Sunday, March 14, 2010

3 Jenis JODOH



Arrrgghhhh... prap prap!! ( bunyi aku letupkan jari-jemari aku ni ). Fuuhh.. Ini menunjukkan yang aku betol-betol penat. Bukan penat bersenaman, tapi penat dok depan tv memanjang sempena cuti hujung minggu ni. Saja nak balas dendam. Hehehehe!!

Aku tengok movie 'SYURGA CINTA'. Dah lama tak tengok. Bagi aku, citer ni memang best. Tu yang aku nak tengok balik cd dia tu. Tapi ada satu benda yang menarik minat aku dalam skrip citer ni. Skrip ni adalah skrip yang diungkapkan oleh atok kepada Syuhadah. Atok dia ckp tentang jenis jodoh. Ni yang aku nak kongsikan dengan korang yang suka baca blog aku. Bagi mereka yang tak suka baca blog aku, dorang takkan tau apa jenis2 jodoh yang aku nak bagitau nanti.. Segala maklumat yang aku tulis ni adalah dari dasar fikiran yang bernas. Jadi, bagi mereka yang tak berapa nak setuju, aku mintak maaf. Okay! Jom baca page seterusnya...

3 jenis jodoh yang wujud pada masa sekarang ni adalah:

1. JODOH DARI SYAITAN.

Haaaa... aku rasa, jodoh jenis ni la yang melambak-lambak dalam dunia kita ni sekarang. Kat mana-mana kita boleh tengok. Biar aku tafsirkan dulu apa yang dimaksudkan 'jodoh dari syaitan' ni. Dah nama pon nafsu. Cinta kita indah tapi terselitnya benda2 yang tak sepatutnya kita buat. Contohnya, dah nama pon orang tengah bercinta. Mesti ada pegang2 tangan sikit kan?? Mula2, tersentuh. Lepas tu?? Pegang terus. Nak pilih baju pon tangan still pegang tangan bf/gf. Sampai nak pilih baju guna 1 tangan. Huhh... Pastu mesti ada adegan2 nak peluk each other. Btol tak??? Tok sah nak menipu diri sendiri. Nak pulak bila tengok citer hantu kat cinema. Dah la takut, sejuk pulak tu.. So, peluk pasangan supaya ketakutan & kesejukan tu reda skit. Btol kan kan kan??? Aku tau.. Aku pon manusia biasa. So, aku tau benda2 tu agak normal waktu sekarang dan teringin gak kan aku nak mengalami macam tu tapi takde kesempatan sebab nak pegang sapa kan? Ada gak hikmahnya. Allah masih sayangkan aku sebab dia tak nak aku terjebak perkara2 macam tu.. Mudah2an, aku dapat pertahankannya. Bila nafsu menguasai cinta, semuanya manis dan indah. Tapikan, perasan tak? Cinta sebegini hanya manis dan indah pada awalnya sahaja. Hanya sesetengah yang bernasib baik dapat kekalkan keindahan dan kemanisan tu sampai akhir hanyat. Nisbahnya sangat sedikit. Itu yang berlakunya pembuangan bayi di merata-rata tempat. Kalau boleh, aku nak je cadangkan kat kerajaan cipta satu lagi papan tanda untuk diletakkan kat setiap tong sampah besar atau sungai2 di Malaysia ni dengan papan tanda 'DILARANG MEMBUANG BAYI DI SINI!!'. Boleh ke?? Hmmm...  Itu bagi mereka yang terlalu mengikut sangat hawa nafsu dan hasutan syaitan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke jinjang pelamin, Alhamdulillah.. Tapi bila anak dah masuk 3, figure badan suami/isteri dah lari, mula la lari cinta yang mekar dulunya. Kesian... Nak ke kita dapat jodoh yang macam tu?? Fikirkanlah..

2. JODOH DARI JIN.

Jodoh dari jin ni mungkin popular dikalangan orang-orang berbudaya melayu. Aku bagi contoh yang mudah untuk korang faham. Si Senah suka kat si Ahmad ni. Disebabkan Ahmad takde perasaan kat Senah, Ahmad buat bodoh je walaupon Senah cuba goda Ahmad. Senah rasa marah bila cintanya tak dibalas. Dia mengambil tindakan yang salah dari sisi agama dan aqidah. Dia jumpa bomoh yang paling terhandal di Thailand dan amik minyak dagu utk dijadikan minyak pengasih. Bila minyak tu dah diceletkan kat tangan Ahmad, tetiba Ahmad jatuh cinta kat Senah dan mereka mendirikan rumahtangga dalam keadaan Ahmad yang tak berapa pasti apa yang berlaku. Kan ke kesian si Ahmad?? Dia adalah mangsa teraniaya.. Janganlah kita nak merebutkan cinta seseorang dengan cara yang macam tu. Kita takkan hidup senang & lapang selamanya. Perasaan takut akan menyelubungi hati kita sampai bila2 walaupon orang yang kita cintai itu sudah menjadi milik kita kekal... Percintaan itu memerlukan keikhlasan & kewarasan.. Fikirkanlah...

3. JODOH DARI ALLAH S.W.T.

Jodoh inilah yang dicari-cari oleh segelinap manusia. Bermula daripada pandangan mata yang terus menusuk ke kalbu tanpa ada sebarang alasan yang susah untuk diulaskan. Benda-benda sebegini tak semestinya berlaku pada pandangan pertama. Orang yang telah berkenalan selama 1 tahun, 5 tahun, 13 tahun, 25 tahun pon boleh mengalami peristiwa misteri ini. Kadang-kadang Allah itu tidak memberi petunjuk-Nya dalam masa yang terdekat. Dia ingin menguji kita sama ada kita sesuai atau tidak dengan pasangan yang telah diukirkan namanya dengan kita sejak azali lagi. Selepas melalui saat-saat bertentang mata dan debaran demi debaran, pasangan itu memutuskan untuk bernikah. Si lelaki masuk meminang dan si perempuannya menerima pinangan dengan hati yang rela dan terbuka. Lalu, kedua2 hambaAllah ini disatukan dengan pernikahan yang suci. InsyaAllah dengan izin Allah, jodoh sebeginilah yang akan kekal selamanya. Aku adalah salah seorang yang masih menunggukan jodoh yang ada pada list no.3.. 

" Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan menyintai aku selamanya secepat yang mungkin Ya Allah!! Aminn.."



No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...