Tuesday, September 21, 2010

Kebenaran Serta Hikmahnya

Wahhh.. bukan main serius je tittle tu kan??? Pasal apa la plak kali ni...


Ini kisah benar. Kisah yang berlaku pada aku tak lama dulu. Aku telah menipu dan telah memberitahu kebenaran yang sebenar. Biar aku cerita dari mula..


Dulu aku penah buat satu keje gila iaitu aku telah menyamar untuk menjadi seseorang yang berlainan jantina dengan aku. Maknanya, aku telah menyamar jadi lelaki. Tapi sesungguhnya aku menyamar itu adalah untuk mencari kepastian dan ingin menyiasat sesuatu demi kebaikan seseorang yang aku sayangi supaya aku tak menuduh secara melulu. Nak dipendekkan cerita, aku buat satu akaun (facebook) untuk tujuan nak mengenakan 3 org si mangkok ni! Memang aku nak ajar pompuan2 yang buat kawan baik aku merana. So, aku buka akaun dengan beri nama Ahmad Furqan (akaun ni dah didelete. Harap maklum. Korang carik sampai lobang cacing pon korang takkan jumpa). Napa Ahmad Furqan?? Nama ni aku cukup berkenan semenjak tgk movie 'ketika cinta bertasbih'.


Langkah pertama, bila dah buat akaun mesti kena ada rakan taulan, betul tak?? So, aku pon add je orang secara rawak. Add punya add punya add, baru aku perasan yang aku add tu semuanya lelaki. Yang stock hensem plak tuh??!!! Adoiyai.. lupa la. Aku kan Ahmad Furqan!!!


Bila kawan dah ramai, baru aku add budak 3 hekor ni.. Tapi dalam ramai-ramai yang aku add, ada sorang lelaki ni yang lain daripada yang lain. Dia halo aku. Aku layan je mcm biasa tapi lama-lama, aku dengan dia jadi kawan baik. Aku menyamar masa tu aku cakap umur aku dalam 32thn. Nampak la mature sket. Umur lelaki tu plak dalam 25 tahun. Dia la yang rajin chat ngan aku. Dia rajin tulis kat wall aku. Selalu tanya khabar. Selalu tunggu aku untuk chat ngan dia. Banyak gak la yang kitorg shared sama-sama segala cerita. Dia selalu cierita masalah dia & aku tolong la sikit2 bagi nasihat.


Terus-terang aku cakap, masa aku chat dengan dia, memang aku lupa siapa aku. Aku bukan Erfiza lagi tapi aku adalah Furqan!! Serius memang aku selesa borak dengan mamat ni. Takde rasa kekok langsung. Dia layan aku macam ABANG dia sendiri. Takde sorok langsung ar. Langgar je semua. Happy!!!


Tapi lama-kelamaan, baru aku sedar yang aku sedang permainkan dia. Walaupun bukan niat aku, aku tetap dah menipu dia. Bila aku tau aku buat silap, aku cuba larikan diri aku. Aku cuba larikan diri dari dia sebab kalau aku matikan akaun tu secepat mungkin, aku tak dapat apa yang aku nak buat (tujuan aku sebenar). So, aku kena bertahan. Dia penah minta no. hp aku supaya senang nak hubungi aku tapi aku mengelak. Aku tak jawab. Bila aku tak online, dia akan bagi private msg untuk suruh aku online sb dia ada benda nak diborakkan. Hati aku memang diserbu rasa bersalah yang amat sebab bagi aku, dia lelaki yang baik. Dia nakal, tapi dia jujur. Dia kasar tapi hati dia lembut macam dalam hati ada taman. Dia huha-huha tapi sebenarnya dia sangat sensitif. (Cuba korang bayangkan.. Aku mcm dah lama kenal dia kan sampai aku boleh tafsirkan diri dia.. haisshh) Aku hormat dia dan aku tak nak tipu orang yang baik. 


Jadi, aku telah mengambil keputusan untuk beritahu dia hal yang sebenar dan hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Dalam hati aku masa tu, aku berharap yang aku dapat beritahu hal yang sebenar sebab sebelum ni macam-macam halangan bila aku nk bagitau.Allah seperti tidak mahu mengizinkan aku untuk berkata benar pada dia. Ya Allah... Akhirnya..........


