Monday, September 27, 2010

Makcik Ni Harus Dijauhi

Tak baik aku ni kan?? Dengan makcik pon nak touching2. Orang tua. Biarkan jela. Tapi...
Ehhhhhh.. Mana boleh??! Dia ni makcik yang luar biasa. Nak tau kenapa?? Meh sini. Let me tell you something apa yang boleh bikin orang lain naik hangin.
Dia ni makcik. Umur dalam lingkungan 53 year old++ (siap plus2!! Penting!!). Bila dah berumur ni, buat la cara dah berumur, betul tak?? Ni tak. Aku dan member2 lain tak dibenarkan memanggilnya 'MAKCIK Mah' atau singkatannya 'CIK Mah'. Dia nak kitorang panggil dia KAKAK!!!! Ok la.. Aku takde hal. Still lagi boleh layan..
Yang aku tak bleh blah, mulut dia tu!!! Orang klo dah tua, buat2 la bertaubat. Sedangkan umur muda macam aku ni pon tak bleh nak big mouth sangat. Ajal kita, kita tak tahu. So, nak dipendekkan cerita, dia ni klo nak sound orang tak berlapik. Siap dengan mata2 dia skali bergerak bila bercakap. Bukan mata je. Tangan2 dia skali dok gerak ala2 mami jarum!! 
Aritu, aku dengan member aku (kurus) ni pegi la beli makanan kat cafe memandangkan kitorang betul2 lapar sebab tak breakfast. So, bila dah tapau, kitorg pon duduk la kat tempat kitorg (nak makan kat meja sendiri. Malas nak makan kat pantry.). Aku ni kan budak gemok. So, dah memang lumrah budak gemok bila berjalan siap bawak bekas makanan, mesti orang akan sound punya (rasa hina).. Nak tau dia sound apa??


Makcik: Wahhh.. you all. Lunch tak mis yea?? Mesti makan. Dasyat!
Aku: (Buat bodoh sambil tarik kerusi dan duduk)
Member: A'ah la kak. Saya kena makan. Kalau tak nanti susah la nak buat keje kalau lapar.
Makcik: Alaaa.. You tak apa la sebab you kurus. You makan banyak mana pon still kurus. Yg I maksudkan budak2 anak dara nih. Makan je. Tengok? Badan pon dah takde figure. Figure semua lari. Belum kawin lagi dah mcm ni. 
Aku: (Buat bodoh dan buat2 tak dengar. Macam takde apa2 yang berlaku dan terus makan!)
Member: (Akak ni dengan muka bersalah & terus cover line) Ehhh.. akak tak makan ke kak??
Makcik: Nopp!! I kenyang lagi la walaupon I makan pagi tadi. 


Kau ingat kitorg tak tau kau makan apa???? Dah dok melantak macam2 kat bilik dia memang la kenyang!! (Dia merupakan wanita tua yang gemok tapi perasan kurus or terasa badan susut dengan banyak sebanyak 35kg?? Oppsss..)
Dia tak suka bahasakan diri dia 'kakak' or 'saya' sebab dia rasa macam orang kampung (maybe).


Aku: Akak tak balik kampung ke raya ni??
Makcik: Ohhhh.. I takde kampung.. (bahasakan diri dia 'I' supaya nampak skit 'ongputeh'.


Bullshitt!! Jauhi dia dari aku!!
Lagi satu, dia ni agak kurang berminat untuk berjilbab ni. Bukan anti tapi kurang minat jilbab yang jenis tutup leher. Hmmm... Akak aku kan jual shawl kan??? So, aku bawalah file yg ada gambar2 tudung & shawl memandangkan kat opis aku tu tak semua ada FB or internet. Then, bila aku bagi dia tengok gambar2 shawl tu, dia dok sound....


Makcik: I tak boleh la pakai yang dok lilit2 macam ni. Panas!! (Dia suka pakai shawl yg ala2 siti nurhaliza, yg boleh nampak rambut)
Aku:   ب_ب


Mintak maaf.. Saya tak sudi nak jadi menantu makcik sebab saya bukan pendakwah yang baik. Maafkan saya! (Aku berlalu dengan lemah longlai sambil memegang file tudung tersebut sehingga tanpa aku sedari helaian kertas terkeluar daripada file lalu bertaburan di hamparan).  Vaaahh Vahhh Vahhh... 

