Monday, November 10, 2008

Kurus

Korang ingat tak aku penah cakap psl apa yang aku nk buat klo aku dah kurus? Alaa.. Kan aku ada berniat yang tak baik klo aku kurus nanti. Sbnarnya aku ada pasang niat yang tak baik. Bknla benda yang tak baik sgt pon. Korang jangan la pikIr perkara2 yang tak baik or benda2 criminal yang bleh ubah pandangan baik korang terhadap aku. 


Mcm ni…. Sebenarnya aku pasang niat. Klo aku dah kurus, aku nk jumpa ngan orang yang penah kutuk aku dulu especially ‘lelaki’. Bukan utk bals dendam tp just utk tunjukkan bahawa perempuan yang dlunya ‘gemok’ rupa2nya dia adalah seorang perempuan yang cantik mcm gadis2 yang dorang idam2kan. Aku tak boleh la nk bgtau nama ‘orang’ yang aku nk jumpa tu. Tu adalah rahsia aku. BIARLAH RAHSIA. Sorang pon takkan tau walaupon ada diantara korang merupakan teman, sahabat yang paling rapat dengan aku. Aku nk tunjukkan pada mereka yang pernah reject aku kerana aku GEMOK!!. Siap la korang. Actually benda ni tak la buat aku tension tp kadang2 aku rasa geram dan pelik ngan ‘mereka2’ ni. Mereka memandang pada kecantikkan luaran berbanding kecantikkan dalaman yang seharusnya dorang selami. 


Klo nak diikutkan, aku pon mcm dorang jugak. Yela.. Suka pada kecantikkan tp terus terang aku katakan, memang depan korang teman2ku aku slalu kata aku nk yang hensem, yang highclass sedangkan aku ni macam la bagus sgt kan?? Tapi sebenarnya bila aku dah suka pada “org” tu, aku takkan pandang semua tu. Klo hati tu dah baik, semua benda yang remeh temeh tu dibuang ketepi beb.. selagi aku masih waras, aku akan pegang prinsip aku. Dengar ‘lirik hatiku’ ini bagi mereka2 di luar sana.


Bagi lelaki2 yang ganteng di alam nyata ini, bagi mereka yang pandai MENJAGA HATI,sentiasa mengalunkan AYAT-AYAT CINTA,menjadi MATAHARI yang sentiasa menyinarkan harian ku walaupon ketika hati redup dan mendung, yang sanggup menjadi LASKAR CINTA utk mempertahankan hubungan aku dgnnya. Mungkin dia bukan DEALOVA tetapi dia mungkin lebih hebat daripada DOKTER CINTA. Ya Allah, PADAMU AKU BERSUJUD. Aku tak mahu cakap ‘CINTA INI MEMBUNUHKU’. Lindungi la aku ya? Kalau dapat lelaki NAKALpon ok gak kan? Biarlah aku dapat CINTA YANG SEMPURNA. Tiada yang mustahil klo satu hari nanti aku JATUH CINTA LAGI. Dengarlah wahai lelaki2 diluar sana. Dengarlah PERMINTAAN HATI aku ni. Penuhkanlah setiap RUANG RINDU.


Bagi bekas2 ex-bf aku, dengarlah.Kalian semua mungkin KETAHUAN. Mungkin korang rasa aku lah bakal permaisuri hati korang TAPI BUKAN AKU.Mungkin korang PENCINTA WANITA dan sebab tu aku reject korang. Korang tipu aku walaupon korang dah bersumpah ATAS NAMA CINTA. Korang Cuma KENANGAN TERINDAH dalam hidup aku. Itupon HANYA SEMENTARA. MUNGKINKAH aku akan bertemu dengan MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI dalam hidup aku yang boleh memberikan NUR KASIH utk aku? Pasti aku akan ketemu sama PRIA TERHEBAT utk diri aku.Kalaulah aku dah jumpa ‘orang’ yang paling sesuai utk aku, aku akan sentiasa menunggu walaupon SERIBU TAHUN. Jika bukan rezeki aku, aku akan jadikan CINTA DALAM HATI dan biarlah ‘lelaki’ itu menjadi KEKASIH GELAPKU. I’M YOURS. 


Siapa yang menjadi pasangan aku kelak, aku akan pastikan dialah orang yang paling LUCKY dlm dunia ni. Aku akan CUBA. SAHABAT, doakan utk aku ya. Aku tak nak PELAMIN ANGANKU MUSNAH. Aku harap korang sentiasa memberi semangat dan HARAPAN kepada aku supaya aku tak BACKTO BLACK. COMPLICATED kan? Hmmm… I BELIEVE I CAN FLY. Eh.. Bleh ke?? AKU LEBIH TAU…Oklah geng… IZINKAN KU PERGI….

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...