Saturday, October 30, 2010

Ibu Tak Ajar Semua Tu Wahai Anak!

Suasana malam yang suram........

Ibu : Ibu tak penah ajar anak ibu bermusuh sesama manusia.
Anak : Tapi mereka yang buat saya mencipta perasaan ingin bermusuh, ibu!!

Ibu : Ibu ajar anak ibu untuk berkawan.
Anak : Maafkan saya. Saya tak berminat nak berkawan dengan kawan macam mereka.

Ibu : Ibu tak ajar anak ibu berdendam sesama manusia.
Anak : Tapi perangai pelik mereka-mereka tu buat saya berdendam, ibu!!

Ibu : Ibu ajar anak ibu supaya mengalah wahai anakku.
Anak : Maafkan saya ibu. Saya tak mampu nak mengalah sebab dendam saya dah sampai ke tahap maksimum.

Ibu : Ibu tak ajar anak ibu marah-marah orang.
Anak : Sikap ketidakpuasan hati mereka yang buat saya marah!!

Ibu : Ibu ajar anak ibu untuk bersikap sabar.
Anak : Maafkan saya ibu sebab saya dah tak mampu untuk bersabar dengan mereka-mereka yang agak kurang ajar sesama manusia.

Ibu : Anak, kamu diam sebentar!
Anak : (Berkedip mata dan menunggu segala tindakan ibunya)

Ibu : Anak, ibu mengajarmu dengan agama, moral & tatasusila yang cukup. Mungkin tidak cukup untuk kamu mengharungi dunia ini dengan sempurna. Tapi ia cukup untuk menghindari kamu dari anasir2 yang tidak baik yang berpunca dari hati. Dengar sini wahai anakku! Biarkan apa saja yang orang nak lakukan pada kita.

Anak : Apa maksud ibu?? Takkan ibu mahu melihat anakmu dipijak2 oleh 'mereka-mereka' dan diperbodoh sesuka hati mereka?? Takkan ibu nak biarkan anakmu kalah dalam perjuangannya? Takkan ibu mahu melihat anak ibu dipandang senteng oleh 'mereka-mereka' tu?? Ibu tak tau apa sebenar yang berlaku pada anak ibu. Ibu tak kenal mereka. Ibu tak tau semua tu. Ibu tak tau semuanya!

Ibu : Tidak anakku. Bukan begitu. Ibu tak kenal mereka. Itu ibu tau. Ibu tak tau apa yang telah mereka lakukan sampai anak ibu jadi macam ni. Itu ibu tau. Huhhh.. Wahai anakku, walaupun ibu tak kenal mereka, tapi ibu kenal anak ibu. Walaupun ibu tak tau apa yang mereka telah lakukan pada anak ibu, tapi ibu tau apa yang terjadi pada anak ibu. Semua ibu punya naluri, sayang. Ibu nampak riak wajahmu marah. Ibu nampak riak wajahmu sugul. Ibu nampak riak wajahmu kecewa. Ibu nampak air mata anak ibu mengalir perlahan dan deras. Ibu nampak sayang. Jangan tipu ibu!

Anak : I'm ok mom! Tapi mereka...

Ibu : Anak ibu, dengar sini. Biar mereka lakukan apa sahaja padamu wahai anakku. Biar mereka buat apa sahaja yang mereka suka sampai mereka benar-benar puas. Kamu hanya perlu diam. Diam tidak bererti kalah, sayang. Diam itu lebih baik dan banyak hikmahnya. Bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Jika kamu lawan, hati kamu sakit dan hati mereka turut sakit. Cukup la hanya sekadar mereka yang merasa. Jangan kita bersusah payah ingin merasakannya pula. Mereka fikir kamu tidak puas hati dengan kehidupan mereka. Biarkan. 

Berhenti dan makan epal hijau sebentar............

Ibu : Anak, ibu nasihatkan jangan sesekali kamu kacau hidup orang lain. Jika kamu tidak kacau tetapi 'mereka-mereka' ini merasakan kamu kacau, biar kita sama-sama fikirkan sendiri. Sebenarnya siapa yang tak puas hati dengan siapa? Siapa yang takut dengan bayang-bayang sendiri sebenarnya?? Biarkan mereka. Biarkan mereka wahai anakku. Biarkan mereka. Percayalah cakap ibu. 

Anak : Baiklah ibu. Saya akan ikut cakap ibu. Saya akan bersabar. Saya takkan berdendam. Saya tidak akan marah pada mereka. Saya akan tetap sayang pada mereka. Saya perlu menjadi orang yang bijak dan bukannya menjadi orang pelik. Saya akan terus berkawan dan saya takkan kacau hidup orang lain walaupun sememangnya saya tidak pernah kacau. InsyaAllah saya akan kuat.

Nota kehidupan:
Terima kasih ibu. Terima kasih kerana sudi memimpin anakmu tatkala dia rebah layu.. 


No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...