Sunday, September 26, 2010

Penat La Nak Jawab!!!

25th September 2010
Merupakan tarikh keramat buat sahabat baikku Ezaratul Nazihah Hassan kerana tarikh itu merupakan tarikh perkahwinannya. Dia merupakan teman aku dari kecik sampai besar. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, sampai tempat kerja. Dua kali pindah kerja pon kami tetap bersama. Pendek kata, kawan aku, kawan dia. Kawan dia, kawan aku. 


Masa dia kahwin, aku kira jadi penyambut tetamu. Melayan la tetamu-tetamu yang datang sebab kebanyakkan mereka yang datang semua aku kenal. Jadi setiap kali orang nak salam aku, mesti dorang dok tanya....

"Ziha dah kawin. Kau bila lagi Er??"


Jawapan aku simple je. "Huhh.. Kahwin??? InsyaAllah tahun depan!!!"


Setiap kali nak salam, orang akan tanya soalan yang sama. Hehhhh... Penatla aku nak jawab!!! Dalam hati aku cakap apa tau?? "Kalau aku kawin sok, korang yang sibuk dok bertanya aku tu tak dapat datang, siap korang!!!!"

Saturday, September 25, 2010

My Budget

Aku dah gaji... Budget???Meh kita kira sama-sama...


KERETA= RM650.00
IBU= RM250.00
AYAH=200.00
MINYAK= (RM20/day X 25 days)= RM500.00
HUTANG= RM200.00 (Hutang kat akak)
BARANG DAPUR= RM200.00
DUIT JAJAN= RM100.00
DUIT TABUNG HAJI (aku) =RM100.00
DUIT TABUNG HAJI (ayah)= RM200.00
DUIT TABUNG HAJI (ibu)= RM200.00


TOTAL= RM2600.00


GAJI YANG DITERIMA= RM3500.00


FORMULA UNTUK CARI TOTAL BAJET= RM3500.00-RM2600.00RM 900.00
                                                                           
Balance aku nak simpan. Nak beli camera canggih... Adakah berhasil???


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tinnggg tooooonnggg...
Hellooooo korang!!!
Apa yang berlaku di atas tidak ada kena mengena dengan aku. So, tak payah la korang rasa macam nak suruh aku belanja korang dengan sakannya sebab aku bukanlah sekaya orang di atas!!! 


Aku punya budget, takkan nak tunjuk kat korang kot??? Agak-agak laaa... 
Budget kita, kita kira sendiri yeaa... lebih budget, kita yang pokai sendiri. Tak payah nak susahkan orang lain okeh????


Selamat pagi!! Ohaiyo gozaimaste!! (*?*)

Thursday, September 23, 2010

I'm Single

  • PART I
Tajuk kita letak dalam bahasa 'ongputeh'. 
Tapi blog's entry tak boleh tulis dalam 'ongputeh'. Bukan apa..
Ada sesetengah pembaca tak berapa fluent in English. Kang ada yang tak faham. Aku nak orang baca dengan selesa.. (",)

-- Sebenarnya, aku takut aku sendiri yang tak paham apa yang aku tulis.. Muahahahaha--

I'm single... Aku bujang.

Memang itu status aku sekarang. Bukan sekarang je. Memang dari dulu la. Orang selalu tanya, "Abis lelaki yang dengan kau tu siapa? Yang kau link kat FB tu. Kau 'open relationship' dengan sapa nama dia ntah!"

Jawapan aku simple je. Tu kawan!!
Macam ni la. Biar aku terangkan keadaan sebenarnya. Bagi aku, bila aku buat link 'open relationship' tu, itu bermakna, orang tu adalah orang yang paling rapat dengan aku. Dia boleh dipanggil BOYFRIEND tapi hanya sekadar boyfriend bukan SPECIAL boyfriend okay! 
Lain la kalau aku link kan dengan tittle 'IN A RELATIONSHIP'. Haaa.. yang tu lain cerita. 

