Monday, February 28, 2011

Batak!!!

Menurut 'Wikipedia', perkataan 'Batak' ini merupakan salah satu suku kaum atau lebih dikenali sebagai golongan etnik yang terdapat di tanah tinggi Sumatera Utara, Indonesia. Dan untuk pengetahuan korang semua, kumpulan batak tu dipecahkan kepada beberapa lagi suku kaum. Kalau nak terangkan, memang panjang. Korang baca la sendiri kat sini pasal orang Batak ni kat sini. Sila klik info yang baik untuk pengetahuan am anda Kaum Batak.


Gambar kaum batak. (Made in unavailable sbb mana nak cari? Aku tak jumpa. :D )




Macam kat Malaysia pun ada gak kaum Batak. Korang penah perasan tak?? Golongan batak kat  sini pun ada macam-macam jenis. Contoh terdekat: AKU!!!!! (Korang pon kadang2 bertukar jadi golongan ni gak kan?? Jangan la nak kelentong aku!!)


Aku ngaku la aku ni batak. Tapi aku golongan batak yang comel (Jangan salah sangka yea. Ni takde kena mengena dengan keturunan parent aku okeh. Aku sorang je).  Eh, nak tau macamana aku boleh bertukar jadi batak??? Meh aku citer.


Kalau korang tengok blog aku, korang cuba-cuba la untuk perasan yang kat blah tepi (blah kanan) ada 1 widget yg aku letak nama 'world traffic'. Haaaaa... menda alah tu aku baru je letak last week. Aku punya la batak & rasa happy gila sampai terlompat-lompat macam monyet sebab.... rupa-rupanya pembaca blog aku ada gak yang baca dari daerah Riau, Indonesia, Penang, K.Lumpur (batak la sangat!!)..


Sebagai penulis blog, maunya aku tak rasa bangga??!! Pehh.. gila batak!! Dasyatttt~


Note:::
Ni bukan salah mak bapak aku kalau mereka ada anak macam aku.. huhuhuuu~

Sunday, February 27, 2011

Hari dan Jam



Malaysia
Hari : Ahad
Jam : 10.44pm
Cuaca : Cerah/Mendung


Cairo, Mesir
Hari : Ahad
Jam : 4.44pm (beza 6 jam dgn negara kita)
Cuaca : Cerah (Tak silap aku laa..)


London, United Kingdom
Hari : Ahad
Jam : 2.44pm (beza 8 jam dgn kita)
Cuaca : Sejuk & hujan renyai-renyai (informasi dari seorang member)


Tokyo, Jepun
Hari : Ahad
Jam : 11.44pm (beza 1 jam dengan kita)
Cuaca : Mendung dan sejuk. (Informasi dari seorang member)


**(Informasi dari seorang member) <-- Bila la aku nak ikut jejak mereka?? Gulp!


Hari dan jam menunjukkan perbezaan mengikut tempat. Tapi, cuba kita bayangkan kalau setiap hari...


Hari sabtu & ahad..
Hari dapat gaji..
Hari raya..
Hari cuti..


Apa yang akan jadi kat kita ek???? Yaaaabeeedaaabeeduuuu......~


Tapi, kita kena terima kenyataan bahawasanya hari ni hari ahad dan esok hari ISNIN.. Monday Blues!!! So, Kita kena kembali ke bentuk asal!!! Haiyakkkk~

Idea VS Tidur (Loghat Utara)

MUKADIMAH:::
Maaf ye. Bahasa utara saya buruk. Budak baru nak berjinak-jinak guna loghat tu.. =D


Hahhhh... Tu diyaa.. Dia dah mai.. Dia dah mai dahh!!! Bak mai *ketaih, bak mai pen. Aku nak tulih semua idea aku yang datang mencurah-curah ni. Adehh... Tak tau nak mula dari mana niy.. Tak pa eh. Aku buat cerita *pelan-pelan. 


Idea yang datang seperti diundang ke majlis perkahwinan!!! (Thanks to Faisal sb bg guna gambar dia)

Uiikkk.. kan main lagi sampai duwa tiga tajuk. Kan main hebat lagi hang naa?? Tajuk bukan main baguih lagi nampak?! (Ni aku cakap sorang-sorang. Cakap dengan diri sendiri. Puji sendiri gak.. =P).

