Thursday, October 14, 2010

Bebaskannya

Otak aku penat.
Mental aku letih.
Jiwa aku gundah.
Hati aku tidak tenang.
Tiada kaitan dengan sesiapa.
Cuma bersangkut-paut dengan jiwa manusia.

Aku mahu bebaskan perasaan yang tidak enak ini seperti dapat membebaskan jiwa dan mengarahkannya ke langit. Aduhhh... Bebas sekali walaupun hanya melalui pandangan.

Aku mahu membebaskan kesesakan jiwa yang penuh dengan tahi keresahan ini seperti menebarkan sehelai selendang sutera dan menyambutnya kembali dengan penuh keriangan tanpa mengingatkan apa yang pernah terjadi.

 Hebatnya jika dapat melompat dan terus melompat dan bergembira seperti tidak pernah berlaku apa-apa yang boleh mendatangkan beban hati.

Sambutlah segala ucapankanku Ya Allah dan berilah bantuan kepadaku. Aku hampir berputus asa. Sambutlah tanganku Ya Rabb dan kurniakanlah aku akal yang panjang untuk aku berfikir dan memberi penyelesaian yang rasional. Istajib doa ana Ya Allah kerna aku semakin lemah untuk menunggu hikmah-Mu.. Di manakah keistimewaan yang bakal Kau kurniakan kepadaku? Tidak sabar aku ingin melihatnya Ya Rahman Ya Rahim.

Fikiran aku makin jauh meleret. Makin banyak perkara yang harus aku bebaskan. Dan yang terkini, berilah kekuatan kepadaku untuk aku membebaskan apa yang bukan milik aku. Semoga didatangi sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah pergi. Amin Ya Rabbil Alamin..

Kurniakan kepadaku apa yang sepatutnya Ya Allah. Aku mohon!!

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...