Jadi, bagi mereka-mereka di luar sana, tolong la jangan salah faham dengan apa je status aku tu. Aku tau korang semua tak sabar nak tengok aku ada someone. Aku lagi tak sabar tau (aku ucapkan dengan nada GEDIK). Sabar la yea. Calon ramai tapi hati aku masih belum terbuka untuk mulakan langkah baru. Napa la hati aku liat sangat. 

Sekarang aku nak umumkan yang aku sebenarnya SINGLE MINGLE.. o(╥﹏╥)o
So, para jejaka yang juga masih single trang tang tang tu, meh la cuba untuk berkenalan dengan aku. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Okay?

Marilah kita sama2 membantu untuk tukarkan tittle SINGLE itu secepat mungkin. InsyaAllah! ♥‿♥

  • PART II
Sebenarnya aku ada kawan baik lelaki yang buat aku rasa confuse. 2-3 hari ni ada berlaku sikit salah faham dan buat kitorang rasa macam tak boleh nak control dan boleh buat kitorang rasa mcm nak split untuk sementara. Puncanya?? 

Akuuuuuu....
Tadi dia ada call aku. Okay plak bila dah borak. Cuma tadi dia mintak sesuatu dari aku. 

Dia: Awak suka tulis blog kan?

Aku: A'ah. Napa??

Dia: Boleh tak saya nak mintak sesuatu. Itupun kalau awak sanggup nak buat la.

(Dalam otak aku dah fikir yang bukan-bukan dah. Sama ada nak buat benda yang tak senonoh ataupun nak suruh aku buat jualan langsung & tumpang blog aku untuk promote. Aaaahhhhhh... takde masa aku nak promotekan barang orang. Blog aku suci. Bukan untuk letak barang2 yang bisa buat orang lain malas nak baca blog aku okay!!!.. Tapi bila difikirkan balik, dia mana minat semua tu. Mana ada masa nak bikin jualan langsung. Gaji dia pun dah cukup besar bagi aku. ❀◕‿◕❀ .. Berbunga-bunga plak hati aku bila cerita pasal gaji.  ٩(-̮̮̃-̃)۶)

Aku: Apa dia? Cakap je. Saya sanggup buat. (Padahal dalam hati.. grrrrrrrrrr)

Dia: Saya nak awak tulis pasal saya dalam blog awak. Saya nak awak tulis je apa yang terbuku dalam hati awak. Apa sahaja. Nak marah ke, benda yang awak tak suka pasal saya ke, benda yang buat awak benci ke, benda yang buat awak suka ke.. Apa sahaja.

Aku: Huhhh.. Biar betik awak ni? Apa je?? Saya nak kutuk awak pon boleh? Tak mengaibkan ke?

Dia: Yup! Nak kutuk saya pon takpe. Saya izinkan. 

Aku: Wahhh.. ni dah kira bagus ni. Tak penah-penah ada orang suruh saya buat keje seni macam ni. Tapi napa awak nak suruh saya tulis?

Dia: Saya dah kata tulis, tulis je la!!! (woooww.. takut aku bila suara dia bertukar. Tetiba aku rasa dia sangat comel. muahaha). 

Aku: Apa alasan awak?? 

Dia: Saja je. Saja nak tengok sama ada awak hebat atau tak buat blog ni. Setakat cerita pasal isu2 je. Sekali sekala cuba cerita pasal saya. At least ada gak nama saya dalam blog awak. Yang seterusnya awak fikir sendiri yea!

Aku: Hmmm.. baiklah!

Alasan yang kukuh dan munasabah. Aku akan tulis pasal dia. Maybe esok atau bila masa yang aku free la.. Aku dah dapat bayangkan mesti panjang entry aku nanti sebab banyak gila yang aku nak kutuk...

Siap la kamu, Mr. Mateen!!!





Wednesday, September 22, 2010

Cerita Kelakar Tengah Malam!!

Tempat : Office aku.
Jam : 5.30 petang.

