Monday, April 25, 2011

Minggu 'SAHABAT'


Sengaja nak buat 'Minggu Sahabat' sebab rindu plak dengan sahabat2 aku. Tetiba teringat zaman-zaman gila masa kat sekolah, zaman-zaman awal remaja yang havoc.. Fuhhh.. 

Aku selalu tengok orang lain, sahabat dorang hanya ada sorang je. Aku plak ada ramai, tapi HANYA SATU di dalam hati aku ni yang memegang tittle 'SAHABAT SEJATI'. Hanya aku je yang tahu siapa yang benar-benar aku anggap dia sahabat. Biar jadi rahsia sampai ke mati.

Bila sahabat bersatu hati, barulah ada satu ikatan persahabatan yang indah. Ini tak!! Ada yang dengki satu sama lain. Ada yang bermusuhan antara satu sama lain. Ada yang merajuk hati. Apa lagi?? Aku cakap mengikut pengalaman aku la. Memang akan jadi macam tu punya... =)


Sahabat tempat kita 'curhat'. Banyak benda yang kita share & cerita. Bukannya tak jumpa esok. Tapi bila bertemu, cerita sampai seminggu pun tak habis. Bestnya ada member nak ajak borak.


Bila susah hati, sahabat kita la yang selalu mendapingi kita selain family kita sendiri. Dorang ada sebagai tulang belakang utnuk memberi nasihat. Tu la best. Tak semua sahabat yang akan setuju dengan apa yang kita cakap atau apa tindakan yang kita dah ambil. Seorang sahabat yang baik, mereka akan membangkang perbuatan kita kalau kita melakukan kesilapan. Tegur demi kebaikan itulah tanda sahabat yang sejati.


"Pinjam bahu kamu boleh? Nak nangis puas-puas".
Bila kesedihan mengusik jiwa, sahabat ada untuk pinjamkan bahu mereka untuk kita nangis dan lap hingus kat baju dorang. Hahahahaa.. Pelukan mereka yang buat kita rasa nyaman sekejap!



Bagi mereka yang sentiasa memahami, menyayangi, berkongsi kegembiraan & kesedihan, mereka layak untuk menerima 'award' ni. Kamu adalah orang yang paling istimewa diantara yang teristimewa kawan!!

Jadi, minggu ni blog aku akan dihiasi pasal kawan-kawan aku je!! Kisah tu boleh dijadikan iktibar ataupun mehiburkan hati korang yang akan membacanya. Berapa minggu? Tu aku tak pasti. Selagi aku ada mood nak cerita, aku akan lanjutkan.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi singgah kat blog aku. Luv yaa~

3 comments:

mawar said...

saya suka baca blog awak..best dan menarik..! terutama pasal sahabat nie..betul, sahabat yang baik akan sama-sama menongkah arus bersama kita, merempuh badai melanda bersama..tu baru sahabat sejati..yang sentiasa disamping kita tika duka mahupun suka..=]

indah andika said...

tima kasih sb suka baca blog ni. Lg buat sy bsemngat nk tulis blog. hehehe...

Mmg kita mudah nak cari sahabat tp sahabat yg benar2 sahabat tu susah nak cari. Kdg2 dorg hanya talam dua muka. Musuh dlm selimut pon ramai. =(

mawar said...

betul tu..susah nak cari..kdg-kdg,bila dah jumpa, kita pula tak sedarkan..lumrah hidup..biasalah

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...