Saturday, April 2, 2011

Aku nak minta maaf

Ini kisah waktu aku berumur 6 ~ 9 tahun (tadika sehingga darjah 3 shj).

Siapa cakap aku budak baik?? Huhhhh.. Mak bapak aku je fikir anak dorang ni sopan santun (anak dorang tu aku la!). Ehhhh.. takde maknanya. Betul!! Apa yang aku nak cerita ni bukan benda tipu. Ni betul-betul. Korang bayangkan. Time umur macam ni, aku duduk kat kampung. Mak bapak aku kat Klang. So, aku merdeka!! Arwah nenek jaga aku & Mak usu aku yang selalu settlekan apa2 pasal aku (i luv u moksu Ita). 

Nak dipendekkan cerita, dari kecik lagi aku dah tergolong daripada golongan 'gangster'. Kecik2 dah pandai buat dosa kat orang. Bayangkan.. Apa yang tak kena dimata aku ni, ada balasannya. Ada beberapa nama yang 'top list'. Ada 5 orang yang pernah kena buli dengan aku. 

  • Aiman (budak muka mak salleh tapi gagap)
  • Lei Leng (tak pasti nama dia betul or tak)
  • Hidayah (classmate a.k.a jiran aku)
  • Nazri (budak lelaki yg paling baik bg aku)
  • Tarmizi (budak yg tak sempat aku nak jotos kepala dia)
AIMAN. (Darjah 2)

Aku tak tahu la kan. Nak katakan dia ni jodoh aku, tak pulak. Tapi dia ni, mana aku pergi, dia mesti ada. Mana kelas aku masuk, mana tempat aku duduk, aku mesti dengan dia. Cikgu suka sangat suruh aku duduk sebelah dia. Baik 1 group (meja 6 bijik dirapatkan) mahupun duduk berdua-dua (meja 2 bijik dirapatkan). Dia ni baik. Memang baik. Aku dulu pencil case suka beli yang lawa-lawa. Beli pencil yg color2, kartun2. Budak-budak la katakan. Bila dah cantik, sayang pulak nak pakai. Haaaa.. itulah aku. Bila sayang nak guna harta sendiri, aku gunalah harta orang lain. Apa lagi?? Si Aiman ni la yang jadi mangsa. Habis semua pensel/pemadam/ pembaris (pembaris panjang dia aku patahkan. Kira bahagi dua dengan aku. Baru adil..) aku guna. Harta dia hartaku juga!!. One day, dia bengang dengan aku agaknya sebab aku asik guna barang dia je kan, dia marah aku. Dia rampas apa yang aku pegang. Dia cakap macam ni, "kau guna ar ko punya sendiri!!". Wahh.. aku pandang je muka dia. Aku tak bersuara langsung. Aku tunggu line clear je. Aku tunggu dia letak lengan dia kat diantara meja aku dengan dia. Aku tengok dia letak je, aku terus rapatkan meja aku ke meja dia dengan lajuuuuuuuuuu... Apa jadi?? Tangan dia terkepit meja!!! Berdarah. Menangis tak henti ko!! Aku dah tak pikir dh muka ko hensem macam Aston Kusher. Haaa.. lain kali jangan kedekut!! (Sebenarnya aku bukan marah sebab dia kedekut. Yang buat aku marah sebab cara dia cakap tu. Tergagap-gagap pastu dia suka sangat simpan/tadah air liur dalam mulut. Bila bercakap, dah meleleh2. Geram aku!!) Maafkan aku Aiman..

LEI LENG BUKAN NAMA SEBENAR (Tadika)-> Ni bukan perkauman tapi ni kisah kanak2 okeh??!

Ni minah cina yang aku kenal masa tadika. Dia ni jenis suka memusnahkan hasil kerja orang. Aku bukan 1 group dengan dia. Dia group sebelah. Budak-budak tadika apa je mainan dorang. Setakat plastesin/tanah liat (play-doh), lego, congkak & etc. So, aku pilih nak main tanah liat. Boleh hilangkan tension bila dapat tenyeh2 benda alah tu. Aku buat bentuk penguin & member aku lagi sorang ni buat lempeng. Dia gunakan pencel 2b untuk lenyek2kan lempeng dia tu. Tengah sibuk2 member aku ni uli lempeng dia tu, tetiba si cina ni datang & amik tanah liat member aku. Member aku muka cuak & nangis sopan (nangis without suara). Aku ni jenis setiakawan. Pantang tengok member aku kena cantas. Aku dengan pantasnya amik pencil 2B tadi & cucuk lutut dia!!! Bila dah cucuk, aku cuak sebab pencil tu tembus daging lutut dia. Dengan gelabah, aku patah pencil tu dengan alasan supaya cikgu tak nampak pencil terjojol keluar. Sekali cikgu menjerit sebab budak tu nangis gila. Rupa2nya, pencil patah tu separuh kat tangan aku, separuh lagi dalam lutut budak tu!!! Huwaaaa.. lariiii~ Tak pasal2 budak tu admitted kat hospital kena bedah. Haa.. lain kali jangan sesuka hati kacau kawan aku!! Maafkan aku Lei Leng, bukan nama sebenar..