Tengah dok pumpang pumpang ni await mata dok kuyu ja nih?? Halamakkkk.. Ni yang dok spoil ni. Idea tengah banyak nih!!!! 

1/2 jam kemudian....

Ehhh.. Asal satu apa aku tak tulis ni??? Ahhhhhh... Nampak gayanya, aku harus memilih TIDUR!!! Good night everyone!!! 

Kan main lena tidoq naaaaa~

Sweetkan muka anda semasa tidur dan jangan lupa basuh kaki dan baca doa serta surah sebelum tidur. Saya ada lagu best pasal MALAM. Nahhh.. dengaq ni............... 



Lagu Malam dendangan Shades... Teringat plak aku zaman-zaman aku darjah 4 dulu.. Time-time selekeh.. Time tu la lagu ni jadi famous like Famos Amos!! Hehehehe... Citer time kecik-kecik?? Next post aku nak citer pasal time kecik-kecik ar.. Macam best je.. Ideaaaa~ Tink Tink Tink~


GLOSARI KATA::
**Ketaih = kertas
** Pelan-pelan = Perlahan-lahan.

Saturday, February 26, 2011

Ketika mencari ilmu..

Sebelum itu, marilah kita beramai-ramai mendengar sambil berselawat ke atas Nabi.. Sambil kita mendengar, korang juga boleh menonton video klip ni yg mempunyai sedikit info yang berkaitan Nabi Muhammad S.A.W..



Mengenai tajuk aku hari ni, aku saja nak share sesuatu yang mungkin berguna & mungkin dapat membantu kita sesama manusia untuk mengingati apa yang aku rs boleh kita share bersama. Pada 17 RabiulAwal yang lepas, aku tak sempat nak buat post mengenai Maulidur Rasul ataupun nak bercerita tentang kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan senang nak buat post mengenai perkara atau peristiwa-peristiwa yang macam ni sebab kalau kita salah cakap, lain plak ceritanya. Aku kena tundakan niat aku tu dan buat post Maulidur Rasul pada hari yang lain. 


Jadi, aku fikir aku nak buat sedikit research mengenai kisah-kisah yang menarik tentang Nabi dan hidangkan untuk korang semua. Haaaa... Ni yang aku nak share dengan korang ni. Untuk buat post yang mantap, kita mesti kena banyak membaca. Btol tak?? So, aku buat la. Macam biasa.. Aku ni kalau nak buka buku memang malas. So, gunalah kaedah teknologi. Aku search dengan menaip 'kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W' kat Google. Dia keluar banyak website2 yang kita bleh terjah. Tetiba aku memilih 1 page tu. Aku tak ingat website apa. Kat situ ada banyak kisah-kisah nabi. Kita boleh pilih mengikut abjad dihadapan. Contoh: 'M' - Muhammad dan Khatijah (klu kita klik kat situ, kita akan dapat cerita penuh pasal Muhammad & Khatijah). Tengah syok-syok tengok tajuk, tetiba mata aku ternampak 1 tajuk. 


Tajuk tu berkisahkan tentang Nabi Muhammad mengahwini Aishah ketika Aishah berusia 6 tahun. Aku baca cerita penuhnya. Tetiba aku baca sesuatu yang kurang menarik. Cerita dalam tajuk tu seperti telah diubah!! (Macamana aku nak terangkan yea??).. Si pencerita/penulis kisah tu seperti berada dalam keadaan yang KELIRU. Dia mempersoalkan tentang kesahihan Al-Quran?! Something like that la.. Dalam hati aku berkata, "Sebagai umat Islam/Muslim sepatutnya mempercayai kandungan Al-Quran yg diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya sebagai panduan hidup". Aku tak faham kenapa penulis itu seperti dalam kekalutan. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Syyhhh..


Aku cuma nak menasihatkan kawan-kawan yang mencari ilmu melalui internet atau melalui apa sekalipun, SILA BERHATI-HATI DENGAN INFO-INFO YANG KITA CARI. Nak-nak pulak yang berkaitan bab agama ni. Sangat sensitif! Kena sangat berhati-hati sebab bila banyak pandangan orang luar, kita yang membacanya mungkin akan tersesat tanpa kita sedari. Nauzubillah!! Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam dilindungi oleh ALLAH S.W.T dengan anasir-anasir yang bisa menyesatkan hati kita dengan perkara-perkara yang tidak benar. Aminn.. 


