama. Korang percaya tak 'bantal kopek' aku adalah muka si Spongebob?? Hahahaha,, Tu hadiah daripada bestfriend aku.. Luv u my bestfriend!! 





Kartun ni adakalanya baik untuk minda kanak-kanak tapi jangan terlalu taksub sangat sampai kita nak tengok berita pun dorang tak kasi. Nak-nak pulak kalau korang ada Astro Kids Channel. Mcm Disney Channel & etc. Peerrghhhh.. Jangan harap dapat chance nak tengok cerita lain. Balik2, "Bukak la katon. Nak tengok 'Ben10', nak tengok 'Mickey Mouse'..." Bla Bla Blaaaa~


Oklah. Selamat mengimbas kenangan silam. ^__^

Sunday, June 5, 2011

Yeah!! Aku berjiwa ASLI..

Dah lama sangat aku rasa blog aku ni tak berusik. Sampai ada makhluk Allah tu sound aku guna inbox. Apa tah napa dia. Maaf la yea. Aku agak busy lately. Idea banyak tapi masa tak banyak pun tak guna jugak kan??

Hari ni topik aku pasal 'muzik'. Tapi sebelum tu aku nak bagitau. Blog aku ni untuk dikongsi bersama. Aku harap mereka-mereka yang membacanya tu bersikap POSITIF. Maklumlah, topik yang aku nak bincangkan ni pasal MUZIK. Kang ada plak yang makhluk yg berasa dirinya SUCI MURNI sound, "Daripada dengar muzik/menyanyi, lebih baik kau mengaji ke, berzikir ke...".

Aku tak nak perkara sedemikian berlaku okay! Sebelum aku sound 'orang suci' tu balik, lebih baik baca dengan hati yang terbuka. Bab 'kisah orang yang ala-ala suci murni' ni nanti akan aku ceritakan di masa yang akan datang sebagai new entry nanti.

Aku berjiwa asli. Maksudnya, aku ni jenis suka mendengar lagu-lagu asli atau nostalgia. Dulu masa time sekolah, aku selalu didedahkan music2 asli macam caklepong, gamelan, rebana & etc. Aku pernah mewakili sekolah & peringkat negeri dalam bintang asli remaja. Percaya tak?? Siap belajar vocal dengan Raftah Bachik. Susah nak bawa lagu asli ni.


Ni lah Raftah Bachik. Dulu kan main lagi posing. Hehe.. Sekarang dah bertudung dah. Tapi muka tetap maintain. 



Ni la muzik traditional dan kami bermain dengan gumbira.

Tapi sekarang semua ni macam dah ditelan zaman. Tak ramai yang sukakan music2 asli ni. Jarang sungguh. Nak-nak plak kalau korang nak audition Akademi Fantasia, janganlah cakap yang korang tau nyanyi lagu asli. Kena reject kot. (Aku la tu). 

Kena reject sebab ada la yang cakap kalau tau lagu asli je nanti susah nak hidup dalam industri ni. Hmmm... okay! Tapi serius aku cakap, tak semua orang boleh buat suara lenggok melayu asli.Suruh Ella nyanyi. Hancur kot. (Sorry auntie Ella =D) Tapi orang yang tau lenggok asli, dorang automatik akan tau nyanyi lagu balada dan Qasidah.



Lagu ni ada Qasidah. Yang ada perkataan "Yaaaaaaaaaaaaaa..." Hehehehe.. Lebih kurang ada macam Tarannum dalam mengaji..




Lagu ni aku pernah nyanyikan masa semi final bintang asli. Tu yang dapat masuk final tu. hehehe..


Kalau kat India, lain bebenau situasinya. Dorang mengutamakan 'music classic hindi'. Anak-anak akan dihantar ke pusat2 pembelajaran vocal & belajar music classic negara dorang. Dan hasilnya, mantap!!!


Korang dengar budak ni nyanyi. Superb!! Lagu hindi dengan lenggokan asli. Bestkan??


