Friday, July 25, 2014

Tiga suku

Misi: Cornflakes Madu in da house.

Dua tahun lepas..

Niat dihati nak buat 'Cornflakes Madu'. Okay.. Dah semangat gila dah ni. Resepi? Mintak busu la.. Dia jaguh buat kuih/biskut raya ni..

TEXT:

Aku : Salam. Su, bleh tak bagi resepi untuk cornflakes madu?? Nak try la..

Busu : Salam. Ingredient dia :- 

- Cornflakes 1 box
- Honey 1 suku cawan
- Mentega 1 suku cawan
- Gula 3 suku cawan

Aku: Haa.. senang je. Okeh. Thanks Su..

Bahan utama. Cornflakes!

Dah baca dengan teliti dan mulakan misi..

Aku mula dengan campurkan semua bahan2 yg disebut. Aku masukkan cornflakes. Lepas tu masukkan madu, mentega semua dan last sekali, aku masukkan 3 cawan suku. Dah gaul semua, aku start tenggekkan bahan tu kat dapur. 

Nak blend mamat ni!!

Mula-mula okay je. Tapi lepas 10 minit kemudian aku rasa macam susah gila nak kacau. "Ehh.. memang macam ni ke??", aku cakap dalam hati.

Sumpah aku kacau bagai nak gila. Sampai patah senduk kayu mak aku!! Bila dah jadi macam tu, aku stop & terus angkat. Wehhh.. nak masukkan cornflakes dalam paper cup pon susah!!! Apahal ni?? Eiii..

Okay. Dah siap bakar guna oven. 

So, nak dijadikan cerita.. Aku buat kuih tu pagi. Malam tu lepas buka puasa, bapak aku try rasa. Yeahhhh!! Susah nak tanggal dari paper cup tu sampai bapak aku makan sekali dengan paper cup tu. Huhuuuu.. Apa masalahnya ni??

Aku try text busu..

Aku : Su, napa cornflakes tu macam melekat ek?? Sampai susah nak kacau.

Busu : Letak banyak madu ke?? Gula ke??

Aku : Ehh.. mana ada banyak. Cuma letak madu  1 suku cawan & gula 3 cawan suku. Tu je.

Busu : Haaaaaa???!! 3 cawan suku???

Aku confuse 3 suku cawan ATAU 3 cawan suku.

Denggggg... Okeh! Aku dah tau jawapannya.. Huhuu.. Lain kali, baca 10x. Banyak-banyak kali pon takpe..

Thursday, June 26, 2014

Kecik Besar Kecik Besar

Aku tak tau la cerita aku ni kelakar ke tidak tapi benda ni boleh buat aku sengih sorang-sorang..

Aku rasa dah memang jenis family aku agaknya. Kalau time makan, benda-benda yang paling sedap dalam hidangan kitorang, kitorang letak tepi pinggan & makan paling last skali. Paham tak ayat aku??

Contoh: Aku makan nasi lauk sambal udang dengan telur goreng. Aku kopek udang siap2 then letak tepi. Aku cuma makan nasi dengan telur goreng je.. Dah last-last baru makan gatah udang yang sedap very yummy tu.. Baru rasa nikmat. Aku rasa ramai kot yang buat macam tu kot. Kan??

Hmm..

Aritu aku beli asam boi. Mengidam sebab rasa macam dah lama tak makan. (Orang kata kalau klo kita study, tak elok makan asam sebab nanti benak!)

Asam Boi


Asam Jeruk Penang Mai


So, the next day aku beli & makan kat opis. So, pelawa la geng aku makan sorang sikit. Dah amik, amik, amik, tinggal la dua biji untuk aku. Satu kecik, satu besar. Aku baru nak keluarkan asam boi tu dari plastik, tetiba datang sorang officemate (bukan geng aku) nak rasa asam boi aku. Aku pon hulur la. 

Tetiba dia cakap, "Aku amik yang besar yea??!". Dah amik, dia terus blah beb!! 