Aku percaya pada Allah yang satu dan aku sangat percaya pada apa sahaja rencana-Nya yang berlaku di muka bumi ini sejak dari azali sehingga dunia ini menjadi tua kelak. 

Thursday, February 24, 2011

Hahahhaa.. Dah glamour ko sekarang eh!

Hadoiii... Dulu tak sorang pon yang kenal dia. Dari dia duduk Malaysia sampai dia dah sambung belajar kat Australia dah sekarang. Dia buat video pon hanya untuk syok-syok sendiri. Yang tengok video dia hanya member-member yang kenal dia & yang tau hotak dia yang suka posing depan camera. Dulu cikai je pakai video cam biasa. Akhirnya impiannya tercapai gak pakai DSLR Sony yang berkebolehan untuk mengambil video secara HD. Gambar makin mantap!!! Hehehehe..


Sekarang ternyata dia kini makin top & makin digilai oleh mereka-mereka yang suka layari YouTube. Nak-nak pulak remaja perempuan (yang lelaki, aku tak tau pulak). Actually aku baru tau dia dah top sebab muka dia terpampang kat Oh! media.. Fuhh..


Makin top la kau ye Luthfi.. Caya laaaa~



Ni video sebelum dia ada camera canggih =)



Orang dok kata pasai Anwar Hadi je kan?? Dia ni lagi lama kot dari anwar cuma tak popular macam sekarang.. Si Luthfi ni lagi creative skit la (pandangan aku)... Dia ni buat video siap dengan memek muka, tukar2 baju macam hindustan, 2-3 watak dalam 1 scene dan yang paling penting, dia ada 'the moral of the story'..







Imbasan ingatan::
Luthfi ni mengingatkan aku kepada 'seseorang'.. Dengan muka yang lebih kurang, dengan cara dia bercakap/loghat kedah dia sebijik, pakai spec, otak pandai & gila... Hahhhh.. semua sama macam Ateen. Adehhh.. Sedih hati aku ehhhh. Ahhhhh.. yg penting, sis tetap sokong ko dik!! Keep it up!

Sunday, February 20, 2011

Perasaan

MUKADIMAH::
Menulis blog sambil mendengar lagu Balada selawat sebab hati tengah ting-tong! Bagi tenang sikit.

- Betul ke dia suka kat aku???
- Sakit hati betul la tengok mesin fotostat ni.
- Sedih gila dowh tengok mak cik tu kena halau dengan anak kandung dia sendiri.
- Entah. Aku macam tawar hati dengan dia.
- Wahhh.. Bonus 5 bulan tu boss kasi kat aku.
- Otak aku kosong.
- Arrgghhh.. gambar yang aku tangkap tadi tak jadi. Blurrrr!!
- Gila ah ko!
- Kenapa ibu cakap macam tu??

Mengikut pembacaan aku, perasaan adalah sesuatu benda yang kita dapat rasa melalui hati & batin kita. Hanya kita yang mampu mengerti jenis apa yang kita rasa ketika tu. Timbulnya idea aku nak tulis bab perasaan ni sebab perasaan aku ni dah bercampur-baur. Aku nak cerita dengan orang, sapa yang nak layan aku?? Aku hanya mampu tulis kat blog aku sendiri. Tapi, korang la terpaksa jadi mangsa sebab korang yang baca blog aku. Tak salahkan kalau aku ngadu kat korang melalui penulisan?? 

Hati aku tengah mendapat tekanan yang sangat dalam. Biasa la. Sebagai manusia, kita tak pernah lari daripada masalah & orang-orang disekeliling kita.

Perasaan HAPPY.


Hohohooo.. Ada banyak perkara yang buat aku happy. Entah. kadang-kadang benda tu simple je tapi mampu buat aku tersenyum. Hmm.. Korang penah tak rasa happy bila ada orang LIKE kat komen yang korang post kat FB?? Aku happy. Hahaaa.. Aku suka komen kat Oh! Media . Kat situ la aku komen bagai nak rak & ramai plak yg LIKE. Happy beb sebab kat situ bukan dari teman-teman rapat kita. Pendapat kita diterima oleh orang luar yang tidak pernah kenal sapa kita. Kan best tu?! Lagi satu, aku happy sebab beberapa teman aku yang telah melangsungkan perkahwinan & ada gak yang bakal melangsungkan perkawinan dalam masa terdekat ni. Ada jugak yang bakal menjadi mama/papa tak lama lagi. Alhamdulillah. Seronok bila tengok member2 aku happy  melayari bahtera kebahagian. 


