Saturday, December 6, 2008

Hubunganku dengan Yang Maha Esa

Tertutup mataku dari semua pandanganku…. Apa yang aku pikirkan?? Yaaa… Aku adalah hamba Allah yang tidak setia pada janjinya. Pada ‘alam roh’ sebelum aku menjadi janin yang setia bergantung dikantungan rahim ibuku, aku telah berjanji dengan ‘PENGUASA ALAM’ bahawa aku akan mengikut dan mentaatinya sehingga hari kiamat. Tapi, adakah aku mengotakan janji aku?? Tahun 2008 semakin laju berlari meninggalkan aku. Tapi aku?? Masih lagi berada di alam remaja yang leka, yang masih tidak tahu di manakah noktahnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan diri sendiri ataupon mengenakan sesiapa, tapi aku ingin anda membaca, melihat, mendengar dan sama2 berfikir adakah kita ini cukup sempurna, cukup taat, cukup baik, cukup setia dan cukup mulia di mata Allah? Kawan-kawan, aku ingin membuat pengakuan. Aku mengaku yang selama ini aku tidak menjaga hubungan aku dengan Allah Yang Maha Esa. Aku mengabaikan tanggungjawab aku yang telah diamanahkan kepada aku. Aku mengingkari setiap janji2 aku pada-Nya. Islam itu indah dan mudah. Allah telah menghadiahkan ‘SOLAT 5 WAKTU’. Dalam solat 5 waktu itu punya 5 nama yakni waktu yang blainan iaitu ‘SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK’. Aku penah baca satu artikel bahawa solat itu adalah makanan. Pasti anda tertanya-tnya kan??? Yaaa… subuh. Subuh umpama sarapan kita. Tapi pada waktu subuh aku liat nak bangun. Aku tak tipu. Aku selalu kunci jam pukul 6am. Tapi aku kunci jam dikepala aku pukul 7am. Bukankah aku begitu jahat dengan sengaja utk tidak sembahyang? Aku sungguh kejam!! Waktu zohor. Zohor adalah waktu yang jarang aku tinggalkan. Tapi hanya waktu bekerja. Bila waktu cuti, aku alpa. “ Dah masuk waktu zohor ni. Relax ar. Baru pukul 2.00pm. Kul 3.00pm la baru solat… Eh, dah pukul 4.00pm. Mana sempat lagi nak solat zohor??” haahh… itu mudah berlaku. Pura2 terlupa!! Kau sungguh kejam wahai Erfiza!! Sekarang tiba pula waktu Asar. Memang selalu aku biarkan waktu ini berlalu tanpa ada perasaan takut mahupun bimbang. Seolah2 tiada apa yang ingin dilakukan waktu itu. Aku pulang dari kerja pukul 6.00pm. Sampai rumah dah nak dekat pukul 7.00pm. Selamat tinggal waktu Asar. Sekali lagi aku begitu kejam!! Selepas asar, waktu maghrib mula menginsing. Siaran televisyen mula mengambil alih untuk melekakan aku. Bleh plak time2 maghrib, citer best2 disiarkan di tv. Oppss…. Dah pukul 8.00pm. Aku dengan kelam-kabut mandi. Wow.. lajunya sembahyang.. Nak kejar masa la katakan. Adakah solat aku diterima oleh Allah? Kejamnya aku kerana tidak kusyuk ketika solat. Solat yang paling akhir adalah Isyak. Aku selalu solat secara pakej. Maksudnya, selepas solat Maghrib aku terus duduk di atas sejadah dan menunggu waktu solat Isyak. Aku solat dengan tenang tapi fikiran aku ntah kemana.. Adakah Allah mendengar setiap bacaanku? Rupa-rupanya aku tidak makan?? Bagaimanakah jika kita tidak mkn dengan begitu lama? Pasti kondisi badan kita tidak baik dan kita mudah sakit. Kekejaman demi kekejaman yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri. Ya Allah.. berdosanya aku. Mengapa aku melakukan segala dosa itu sedangkan aku tahu bahawa solat itu adalah hadiah dari-Mu utkku? Solat itu dikatakan hadiah kerana orang yang menjaga solatnya akan dilindungi oleh Allah. Setiap pekerjaan yang dilakukannya akan menjadi mudah. Bukankah itu satu hadiah?? Dengan solat, hatinya akan menjadi bersih. Bukankah itu dinamakan hadiah kerana bila hati bersih, kita terhindar dari segala kemungkaran. Dengan solat, kita akan bersujud. Anda tahukah bahawa otak kita ada satu saluran darah yang susah utk dialirkan darah ke saluran itu. Bagaimanakah hendak mengalirkan darah ke saluran darah yang ada di otak kita? Dengan bersujud. Itulah hadiah Allah. Bagi mereka yang solat, yang bersujud akan terpeliharalah salah satu organ penting di badan kita yang kita tidak menyedarinya. Bagi orang yang berdiet, solat adalah senaman yang paling sempurna dan paling baik bpuluh2 kali berbanding senaman ‘yoga’. Mengapa kita harus buang duit utk pergi kelas yoga?? Membazir..!! Hadiah dari Allah dengan membantu kita utk berjimat. Ya Allah.. Ampunkan aku kerana aku tidak menggunakan hadiah kurniaan-Mu sebaik mungkin. Bila satu hari tak borak dan mendengar suara orang yang aku cinta, aku sunyi. Hati aku kosong. Aku resah. Mood aku pun bleh hilang. Tapi mengapa aku tak merasakan sesuatu bila aku tak solat? Adakah cinta aku pada ‘manusia’ lebih mendalam dari mencintai ‘Pencipta manusia’?? Nauzubillah… aku berdosa. Aku hanya mengingati-Nya ketika aku susah. Berdosanya aku! Aku berdosa. Aku benar2 hina. Bila aku duduk merenung dan fikirkan segala dosa2 aku, baru aku sedar dan perasan. Jika aku menjaga hubungan aku sama Allah dengan baik, pasti hubungan aku dengan manusia jugak pasti “tip-top”. “Ya Allah, sudikah Kau membantuku?? Aku ingin menjadi hamba-Mu yang paling baik, paling taat, paling mulia. Aku menginginkan perlindungan-Mu dari segala sifat malasku utk beribadat dan menghubungi Kau, Ya Allah. Peliharalah kasih sayangku Ya Allah. Aku harap, aku mampu utk menjaga dan menggunakan hadiah yang Kau berikan pada aku ya?? Aku harap aku tetap setia dengan Kau wahai Allah ku sayang. I love youuuu…. Aku adalah milik Kau secara mutlak”. –THE END—
(Luahan hatiku: AKU TAK LAYAK UTK KE SYURGA-MU TAPI TAK PULA AKU INGIN UTK KE NERAKAMU. NAUZUBILLAH.. renung-renungkan dan amal-amalkan!!)

No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...