Aku terus terkedu. Termenung tengok plastik asam tu. Aku baru sedar bahawasanya aku adalah seorang yang 'lambat bertindak'. Apa nak buat. Dah rezeki aku dapat yang kecik. Mungkin Allah nak uji tahap 'kemurahan hati' aku agaknya. Takpela. Aku redha. Ikhlas tu hanya Maha Esa yang tahu. Huhuuu..

Aku tak tahu la. Aku asyik terfikir. Ada jugak orang macam tu dalam dunia ni. Kalau aku, aku akan amik yang kecik sebab kita tahu yang kita hanya nak merasa. Semenjak kes tu, otak aku automatik fikir budak tu kurang ajar. Aduhhh... Tak tahu la kenapa aku asik fikir macam tu kalau aku nampak dia. 

Aku nasihatkan korang..

"JANGAN JADI MACAM DIA"




Tuesday, June 10, 2014

Hidup umpama roda



Hidup kita ni tak semestinya akan sentiasa berada di atas. Ada masanya, kita akan berada dibawah. 

Kehidupan aku sekarang memang susah. Susah disebabkan dapat kerja dengan 'orang atasan' yang bossy! Dia assistant manager je. Tapi dia dah rasa hidup dia sempurna. Dia rasa diri dia boss sgt sampai bagi dia, staff hanya anjing peliharaan dia yg boleh disuruh2 tanpa melawan.

Apa la malang nasib aku. Aku rasa, hidup dia takkan selalu di atas. Bukan nak mendoakan, tapi aku pasti Allah pasti akan balas apa yang dia dah buat pada aku. Aku mungkin tergolong dari golongan orang teraniaya. Dan tak mustahil bukan dari golongan tu. Apa pon, aku dah berdoa dan semoga doa baik tu dapat memulihkan keadaan yg makin tegang.

Allah. Aku buntu. Jika Allah punya bahu, teringin aku nak pinjam bahuNya untuk aku tumpang nangis. 

Thursday, April 10, 2014

Aku yang hina..

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta

Namun ada saja cobaan hidup

Seakan aku hina..



Tuhan berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halalMu

Tuhan beri aku cinta..


Aku tahu aku tak layak untuk ke berapa kali.. Di syurga kan ada bidadari..

Friday, February 28, 2014

Basuh Pinggan

Aktiviti membasuh pinggan ni bukanlah satu aktiviti yang mudah.

Serius!!!

Terus terang aku cakap, aku selalu la jugak menangis sebab tension kena basuh pinggan. Bodoh kan?? Grrr...

-Vietnam-

Kalau korang nak tau, aku basuh pinggan ikut turn. Aku buat 'turn' dengan akak aku. Hari ni aku and the next day dia punya turn. 

Cuba korang bayangkan.. Bila kena turn ko, ko tengok kat dalam sinki berlonggok-longgok pinggan mangkuk. Macam-macam jenis pinggan keluar. Macam-macam jenis pisau keluar. Siap pakai gunting bagai... Mau ko tak nangis??!! Sapa tak tension. Eiiii.. sampai nak tulis blog pon bleh jadi emo.


Borak-borak pasal basuh pinggan, member aku ada tanya.. "Ada tak tips TAK PAYAH BASUH PINGGAN??"
Jawapan aku.. TAKDE. Dah pandai makan, pandai la basuh! Tapi aku ada bagi dia tips cara mudah untuk memudahkan basuh pinggan. 

Caranya adalah..

1. Korang sumbatkan lubang sinki sebelum korang longgokkan pinggan. 

2. Letak sabun siap-siap.

3. Lepas makan/masak, boleh la terus longgokkan dalam sinki yang penuh dengan air & sabun tu. 

Nak rendam dari pagi sampai malam baru nak basuh pon boleh.. Takde masalah. Cuma make sure guna sabun yang sesuai yakni sabun basuh pinggan. Jangan guna sabun basuh baju pulak! (Aku penah buat sebab sabun basuh baju paling banyak buih. Tapi sekarang dah tak buat dah sebab takut dapat penyakit..)
Jangan yea! Bukan apa.. Sabun basuh baju tu ada bahan kimia yang kuat. Tak sesuai sebab kita kan rendam lama.. Bleh mendatangkan penyakit. No No Noooooo..