HIDAYAH (darjah 3)

Ohhhh.. dia ni memang aku dah attack lama dah. Dia ni jenis yang macam budak suka pakai beg Princess. Alaa... Jenis yg suka bergaya ala2 diva, jalan ala2 model gitu. Aku geli skit. Yang paling aku bengang, dia ni suka sangat menjeling. Wahhh.. hangat hati aku ni. Aku tetap bersabar selama beberapa bulan tapi satu hari tu, ntah apa sebab ntah mata dia tu asik suka nau menjeling bila tengok muka aku ni. Sekali dua tapi, ni banyak kali. Hati aku cakap, "Dah tiba masanya ko bertindak Er!!". Aku tunggu dia pandang mata aku & sekarang gak aku bertindak. "Chupppp". Tau apa aku buat?? Aku cucuk mata dia guna jari telunjuk aku!!! Hahhh.. amik ko! Petang tu jugak mak usu aku bawa aku pi umah dia & jelaskan kat mak si Hidayah tu napa dia buat macam tu. Huhh.. Ingat aku nak mengaku?? Gila? Mata dia dah berdarah blah dalam beb. Keliling semua merah. Haaaa... Lain kali jangan suka jelingkan mata kat aku. Kan dah dapat bahananya!! Maafkan aku Hidayah..

NAZRI (darjah 3)

Semenjak kes aku cucuk mata Hidayah, budak-budak lain pun dah buka mata masing-masing. Semua takut nak buat hal dengan aku. Budak-budak class aku semua dah jadi baik. Ada 1 kisah pasal si Nazri ni yang menunjukkan dia tak nak langsung buat hal dengan aku. Aku kat kantin masa tu. Memang hari tu aku rasa betul-betul lapar. Selalunya duit belanja aku, aku guna untuk beli pemadam sebab memang tiap-tiap petang ada pertandingan laga-laga pemadam. Disebabkan lapar, aku beli satu pinggan nasi lemak. Ntah macamana, elok-elok aku tengah berjalan nak menuju ke meja, tetiba si Nazri ni terlanggar aku dan menyebabkan nasik lemak aku jatuh & bersepai semua nasi, ikan bilis semua. Aku pandang nasi tu & aku terus pandang Nazri. Bila aku tengok je mata Nazri, dengan gelabahnya dia cakap, "Ehh.. tunggu. Tunggu jap yeh. Tung..tunggu jap aku beli baru!". Dia lari & terus belikan nasi lemak yang baru. Aku pandang dia tak lepas sebab aku nak tengok sama ada dia tu betul-betul ke nak gantikan nasi lemak aku. Ohhhh.. betul2 rupanya!! Dia siap beli 2 pinggan okay!! Walaupun nasi lemak depan mata aku, tapi mata aku tetap nak pandang muka dia. Baiknya budak ni.. Aku cakap, aku tak marah dia pun walaupun nasi aku jatuh. Dia senyum lega. Haaaaa... Ini balasan kat orang yang jujur. Dia tau mengaku salah dia & cara dia minta maaf sangat sweet!! So, aku tak marah dia langsung malah suka. Apa jadi kat nasi 2 pinggan tadi tu?? Aku mintak balasan. Dia kena temankan aku makan nasi tu. Dia sepinggan aku sepinggan. Kena duduk semeja &  tu first time aku berdating. Muahahaha... (Itu aku tipu. Sekolah rendah la weh!! Mana tau dating!!). Maafkan aku Nazri..

TARMIZI (darjah 3)

Budak ni plak buat taik masa akhir tahun (esoknya cuti sekolah 2 bulan). Dah nama pun cuti sekolah. Semua sawan nak balik cepat. Aku pun sama terkinja-kinja nak balik awal. Bila dengar bunyi loceng je, semua ucapkan 'terima kasih cikgu' laju-laju & cabutttt... Dah ramai-ramai nak keluar, semua orang berasak-asak nak menuju ke tangga. Entah macamana, ada sorang budak ni lari pecut tiba-tiba & langgarnya aku. Aku dengan slow motionnya jatuh betul2 tepi longkang. Bukan tu je, dulu-dulukan banyak pasu-pasu bunga tepi longkang (konon-kononnya cantikkan sekolah). Tangan aku pi langgar pasu tu & pasu tu jatuh. Apa lagi, tembikar yang pecah tu masuk menusuk dalam tangan aku. Dah satu hal cikgu nak kena keluarkan tembiakr tu daripada tangan aku. Cikgu tanya sapa tolak, dorang semua cakap, "Tarmizi cikgu!!!". Tarmizi tak ngaku! Aku geram je tengok muka dia. Aku nak bertindak, tak boleh. Tengah tahan sakit. Aku cakap, ko tunggu mizi. Aku akan balas. Last-last, sampai sekarang aku tak dapat nak balas sebab tahun depannya, aku pindah ke Klang & sekolah di sama. Huhhh... Ko bernasib baik Mizi. Klo tak, ko mangsa aku yang ke-5!! Haaa.. kali ni baru padan muka aku!! Tak payah la aku nak mintak maaf kat Mizi tp Mizi KENA MINTAK MAAF KAT AKU PLAK!!!!! 


Anak-anak:::

Jangan nakal macam auntie yea.. Jadilah budak yang baik & sopan supaya tak kena sumpah dengan orang. ٩(-̮̮̃•̃)۶

2 comments:

mawar said...

hahaha..memang nakal gila..biasalah, zaman budak-budak..tak tahu baik buruk..tapi memang best zaman budak-budak..cool punya r,beb..bahagia hati baca ni..=]

indah andika said...

hahaha.. best kan beb zaman kanak2?! Klo la kita dapat flashback balik zaman tu.. fuhh.. 1st skali, aku nak cari nazri. Lepas tu aiman (aiman hemsem ko.. *hati bunga2*) Heheh.. thanks sb baca. Luv u mawar.. ^__^

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...