Aku harap music2 Melayu asli akan dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat supaya benda ni tak hilang macam 'melayu takkan hilang di dunia'. 

Sunday, May 22, 2011

Bosan bertambah bosan!!!

Fed up gila la macam ni!! 


Aku bosan tengok blog aku. Hitammmmmmmm je!
Sekali-sekala nak jugak tukar mood. So, aku memilih 'blog skin' yang baru. Kali ni lebih nampak girly la sikit. Wahhhh.. nampak WHITE & PINK!! (Yarkk actually tapi soft je bila pandang ^__^)



Baru je nak rasa hilang bosan. Tetiba aku tengok semua format yang aku dah adjust semuanya tonggang terbalik. Ada jugak yang hilang!! Adehhhh~


Terpaksalah aku buat & godek balik. Kena buat sesuatu yang 'baru' balik. Tak ke buang masa namanya????


Nak GIRLY sangat kan?? Nahhh.. amik ko!!


Aku dah ambil keputusan untuk patah balik. Guna black background balik!!!



Wednesday, May 11, 2011

Via handphone

Hari ni demam!! Selepet habis. So, aku tak larat nak buka computer. Tapi hati teringin nak update blog.

Hati plak melenting-lenting nak update guna handphone. Ni yang try ni. Hikhik. Boleh ghupernye. Cuma payah la tang nak menaip. Kecik sangat keypad. Haisshh.. Takpe. Janji dah berjaya try test cuba (triple TRY).

Bye!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 8, 2011

My Queen

Oooiihhhh.. Penuh makna tajuk ni. Khas untuk ibu aku. Meh kita cerita pasal ibu. Serius aku cakap, aku memang sangat berbeza dengan ibu aku. 




Nama ibu : Toh Puan Zaiton Bt. Tuan Hj. Zainal.


Ibu.
1. Body ibu lebih kecil daripada anak-anaknya.
2. Tak suka sangat ayam.
3. Pandai masak.
4. Suka basuh baju.
5. Suka bayar hutang² dahulu daripada gunakan duit untuk kepentingan diri.
6. Suka tengok sinetron Indonesia.
7. Semua boleh buat. Tukar paip pun boleh.
8. Mempunyai otak yang berlipat-lipat (bijak) dalam mengaturkan sesuatu.
9. Berhati kering. Kalau kata hitam. hitamlah yang dia akan pilih. kalau putih, putihlah yang dia pilih dan jawapannya muktamad!
10. Sudah berkahwin, mempunyai suami & anak-anak.


Aku.
1. Body aku lebih besar daripada ibu. =(
2. Gila kau tak ada ayam??!! =D
3. Pandai makan. =D
4. Suka longgokkan baju dalam bakul dan ibu tolong basuhkan. =D
5. Suka berhutang dengan ibu untuk kepentingan sendiri. =D
6. Suka COWOK Indonesia yang ganteng!! =D
7. Apeeee pon tak boleh.
8. Otak putar belit (suka mereka-reka sesuatu) ^__^
9. Berhati lalang/lembut/lembik. Cepat sangat ubah fikiran. =(
10. Belum berkahwin, belum bersuami dan belum punya anak. o(╥﹏╥)o


Semua tak sama tapi kami mempunyai sesuatu yang sama iaitu... kami berkongsi jejaka yang sama yakni Ayah. ^__^


Buat ibu ::


Ibu, ibu dah banyak berkorban untuk anak-anak. Segalanya dilakukan dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati. Kami tau betapa dasyatnya ibu yang kena jaga kami yang nakal & yang susah nak control diri sendiri. Kami sebagai anak-anak tak mampu nak balas jasa ibu walaupun kami mempunyai duit yang berjuta-juta. Tak kami termampu nak membandingkan segala jasamu dengan kebendaan. Ibu, ibu adalah ibu yang paling WORLD!! Kami sayang ibu. Ibu adalah Queen di dalam hati kami & Queen control dalam rumah kami.. Huwaaaaaa~


Sayang ibu selamanya!!! Selamat hari ibu jugak buat wanita-wanita di setiap pelusuk dunia.


