Tuesday, February 8, 2011

Calon Mertua

Tengah sikat-sikat rambut, tetiba aku teringat dengan sorang makcik ni. Macamana aku kenal makcik tu?? Biar aku cerita...


Ingat tak yang aku pernah masuk hospital sebab patah tangan?? Huhhh.. Gila tak ingat???
Orang yang patah tangan ni serba tak kena. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Aku keseorangan masa kat hospital. Disebabkan aku kena admitted kat Hospital Kajang, family aku tak dapat nak lawat selalu. Yang datang hanya akak je. Itupun dia dtg dalam tengahari. =(


Susah!!! Serius susah. Nak ambil air untuk minum pun terkial-kial. Sampai tumpah air. Masa tuang, penuh. Belum sempat sampai ke mulut, dah tinggal separuh. Haiishh! Tension wehh.. Pagi-pagi bangun, rambut dah macam 'Lion gila sebab tak dapat jadi King'. Tangan sebelah je boleh berfungsi. Macamana nak ikat rambut?? Mintak tolong nurse, nurse said, "Tunggu kejap yea". Sampai berjam-jam aku tunggu. 


Tetiba aku tergerak hati nak tegur makcik yang jaga katil sebelah aku. Dia jaga mak dia yg kena admitted sbb patah tulang punggung. So, dalam masa tu la dia gilir-gilir jaga mak dia. Aku mintak tolong dia, "Makcik, boleh tolong ikat rambut saya??". Makcik tu senyum dan jawab, "Biar makcik ikatkan. Makcik sikatkan skali la yeh?!". Aku just angguk je. Kira bonus la. Aku mintak ikatkan je tapi dia siap nak sikatkan. Tak ke baik gila. Semenjak tu, dia la yang jaga aku. Sementara tunggu akak aku ke atau time malam, dia jaga aku. Aku nak ke tandas ke, nak air ke, nak makan ke semua dia tolong. Siap lapkan badan aku lagi supaya aku tak panas & demam. 


Dalam hati aku, untungnya kalau dapat mertua macam dia. Seronok borak-borak dengan dia. Ketawa-ketawa sama. Hilang rasa sakit aku sekejap. Time-time borak tu, aku amik kesempatan tanya pasal family dia. Sebenarnya aku cuma nak tau dia ada anak lelaki ke tak. Tu je.. Hehehehee. Rupanya dia ada anak lelaki. Sama baya dengan aku. Tingggg~ Bonus bonus!!! Untuk melebarkan cerita, aku tanya sama ada: 

  • Anak dia dah kawin atau belum? Jawapan: Belum = YESSSSS
  • Anak dia keje apa?? Jawapan: Chef kat hotel kepunyaan 'bapak Paris' = WOWWW
  • Kan best kalau makcik jadi mertua saya?!! Jawapan: Anak makcik dah bertunang = Errkk.. Huwaaaaa~
Seminggu kitorang shared cerita. Dia temankan aku, aku temankan dia. Takdelah sunyi. Kebetulan waktu aku keluar hospital, mak dia pun discharge jugak. Oklah tu. Masa salam dia, dia siap peluk aku lagi. Aku cakap, "Jumpa lagi makcik". (Sekali aku tengok keliling aku hospital). "Tapi bukan kat sini yea. Hehehehe.. ".

Hmmm.. serius. Dia mertua yang baik. Untung sapa yang jadi menantu dia. Lembut & penyayang. Mudah-mudahan aku dapat mertua yang baik dan mampu sekepala dengan aku. Calon mertua aku sekarang baik tapi belum tentu dia calon yang ditentukan oleh Allah. Macam kita bercinta. Bercinta bertahun-tahun pun belum tentu tu jodoh kita. Kann?? ^__^

2 comments:

alawiah raji said...

bestkan kalu dpt mrtua skepala mcm kita ni heheheheh

indah andika said...

huhuuuu..
yela kak. baru syok nk balik kpg. klo tak??? tkedu lebih.. sian ar takutkan kak klo dpt yg tak best?! seram~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...