"Malasnya nak balik rumah awal-awal. Baik aku layan FB kejap. Dalam 5.45 la aku gerak," hati aku dok berkata-kata.

Aku dengan bangganya dan dengan senang hati aku online FB sebab aku berpuasa berFB bila time keje. Kalau dah layan FB, memang confirm keje aku tak siap! Elok-elok aku bukak je HOME, aku dah nampak satu lawak yang bisa buat aku ketawa tergolek-golek. Aduhhhh..... 


Ni apa yang aku dah cut & paste daripada FB cousin aku::::

 Shahril Fairuz Daniel ‎...~BODOH BETOL ORG TU,KO NAK TNY JALAN,KO CAKAP LA MELAYU...YG KO PEGI SPEAKING TAMIL DENGAN AKU NAK WAT PE...AKU NIE ANAK MELAYU SEJATI LA WOOIII...CIPETT TOL LA...NASIB BAIK ORG TUA,KALO X,DA LAMA AKU PUKUL SMPI LEBAM...~ 


Wall post di atas adalah post dari cousin aku. Bukan apa beb. Kalau korang tgk dia, baru korang boleh menghayati segala ayat marah dia tu... adoiiyaiii... 

Wanted daerah Klang!!

Nama sedap : S.Shahril Fairuz Daniel
Nama manja : Caca (panggilan dari kecik)
Nama timangan sekarang : Matcha!!!!!

Pesanan buat caca:::

Ca, tak guna ko nak marah orang tu ca. Dia tak sengaja kot. Nak katakan mata dia kero, tak baik pulak sebab dia pon confuse sebenarnya. Huhuu... Tak yah marah k?! Ko dah cukup comel dah ca.. Hati kau comel. Ko baik hati... Cousin-cousin semua sayang kamu.. Untuk pulihkan kemarahan kau, kitrg dah  pakat ramai2 beli 'OIL OF OLAY WHITENING' supaya orang tak keliru lagi.. Sayang caca!! Hidup matcha!!

Hahahahahahaaaaaa.... eh, Ngeeeeeeee~


Post ni bertujuan untuk menyakat/buli caca. Takde  kena mengena dengan orang yang tak berkenaan.

Tuesday, September 21, 2010

Siap Buat List!!

Minggu ni memang minggu 'ada mood nak tulis blog'. Bukan tak ada keje, tapi ntah. Memang nak tulis blog je rasa. Time mood tengah ada ni, baik teruskan. Kang kalau time takde mood, berlapok la aku punya blog ni sampai 3minggu ke 2 bulan baru nak update. 

Peeggghhh... Sila tengok Tittle aku di atas.


"SIAP BUAT LIST"


Haa.. memang! Memang aku siap buat list tajuk-tajuk cerita yang aku nak buat. Tapi semua cerita tergantung. Antara tajuk-tajuk yang aku nak tulis adalah:


  • Kisah percintaan zaman kanak-kanak.
  • Peluang kali ke-3.
  • Sahabat + persahabatan.
  • Indahnya menjadi ahli surau.
  • Sederhana tetapi sempurna.
  • Kenapa manusia perlukan cinta?
  • Tidak dilayan dengan baik.
  • Mreka bukan hakim kita.
  • Kerja gila.
  • Ibu aku berpesan (dalam loghat utara)
  • Aku nak pinjam!
  • Jangan menilai orang tanpa kebijaksaan.
  • Blind date!
  • Maaf. Aku tak boleh terima.
  • Air mata seorang lelaki.
  • Gendang gendut raya. yeaapyy yeappy!!
  • Romantika
  • Sebelum menjangkau umur 30 tahun.
  • Bencana alam vs bencana hati.
  • Bantal kopek.
  • Punca kemusnahan sistem DIET ku.
  • Aku difitnah tahap kemuncak!
  • Itulah kali terakhir aku melihatnya.
  • Si kolot itu adalah aku.
  • Soalan yang memerlukan kemampatan jawapan.
  • Aku pernah jatuh cinta dengan seorang ustaz.
  • Dah besar.
  • Hipokrit
  • Kau dan dia.
  • Jangan buat hal la bongok!
  • Jadual untuk minum air.
  • Kalau dah suka kat seseorang.. Huhhh~
  • Aku nak mintak maaf kat mereka-mereka ni.
  • Tabiat gigit kuku.
  • Terlalu banyak tengok TV.
  • Kalau pukul 12, saya akan bertukar.
  • Kalau nak main FACEBOOK, tolong...........
Haaaa.. tak terkira aku rasa. Ni sebenarnya hanya separuh dari apa yang aku tulis. Aku just simpan tittle dan InsyaAllah kalau dah cukup segala maklumat, ditambahkan sedikit ilmu & pengajaran, aku akan tulis & post dalam blog ni. Nak diikutkan, aku nak keje menulis blog je. Tapi apakan daya, aku bukannya orang kaya yang tak payah bekerja. Huhh~