Kenapa kita rendam eh??
Sebab.. Bila kita rendamkan dalam air yang bersabun, senang la semua kesan minyak tanggal tanpa kita kena sental. Tinggal tenyeh sponge skit-skit je. Lagi satu bila air penuh, kita tak payah la nak bukak air sentiasa. Bila dah tenyeh pinggan-pinggan tu semua, letak tepi. Jangan bilas dulu. Bila dah abis, baru kita buang air sabun tu then bilas semua. Jimat masa tau. Btol tak tipu!!


Selamat mencuba! Basuhlah pinggan dengan tenang & happy tanpa bersusah-payah. Sejahtera hidup! Ngeh ngeh..~

Last tips: Nak layan MP3 sambil membasuh pon okeh per..! Chill~

Tuesday, February 4, 2014

S A H A B A T : Prank untuk Laura Nurul Wafa

Jibam (Hawa) baru bersalin anak ke-2.
So, masanya untuk aku, Laura & Daeng untuk datang jenguk dia & baby Ammar.

Laura : Kawan, amacam? Jadi tak esok kita jenguk si Jibam?
Me : On.. Nak pegi pukul brapa beb??
Laura : Lepas maghrib ar. Eh.. ko pakai baju apa Er? Dia buat makan-makan ke??
Me : Urrmmm.. A'ah. Dia buat makan-makan. Nak blanja ko.
Laura : Abih nak pakai baju apa ni?

(Idea datang nak kenakan dia!)

Me : Aku pakai baju kurung.
Laura : Buat kenduri eh??
Me : ...........

On that day..

DIA PAKAI BAJU KURUNG BIRU BERHIJAB HITAM. Alhamdulillah... Heheheh.. Skali tengok kitorang semua pakai jeans & t-shirt biasa je.. Apa lagi?? Mengamuk sakan! Apa pon, dia sopan sungguh malam tu. Prank menjadi!! Hahahahhaha..

Luv you Laura!!







Saturday, February 1, 2014

Semoga kami layak..

 Photo of the day:

Ya Allah, semoga Kau memakbulkan doa kami berdua untuk menjadi tetamuMu.. Semoga Engkau memberi kelayakan kepada kami untuk menjejakkan kaki kami ke Tanah Suci, Ya Allah. Umrah & Haji. In shaa Allah. Kami berharap.. 

Amin Ya Rabb.. Ayuh!! Kita berusaha!!!

Thursday, January 30, 2014

Gong Xi Fa Cai la hah..

Date : 30th January 2014

Tinggal lagi 1 hari nak je nak raya Cina..


Bukan main berhabuk dah blog aku ni. Baru arini nak start balik menulis.. Sebenarnya nak wish HAPPY CHINESE NEW YEAR buat member-member yang menyambutnya. 
Buat you all yang sambut macam si ..

  • Joanne Lee
  • Ong Lay Hwa
  • Ng Wai Chan
  • Ng Peng Hwa
  • Ho Sun Teng
  • Christine Puspa Ratna (Member Indonesia yang berketurunan Buddha)
  • Chin Choon Hau
  • Ho Alex Young
  • Alan Wong Kian Siong
  • Salinda Paun
  • Koh Sen Chye
  • Yap Yong Seng
  • Tan Chee Guan
  • Keith Foo (Tengku Adam Kamil) hehehehe...
  • Siow Ming Onn
  • Sesapa member cina yang aku tak sebut.
Date: 31st January 2014

Mood raya.. Kat opis dah takde mood nak buat keje. So, cari keje yang lebih menyenangkan hati aku ni. Ni la makan dia. hehehe..


Time raya-raya ni tak payah la kita bermasam muka okay. Tak kisah la time Raya Aidilfitri ke, raya cina ke depavali ke krismas ke.. Tak kisah. Janji kita memaafkan kesalahan orang lain dengan hati yang terbuka okay. Buka lembaran baru..

Haiiihh.. Baru masuk tahun baru, dah nak masuk bulan 2. Kejap betul masa sekarang ni. Nanti aku buat entry lagi la.. Kekurangan masa.. Ingat nak tulis blog hari2 tapi otak selalu jammed! Mana yang ada jela yea. 