Ini makcik-makcik aku yang cute lagi da boom!

Yang ni pun makcik aku gak.

Gambar ni mewakili auntie-auntie aku yang takde gambar termasuk mak angkat aku Puan Hayati Ismail. =)


Lagu ni untuk ibu-ibu.




When I'm lost in the rain
In your eyes I know I'll find the light
To light my way, when I'm scared losing ground
When my world is going crazy you can turn it all around
And when I'm down you're there pushing me to the top
You're always there giving me all you've got

For a shield, from the storm for a friend, for a love
To keep me safe and warm, I turn to you
For the strength to be strong, for the will to carry on
For everything you do, for everything that's true, I turn to you

When I lose the will to win
I just reach for you and I can reach the sky again
I can do anything 'cause your love is so amazing
'Cause your love inspires me
And when I need a friend you're always on my side

For a shield, from the storm, for a friend, for a love
To keep me safe and warm, I turn to you
For the strength to be strong and for the will to carry on
For everything you do I turn to you yeah

For the arms to be my shelter through all the rain
For truth that will never change for someone to lean on
But for a heart I can rely on through anything
For the one who I can run to oh I turn to you

For a shield from the storm, for a friend, for a love
To keep me safe and warm, I turn to you
For the strength to be strong, for the will to carry on
For everything you do, for everything that's true
For everything you do, for everything that's true, I turn to you

Friday, May 6, 2011

Hari Jumaat

Selamat hari Jumaat wahai sahabat-sahabatku. Jumaat adalah 'penghulu segala hari'. Semoga kita diberkati oleh Allah & mudah-mudahan, segala amalan kita diterima oleh-Nya.


Tuesday, May 3, 2011

Tak lengkap


Apa lagi yang tak lengkap??? 
No. 1?? Adaaaa...
No. 2?? Adaaaa...
Yang boleh zoom jaaaauuhhhh gila??? Adaaaaa...
'Wide lens'??? Adaaaaa...
Ehhhh.. Flash????
Barang-barang ni semua tak ada dalam bilik aku????
Failed!!!
Demmm!!! Siapa yang ambik ni??? 

Mode : Marah tahap dewa!

** Huaarrghhhh! Eh, dah pagi?? Aku bermimpi rupanya!

Friday, April 29, 2011

5.35pm

Terima call.

"Babe, sekali lafaz!"


"Huhh?? Okay. Congrats!"

Thursday, April 28, 2011

Pesanan daripada SAHABAT

27th April 2011.


Kan Harith Nadhir nak kawin 29th April ni kan? So, tadi aku jumpa dia. Kira last kitorang lepak sama. Lepas ni kan dah bergelar suami. Terbatas la. Tak boleh lagi nak keluar-keluar sesuka hati. Nanti terselit pulak perasaan cemburu di hati isteri. Ye tak??


Aku, Harith & Mateen. 


Tak ada masa nak tengok wayang. Masa dihabiskan dengan berborak, berborak & berborak. Benda-benda bodoh semua keluar. All out!! 


Sampai waktunya kami berpisah. Dah janji takkan menangis. So, aku tata say bye-bye dengan gembira kat Harith & Mateen. (Dalam hati, menangis sekuat hati!!)


Mandi, solat & tenangkan diri serta hati. 
Kemas beg, gosok baju & siap sedia untuk FACEBOOK.


Tetiba dalam beg aku ada satu benda asing yang pada mulanya aku fikir benda tu bukan milik aku. Aku membukanya....


Ada sebuah kotak kecil.

Aikkk.. ada gelang.

Disebalik gelang tu ada span dan disebalik span tu ada surat.

Surat apa pulak ni?? Time untuk baca.

Ni la gelangnya. Ada love lagik. Heheh.. Hmm.. saya suka. T__T

Tittle surat tu tulis, "ERFIZA JANGAN MENANGIS". Korang nak baca?? 

Sila click kat surat ini untuk view lebih jelas.

Sila click kat surat ini untuk view lebih jelas.