Perasaan SEDIH.


Sebagai pelakon pentas dilayar kehidupan realiti, aku tak pernah la nak terlepas daripada mendapat kesedihan. Kalau setakat sedih biasa-biasa takpe lagi. Ni kesedihan yang terlampau. Aku agak kecik hati dengan karenah-karenah orang yang selalu buat aku rasa mereka ni sangat annoying. Asal la dorang tak peka atau punya perasaan untuk menjaga perasaan orang lain?? Aku rasa macam.........


Eh, aku tetiba rasa stuck!!
Idea aku padam. Blank tiba-tiba!!
Apa yang aku nak tulis sebenarnya?? Mana kertas & point2 yang aku tulis tadi??
Arrgghhh.. Aku tertekan sebenarnya ni. Aku rasa nak marah!!!!!!!!
Aku tak nak hati aku jadi jahat. Nanti orang tak suka kat aku.


Lagi satu, aku tak tau nak luahkan kat sapa. Bila aku nak ceritakan kat family, family akan bagi nasihat yang buat kita sebak (bukan nasihat yang tak baik tapi nasihat yang buat kita makin sayang kat family kita. Dalam masa yang sama, kita macam jahat sebab tak mau pakai cakap dorang). Nak cerita dengan kawan baik, dorang malas nak dengar masalah aku. Muak & dorang dah takde idea bernas dah nak bagi kat aku. Bila aku nak luahkan perasaan dalam diary, aku malas nak tulis panjang-panjang. Mula-mula je tulisan cantik. Sampai perenggan ke-3, tulisan dah bertukar jadi makin besar dan makin senget. Dah failed kat situ. Aku nak tulis rasa hati kat blog, orang lain akan baca. Dan bagi mereka yang rasa tak puas hati bila baca blog aku, dorang akan mengumpat sesama sendiri dengan berkata, "Eii.. si Er tu suka sangat menunjuk yang dia tu ada masalah. Macam dia sorang je ada problem. Macam dia sorang je bagus. Nak menunjuk la tu kehidupan dia tu itu ini!".


Kawan-kawan, aku nak ngadu kat sapa? Ngadu dengan korang, korang tak nak dengar sebab korang pon ada masalah korang sendiri. Ngadu kat blog sendiri pon aku jugak yang dipersalahkan sebab menunjuk emosi aku. Apa yang aku boleh buat?? Orang memang mudah tak puas hati kan?? Aku faham & aku maafkan mereka-mereka yang rasa macam tu sebab kadang-kadang aku pun macam diorang. Huhh.. Entah la. Aku betul-betul tak faham kenapa nak tulis blog sendiri pun kena ada adab-adab yang tak menyemakkan mata dorang. 


Aku letihlah nak jaga perasaan orang. Maafkan aku sebab perasaan aku pun tak terjaga!


Soalan::: Apa perasaan korang bila ibu korang yang tolong menenangkan perasaan korang?? Klo aku, aku rasa terharu. Luv u ibu!! 


Note:


Aku tau korang mesti cakap, "Ngadu la sama Allah!!". Ye geng!! Aku melakukan yang itu sebab Allah je teman sejati aku yang menjadi pendengar yang setia. I love U wahai Allah!



Friday, February 18, 2011

e-surat Buat Pembaca Blog Si Indah

Indah Andika Insani.
#7, Manfield St,
One University Road,
Boston, MA 02215-1407,
Boston, United State.
18 Februari 2011

Kehadapan pembaca-pembaca blog aku yang disayangi. Diharapkan kalian semua sihat walafiat dan dirahmati oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Saudara-saudari,

Ketika aku menarikan jari-jemariku di atas keyboard laptop ini, aku berada dalam keadaan sihat & bahagia disamping orang2 yang aku sayangi.

Macamana dengan kehidupan kalian? Aku harap kalian semua sedang menempuhi saat dan detik yang bahagia dalam kehidupan masing-masing. Tujuannya aku melayangkan e-surat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang sudi membaca & mengikuti blog aku yang tak seberapa ni. Bagi mereka yang sudi menjadi 'follower' aku, aku sangat menghargai kesudian kalian untuk menjadikan blog aku sebagai salah satu blog yang korang suka baca. Bagi mereka yang membaca secara senyap (silent reader) pon, aku sangat menghargainya. 