Hari kejadian........


A= aku                       B = kawan aku tu

A: Beb, aku ada sesuatu nak bagitau kau ni. Hal penting sangat!!

B: Apa dia?? Bunyi macam serius je. Bagitau aku cepat bro. Aku dah tak sabar ni!!

A: Bismillahirahmannirahim....... Urrmmm.... bai, sebenarnya aku............... perempuan!!!!!

B: Hahahahahaaa... apa yang kau merepek ni?? Kau pondan????

A: No. I'm serious!! Aku perempuan. Selama ni kau chat ngan aku dan aku perempuan!

B: Apa yang ko merepek ni?? Buktikan.

Aku bagitau dia segala bukti dan akhirnya dia mengalah dan menerimanya.

A : Maafkan aku Muhammad. Aku takda niat nak menipu atau memainkan perasaan kau. Aku takde niat nak babitkan kau dalam masalah aku tapi aku betol2 tak tau nak mengelak. Kau maafkan aku tak Muhammad?

B: Huhhh... Hurrmm.. Aku tak kisah sebab aku rasa kau denagn aku takde kaitan apa-apa, cuma aku rasa sangat terkilan sebab aku baru je nak merasa ada ABANG!! Tapi rupa-rupanya semua tu tak wujud.. (kalau dia depan mata aku, mesti aku dpt tgk dia hentak2 kaki, tekop muka dia, menjerit depan PC atau mencarut?!)

Hati aku masa tu, Allah je yang tau. Air mata ni laju menitik sebab aku rasa bangang bila aku pikir yg aku terlalu menghayati watak sampai dia dapat feel yang aku ni macam abg dia. Ohh God!! Nak diikutkan, time tu nak je aku pi dekat dia, cium tangan mintak ampun (tapi takkan nak buat mcm tu plak. Ingat filem melayu lama ke??) 

Bila dia dapat tau, aku rasa aku ngan dia ada sedikit gap. Rancak berborak tapi bila nak borak hal2 sensitif, dah jadi tak syok. Dulu lelaki dengan lelaki maa.. Apa nak malu, ye tak?? Tapi Alhamdulillah sebab hubungan kitorang masih macam dulu. Cuma kena control skit la... 

Setiap malam aku berdoa semoga Allah bukakan pintu hati dia untuk terima segala kebenarannya. Aku tau dia perlukan masa untuk terima semua tu tapi aku tak mampu nak mengubahnya.

Bagi aku, lega rasanya bila dia tau. 

Kebenaran itu menyakitkan tapi hikmahnya sangat besar buat kami. Aku sanggup ambil risiko yang aku bakal kehilangan dia atau dibenci atau dilabelkan sebagai penipu besar. Aku tak kisah. Tapi aku dah pasang niat yang aku tak nak tipu dia lagi. Dia budak baik. Yang seterusnya, biarlah Allah yang tentukan.

Buat Muhammad,

Aku nak mintak maaf kat kau. Aku tak tau macamana aku bleh tergerak hati nak ADD ko utk jadi frenlist aku. Dan tak tau aku add ko dari siapa. Aku tak tau!! Yg ku tau,aku banyak dosa dengan kau tapi aku nak betulkan keadaan. Maafkan aku kalau aku buat kau rasa meluat, benci & etc dengan aku. Kau ada hak. Aku redha. Janji aku tak tipu kau lagi. Itu nekad aku. Tapi, aku nak bagitau kau, kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada. Kau taukan macamana nak cari aku? Hope, aku jadi kawan kau selama mungkin supaya senang aku dengan family aku nanti kalau kitorang sakit. Kan kau dah janji nak bagi diskaun untuk medical charges?? kan kan kan???Jangan kau koyakkan contract yang kau sign utk jadi doctor peribadi family aku k... Huwaaaa.. maafkan aku!!!


Moral of da story:::


Kalau dah menipu, cepat-cepat bagitau kebenarannya. Jangan jadi macam aku. Aku jahat. Korang jangan tiru aku.

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...