Aku harap aku dapat curi masa untuk cari bahan dan habiskan kesemua tajuk-tajuk ni. InsyaAllah.

PEMBERITAHUAN:
Aku tak suka tulis blog tanpa ada bahan-bahan yang boleh buat kita berfikir sejenak. Jadi, aku harap aku dapat bagi something yang buat korang rasa ada hikmahnya korang baca blog aku..Semoga korang terus menyokong aku. Wuwuwuwuwu~


Kebenaran Serta Hikmahnya

Wahhh.. bukan main serius je tittle tu kan??? Pasal apa la plak kali ni...


Ini kisah benar. Kisah yang berlaku pada aku tak lama dulu. Aku telah menipu dan telah memberitahu kebenaran yang sebenar. Biar aku cerita dari mula..


Dulu aku penah buat satu keje gila iaitu aku telah menyamar untuk menjadi seseorang yang berlainan jantina dengan aku. Maknanya, aku telah menyamar jadi lelaki. Tapi sesungguhnya aku menyamar itu adalah untuk mencari kepastian dan ingin menyiasat sesuatu demi kebaikan seseorang yang aku sayangi supaya aku tak menuduh secara melulu. Nak dipendekkan cerita, aku buat satu akaun (facebook) untuk tujuan nak mengenakan 3 org si mangkok ni! Memang aku nak ajar pompuan2 yang buat kawan baik aku merana. So, aku buka akaun dengan beri nama Ahmad Furqan (akaun ni dah didelete. Harap maklum. Korang carik sampai lobang cacing pon korang takkan jumpa). Napa Ahmad Furqan?? Nama ni aku cukup berkenan semenjak tgk movie 'ketika cinta bertasbih'.


Langkah pertama, bila dah buat akaun mesti kena ada rakan taulan, betul tak?? So, aku pon add je orang secara rawak. Add punya add punya add, baru aku perasan yang aku add tu semuanya lelaki. Yang stock hensem plak tuh??!!! Adoiyai.. lupa la. Aku kan Ahmad Furqan!!!


Bila kawan dah ramai, baru aku add budak 3 hekor ni.. Tapi dalam ramai-ramai yang aku add, ada sorang lelaki ni yang lain daripada yang lain. Dia halo aku. Aku layan je mcm biasa tapi lama-lama, aku dengan dia jadi kawan baik. Aku menyamar masa tu aku cakap umur aku dalam 32thn. Nampak la mature sket. Umur lelaki tu plak dalam 25 tahun. Dia la yang rajin chat ngan aku. Dia rajin tulis kat wall aku. Selalu tanya khabar. Selalu tunggu aku untuk chat ngan dia. Banyak gak la yang kitorg shared sama-sama segala cerita. Dia selalu cierita masalah dia & aku tolong la sikit2 bagi nasihat.


Terus-terang aku cakap, masa aku chat dengan dia, memang aku lupa siapa aku. Aku bukan Erfiza lagi tapi aku adalah Furqan!! Serius memang aku selesa borak dengan mamat ni. Takde rasa kekok langsung. Dia layan aku macam ABANG dia sendiri. Takde sorok langsung ar. Langgar je semua. Happy!!!