Aku berasa sangat teruja & terharu bila aku melihat 'followers' aku makin lama makin bertambah. Aku tau aku kurang bagus dalam penulisan tapi dengan adanya teman-teman seperti kalian, aku akan cuba untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. Aku hanya penulis bebas yang sangat sederhana, serba kekurangan. Jika aku pernah melakukan atau menulis perkara-perkara yang kurang menyenangkan, tegurlah aku. Aku manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. 

Kawan-kawan, aku akan cuba mencari info-info atau cerita-cerita yang menarik untuk tatapan kalian. Tapi kalau cerita aku tak bagus atau kurang menarik, maafkan aku. Kadang-kadang aku sangat kekurangan idea ataupun idea aku tiba2 mati ditengah perjalanan penulisan.

Aku sangat menghargai kalian. Terima kasih sahaja yang aku mampu ucapkan. Hanya Tuhan Yang Satu yang mampu membalasnya. Aku sangat sayang korang terutamanya buat 'followers' aku yang seramai 29org pada 18/2/2011 ini. Tak la ramai sangat tapi aku sangat puas hati. Aku bukan Hanis Zalikha untuk punya beribu-ribu lemon follower kan?? Alhamdulillah~

Semoga kita semua dapat berkongsi cerita dan pengalaman dan sedikit sebanyak mampu memberi kita idea untuk membantu dan memulakan kehidupan yang lebih sempurna. 

"Sharing Is Caring"

Ikhlas daripadaku,




Thursday, February 17, 2011

Tak Sabar Nak Tunggu Malam

Asal gediks???
Aku tak sabar nak tunggu malam sebab otak aku dah penuh dengan idea-idea untuk menulis. Hopefully malam ni aku ada masa nak buat apa yang patut. Amin!

Wednesday, February 9, 2011

Kesian Gadis Ini

Pertemuan tidak disengajakan yang buat kita jadi rapat. Dari musuh, jadi kawan. Dari kawan jadi lebih daripada kawan. Dari lebih daripada kawan jadi separuh daripada kehidupan aku. Pada mulanya, aku benci kau. Aku lagi suka kawan dengan kawan baik kau. Apa aku cakap, semua kau bangkang. Apa aku buat, semuanya tak betul. Kau jela yang baik, bagus. Aku ni jahat. Suka buat benda-benda tak senonoh bagi pandangan mata kau. Eiii.. Menyampah gila!!

Dari hari ke minggu. Dari minggu ke bulan. Dari bulan ke tahun. Rupanya kau begini orangnya. Setelah lama berkawan, baru aku kenal sapa kau sebenarnya. Ego kau bertempat. Apa yang kau buat, apa yang kau marah, apa yang kau tak suka semuanya bersebab. Aku dah faham dengan pe'el kau dan Alhamdullillah sebab kau sangat memahami aku. 

Mana nak dapat seorang lelaki yang macam kau?? Aku sangat happy...

9th February 2011 : 12.52am

Telefon berdering...

M: "Hello. U dah tido??"
F: "Belom lagi. Tu sebab i kasi u call i". (senyum)
M: "Okay. Hmm.. I need to tell u something."
F: " Apa benda yang nak cakap sampai tak bleh tunggu esok??"
M: " Mmmm.. U, i.................."
F: (Patut ke aku letak telefon?? Takpe. Aku akan dengar penjelasan dia dengan baik & aku terima apa pun yang jadi)

Few minutes...

M: Tapi i tak nak.
F: Takpe. U cuba dulu. U cuba kenal dia. Mana tau tu jodoh u. Jumpa jela. Ntah-ntah cantik. Apa salahnya? Sesuai dengan u. Hmm.. I rasa i nak lepaskan u.
M: Nooo.. Pls say no!! 
F: Yess i will. Kitakan kawan dari dulu.
M: Kita bukan special??
F: No laa. U je perasan.
M: U ni. 
F: Are u crying??
M: No I'm not!
F: Please don't. Kita kan still bestfriend?! (Aku tau. Suara dia dah lain & dengar bunyi soksek2 air hingus. Damn sad!!!)