XoXo.

Wednesday, August 7, 2013

Sample. Not for sale!

Aku tak tahu la sama ada tabiat aku ni tabiat yang baik atau tabiat yang 'buang tebiat'.

Barangan 'sample'. Aku memang suka kalau dapat sample-sample product. Tak kisah la apa sample sekali pun. Aku takde la addict sangat tapi kebanyakkannya aku banyak mengabiskan duit aku beli majalah-majalah semata-mata nak dapatkan sample yang ada kat majalah tu.(Addicted la namanya kan??) Padahal majalah tu bukannya best pon (sometimes)..

Ni body lotion. Rasa macam bengang pulak sebab dapat sikit. Benda ni best gila! Huhuuu.. Tak dapat nak nyapu satu badan. Ishhh..

Yang ni krim muka. Putih katanya.. Tapi aku tak pakai pon. Orang kata, barangan 'garnier' ni banyak fragrance. Agak takut la gak. Tak pasal2 muka aku jadi tempat penternak jerawat. No no nooo... 

Syampoo for free.. Siap ada conditioner lagi. Ok wat. Dapat la cuci rambut i.. 1 paket/day. Perghhh..


Okay.. Yang ni campur2. Perfume ada, body butter ada, krim pon ada. Macam-macam. Haaa.. cukup la utk mewangi-wangikan badan selama seminggu.. Kalau ada yang berkenan, boleh la beli yang besar.. Berbaloi!

'Chloe' adalah perfume favorite aku forever & ever.. Tak kisah la 'Chloe Ribbon' ataupun 'Chloe love'.. Semua sedap. Tahan lama tau!

Hand lotion.. Packaging dia cantik kan??

Lotion lagi.. Hmmm..

Aku kumpul semua ni.. Time travel, boleh bawak. Kecik je kan.. Jimat space!

Gunting, picit & calitkan kat tapak tangan. Banyak ni je dapat. Huhuuu.. 

Penuh satu beg make up.

Minyak ketiak.. <-- bleh="" hah..="" p="">



Sapa yang tak suka DOVE ni?? Rugi tau.. Cuma rambut aku tak bleh terima la.. Tak sesuai!

Aku suka 'sample' bukan sebab dia free je. Maybe ramai yang tak tahu. Barangan sample ni sebenarnya adalah original. Percaya la cakap aku. Cuba korang pergi test perfume kat Subang Parade ke, Mid Valley ke, mana2 je la. Kebanyakkan 'tester', bau dia lebih sedap & tahan lama. Itu mengikut pengalaman aku la.

Hobi mengumpul barangan 'sample' ni sebenarnya sangat OKAY kalau korang nak jadikan satu HOBI yang baru.. Dipersilakan.. 

Wednesday, June 5, 2013

Bakul di taman..





Nak cantikkan halaman rumah korang tak?? Aku ada idea yang agak menarik untuk korang try kat rumah. Atlease benda yang boleh buat sendiri & menjimatkan.


Apa yang korang kena buat dulu?? Ikut aku step by step. 

1. Barang-barang yang diperlukan adalah :-

- Bakul yang berlainan saiz (Besar ke kecil)
- Tanah yang sudah digaul dengan baja tanaman
- Bunga
- Tali ampaian baju
- Paku payung.
- Gunting 
- Pengetuk paku.

2. Mula-mula korang susun bunga dan bajet ikut ruang bakul.

3. Guntingkan tali ampaian mengikut kepanjangan yang korang nak. Kalau boleh tolong lebihkan tali dibahagian atas supaya cantik bila digantung.

4. Masukkan tali ampaian tu dicelah-celah lubang bakul and make sure tali tu dimasukkan dilubang yang tepi dan cuba untuk balancekannya.

5. Bila dah siap, korang ambil paku payung dah tebuk kat mana tempat yang korang nak gantungkan tu.

6. Masukkan bunga dan susun ikut bajet dan try tengok agak-agak okay tak bila dipandang?! Kalau tak ok, boleh ubah ikut suka korang k?