Tapi lama-kelamaan, baru aku sedar yang aku sedang permainkan dia. Walaupun bukan niat aku, aku tetap dah menipu dia. Bila aku tau aku buat silap, aku cuba larikan diri aku. Aku cuba larikan diri dari dia sebab kalau aku matikan akaun tu secepat mungkin, aku tak dapat apa yang aku nak buat (tujuan aku sebenar). So, aku kena bertahan. Dia penah minta no. hp aku supaya senang nak hubungi aku tapi aku mengelak. Aku tak jawab. Bila aku tak online, dia akan bagi private msg untuk suruh aku online sb dia ada benda nak diborakkan. Hati aku memang diserbu rasa bersalah yang amat sebab bagi aku, dia lelaki yang baik. Dia nakal, tapi dia jujur. Dia kasar tapi hati dia lembut macam dalam hati ada taman. Dia huha-huha tapi sebenarnya dia sangat sensitif. (Cuba korang bayangkan.. Aku mcm dah lama kenal dia kan sampai aku boleh tafsirkan diri dia.. haisshh) Aku hormat dia dan aku tak nak tipu orang yang baik. 


Jadi, aku telah mengambil keputusan untuk beritahu dia hal yang sebenar dan hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Dalam hati aku masa tu, aku berharap yang aku dapat beritahu hal yang sebenar sebab sebelum ni macam-macam halangan bila aku nk bagitau.Allah seperti tidak mahu mengizinkan aku untuk berkata benar pada dia. Ya Allah... Akhirnya..........


Hari kejadian........


A= aku                       B = kawan aku tu

A: Beb, aku ada sesuatu nak bagitau kau ni. Hal penting sangat!!

B: Apa dia?? Bunyi macam serius je. Bagitau aku cepat bro. Aku dah tak sabar ni!!

A: Bismillahirahmannirahim....... Urrmmm.... bai, sebenarnya aku............... perempuan!!!!!

B: Hahahahahaaa... apa yang kau merepek ni?? Kau pondan????

A: No. I'm serious!! Aku perempuan. Selama ni kau chat ngan aku dan aku perempuan!

B: Apa yang ko merepek ni?? Buktikan.

Aku bagitau dia segala bukti dan akhirnya dia mengalah dan menerimanya.

A : Maafkan aku Muhammad. Aku takda niat nak menipu atau memainkan perasaan kau. Aku takde niat nak babitkan kau dalam masalah aku tapi aku betol2 tak tau nak mengelak. Kau maafkan aku tak Muhammad?

B: Huhhh... Hurrmm.. Aku tak kisah sebab aku rasa kau denagn aku takde kaitan apa-apa, cuma aku rasa sangat terkilan sebab aku baru je nak merasa ada ABANG!! Tapi rupa-rupanya semua tu tak wujud.. (kalau dia depan mata aku, mesti aku dpt tgk dia hentak2 kaki, tekop muka dia, menjerit depan PC atau mencarut?!)

Hati aku masa tu, Allah je yang tau. Air mata ni laju menitik sebab aku rasa bangang bila aku pikir yg aku terlalu menghayati watak sampai dia dapat feel yang aku ni macam abg dia. Ohh God!! Nak diikutkan, time tu nak je aku pi dekat dia, cium tangan mintak ampun (tapi takkan nak buat mcm tu plak. Ingat filem melayu lama ke??) 

Bila dia dapat tau, aku rasa aku ngan dia ada sedikit gap. Rancak berborak tapi bila nak borak hal2 sensitif, dah jadi tak syok. Dulu lelaki dengan lelaki maa.. Apa nak malu, ye tak?? Tapi Alhamdulillah sebab hubungan kitorang masih macam dulu. Cuma kena control skit la... 

Setiap malam aku berdoa semoga Allah bukakan pintu hati dia untuk terima segala kebenarannya. Aku tau dia perlukan masa untuk terima semua tu tapi aku tak mampu nak mengubahnya.

Bagi aku, lega rasanya bila dia tau. 