Hahahahahahahahaaaaaa... Hati aku nak ketawa sampai bila2. (Sedihnya!)

Dup dap dup dap jantung tak berhenti berdegup. Ni semua salah aku. Aku mengaku. Apa puncanya aku sudah kenal pasti. 


Confession:

Wahai M, maafkan aku. Aku baru sedar selepas mendengar penjelasan kau. Aku tau aku salah. Aku bodoh. Aku biarkan kau. Aku tak layan kau. Aku dengan kau macam 'kita' dulu. Happy-happy macam kawan rapat. Takde romantika langsung. Bosankan?? Babe, memang aku sengaja. Semuanya bersebab. Aku ada alasan aku sendiri untuk berbuat demikian. 

M adalah seorang lelaki yang cukup sempurna dari pandangan mata orang yang macam aku.

Agama = Seorang Islam yang sejati. Tahu hukum-hakam. Solatnya lengkap, insyaAllah. Layak menjadi imam kepada keluarga.

Akademik = Tip top!! Seorang yang bijak macam Pungsukh Wangdu (3 idiots).

Paras rupa = Alhamdulillah sempurna.

Sikapnya = Seorang yang mementingkan kekeluargaan. Baginya, apa yang dia buat, mesti nak macam keluarga. Sayangnya pada kawan2 macam sayangnya dia pada adik-beradiknya. Adik-beradiknya dijaga segala keperluannya. Ummi & Walidnya tidak pernah diketepikan walaupun dia sudah berjaya. Tegas tapi sangat mudah lembut hati. Dalam banyak-banyak manusia, dia salah sorang manusia yang kebal dengan kesabaran. Sangat utuh!! Sakit, dicaci, dibenci, dimarah, dia tetap sabar. Sabar melayan karenah-karenah manusia yang menyakitkan hati dan salah sorangnya adalah aku.

Kerana kamu terlalu sempurna, aku terpaksa melepaskan kamu. Aku bukan orang yang baik, yang setanding dengan kamu. Mulai dari saat ini, aku relakan kamu untuk bersama orang lain. Aku okay! You don't worry. =)



Serius lagu ni memang TAK SESUAI untuk aku langsung!!!

Aku tipu.
Sebenarnya aku tak okay. Aku sedih sangat. Aku sedih sebab kenapa aku tak sama taraf dengan kau. Nampak tak perbezaan kita?? Orang tengok kita pon dorang akan tanya banyak kali. Macam tak percaya kau dengan aku. Aku tak pandai macam kau. Perempuan yang kau nak dijodohkan itu belajar tinggi. Sama macam kau. Aku ni apa la yang ada. Degree?? Apa la sangat. Kerja pun cikai-cikai je. Aku bukan golongan profesional. Tak macam kalian berdua. Orang tak happy bila tengok kau dengan aku. Tak matching langsung. Macam gagak dengan merak. Banyak benda yang buat kita jadi tak sama!! Aku penat. Aku penat sangat. Letih seletih letihnya.



Aku okay. Aku cuma nangis sikit je. (Lepas ni aku kena terima kenyataan bahawa kau takkan ada untuk pujuk kalau aku nangis. Kau kan dah ada perempuan tu). Kau sanggup terbang jauh untuk jumpa perempuan tu. Okay! Aku terima. Aku dengar dia medical student?! Really?? Okay, aku terima. So, apa tunggu lagi?? 




I'm okay!!! Aku ada family. Jangan risau okay! Bagi aku nangis untuk hari ni je! Thanks.



Ya Allah, aku berbohong pada diri sendiri. Sedih aku berpanjangan. Kuatkan iman aku. Selalulah bersama denganku Ya Allah. Aku mohon!!


Bingkisan:: Kesian kan gadis di atas?? Tula. Orang kata, apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. So, ada jodoh insyaAllah apa rintangan pun kita akan tetap bersama. Biar masa yang menentukan mengikut kehendak Allah. Hmmm.. Redha je la. =) (Masih mampu tersenyum)

Tuesday, February 8, 2011

Calon Mertua

Tengah sikat-sikat rambut, tetiba aku teringat dengan sorang makcik ni. Macamana aku kenal makcik tu?? Biar aku cerita...


