Thursday, August 6, 2009

Perasaan yang tiada nilai...


Ihsan drpd Kosmo on9, gambar mayat bayi yang diratah biawak.

Pagi smlm sy baca kat 'kosmo online' kisah seorang bayi yang diratah biawak. Ya Allahhh... Tak sanggupnya saya untuk melihatnya.

Huhuuu.......

Sedih bila melihat keadaannya yang hanya tinggal cebisan2 sahaja. Siapakah ibubapa bayi ni?? Diorg takde perasaan langsung ke? Atau mereka adalah salah sekor daripada binatang2 yang berkeliaran tak tentu hala yang tak punya fikiran utk berfikir?? Hiissshhh.. Saya sedang marah!! Saya memang marah!! Jahanam la kamu wahai ibubapa bayi ini..

Jangan kerana kesalahan kalian, anak ini menjadi mangsa. Nauzubillah... Kesian bayi ni. Walaupon bayi ini dilahirkan tanpa kerelaan, tolonglah menerimanya dengan hati yg ikhlas. Bayi tidak berdosa. Mereka tidak tahu apa2. Mungkin bayi ini meninggal ketika dilahirkan. Tapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, tolong la kebumikan bayi ini dengan sempurna. Bukan dengan membuangnya seperti SAMPAH!!!!

Tidakkah anda tahu bahawa mereka(bayi) inilah yg akn membantu ibubapa mrk ketika di akhirat nnt??? Bila jadi begini?? Macamana??

Ya Allah... Saya berdoa Ya Allah semoga kami smua di dunia ini dilindungi daripada perkara2 yang tak diingini. Mudah2an Kau ampunkan segala dosa kami dan melindungi kami dari berbuat perkara2 yang dilaknat oleh-Mu Ya Allah..

Mudah2an kita smua dapat hidayah daripada-Nya. Mudah2an ibubapa bayi ini mendapat kemaafan dan ditunjuk ke jalan yang benar... Aminnn...

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...