Apa korang rasa kalau korang jadi aku??

Maaf. Aku tak mampu nak ikut 'tittle' tu. Aku tak boleh tahan menangis. Nanti hidung sakit. Tak elok untuk kesihatan. (Alasan yang munasabah). 
Aku takkan jawab/balas surat ni. Biar hati aku sendiri yang tulis dan simpan dalam draft.

P/S :::: Pandai jugala dia tulis surat. Muahaahahaha.. mat bunga mana boleh tak tau tulis surat ye tak???

Tuesday, April 26, 2011

I'm Stuck!!


Please don't say anything.
My mind was stuck!!
Dub dap dub dap....

25th April 2011.
26th April 2011.
27th April 2011.
28th April 2011.
29th April 2011.

Special day!!!
Harith Nadhir is getting married. 
Yeaayyyy!! (Not yeaaayyy actually)

*** Harith Nadhir is my future husband. Ehhhh.. He is my best friend forever & ever. (Tersyasyul pulok!! Hahahaha..)

I can't hold back my tears. Damn!!



Monday, April 25, 2011

Akan


Pergi kerja, ada muka dia & aku.
Pergi meronggeng, ada muka dia & aku.
Pergi tengok orang kawin, ada muka dia & aku.
Pergi panjat bukit, ada muka dia & aku.
Pergi surau pun ada muka dia & aku.
Mana ada camera, di situlah ada dia & aku.


Kami akan berpisah. Allah suruh kami berdiri di atas kaki kami sendiri. Kami menyahut cabaran & akan memulakan kehidupan tanpa bantuan aku mahupun dia. 
Kami akan dipisahkan. Demi tanggungjawab, kami akan mengembara & merantau.

Sejauh mana aku merantau, sejauh mana dia merantau, FACEBOOK kan ada??! Haisshhh..
"Jauh dimata, dekat dihati"


Minggu 'SAHABAT'


Sengaja nak buat 'Minggu Sahabat' sebab rindu plak dengan sahabat2 aku. Tetiba teringat zaman-zaman gila masa kat sekolah, zaman-zaman awal remaja yang havoc.. Fuhhh.. 

Aku selalu tengok orang lain, sahabat dorang hanya ada sorang je. Aku plak ada ramai, tapi HANYA SATU di dalam hati aku ni yang memegang tittle 'SAHABAT SEJATI'. Hanya aku je yang tahu siapa yang benar-benar aku anggap dia sahabat. Biar jadi rahsia sampai ke mati.

Bila sahabat bersatu hati, barulah ada satu ikatan persahabatan yang indah. Ini tak!! Ada yang dengki satu sama lain. Ada yang bermusuhan antara satu sama lain. Ada yang merajuk hati. Apa lagi?? Aku cakap mengikut pengalaman aku la. Memang akan jadi macam tu punya... =)


Sahabat tempat kita 'curhat'. Banyak benda yang kita share & cerita. Bukannya tak jumpa esok. Tapi bila bertemu, cerita sampai seminggu pun tak habis. Bestnya ada member nak ajak borak.


Bila susah hati, sahabat kita la yang selalu mendapingi kita selain family kita sendiri. Dorang ada sebagai tulang belakang utnuk memberi nasihat. Tu la best. Tak semua sahabat yang akan setuju dengan apa yang kita cakap atau apa tindakan yang kita dah ambil. Seorang sahabat yang baik, mereka akan membangkang perbuatan kita kalau kita melakukan kesilapan. Tegur demi kebaikan itulah tanda sahabat yang sejati.


"Pinjam bahu kamu boleh? Nak nangis puas-puas".
Bila kesedihan mengusik jiwa, sahabat ada untuk pinjamkan bahu mereka untuk kita nangis dan lap hingus kat baju dorang. Hahahahaa.. Pelukan mereka yang buat kita rasa nyaman sekejap!



Bagi mereka yang sentiasa memahami, menyayangi, berkongsi kegembiraan & kesedihan, mereka layak untuk menerima 'award' ni. Kamu adalah orang yang paling istimewa diantara yang teristimewa kawan!!