Ingat tak yang aku pernah masuk hospital sebab patah tangan?? Huhhh.. Gila tak ingat???
Orang yang patah tangan ni serba tak kena. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Aku keseorangan masa kat hospital. Disebabkan aku kena admitted kat Hospital Kajang, family aku tak dapat nak lawat selalu. Yang datang hanya akak je. Itupun dia dtg dalam tengahari. =(


Susah!!! Serius susah. Nak ambil air untuk minum pun terkial-kial. Sampai tumpah air. Masa tuang, penuh. Belum sempat sampai ke mulut, dah tinggal separuh. Haiishh! Tension wehh.. Pagi-pagi bangun, rambut dah macam 'Lion gila sebab tak dapat jadi King'. Tangan sebelah je boleh berfungsi. Macamana nak ikat rambut?? Mintak tolong nurse, nurse said, "Tunggu kejap yea". Sampai berjam-jam aku tunggu. 


Tetiba aku tergerak hati nak tegur makcik yang jaga katil sebelah aku. Dia jaga mak dia yg kena admitted sbb patah tulang punggung. So, dalam masa tu la dia gilir-gilir jaga mak dia. Aku mintak tolong dia, "Makcik, boleh tolong ikat rambut saya??". Makcik tu senyum dan jawab, "Biar makcik ikatkan. Makcik sikatkan skali la yeh?!". Aku just angguk je. Kira bonus la. Aku mintak ikatkan je tapi dia siap nak sikatkan. Tak ke baik gila. Semenjak tu, dia la yang jaga aku. Sementara tunggu akak aku ke atau time malam, dia jaga aku. Aku nak ke tandas ke, nak air ke, nak makan ke semua dia tolong. Siap lapkan badan aku lagi supaya aku tak panas & demam. 


Dalam hati aku, untungnya kalau dapat mertua macam dia. Seronok borak-borak dengan dia. Ketawa-ketawa sama. Hilang rasa sakit aku sekejap. Time-time borak tu, aku amik kesempatan tanya pasal family dia. Sebenarnya aku cuma nak tau dia ada anak lelaki ke tak. Tu je.. Hehehehee. Rupanya dia ada anak lelaki. Sama baya dengan aku. Tingggg~ Bonus bonus!!! Untuk melebarkan cerita, aku tanya sama ada: 

  • Anak dia dah kawin atau belum? Jawapan: Belum = YESSSSS
  • Anak dia keje apa?? Jawapan: Chef kat hotel kepunyaan 'bapak Paris' = WOWWW
  • Kan best kalau makcik jadi mertua saya?!! Jawapan: Anak makcik dah bertunang = Errkk.. Huwaaaaa~
Seminggu kitorang shared cerita. Dia temankan aku, aku temankan dia. Takdelah sunyi. Kebetulan waktu aku keluar hospital, mak dia pun discharge jugak. Oklah tu. Masa salam dia, dia siap peluk aku lagi. Aku cakap, "Jumpa lagi makcik". (Sekali aku tengok keliling aku hospital). "Tapi bukan kat sini yea. Hehehehe.. ".

Hmmm.. serius. Dia mertua yang baik. Untung sapa yang jadi menantu dia. Lembut & penyayang. Mudah-mudahan aku dapat mertua yang baik dan mampu sekepala dengan aku. Calon mertua aku sekarang baik tapi belum tentu dia calon yang ditentukan oleh Allah. Macam kita bercinta. Bercinta bertahun-tahun pun belum tentu tu jodoh kita. Kann?? ^__^

Monday, February 7, 2011

Macam Tak Best

Aku try untuk baca balik aku punya entry2 terdahulu. Asal semenjak dua menjak ni aku rasa macam tak best je bila baca? Tak macam yang sebelum-sebelumnya. Asal ni??


Confusing huhh??

Maybe masa buat new entry, idea aku kureng mari??
Maybe aku takde mood nak buat lawak masa tulis blog??
Maybe ayat aku sekarang tunggang terbalik sebab otak aku dah kena gegaran kuat masa jatuh gaung?? Huhh~

Shared::: 
Actually, baru-baru ni akak aku ada complain pasal aku. Dia kata semenjak aku jatuh bukit, cara aku bertutur kurang jelas. Pelat mungkin? Atau cakap macam orang takde lidah. Hmm.. Fikiran makin blur & kadang-kadang macam aku kurang peka & sedar. What happen?? I need to see a doctor. Yawww crap!! I'm really tension and I need someone to help me!!

{T__T}



Doktor bilang..