7. Then kalau dah puas hati, korang keluarkan balik bunga-bunga tu and sekarang kita masukkan tanah. gembur-gemburkan tanah tu dan tanam la bunga korang. Tanam jangan rapat-rapat sangat. Bagi dia ruang untuk membesar.

8. Mana pokok bunga yang berjuntai-juntai tu, korang boleh letakkan dibahagian depan. Baru cantik maa..


Taraaaaaa.. Dah siap!!


Sedap mata memandang, ye tak?? Ohhh.. Tolong jangan letak kat tempat yang direct dengan cahaya matahari yea. Nanti pokok kering. Suram plak kang.


Ruang yang kosong sekarang dah ada penyeri.

SELAMAT MENCUBA DAN HAPPY GREEN DAY everyday...!!



Monday, June 3, 2013

Terhenti Seketika

Dah masuk 2 bulan aku tak tulis blog ni. Aku rasa kalau aku tulis pon macam tak ada orang nak baca je. Kurang semangat aku. Tergerak pulak hati ni nak jenguk blog ni and tetiba nampak satu comment. 

Hahhhh??? Woowww... Ada orang luar yang aku tak kenal yang comment entry aku. Batak seh! Rupa-rupanya ada orang yang nak baca. Perasaan aku je yang kata takde orang yang sudi menjenguk. 

Idea ada tapi jadual aku full. Tak sempat nak mengarang ke apa ke. Takpela. ada masa, aku update. 

Nikko Lakeside Hotel, Japan 2012 - Night shoot /mode without flash - Dinner

Good Night Guys..!


Monday, April 1, 2013

Untung ada laki..

Woohooo..

Kasar je bunyi kan?? Hehehe.. Memang untung ada laki a.k.a husband. Hidup kita ada orang support. Kalau nasib baik, apa yang kita nak laki kita akan belikan. Gaji sepenuhnya jadi milik kita.

Kereta, rumah semua tak payah bayar. Duit makan, minyak pegi keje laki kita yang bagi as 'duit belanja'. Seronoknyaaaa ada suami... Jeles tau!!


Friday, January 25, 2013

Wahai Miza Norizan yang pernah kerja kat Marutech!!

Assalamualaikum w.b.t.

Nyah, mak terpaksa buat post & letak tittle macam tu.

Haishhh.. Susah nau aku nak contact kau. Aku just nak tanya. Macamana aku nak komen kat blog ko eh? Puas dah aku godek!

( Aku harap kau dapat baca entry aku ni. huhuhuuu..)

Perasaan rindu



Heheheee...

Aku sendiri tak tau macamana boleh rasa rindu. Tak tau kenapa aku macam rindu kat Oteh, my uncle. Lately ni rasa macam dah lama tak nampak dia kat Facebook.

Yea.. Aku sayang kat pakcik-pakcik, makcik-makcik aku. Cuma dorang yg tak tau. Huhuu..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau murahkanlah rezeki Oteh Ya Allah, Aku bermohon kepadaMu Ya Allah. Semoga perniagaannya berjalan dengan lancar dan semoga barang jualannya laku Ya Allah. Permudahkanlah Oteh untuk mencari rezeki buat familynya. 
Amin Ya Rabb!"


Thursday, January 24, 2013

Aku sebagai photographer ke Gaza.

Aku sebagai aktivis yang ditugaskan sebagai 'photographer' di Gaza. Tugas aku?? Aku kena ambil gambar-gambar keadaan di sana. Rakamkan apa sahaja tak kira apa yang berlaku, apa yang ada di depan mata, apa yang aku rasa patut di'capture'.


Aku berada di sebuah perkampungan. Kami membahagi-bahagikan makanan pada penduduk di situ. Keadaan sekeliling amat menyedihkan sebab mereka dikelilingi dengan rumah-rumah yang dah musnah akibat dibedil tentera Israel.

Pelik! Sangat pelik..
Aku dikelilingi kanak-kanak. Ramai. Pelik sebab majoritinya kanak-kanak. Mana ibubapa dorang?? Aku tak nampak sorang pon. Mungkin mereka meninggalkan anak-anak dorang kat kampung tu supaya anak-anak dorang selamat sementara dorang pergi berjuang.