Jadi, minggu ni blog aku akan dihiasi pasal kawan-kawan aku je!! Kisah tu boleh dijadikan iktibar ataupun mehiburkan hati korang yang akan membacanya. Berapa minggu? Tu aku tak pasti. Selagi aku ada mood nak cerita, aku akan lanjutkan.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi singgah kat blog aku. Luv yaa~

Monday, April 18, 2011

Haus~


"Meh kita pekena cendoi sat"..

Lelaki yang aku paling cintai (**perlu ke nak mention??) telah bawa aku pergi pekena cendol paling sedap, paling murah & paling.. paling paling.. semuanya paling. Disebabkan pemilik kedai cendol ni baik hati, so aku dengan baik hatinya nak promote kedai dia. 



Dengan berharga semurah RM1 untuk cendol biasa & RM1.50 untuk cendol yang luar biasa macam cendol pulut, cendol jagung, cendol durian & etc. Murah kan???? Ada lagi yang menariknya.. Dah la murah, boleh tambah cendol tu ikut suka hati korang!! Yeeeaa.. aku tak tipu! Kat meja g kita duduk tu memang dah disediakan cendol, santan & gula merah untuk korang tambah. Lantak sampai lebam pun takpe.

Korang nampak tak apa dia tulis?? "Lagi banyak tambah, lagi banyak PERCUMA".

Hebatkan??? Kat kawasan Lembah Klang ni mana nak dapat macam ni??? Hanya kat Negeri Sembilan je ado bondo alah ni. Den dah cubo carik kek tompek lain tapi tak dapek. Heheheh.. Aku dah temuramah pakcik merangkap tuan kodai cendol ni. Aku tanya dia macam-macam. Tapi yang paling menarik minat aku bila time dia jawab macam ni, "Pakcik bersedekah. Dengan cara macam ni, pakcik boleh bersedekah dengan semua orang dalam masa yang sama pakcik dapat rezeki sikit. Alhamdulillah rezeki pakcik bertambah dan melimpah-ruah. Pak cik tak rugi apa pun kalau dorang tambah. Nak makan, makan la. Kita share sama2". Fuhhh.. Salute la pakcik ni. Dia ni merupakan askar pencen. Dia punya citer bab sejarah, semua date, semua tahun dia ingat. Kita yang belajar sejarah kat sekolah pun tak seteror dia wehhhhh!!

Orang sanggup minum berdiri. Janji dapat minum cendol Pak Leman ni. Memang terbaikkkkk~

Moh kito cubo ramai-ramai~

** Lelaki yang aku paling cintai = Ayahandaku. =)

Saturday, April 16, 2011

Mak saya lahirkan saya pada tarikh 16 April

Uwekkk.. Uwekkkkk~
(Bukan muntah tapi nangis!)

Lahirlah seorang bayi seberat 2.9kg yang diberi nama Sharifah Erfiza Elaika di Hospital Besar Melaka (huhhh.. susah nak mintak kerja dengan kerajaan Selangor).


I'm speechless and cannot say anything right now!! Blank!!! I need some space to breathe.. Now I'm 26?? Ohh noo...

Account = Done!
Doctor = Done!
Singer = Done but i'm not AF's student =(
Boyfriend = Done but last week, he and me was break off laa.. haiyakk!! So, NOT DONE!!
Wife = Not Done!!!!!
Mommy = Ofcoz la Not Done yang! Y___Y

Many thanks to my Ibu sebab dah lahirkan bayi yang cantik, bijak dan gebu untuk ayah. Semoga 'anak' ini akan terus berbakti untuk kedua-dua orang tuanya sehingga ke akhir hayat. Aminn.. Terima kasih jugak kat ibu sebab masa mengandungkan aku, dia mengidam benda2 yang baik je. Contoh:: Dia mengidam makan soya beans. Asik makan soya beans je. Alhamdulillah kulit agak sedikit cerah. Kalau nak diikutkan keturunan,  kulit semuanya jenis kulit 'sawo yang terlalu matang :D'. Heheheh...

