Thursday, April 14, 2011

Curang

Mood aku sekarang : Summer yang sejuk sampai ke tulang.. ^__^
---------------------------------------------------------
"Kenapa isteriku curang padaku?".. "Kamu curang!!!"... "Abang la yang curang dulu. Bukan saya!!"

Dah banyak kes dah kalau kita buka tajuk ni. Baru-baru ni aku dapat 3 kes yang berkaitan dengan 'curang'. Yang pertama, berkaitan dengan si suami curang dengan si isteri. Yang kedua, si boyfriend curang dengan si girlfriend. Yang ketiga, isteri curang dengan suami.

KES PERTAMA.

Seorang isteri yang sangat lemah lembut mengalami tekanan perasaan yang sukar dikawal & ditafsirkan apabila suaminya menduakannya. Suaminya berkahwin dengan wanita lain dalam usia perkahwinan yang masih muda dan masih terlalu awal untuk membina satu perkahwinan yang matang walaupun sudah dikurniakan seorang cahayamata. Bila si isteri mempertikai dan menyoal tentang bab curang, si suaminya bersuara dengan mengatakan, "Lelaki tidak boleh dikatakan 'curang' kerana lelaki berhak memiliki 4 orang isteri!!". Isterinya hanya mampu mengalirkan airmata. Tu je!!

KES KEDUA.

Si BF curang dengan GF dia disebabkan seorang 'perempuan dimasa lampau'. Kira cinta lama berputik kembali. Memang tak sangka la. Sebelum ni, si GF ni macam tengok si BF okay je. Kaki mengayat perempuan tu memang dikatakan 'tak mungkin!'. Tapi semenjak si BF menghadiri  'reunion party' baru-baru ni, hati BFnya beralih arah. Nasib baik si GF ni dapat tangkap. Dan akhirnya, si BF mengaku yang dia ada menghubungi perempuan tu dan sekali lagi si BF ni membuat pengakuan yang hatinya sedikit terusik. Jadi, si GF ni rasa sangat sedih dan minta untuk break off. 

KES KETIGA.

Suami mengadu yang isteri dia bercinta dengan bos pulak! 

Sebagai doktor otak & jiwa, otak aku dah biul dan jiwa aku dah kacau!!! Pening pening peninggggg~
Serius aku tension! Kesian aku sebab keje asik jadi pendengar setia je!!. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk-Mu. 

Serius aku cakap. Perkara macam ni bukan senang untuk dihandle. Zaman sekarang memang kita susah untuk  tafsirkan. Bila suami baik, bini pulak buat taik. Bila bini baik, laki lak buat taik. Yang belum kawin, kira selamat lagi. Boleh patah balik & insyaAllah akan dapat jodoh yang lebih baik. Tapi bagi mereka yang dah berumahtangga?? Anak-anak jadi isu & konflik. Kesian.. 


Jiwa aku kacau sebab aku dah rasa macam nak maki je!! Tapi sabar. Aku tak boleh tahan kes yang pertama tu. Hati aku sakit. Aku dah rasa nak lempang je bini dia tu supaya dia bangkit dengan semangat baru. Biar keluar perasaan marah. Arrrghhhhh.. Aku gila sekarang!! Aku yang kena jumpa doctor pakar psikiatri. Aku jadi pesakit sekarang!! Haahahahahaaaaa~


P/S : Aku bukan doctor.. Hahahahaha.. Aku gilaa.. Aku gilaaa!!!!! Hahahahaa.. Huhuhuuu~

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...