Kebenaran itu menyakitkan tapi hikmahnya sangat besar buat kami. Aku sanggup ambil risiko yang aku bakal kehilangan dia atau dibenci atau dilabelkan sebagai penipu besar. Aku tak kisah. Tapi aku dah pasang niat yang aku tak nak tipu dia lagi. Dia budak baik. Yang seterusnya, biarlah Allah yang tentukan.

Buat Muhammad,

Aku nak mintak maaf kat kau. Aku tak tau macamana aku bleh tergerak hati nak ADD ko utk jadi frenlist aku. Dan tak tau aku add ko dari siapa. Aku tak tau!! Yg ku tau,aku banyak dosa dengan kau tapi aku nak betulkan keadaan. Maafkan aku kalau aku buat kau rasa meluat, benci & etc dengan aku. Kau ada hak. Aku redha. Janji aku tak tipu kau lagi. Itu nekad aku. Tapi, aku nak bagitau kau, kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada. Kau taukan macamana nak cari aku? Hope, aku jadi kawan kau selama mungkin supaya senang aku dengan family aku nanti kalau kitorang sakit. Kan kau dah janji nak bagi diskaun untuk medical charges?? kan kan kan???Jangan kau koyakkan contract yang kau sign utk jadi doctor peribadi family aku k... Huwaaaa.. maafkan aku!!!


Moral of da story:::


Kalau dah menipu, cepat-cepat bagitau kebenarannya. Jangan jadi macam aku. Aku jahat. Korang jangan tiru aku.

Monday, September 20, 2010

Okay.. dah!

Huhhhhhh........ (Mengeluh panjang)

Sudah-sudah la tu. Aku dah muak tengok ko buat macam tu. Asik buat benda yang sama. Cukup. Sudah-sudah yea. Bkn apa.......

Aku cuma kesian tengok ko. Asik buat benda yang sama tapi tak ada sapa pon yang pedulik. Macam ko di alam ko sendiri je. Serius!! Aku sangat kesian kat ko.

Macam ni la buddy! Biar aku terus terang yea. Janji kau jangan kecik hati tau!!

Dulu kau okay je. Tapi bila sesuatu situasi baru yang ko kena tempuh, ko dah berubah beb. Totally changed!!! Mula-mula aku tak kisah sebab.. Yela.. Maybe ko nak kena sesuaikan situasi baru kau yang boleh dikatakan ko macam kena 'kejutan budaya'. Aku maafkan. Tapi dari sehari ke sehari, ko makin lama makin melampau plak. Ko makin tak bleh dikontrol pulak. Haiishhh~

Aku??
Aku mula2 okay kemudian rasa muak and now aku rasa sangat meluat & u look.. huweekksss! (haaa.. mcm tu la perasaan aku sekarang!)


Sikit-sikit sudah. Tak kemana pon. Bila ko buat mcm ni, takde sapa pon yang pedulik & takde sapa pon nak tau pasal ko nanti. Ko ni.. buat spoiled mood orang jela. Common la buddy. Cukup-cukup la tu. Jangan mula-mula ko beriya, esok2 ko plak yang muak. Aku tak bleh nak tolong dah time tu.. Mintak maaf!!

Nasihat aku ni tolong la dengar. Bukan aku nak jatuhkan ko ke, nak jeles ngan ko ke, nak kasi hentam sama ko ke.. not at all. Aku bukan along, tapi mau tolong. Ko kena paham tu..

Sudahhhhh... Cukup-cukup la tu yea! Ingat la beb. Kita ni pompuan. Kena rileks. Jangan over sangat. Klo tak, ko akan menyesal seumur hidup!!  Time tu aku cuma bleh tolong ketawa kecil-kecilan je kat blakang ko klo ko rasa diri ko ni hebat sangat waktu skrg!! Beware beb!

(Post kali ni KHAS untuk kawan aku yang suka perasan, suka syok sendiri, suka berlagak bagus & rasa diri dia menang dan berjaya sekarang!!! Sapakah gerangannya??? Hurrmmm~)

Aku berani buat post ni sb aku confirm dia takkan baca punya.. muahahahaha~ 

==Tahniah buat aku==

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...