Monday, October 18, 2010

Bagaikan puteri

Kisah 16 October 2010.


Hohoooo.. Hari paling sibuk buat aku dengan 'member makan' paling baik buat aku. Satu hari keluar bersama untuk jalan2 cari makan. Ni taktik baru lor. Taktik baru nak happykan diri. Pandai betul.. ٩(-̮̮̃-̃)۶


Hari ni hari percuma buat aku. Semuanya free.. Just bawa perut, badan &  selera. Shopping juga free wehhh.. Fuuhhhh.. Bagaikan puteri gue satu hari ini.. Happy Happy Happyyyyy.. 
 ٩(-̮̮̃•̃)۶ 


Seharian di Mid Valley... Ni menu tarikan::


Sebelum melantak.

'Banana split'.. Share saja sudah. Mencekik harus berpada-pada. Jangan sampai put of weight sudah!!!

Selesai sudah!!

Bila share, cepat la habisnya. Licin sehingga ketitisan terakhir!!!! Hebat!!! Esok2 aku tak nak share lagi. Tak cukup! Muahahaha~

Lepas makan, baru syok nak shopping. Apakan daya.. Nak shopping tapi takde duit tengah2 bulan ni, lebih baik aku 'shopping tingkap' je ar. Tu pun dah buat aku happy sebab cuci my mata maaaa... Tengah syok2 cuci mata, tetiba hamba Allah yg teman aku ni bersuara. Dia offer aku untuk beli baju...

HN: Tengok je?? Tak nak beli ke?
SEE: Hehehehe.. (dengan nada kerang busuk).. Mana ada duit yang BANYAK tengah2 bulan ni. Duit tinggal untuk isi minyak kereta & isi perot untuk jangka masa seminggu. Ngeee~
HN: Hmm.. Abg pilihkan baju untuk kau nak? 
SEE: Eh, tak nak la org. Buat apa? Nak suruh org isi tong minyak kereta guna air kencing 'kasper' ke? (kasper tu nama kucing aku)
HN: Abg yang pilih, abg la yang bayar ngok!! (siap nak ketawa sambil cakap, "tak nak cakap terima kasih kat abg ke sebab abg panggil ko 'ngok'??" Hahahahaha.. [gelak setan!!])
SEE: Ehhh.. takpe2. Tak payah susah2. Simpan duit tu. (dalam hati aku--> aku dah rasa macam nak tenyeh je mulot orang tua ni dengan kasut crocs aku yg gedabak ni! Terima kasih la panggil aku ngok!!) Tak payah yea. :)
HN: Apa yang susahnya? Family semua dah settle. Ada lebih skit, sedekah kat ko skit ok apa. Bukan tiap2 minggu. Sekali sekala cuba jadi materialistik skit fifi oi. Meh sini abg ajar ko jadi pisau cukur.
SEE: (Dalam hati aku--> Gila nak mampos orang tua ni. Tak payah nak ajar aku jadi pisau cukur. Aku tengah menahan ni. Kang aku bertukar watak kang, botak kau aku kejekan. Hahahahaha...) Ehh tak payah la orang kata. Nak org speak in Nepal language?? Jap! Nak call 'Tek Bahadur Rai' (Tek tu merupakan kawan baik aku masa aku keje kilang dulu. Aku kan kuli je.. Korang tolong la percaya yang aku ni kuli.. pleasseeeee)
HN: Diam la!! Ikut je apa abg ckp! Apa abg pilih, amik je.
SEE: Hek elehhh lu brader. Kerek ngan gua la. Hahhhh.. pilih yg mahal!!!! Tak cantik, siap!! Tak mau nampak gemuk haaaaaaa...
HN: Tau la!

2 jam kemudian (kaki aku dah mula lengoh nak angkut berat badan yang naik secara mendadak ni. Tension!!)

Baju mak ngah yang merah.

Haaaa.. yang ni baju pertama yang menjadi pilihan pak cik saya. Quite sexy but dia suruh pakai cardigan. Pak cik saya tak kasi saya pakai inner sebab nanti nampak susuk lengan. Hmmm.. tengok la mood aku. Klo malas, aku pakai inner je. Blluurrr~

Ala-ala cardigan

Ni bukan cardigan tapi baju jenis main sarung je. Pak cik saya bilang, 2-2 baju ni boleh bawa pi office & the same time boleh pi meronggeng dengan gaya comel & elegant. Otak aku dok memikir ni. Pandai pulak orang tua ni pasal pilih2 baju. Not bad gak weh. Hmmm... Ni mesti dah biasa pilihkan pompuan ni.. Dah terserlah gaya 'players'..

HN: Amacam? Suka?
SEE: Suka la gak. (saja jawab camni supaya tak nampak macam mengelinjat sangat suka. haahaa). Terror nampak pilih baju pompuan??!
HN: Alaaa... abg dah biasa pilihkan baju untuk ibu abg. Hahahahahahahahaaaaa...
SEE: (Dalam hati aku--> Cinabeng!!! Ingat aku ni mak kau ke???) Aku tak bersuara cuma..... Berdepek tersinggahnya satu tamparan kat belakang. Confirm ada tinggal kesan tapak tangan! Maaflah. Tangan saya sangat pantas!! Tula salah satu kehebatan saya! ^_^

Merayau lagi dan merayau... 

Lokasi kedua adalah Danau Kota.. Menu tarikan utama:::

Selesai.. Bruurrpppp~

Char kuey tiew dan otak-otak. Punah kot formula diet aku.. Mintak maaf Dr. Que. Aku nggak bisa tahan. Lapar bangat!!! Wuwuwuwuwuwuuuu....

Huhhhhhhh??? Cepatnya masa!

Oooooiiiiii.... Lepaking sampai kul bape tu??? Dah pagi okeh! Tak reti nak balik???? Bye~


Terima kasih buat 'bapak gula secara tak rasmi' aku yang paling terhebat!!! Nampak gayanya memang aku tak boleh lepak lama dengan lu ar brader sebab boleh bikin gua makin debab sebab makan dan bikin lu botak sebab 'pisau cukur' kot. Hhahaha...
Hohohoooo.. Kamu bakal glamour loh!


Haaaaaa... sebagai hadiah, aku buat new entry untuk hari ini khas buat kamu wahai Harith Nadhir.. macam ni baru namanya kawan. Tau je nak sedapkan hati aku.. Makannnnnnnnn~

IKLAN:::: 
Nama mamat ni Harith Nadhir Hussien. Rugi loh sapa yang tak cuba tambat hati dia. Bujang trang tang tang... Cepat-cepat. Sekarang susah nak dapat lelaki yang ada duit nak belanja apa2 time2 tengah bulan tau. Dia memang tengah cari calon isteri.. Hahahahaha.... 

4 comments:

mama wanie said...

Mama nyer frenlist dah terdelete... dalam proses mengumpul semula kawan2...huhu...harap kengkawan boleh listkan blog mama sekali lagi...sob..sob..sob.

KERANA CINTA AKU BAHAGIA
http://mamawanie79.blogspot.com

miza said...

klu dia bujang and baik, why not ko je sambar dia? hihihi

Eirfy Oth said...

baik mama!

Eirfy Oth said...

miza, aku tak bleh bercinta ngan brader ni la. huhu

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...