Aku & beberapa aktivis yang lain seronok melihat kanak-kanak yang tersenyum, tergelak, happy bila dapat 'candy' & makanan yang dorang tak penah makan. Aku tak lepaskan peluang tangkap seberapa banyak gambar untuk moment2 yang menyentuh perasaan tu. Happynya aku rasa.. Aku dapat rasakan perasaan lega dorang bila dilayan macam tu.. Haishh.. menitik airmata tengok dorang.

Dalam pukul 1.00-2.00pm.

Tengah seronok2 layan & rakam gelagat budak-budak tu, tetiba suasana bertukar. Daripada budak-budak tu tengah menjerit keseronokkan, tetiba bertukar jadi jeritan ketakutan. Dibelakang aku macam ada orang baling sesuatu. Bopppp!! Jatuh ke tanah. Secara automatik kanak-kanak tu semua menangis dan membaringkan diri ke tanah. Bila aku pusing belakang, aku ternampak satu bom tangan yang dibaling ke arah kami.

Aku dah tak dapat berfikir. Aku berlari dan terus memeluk kanak-kanak tu. Aku cuba untuk memeluk kesemuanya. Aku nak lindungi dorang semua tapi apakan daya. Tangan aku tak panjang. Huhuuu.. Aku dapat rasakan yang kanak-kanak tu semua dah ready dan redha. Mereka terus baring & aku dapat rasakan yang mereka dah tahu hayat mereka sampai di situ. Aku menangis teresak-esak & aku menyerahkan nyawa aku pada Allah.

Dalam beberapa saat, bom itu meletup dan........



Aku tak tahu sama ada aku mati atau hidup.. Mimpi tu berakhir macam tu je. Rupanya aku bermimpi. Aku cuma mimpi.

Aku dapat rasakan dalam keadaan genting macam tu, memang menakutkan dan dalam masa yang sama, hati rasa aman sebab perasaan nak mati syahid itu sangat indah. Wallahualam.



Baru aku sedar yang sebenarnya aku sangat sayangkan anak-anak tak kira la anak sapa. Tolong la, aku merayu pada semua orang. Jangan aniaya kanak-kanak. Sayangi mereka! Jangan buang bayi. Mereka tak berdosa & sangat memerlukan kasih sayang. Tahu tak betapa indahnya pegang baby??!

*** Mungkin mimpi aku tu ada petunjuk buat aku supaya ingat padaNya. Walaupun mimpi itu mainan tido, tapi mimpi kali ni buat aku berfikir panjang..

Wednesday, January 16, 2013

Aku yang tak pandai English

Dia 'speaking Scotland' dengan aku.

Aku dengar apa yang dia cakap tapi kenapa aku kerutkan dahi?? Aku cuba berpaling ke belakang & pandang depan balik dengan memek muka yang baru dan lebih tenang. Dalam hati aku, "I beg your pardon, sir??"

Dia ceritakan satu per satu. Sampai mencurah-curah air liur dia bercerita. Penuh semangat dengan bercakap sambil buat bahasa isyarat. Siap lap dahi sebab berpeluh. Tapi akhirnya.....

Aku yang tak pandai English kot... 

Hello.. My name is Sharifah Erfiza. I am not terrorist!


Tiada THE END.

(Orang Jepun cakap English memang agak susah nak paham sedangkan dia hanya nak mintak PEMBARIS or in English = RULER)

He so cute.
I really miss u my 'late Mr. Ohasi San'. :')

Wednesday, December 26, 2012

Doa untuk Ayahandaku..

Happy besday  Daddy...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur ayahku. Bukakanlah pintu rezeki yang melimpah-ruah buat ayahku, Kau kurniakanlah ia kesihatan yang berpanjangan, berikanlah ia keberkatan hidup, kurniakanlah ia kebahagian dunia dan akhirat.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosanya, Kau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku semasa masih kecil. Kau lindungilah dia daripada kekejaman manusia & godaan syaitan. 

