Saturday, August 22, 2009

Keta Dusun

Bulan Jun~July aritu musim buah. Fuuhhh.. memang giler2 ar makan buah. Especially mkn buah durian. Ada gak buah manggis, mata kucing, rambai, duku & etc. Tak lupa gak petai kesukaankuuu.. Fmily sy mmg ada dusun pusaka yang ditinggalkan utk warisan & generasi yg tak tau dpt btahan smpai keturunan yang ke-??...

Dusun tu kepunyaan nenek moyang dan telah pun dijadikan sbg harta pusaka utk atok & adik bradiknya yg lain. Bg bhgian atok, sy dan fmily kembangan saya yang akan uruskan time2 utk menebas, mengutip hasil dan selebihnya(jika rezeki lebih) buah yang banyak akan dijual kat depan umah. Kebetulan kpg sy mmg dekat ngan highway 'lebuhraya utara-slatan'. So, kira jalan agak busy dan mudah dpt customer.



Pondok ni wujud sebelum kami dilahirkan..




Ketinggian dusun yang melampau..




Mengengkeh nak mendaki semata-mata DURIAN.


Pengalaman yang paling best skali time2 nak kutip durian. Best wehh.. Bila time dia gugur byk yg best tu. Apatah lagi klo time hujan. Mmg banyak buah yang gugur. Ingat nk kutip buah mst datang ngan tangan kosong je ke? Naa mungkin. 1stly, mst la ada parang(penting utk kopek durian). Pastu mst ada karung/guni sbb senang nk bw durian banyak2. Aritu ms 1st day, sy lupa bw guni tu. Tpksa masukkan durian dalam sweater sy. Masuk spenuh2nya. Skali pandang, mcm orang yang tengah mengandung durian. hehe... Tpaksa la buat mcm tu sbb mmg salah saya. Dah exited sgt nk pi dusun, smua brang yg sy listkan mcm camera(penting utk model yg tak btauliah mcm sy), parang, air smua bw. Tetiba guni plak sy tlupa. Huhu... Amik ko kena denda!!! Arrgghhh.... koyak baju akuuuu!!!!!!!!

Dup dup dup!!!...... (bunyi durian jatuh)

Bertempiaran sy dan cousins sy utk cari durian. Yela.. Atok ckp, sapa cepat dia dapat. Sy mmg dh lama mengidam wehh... Dah tak pedulik dh.. Pastu, dah dapat smua, kitorang longgokkan satu tmpat (huh.. wat penat je lari bagai nak giler rebutkan durian. Jap lagi, longgok satu tempat gak.. Huhhh!!). Bila dah bnyk, apa lagi nk dtunggu. Bedal la... mcm biasa. Saya laaa yangg.... Hehe.. saya punya ibu la yg kopekkan durian. Siyes mmg tak pandai nk kopek2 ni. Bukan macam siang ikan. Ada tekniknya. Belum blaja lagi..~

Dusun kami ada byk kategori. Kategori²nya adalah... jeng jeng jengg... Dusun apak, dusun gajah, dusun kucing tido, dusun gaung & etc. Byk sgt. Tak ingat. Dusun ni dbahagikan mengikut kawasan dan jenis durian. Durian yang paling sedap adalah durian gaung. Besar2 tu. Isinya putih. Tak kuning mcm biasa tu. Rasanya pun lemak2 gitu. Tapi sy takleh nk mkn byk sgt. Nnt bahaya utk kesihatan. Harus jaga dong!

Bila time balik, sy ngan my luvly cousins akan naik keta khas. Keta ni kami pnggil 'KETA DU SOON' (keta dusun tapi nk bg sedap, tukar skit spelling dia. ehehe). Keta ni bleh naik bukit. Steady je. Tak payah nak naik FORD RANGER ke HILUX kee.. Saya ingat lagi satu kes yang paling best dan klakar.



Inilah keta DU SOON kami


Cousin sy (e-ca) ni mmg suka sgt nk tgkap gmbar. Pantang apa je. Ulat dalam buah durian tu pon dapat la gak dorang nk posing2 dlm camera minah ni. Jap lagi, ms dalam pjalanan nk balik umah, kitorang jumpa skumpulan lembu. E-ca tetiba jerit suruh sy benti. Benti plak betul2 sblah lembu tu. Kira lembu tu bleh la jengah masukkan kepala dia dalam keta. Bila sy benti, si minah e-ca ni pon mula la sesi photoshoot nya dalam keadaan bhati2 supaya tak ggu lembu tu dan kitorg smua bharap si lembu ni tadi tak perasan kehadiran kitorg. Agaknya time tu nk hujan, hari mcm gelap mendung. Elok2 lembu tu posing baik smbil kunyah rumput, E-ca pon click. Nak tau apa jadik?? Dia tlupa nk tutup flash. Apa lagi... Lembu tu pon toleh ar arah kitorg. Tetiba lembu tu mcm meroyan. Nak kejar kitorg. Apa lagi.. Pecut sehabis baik ar.. Fuuhh.. nasib baik sy mmg dh stanby gear 1. Klo tak, mmg habis!

Sy tnya E-ca, napa lembu tu marah sakan ek??? Dia jawab, mungkin sbb flash kot. Hmmm.. Yela kot. Sblom belok kt simpang, sy pon tgk la side mirror tgk2 mana tau ada motor ke.. Jap lagi baru sy perasan. Asal la sy bleh tlupa & tak perasan. Rupa2nya yg buat lembu tu naik hangin, naik meroyan adalah kerana............. keta du soon kitorg color MERAH!!!!!.......

Ceeehhh... sengal punya lembu..Kitorg pon sengal bueh..

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...