Aku dah fikir tapi belom fikir dengan masak lagi. Aku nak pakai balik braces. Dulu aku pernah pakai sebab gigi aku ada 1 biji yang ke belakang dan tak masuk pada landasannya. Masa aku pakai tu, gigi aku dah straight & rapat serta cantik woooo... ngeh ngeh.






Tapi lama kelamaan, gigi aku makin lama makin jarang plak. Dibahagian tengah gigi aku dah semakin renggang. Aku pelik la. Macamana la aku punya gigi boleh bergerak?


Doktor cakap, dia dah bilang gigi aku. Gigi aku tak cukup 32 bijik!!!!! Tu sebab bila aku pakai braces, lama2 gigi aku akan kembali renggang. Adoii.. Bosannya! Macamana gigi aku boleh tak cukup ni?? Adakah cacat?? Ohhh noooo~






Tapi lantaklah. Aku tetap nak pakai. Dulu masa mula2 aku pakai braces, badan boleh kurus tau. Nak makan roti cecah kopi pon sakit. Haaaa.. mana tau kali ni klo jadi pakai braces, aku leh kurus macam dulu. Mana la tau kan. Huhuhuuuu~


P/S:: Susah kalau kita menggunakan sesuatu untuk tujuan yang lain. (Exp: Pakai braces untuk nak kurus!) Haiishhh~

Sunday, February 6, 2011

Mahu Upgrade Gadget

Haahhhhh... Arrgghhhhh!!!
Otak ligat berfikir.
Macamana nak cari duit lebih ni??
Mana aku nak korek?? Ada tak kat mana-mana tanah yang ada harta karun yang bisa dijual hartanya??
Dapat kerja part time pun ok gak kan??
Tapi larat ke aku??
Buntu.. Buntu!!
Aku harus usaha lebih gigih. Penting!!
Fikir.. Fikir~


Ibu: Daripada ko kumpul duit untuk bazir untuk beli benda² tu, baik ko simpan duit masa depan. Tak lama lagi nak kawin.. Nak beli rumah.. Nak tanggung itu ini.. blaa.. blaa.. blaa..


Aku: Takpe. Tu nanti² boleh fikir. Lama lagi kot! Boleh kumpul lain. (Tetiba aku terfikir. Rasa perkataan 'kahwin' tu macam membebankan. Bukan sebab beban dengan tanggungjawab yg bakal dipikul tapi beban disebabkan DUIT UNTUK MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN YANG DA BOOM!!). Kesian bakal pengantin. Malas aku nak fikir pasal tu. Buat susah hati je. Bagila hati aku berbunga dan rasa happy jap!!

Sebenarnya aku ada beberapa hajat. Aku nak upgrade something. Dua benda je:

  1. Camera
  2. Laptop
CAMERA


Nikon D700

Buat masa ni, aku nak upgrade model ni. Napa aku tetiba nak beli Nikon? Hmm.. Bagilah aku chance untuk merasa pakai Nikon pulak kan? Sebelum ni aku guna Canon. Siblings aku pon semua guna Canon. Aku nak tukar angin ni!!


Flash & Lens

Tambah Flash & Lens baru syok!! Bisnes boleh mari... Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶

Complete set

Dah completed semua, gambar harus mantap!!!

LAPTOP
Aku guna yang ni sekarang.
Hp Mini 1000

Yang ni macam tak dapat nak tampung files² yang ada atau yang aku perlukan sebab yang ni sesuai untuk mereka2 yang nak buat kerja2 office. Tapi macam aku tak sesuai dah sekarang. Banyak software yang aku nak download tapi tak success sebab Mb besar. So, aku nak upgrade yang baru!!

Nak yang ni: 

Macbook pro

Aku pun nak jadi macam Siti Nurhaliza gak. Aku banyak benda yang aku nak belajar. @-_-@ (muka gedik)

PERINGATAN:
Ni semua hanya angan-angan aku kalau aku mampu & cukup duit. Doakan yea. Aku akan usaha untuk dapatkan salah satu gadget ni. Anak orang kaya pon tak batak macam aku kan?? Alaaa.. Tak kesahla. Mana tau Allah kurniakan rezeki lebih ke.. Aminn~



Wednesday, February 2, 2011

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua




Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitterblog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir


Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar


Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari saya dan ehsan drpd jomPHP.






Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...