Monday, September 27, 2010

Makcik Ni Harus Dijauhi

Tak baik aku ni kan?? Dengan makcik pon nak touching2. Orang tua. Biarkan jela. Tapi...
Ehhhhhh.. Mana boleh??! Dia ni makcik yang luar biasa. Nak tau kenapa?? Meh sini. Let me tell you something apa yang boleh bikin orang lain naik hangin.
Dia ni makcik. Umur dalam lingkungan 53 year old++ (siap plus2!! Penting!!). Bila dah berumur ni, buat la cara dah berumur, betul tak?? Ni tak. Aku dan member2 lain tak dibenarkan memanggilnya 'MAKCIK Mah' atau singkatannya 'CIK Mah'. Dia nak kitorang panggil dia KAKAK!!!! Ok la.. Aku takde hal. Still lagi boleh layan..
Yang aku tak bleh blah, mulut dia tu!!! Orang klo dah tua, buat2 la bertaubat. Sedangkan umur muda macam aku ni pon tak bleh nak big mouth sangat. Ajal kita, kita tak tahu. So, nak dipendekkan cerita, dia ni klo nak sound orang tak berlapik. Siap dengan mata2 dia skali bergerak bila bercakap. Bukan mata je. Tangan2 dia skali dok gerak ala2 mami jarum!! 
Aritu, aku dengan member aku (kurus) ni pegi la beli makanan kat cafe memandangkan kitorang betul2 lapar sebab tak breakfast. So, bila dah tapau, kitorg pon duduk la kat tempat kitorg (nak makan kat meja sendiri. Malas nak makan kat pantry.). Aku ni kan budak gemok. So, dah memang lumrah budak gemok bila berjalan siap bawak bekas makanan, mesti orang akan sound punya (rasa hina).. Nak tau dia sound apa??


Makcik: Wahhh.. you all. Lunch tak mis yea?? Mesti makan. Dasyat!
Aku: (Buat bodoh sambil tarik kerusi dan duduk)
Member: A'ah la kak. Saya kena makan. Kalau tak nanti susah la nak buat keje kalau lapar.
Makcik: Alaaa.. You tak apa la sebab you kurus. You makan banyak mana pon still kurus. Yg I maksudkan budak2 anak dara nih. Makan je. Tengok? Badan pon dah takde figure. Figure semua lari. Belum kawin lagi dah mcm ni. 
Aku: (Buat bodoh dan buat2 tak dengar. Macam takde apa2 yang berlaku dan terus makan!)
Member: (Akak ni dengan muka bersalah & terus cover line) Ehhh.. akak tak makan ke kak??
Makcik: Nopp!! I kenyang lagi la walaupon I makan pagi tadi. 


Kau ingat kitorg tak tau kau makan apa???? Dah dok melantak macam2 kat bilik dia memang la kenyang!! (Dia merupakan wanita tua yang gemok tapi perasan kurus or terasa badan susut dengan banyak sebanyak 35kg?? Oppsss..)
Dia tak suka bahasakan diri dia 'kakak' or 'saya' sebab dia rasa macam orang kampung (maybe).


Aku: Akak tak balik kampung ke raya ni??
Makcik: Ohhhh.. I takde kampung.. (bahasakan diri dia 'I' supaya nampak skit 'ongputeh'.


Bullshitt!! Jauhi dia dari aku!!
Lagi satu, dia ni agak kurang berminat untuk berjilbab ni. Bukan anti tapi kurang minat jilbab yang jenis tutup leher. Hmmm... Akak aku kan jual shawl kan??? So, aku bawalah file yg ada gambar2 tudung & shawl memandangkan kat opis aku tu tak semua ada FB or internet. Then, bila aku bagi dia tengok gambar2 shawl tu, dia dok sound....


Makcik: I tak boleh la pakai yang dok lilit2 macam ni. Panas!! (Dia suka pakai shawl yg ala2 siti nurhaliza, yg boleh nampak rambut)
Aku:   ب_ب


Mintak maaf.. Saya tak sudi nak jadi menantu makcik sebab saya bukan pendakwah yang baik. Maafkan saya! (Aku berlalu dengan lemah longlai sambil memegang file tudung tersebut sehingga tanpa aku sedari helaian kertas terkeluar daripada file lalu bertaburan di hamparan).  Vaaahh Vahhh Vahhh... 

2 comments:

Karen Yaacob said...

sabar je la weh. as long as ko confident dgn diri ko, insyaallah everything will be ok. pedulik la org2 cmni. tho aku senasib dgn ko, kategori big size (aku lg big dr ko kot kn), bile makcik2/sedara mare bunyi "awt hang ni besaq sgt.." jwpn aku "SENANG HATI.." wlaupn sbnrnye MAKAN HATI dgn perangai2 org mcm ni.

yg penting, IGNORE JE! bkn diorg yg SARA hidup kita. ;)

chill k.

indah andika said...

tula karen.
sakit hati aku dowh.
kat sini badan gemok mmg kena tahan skit telinga. nak plak anak dara. bangang tul!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...