Sunday, February 20, 2011

Perasaan

MUKADIMAH::
Menulis blog sambil mendengar lagu Balada selawat sebab hati tengah ting-tong! Bagi tenang sikit.

- Betul ke dia suka kat aku???
- Sakit hati betul la tengok mesin fotostat ni.
- Sedih gila dowh tengok mak cik tu kena halau dengan anak kandung dia sendiri.
- Entah. Aku macam tawar hati dengan dia.
- Wahhh.. Bonus 5 bulan tu boss kasi kat aku.
- Otak aku kosong.
- Arrgghhh.. gambar yang aku tangkap tadi tak jadi. Blurrrr!!
- Gila ah ko!
- Kenapa ibu cakap macam tu??

Mengikut pembacaan aku, perasaan adalah sesuatu benda yang kita dapat rasa melalui hati & batin kita. Hanya kita yang mampu mengerti jenis apa yang kita rasa ketika tu. Timbulnya idea aku nak tulis bab perasaan ni sebab perasaan aku ni dah bercampur-baur. Aku nak cerita dengan orang, sapa yang nak layan aku?? Aku hanya mampu tulis kat blog aku sendiri. Tapi, korang la terpaksa jadi mangsa sebab korang yang baca blog aku. Tak salahkan kalau aku ngadu kat korang melalui penulisan?? 

Hati aku tengah mendapat tekanan yang sangat dalam. Biasa la. Sebagai manusia, kita tak pernah lari daripada masalah & orang-orang disekeliling kita.

Perasaan HAPPY.


Hohohooo.. Ada banyak perkara yang buat aku happy. Entah. kadang-kadang benda tu simple je tapi mampu buat aku tersenyum. Hmm.. Korang penah tak rasa happy bila ada orang LIKE kat komen yang korang post kat FB?? Aku happy. Hahaaa.. Aku suka komen kat Oh! Media . Kat situ la aku komen bagai nak rak & ramai plak yg LIKE. Happy beb sebab kat situ bukan dari teman-teman rapat kita. Pendapat kita diterima oleh orang luar yang tidak pernah kenal sapa kita. Kan best tu?! Lagi satu, aku happy sebab beberapa teman aku yang telah melangsungkan perkahwinan & ada gak yang bakal melangsungkan perkawinan dalam masa terdekat ni. Ada jugak yang bakal menjadi mama/papa tak lama lagi. Alhamdulillah. Seronok bila tengok member2 aku happy  melayari bahtera kebahagian. 


Perasaan SEDIH.


Sebagai pelakon pentas dilayar kehidupan realiti, aku tak pernah la nak terlepas daripada mendapat kesedihan. Kalau setakat sedih biasa-biasa takpe lagi. Ni kesedihan yang terlampau. Aku agak kecik hati dengan karenah-karenah orang yang selalu buat aku rasa mereka ni sangat annoying. Asal la dorang tak peka atau punya perasaan untuk menjaga perasaan orang lain?? Aku rasa macam.........


Eh, aku tetiba rasa stuck!!
Idea aku padam. Blank tiba-tiba!!
Apa yang aku nak tulis sebenarnya?? Mana kertas & point2 yang aku tulis tadi??
Arrgghhh.. Aku tertekan sebenarnya ni. Aku rasa nak marah!!!!!!!!
Aku tak nak hati aku jadi jahat. Nanti orang tak suka kat aku.


Lagi satu, aku tak tau nak luahkan kat sapa. Bila aku nak ceritakan kat family, family akan bagi nasihat yang buat kita sebak (bukan nasihat yang tak baik tapi nasihat yang buat kita makin sayang kat family kita. Dalam masa yang sama, kita macam jahat sebab tak mau pakai cakap dorang). Nak cerita dengan kawan baik, dorang malas nak dengar masalah aku. Muak & dorang dah takde idea bernas dah nak bagi kat aku. Bila aku nak luahkan perasaan dalam diary, aku malas nak tulis panjang-panjang. Mula-mula je tulisan cantik. Sampai perenggan ke-3, tulisan dah bertukar jadi makin besar dan makin senget. Dah failed kat situ. Aku nak tulis rasa hati kat blog, orang lain akan baca. Dan bagi mereka yang rasa tak puas hati bila baca blog aku, dorang akan mengumpat sesama sendiri dengan berkata, "Eii.. si Er tu suka sangat menunjuk yang dia tu ada masalah. Macam dia sorang je ada problem. Macam dia sorang je bagus. Nak menunjuk la tu kehidupan dia tu itu ini!".


Kawan-kawan, aku nak ngadu kat sapa? Ngadu dengan korang, korang tak nak dengar sebab korang pon ada masalah korang sendiri. Ngadu kat blog sendiri pon aku jugak yang dipersalahkan sebab menunjuk emosi aku. Apa yang aku boleh buat?? Orang memang mudah tak puas hati kan?? Aku faham & aku maafkan mereka-mereka yang rasa macam tu sebab kadang-kadang aku pun macam diorang. Huhh.. Entah la. Aku betul-betul tak faham kenapa nak tulis blog sendiri pun kena ada adab-adab yang tak menyemakkan mata dorang. 


Aku letihlah nak jaga perasaan orang. Maafkan aku sebab perasaan aku pun tak terjaga!


Soalan::: Apa perasaan korang bila ibu korang yang tolong menenangkan perasaan korang?? Klo aku, aku rasa terharu. Luv u ibu!! 


Note:


Aku tau korang mesti cakap, "Ngadu la sama Allah!!". Ye geng!! Aku melakukan yang itu sebab Allah je teman sejati aku yang menjadi pendengar yang setia. I love U wahai Allah!



No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...