Ya Allah, semoga Kau kurniakannya pahala yang banyak untuknya kerana ayahku seorang ayah yang sempurna dan sentiasa berusaha memberi kebahagian buat anak-anaknya."

Amin Ya Rabb..




Tuesday, December 18, 2012

Setahun yang sudah..

16 Disember 2011 

11:30pm

Aku nak pergi Danau Kota. Jammed gila!! Sampai kat depan Colombia Hospital, aku nampak ada satu accident berlaku. Kereta dan motor. Tetiba ayah jerit, "Ehh.. Kesiannya budak tu. Kepala dia berdarah banyak! Tuuu.. Yang tengah pegang kepala tuuuuu..!!"

12:45am

Dapat panggilan daripada makteh. Azrin accident!! Dia kat hospital Kuala Lumpur.

2:15am

Baru aku dapat masuk 'Emergency Room'. Allahu Akhbar!! Azrinnn... Cedera kat kepala. Tapi still boleh ketawa2. 1st sentence yang terkeluar dari mulut dia, "Ehh... Adam mana Adam?? Dia tak datang?? Baru nak datang Klang. Nak jumpa dia esok".. Dah malam la Rin. Adam tak datang.. :(
Rupa-rupanya, 'budak yang pegang kepala' tadi tu adalah dia..

17 Disember 2011

04:30pm

Aku & family datang melawat Azrin. So far, keadaan dia stabil. Cuma dia kata kepala dia sakit sangat. Dia nak tidur. Kesian dia. Tak selesa. Jahitan yang besar kat kepala tu buat dia tak bebas nak bergerak. Lepas sorang, sorang yang datang. Sekali datang, serombongan kawan2 Azrin yang datang jenguk dia. Tapi dia tak dapat nak layan. Sakit kan..

Ohhh.. dia nak muntah. Cepat-cepat amik beg plastik. Aku tadah. Takpe. Muntah la dik. Mungkin perot ko masuk angin tu. Lepas muntah, rasa lega. Baru dia boleh tidur. Makin ramai yang datang melawat.

5:30pm

Azrin dah mula meracau. Ditanya nak apa, dia just mengomel tapi semua orang tak paham. Kami tak paham Rin. Air mata kami tak dapat nak tahan Rin. Sayu..

5.45pm.

Keadaan dia dah tak stabil. Tetiba dia tak sedarkan diri dan seolah-olah kena sawan. Panggil doctor!! Doctor check & cakap ada darah beku kat bahagian otak. Kena scan dulu & kalau ada apa-apa berita akan diberitahu. Try call Ezwan. Ezwan adik aku. Dia takde. Dia kat Thailand. Ada class trip ke sana. Call and call and call still tak dapat.

7:00pm.

Aku & family balik dan fikir esok datang lagi. Dalam perjalanan balik, masing-masing hati tak sedap.. "Kita datang balik la malam kang. Balik ni kita mandi & siap, terus datang hospital balik k, Daddy said".

8:30pm

Jumpa Hairy kat parking. Dia cakap Azrin kena operate malam ni jugak. Tempurung kepala dia retak & darah beku dah banyak kumpul kat bahagian otak. Doctor cakap, mungkin tempurung kepala dia kena keluarkan & simpan kat dalam peti khas dalam masa 3 bulan. Dah okay, baru masukkan balik.

18 Disember 2011

12:30am

Azrin dibawa keluar dari ICU untuk dibawa ke bilik bedah. Masa keluar daripada bilik ICU tu, Mak Teh berdiri dan bisik disebelah telinga Azrin, "Dik, ni ibu dik. Ibu sayang adik. Dikkk.. Ibu sayang adik". Meleleh air mata Azrin walaupun matanya terpejam. Kami nampak! Semua nampak!! Sebak Ya Allah.. Sebak!! Semua orang tak bleh nak tahan air mata.

Rin.. Adam datang Rin. Adam ada ni hah! Nak jumpa Pakngah Azrin dia..

