Tuesday, March 2, 2010

Emosi yang tak tetap!

Aku rasa aku sekarang dirundum dengan perasaan yang tak tahu mana halanya. Emosi aku tak tetap buat masa sekarang. Aku macam mencari sesuatu yang masih belum aku jumpa. Semua benda tergantung. Apa yang boleh puaskan hati aku ni pon aku tak pasti.


Bosan!!

Suasana bosan tu mudah mendampingi aku walaupun aku dikelilingi entertainment yang tiada kurangnya.


Happy...

Kadang-kadang suasana bosan tu terselit gak perasaan happy. Tapi itupon kadang-kadang la si 'happy' ni menyapa. 


Menjerit!!

Bila suasana yang 'kurang menyenangkan hati' aku mula nak dekat2 dengan aku, aku rasa macam nak menjerit sepuas-puasnya. Tapi mana nak dapat bukit yang kita boleh jerit kuat-kuat macam dalam citer 'sembilu' tu. Semua bukit dah ditarah. Tak pon bukit semua dah ada orang duduk. Kang jerit kang, tak pasal-pasal aku buat lirik lagu dalam lokap. Cehh!!!


Separuh gila..

Bila jiwa tak tenang, hati memberontak. Aku separuh gila. Duduk di tepi sudut keseorangan dan buat macam ni. Dalam keadaan bilik yang malap dengan lampu neon yg bersalut 'cengkerang lady bird'. Sangat menjiwai. Tapi itu tetap tak buat aku tenang..


Kesedihan..

Kesedihan datang bertimpa-timpa tanpa sebab. Apa yang aku fikirkan??


Air mata bertakung..

Aku cuba menahan. Biar sedih janji jangan nangis. Tapi sebagai perempuan yang tak terkecuali, macamana aku nak memampukan diri dari takungan air mata??


Menangis!

Menangis mungkin boleh memuaskan mental aku yang sarat dengan macam-macam fikiran. Aku nak nangis puas-puas. (Kalau aku diberi peluang menangis, aku mungkin akan menangis dengan mengeluarkan suara yang kuat).


Penat!

Aku penat dengan pilihan hidup aku sekarang. Penat untuk segala-galanya dengan keadaan hidup seumur ini yang tidak mempunyai sebarang wawasan!!


Leave me alone!!

Bila keadaan mendesak, aku rasa nak halau semua orang. Bagi aku bernafas dengan tenang. Aku rasa rimas!! Jauhi aku....

But, please don't leave me alone!! I'm so scared!!


Mengenang nasib..

Aku masih termenungkan dan masih berfikir apa yang aku nak? Apa tindakan yang harus aku buat? Apa langkah pertama aku? Adakah aku berwawasan sampai tahap boleh majukan diri sendiri dalam masa yang terdekat??


Peluklah aku..

Dalam keadaan yang tidak stabil, aku memerlukan somebody untuk peluk aku supaya hilang sedikit keresahan. Kalaulah aku boleh memeluk Allah... Aku nak nangis puas-puas dalam pelukannya. Tapi apakan daya. Aku hanya mampu menangis sambil berteleku di atas sejadah.. (Nak peluk ibu tapi takut dia ingat aku buang tebiat plak. Lupakan hasrat aku tu).


Menunggu..

Apa yang masih aku tunggukan?? Aku menunggu jawapan. Aku menunggukan ilham. Aku perlukan sesuatu petunjuk yang lurus dari-Mu Ya Allah..


Soalan?

Soalan yang selalu bermain dalam hati aku. Soalan yang selalu aku tanya pada diri aku setiap masa. Selagi aku tak dapat jawapan aku, selagi tu aku akan merugikan masa, usia, usaha dan rugi segalanya.

Aku tak nak!!! I need to move on!!!!!

Pesanan tragis aku: Tak ada siapa yang mampu mengubah kita selain kita sendiri yang mengubahnya. Kita mampu mengubahnya. Dari yang tak baik, bertukar kepada baik. Dari baik, bertukar kepada yang leebiihhh baik!!

Solat memberi ketenangan yang hakiki. Percayalah...

2 comments:

anummss said...

btol2..
xdr siapa pun yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri.
Siapa pun kita, apa pun yang kita nak jadi @ lalui..itu adalah pilihan yang kita sendiri pilih..
So, nak sedih?eppy? atau ape je..kita tentukan..

(^_^)

indah andika said...

hmm.. mmg btol sgt2.. tp klo nk tggu kita berubah sndri mmg makan masa.. nmpaknya kita perlukan org sekeliling kita tegur kita xpecially org yg kita syg.. baru kita bgerak dgn pantas kot?! ngee~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...