Sunday, November 23, 2008

Jodoh

Huhh.. jodoh?? …… Woww..!!Seronokkan bila bicara tentang jodoh. Mcm2 kita angankan klo bab jodoh ni. Nk jodoh muka mcm ni laa… Nak jodoh orang kaya laa.. Nak dijodohkan dengan seorang petani laa.. Mcm2. Memang manusia tak penah lari dengan angan2 dan keinginan naluri dari hati nurani. Tak salah apa klo kita berangan sampai langit ke-7. Cuma kita harus cecahkan skit kaki kita di bumi yang nyata supaya kita sentiasa beringat bahwa ‘matahari tidak semestinya setia memancarkan cahayanya yang panas membara sehingga ke petang. Adakalanya air sang hujan meronta2 ingin menyirami bumi’. Ingat tu..!! Jodoh.. Jodoh.. Jodoh.. Banyak spekulasi tentang jodoh ni. Bagi aku, JODOH ni adalah satu perkara yang berat utk aku pikul dan mengharunginya. Mungkin kalian mudah utk mencari jodoh tapi bukan aku. Aku memang liat habis la nk dapat jodoh ni. Memang susah nk melekat. Entahla.. Biarla aku cerita satu persatu. Terus terang aku katakan, aku memang seorang perempuan yang ‘hightaste’. Bukan aku punya niat yang tak baik atau cerewet dalam memilih pasangan. Tapi jika anda sedari, zaman di alaf “Y2K” ini penuh dengan pancaloba yang global. Yang sentiasa menginginkan persaingan dalam kehidupan manusia sejagat. Korang paham tak maksud aku?? Maksudnya, kita sebagai manusia harus bersaing utk mendapatkan kehidupan yang sempurna. Aku mengaku yang aku menginginkan seorang lelaki yang mempunyai pegangan hidup yang terjamin baik dari segi rohani mahupun jasmaninya. Samada harta dunia mahupun harta di akhirat. Biarlah orang kata aku ni ‘materialistik’. Aku tak kesah. Suka hati aku la. Ni kehidupan aku. Aku banyak memikirkan tentang smua ni bila melihat dunia zaman sekarang ni. Alaa.. Kat TV pon dah banyak tunjuk bab2 ni. Zaman dulu boleh la kita kata yang kasih sayang itu adalah segalanya. Tapi zaman sekarang?? Mengikut kajian ‘mahkamah syariah’ di Malaysia ini, kebanyakkan pasangan yang bercerai itu berpunca dari masalah kewangan rumahtangga. Bagaimana tu?? Yela.. Korang pikir la sendiri. Macamana nak bagi fmily kita mkn klo kita tak punya pendapatan yang tetap?? Bukan niat utk merendahkan sesetengah pihak. Maafkan aku jika menyinggung perasaan anda. Aku minta maaf. Urrmm… aku nk citer gak sb ni blog aku kan?? Maaf ya kalian smua. Aku ngaku deh aku jahat. Ampun.. sambung balik. Aku agak sedih bila melihat seorang ibu begitu setia mengendongkan anak kesayangan sambil membonceng motosikal yang dipandu oleh suami yang tercinta. Cuba anda bayangkan dalam keadaan hujan, kita terpaksa tempuhinya utk menghantar anak kita ke klinik. Sedihkan?? Sungguh besarpengorbanan ibubapa utk anak2nya. Aku tak bleh tgk keadaan mcm tu. Aku berdoa pada-Nya Yang Maha Esa. Jauhilah aku dari keadaan sedemikian. Aku berdoa supaya aku sama teman2 yang lain dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Klo diizinkan Tuhan, aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna kerana aku bukan la wanita yang solehah. Jika seorang lelaki itu sanggup utk mengubah aku daripada ‘erfiza yang sekarang’ dan berubah menjadi ‘erfiza yang kemudian’, aku sanggup terimanya sebagai calon suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai harta kebendaan kerana aku tidak punya apa2 aset yang boleh dikongsi bersama. Aku ingin bertemu dengan lelaki yang mempunyai harta dunia yang sungguh sempurna (yakni keluarganya) kerana aku ingin mengembangkan silaturahim diantara kedua-dua belah pihak daripada family aku dan suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai kasih sayang yang begitu menggunung terhadap aku kerana aku mempunyai kasih sayang sebesar alam semesta utk dicurahkan buat bakal suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang sentiasa ingin meminjamkan bahunya utk aku kerana aku adalah perempuan yang mudah menangis. Bila aku nangis, dia sudi meminjamkan bahunya utk mententeramkan perasaan aku. Aku ingin bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan dari golongan pemarah dan panas baran kerana aku seorang perempuan yang suka melawan. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang boleh melakukan apa saja demi aku kerana aku adalah seorang perempuan yang sanggup melakukan apa saja demi lelaki yang aku cintai. Hmmmmmmmmmm…. Aku hanya mahu satu perkara lagi. Aku harap aku dijauhi dari perkara2 yang boleh mengguris perasaan aku sbg wanita iaitu POLIGAMI. Aku tidak mahu sama sekali bakal suami aku itu berpoligami. Memang tidak dinafikan bahawa poligami itu adalah hak sang suami. Tapi aku tidak boleh menerimanya kerana aku bakal menambahkan dosa yang sedia ada. Ini kerana timbulnya perasaan cemburu. Bila timbulnya perasaan cemburu, aku akan mula memikirkan perkara2 yang tidak baik. Kan tak baik untuk sesuatu perhubungan. Aku hanya akan menerimanya jika aku dididik dengan ilmu agama yang kuat serta persiapan mental. Ahhhh… Apapun aku tetap tak boleh trima. Maafkan aku jika aku bsikap tamak utk menakluki seseorang itu.. Kalian pasti tahu sikap aku kan??? Huhu… –THE END–

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...