1:00am

Kitorang tunggu depan bilik bedah. Aku, ayah, ibu, akak, makteh, Hairy, pakcik, Aiman, Fyzam, Ju & Adam. Tunggu dan akan tetap menunggu. Tidur atas lantai. Dan tunggu..

5:15am

Operation berjaya!! Syukur Alhamdulillah.. Meleleh air mata bila tengok Azrin diusung keluar.. Ko kena kuat Rin. Harus!!! Hmmm.. Kitorang balik dulu. Mengantuk skit. Nanti kitorang datang balik.

11:30am

Baru nak mandi. Tetiba akak ketuk pintu bilik aku. Kuat gila!! "Mekkkk.. Mekkkk.. Cepatla!! Azrin dah kritikal. Cepatla kita pi hospital!!". Baru siram segayung air ke badan. Mengigil tangan aku. Lemah lutut. Aku sauk baju apa yang ada. Tudung color apa, aku dah tak kisah!

1:25pm

Dah sampai hospital. Parking pulak takde. Pusing, pusing & tawaf tempat parking tu. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Alhamdulillah, ada kereta nak kuar. Yessss! Dapat parking. Kunci kereta & jalan laju-laju.

1:35pm

Parking jauh gila.. Penat jalan. Dalam perjalanan nak ke wad, akak dapat call. Ira yang call and she asked akak, "Kak, betul ke Azrin dah meninggal?". Apa ni?? Soalan apa ni? Tetiba hp ibu bunyi. Someone call & bagitau yang Azrin dah takde. Ya Allah...

Ahhh.. aku tak percaya. Aku nak tengok sendiri. Aku lari.. Lari tinggalkan ibu & akak kat belakang. Aku lari tanpa menoleh & tengok kiri dan kanan masa melintas. Aku lari sekuat hati aku.. Sejauh itu dan sepantas yang aku mampu. Aku terlupa bangunan tu ada 'lift'. Aku naik ke tingkat 2 dengan hanya menaiki tangga. Semput. Aku takde nafas. Handphone aku berbunyi. Busu call aku, "Arwah nak kebumi kat mana?? Dengar soalan tu aku hanya dapat jawab, "Tak tahu su.. Tak tau..". Lutut aku lemah, jantung aku laju dan nafas aku pendek. Mencungap! Aku tak mampu nak berdiri dan aku merangkak dan menuju ke bilik ICU. Aku nangis senangis-nangisnya.

Fyzam nampak aku. Terus papah aku. Aku tak berdaya nak jalan. Kaki aku lemah. Fyzam pelok aku & bawak aku ketepi dinding dan bersandar. "Tak mungkin ko tinggalkan akak Rin". Fyzam papah aku & bawa aku ke bilik Arwah. Memang dia dah tinggalkan aku selama-lamanya. Menangis tanpa henti. Susah nak nafas!

19 Disember 2012

Dapat call Ezwan. "Wan, Azrin dah takde. Ko dengar tak??". Senyap membisu.... Aku tau dia dengar & dia tengah nangis. "Wan, ko nak cakap dengan Hairy or MakTeh tak?? Senyap.. dan tetiba dia bersuara. " Ewan tak sanggup nak cakap dengan MakTeh". Senyap.... .. "Wan, ko tak dapat tengok arwah, Wan".. Senyap... .. Nak booking ticket memang tak sempat. Jauh daripada airport & kalau dia balik pun, dia takkan dapat tengok Arwah.

SubhanAllah... Orang yang datang melawat sungguh luar biasa ramainya. Rin, ko memang seorang insan yang baik. Ramai kawan-kawan ko Rin. Setiap pelusuk tanah air datang Rin. Yang dari Brunei pun ada datang. Sayangnya dorang kat ko. Meleleh air mata untuk tahan sebak. Ramai sangat orang yang solatkan jenazahmu sayang..

Setahun dah berlalu...

Tapi masih segar dalam ingatan. Akak doakan rohmu dirahmati Allah dan dilapangkan kubur & jugak akak doakan semoga ko ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin Ya Rabb..

Rindu setengah mati kat kau.. Luv u! T__T


Al-Fatihah buatmu, Haji Hasnorazrin Bin Haji Hamzah..







Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...