Thursday, August 6, 2009

Kesedaran itu penting

Saya tgk 'audition malaysian idol' kat YOUTUBE. Hmmm.. ramai yang berbakat. Tapi......

Ada gak yang suara mcm katak tapi berhati gajah. Paham tak apa yang saya maksudkan? Yela.. Ada yang berhati gajah (berhati besar) yang merasakan diri mereka sungguh layak utk diujibakat. Hakikatnya?? Kalian sendiri tau kan?



Bakat harus dicungkil tapi bukan bakat yang dibuat2 ok??!!

Suaranya ya Ampunn... Jika katak nyanyi sebelah dia pon kita pasti tak dapat nk bezakan suara mereka. Jika nak diikutkan logik, KESEDARAN itu penting. Amat penting.. Bila pra sedar, itu yang bleh mendatangkan masalah pada kita smua sedikit sebanyak.

Lagi satu, SIKAP. Bila judges kata "suara anda mcm panggil hujan", 'suara anda tak layak utk masuk competition mcm gini", pasti judges tu akan dimaki habis-habisan. Ada diantara mereka menggunakan pelbagai helah dengan mengadakan cerita2 dan kisah2 sedih mereka ( perjalanan yang sukar utk ke tempat ujibakat & etc.) Ingat dorang nak terima ke??

Pakage yang paling penting skali. Jika tahu menyanyi tapi tiada rupa dan gaya sebagai artist, please forget it. It's true!! Klo suara anda sedap tapi tak cantik, automatic suara anda kedengaran seperti sumbang melainkan anda mempunyai nasib yang baik. Kalau anda mempunyai satu sifat atau perangai yang unic (weird paling senang citer), silakan mencuba nasib. Mcm 'william hung' yang penah masuk american idol. Sekarang??? Namanya mencanak naik sampai ramai wanita2 seksi suka mendampinginya bernbanding bdamping dengan lelaki kacak. Heheheee...

Ooo... baru saya teringat. Ni pengalaman saya pi audition ngan somebody yang tak harus saya sebutkan nama hamba Allah ni. Dia ni kawan baik saya masa time belajar dlu la. Dia ni memang suka menyanyi. Klo ms kuliah, time2 takde lecturer time tula dia nak buat vocal class . Yang jadi sifu?? Saya laa.. (pipi merah, tertunduk malu)

Bukan apa.. Saya tak nak kecilkan hatinya yang besar itu. Bila dia menyanyi, suara dia kurang enak untuk di dgr. Bila lepas nyanyi, dia mst mintak pendapat saya. "Mcmana suara aku? Bagus tak??"........ komen saya "Hmm... Bleh tahan. Tapi ko klo berlatih dengan lebih gigh lagi, pasti lagi sedap dari nyanyian ko tadi".. Kataku dengan nada yang agak sukar utk didengar sambil meleret mata dan dalam keadaan senyum kerang busuk. Huhuu.. Maafkan saya kawan. Saya terpaksa menipu demi menjaga hatinya yang baik tu. (Dia memang seorang kwn baik)..

Ms audition tu, keadaan saya agak tertekan. Satu sebab takut. Kedua sbb terpaksa melayan karenahnya yang agak perasan dan pentingkan diri. Asik berlatih depan saya dan tanya pendapat dan saya asik menipu, menipu dan terus menipu.... Kesian la klo berdepan dengan situasi begini.

Itulah last saya pi audition. Skrg saya dah tak berminat kerana minat sya dh beralih kepada yang lebih baik...... InsyaAllah..........

Bagi mereka yang punya bakat, teruskan. Bagi mereka yang tak punya bakat tp perasan ada bakat, saya doakan mudah2an impian anda akan tercapai utk mendapat bakat anda inginkan dan mdapat bakat yang sebenar-benarnya.. Aminnn..

Note: Nyanyi dalam 'kotak karok' lagi best la. Huhuu.. Bila la kita dpat buat activity tu lagi my geng??!!

2 comments:

miza said...

suara aku macam mana? best tak?

*sambil nyanyi lagu 'halo' by beyonce*

Eirfy Oth said...

errkkk.... beyonce tlalu besar suaranya utk dbandingkan.. klo banding ngan suara2 disney club ok kot... hehe

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...