Thanks Allah sebab panjangkan nyawaku dan aku berharap aku dapat menjadi hamba-Mu yang Kau cintai. Aminn~

Thanks kat kawan-kawan saya yang wish besday saya. Sayang korang!!
Thanks jugak kat my besties yang sudi buat muka aku jadi wanted seluruh Malaysia, Leicester & Istanbul.. Korang boleh klik kat sini klo nak tau apa yg membuatkan aku jadi GLAMOUR seluruh dunia..

Thursday, April 14, 2011

Curang

Mood aku sekarang : Summer yang sejuk sampai ke tulang.. ^__^
---------------------------------------------------------
"Kenapa isteriku curang padaku?".. "Kamu curang!!!"... "Abang la yang curang dulu. Bukan saya!!"

Dah banyak kes dah kalau kita buka tajuk ni. Baru-baru ni aku dapat 3 kes yang berkaitan dengan 'curang'. Yang pertama, berkaitan dengan si suami curang dengan si isteri. Yang kedua, si boyfriend curang dengan si girlfriend. Yang ketiga, isteri curang dengan suami.

KES PERTAMA.

Seorang isteri yang sangat lemah lembut mengalami tekanan perasaan yang sukar dikawal & ditafsirkan apabila suaminya menduakannya. Suaminya berkahwin dengan wanita lain dalam usia perkahwinan yang masih muda dan masih terlalu awal untuk membina satu perkahwinan yang matang walaupun sudah dikurniakan seorang cahayamata. Bila si isteri mempertikai dan menyoal tentang bab curang, si suaminya bersuara dengan mengatakan, "Lelaki tidak boleh dikatakan 'curang' kerana lelaki berhak memiliki 4 orang isteri!!". Isterinya hanya mampu mengalirkan airmata. Tu je!!

KES KEDUA.

Si BF curang dengan GF dia disebabkan seorang 'perempuan dimasa lampau'. Kira cinta lama berputik kembali. Memang tak sangka la. Sebelum ni, si GF ni macam tengok si BF okay je. Kaki mengayat perempuan tu memang dikatakan 'tak mungkin!'. Tapi semenjak si BF menghadiri  'reunion party' baru-baru ni, hati BFnya beralih arah. Nasib baik si GF ni dapat tangkap. Dan akhirnya, si BF mengaku yang dia ada menghubungi perempuan tu dan sekali lagi si BF ni membuat pengakuan yang hatinya sedikit terusik. Jadi, si GF ni rasa sangat sedih dan minta untuk break off. 

KES KETIGA.

Suami mengadu yang isteri dia bercinta dengan bos pulak! 

Sebagai doktor otak & jiwa, otak aku dah biul dan jiwa aku dah kacau!!! Pening pening peninggggg~
Serius aku tension! Kesian aku sebab keje asik jadi pendengar setia je!!. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu. 

Serius aku cakap. Perkara macam ni bukan senang untuk dihandle. Zaman sekarang memang kita susah untuk  tafsirkan. Bila suami baik, bini pulak buat taik. Bila bini baik, laki lak buat taik. Yang belum kawin, kira selamat lagi. Boleh patah balik & insyaAllah akan dapat jodoh yang lebih baik. Tapi bagi mereka yang dah berumahtangga?? Anak-anak jadi isu & konflik. Kesian.. 


Jiwa aku kacau sebab aku dah rasa macam nak maki je!! Tapi sabar. Aku tak boleh tahan kes yang pertama tu. Hati aku sakit. Aku dah rasa nak lempang je bini dia tu supaya dia bangkit dengan semangat baru. Biar keluar perasaan marah. Arrrghhhhh.. Aku gila sekarang!! Aku yang kena jumpa doctor pakar psikiatri. Aku jadi pesakit sekarang!! Haahahahahaaaaa~


P/S : Aku bukan doctor.. Hahahahaha.. Aku gilaa.. Aku gilaaa!!!!! Hahahahaa.. Huhuhuuu~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...