Thursday, August 21, 2014

Travelista Project : 'Backpacker' menuju ke Jepun

RM5 x 30 hari = RM150

RM150 x 12 bulan = RM1800

RM1800 x 3 tahun = RM5400.

Cukup untuk Travelista Project!!!

-----------------------------------------------------------------------

Korang penah tak buat bajet macam ni?? Memang bukan senang nak buat tapi bleh je kalau nak cuba. Kalau duit korang dah cukup, mana destinasi yang korang nak pegi?? 

Kalau ikutkan bajet macam yang kat atas tu, memang cukup kalau nak pegi JEPUN. Terlebih dari cukup. Kira duit tu siap boleh membeli-belah. Tapi tak bermakna belanja sakan. Bajet-bajet jugak. Hati-hati berbelanja!!

Cukup duit je, bleh la try usha-usha mana2 agensi pelancongan yang menawarkan pakej² yang affordable dan sesuai dengan bajet korang. Lagi senang. Semua dorang akan arrange. Makan, tempat tidur semua lengkap!

Bagi yang nak ke Jepun secara 'backpacker', aku boleh bagi beberapa suggestion tempat-tempat best yang korang boleh follow untuk percutian selama 6 hari 5 malam. 

Sebelum booking ticket, sila tengok calendar. Kena survey 'musim' apa yang kita nak pergi. Summer kita ke tepikan sebab kat Malaysia setiap hari summer. :D

Kat Malaysia takde salji. So, ramai yang nak try main salji kan? So, aku suggest bulan Februari paling sesuai. Dlm bulan Februari tu ada satu upacara atau festival. Festival 'Yuki Matsuri'. Kalau kena dengan date kita, dapat la tengok. Datenya aku tak pasti berapa haribulan. Sorry guys!

Aku paling suka musim bunga. Start dari bulan March-April. Time ni sapa yang nak honeymoon memang sesuai la. Dapat tengok bunga Sakura.. Sejukkkkk.. Untung ada suami.. Haishh.. Tapi kalau pegi time ni, luggage berat skit la sebab nak sumbat baju sejuk bagai. Tebal-tebal tapi berbaloi!

Autumn time bebeh!! Bulan October-November. Tak macam winter. Cuaca dingin & mendung. Kalau winter tu sejuk sangat. Ni kira ok la. Sejuk macam kat opis je. (Opis aku sejuk sampai kena pakai glove). Standby baju sejuk!!

Dah decide date?? Lets go!



Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7 jam. So, enjoy your meal & zzZZZzzz..

Bermulalah destinasi yang korang bakal redah...

--------------------------------------------------------------

Hari Pertama. (Tokyo)

1. NARITA AIRPORT.

Untung dapat time orang tak ramai. Lengang..

Although there are few of your planes never arrived, I know you are the victim. Don't worry. I will still fly Malaysia Airlines. Al-Fatihah.. #MH370 #MH17


1st benda yang akan lalu kat otak, "Mana satu punat air ni??". Canggih bebenau!!

Terminal 1, Narita Airport.

---------------------------

2. ASAKUSA

Kat Jepun memang banyak Temple. Kebanyakkan dorang, kawin ikut Kristian, mati ikut Buddha. Kebanyakkannya la.. 

Kedai-kedai dorang semua guna pintu kayu. Toilet baik punya canggih. Tapi, trademark tradisional dorang takkan berubah. Macam cerita 'Oshin'.

Tapak tangan artis. Ingat Hollywood je ada?? Tak Jepp!
------------------------

3. AKIHABARA

Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit (ikutkan semua tempat akan mengambil masa tak sampai 30min setiap 1 destinasi sebab dekat-dekat) kalau naik kereta dari Asakusa. Jalan kaki la best!! Banyak kedai wooo.. Boleh tengok gegirl pakai baju pelik-pelik macam dalam game. 

Naik basikal je pegi keje. Tak jem. Cuba kalau kat Malaysia naik basikal pergi tempat kerja. Perhhhh.. Ketibas ko!!

**Ketibas = Ketiak basah.

Malam macam kat Pavilion, KL.

AMARAN KERAS!!!
Kalau ada member atau family yang hantu game, jangan bagi dorang lalu kat depan kedai ni. 

---------------------

4. TOKYO MOSQUE

Mana kita pergi, jangan lupa Allah, jangan lupa solat. Korang boleh solat kat masjid ni. Masjid ni kalau tengok dari jauh, bentuknya macam Hagia Sophia, Istanbul.




----------------------

Hari Kedua. (Still kat Tokyo)

5. SHINKANSEN BULLET TRAIN

Tengok bentuk je kita bleh agak berapa laju keretapi ni pergi.. Tak sempat nak menguap..

Shinkansen train station.
-------------

6. MT. FUJI 5TH STATION

Subhanallah.. Gunung Fuji depan mata.. 

Cuci mata..

Ramai orang buat aktiviti riadah kat sini.

Foggy!!

Pergi pepagi in shaa Allah parking tak penuh.
------------

7. GOTEMBA OUTLETSHOP

JPO kat Jepun. Dah penat cuci mata, cuci poket plak. Harga lebih kurang macam kat Malaysia. 

Jimmy Choo pon ada kat sana. Gila tak bangga..


------------

8. TOKYO HALAL FOOD

Jangan risau. Kat sana in shaa Allah banyak restoren halal. Kena pandai cari & kena tengok menu sebelum makan. Selalunya dorang akan pampangkan kat depan kedai dorang dengan signboard besar 'HALAL FOODS'.







-------------

9. OWAKUDANI

Kat sini ada lembah air panas & juga merupakan lembah gunung berapi. 



Ni telur bukan sebarang telur. Telur ni dimasak dengan menggunakan air panas semulajadi kat Owakudani ni.. Magicnya bila masak, kulitnya akan bertukar warna hitam. Rasanya aku tak tahu sebab aku tak makan.
---------------

10. LAKE ASHI

Kat sini ada 'cable car Hakone Ropeway' untuk pergi ke Owakudani.

Permandangan dari atas 'pirate boat'.


---------------

Hari Ketiga (Tokyo lagi)

11. TOKYO DISNEYLAND

Kat sini untuk Have Fun dan kembali awal remaja.. Yeeeehaaa~

Rasanya kalau aku, 1 hari tak cukup dan TAK PUAS!!!





---------


Hari Keempat (Dari Tokyo ke Osaka)

Dari Tokyo ke Osaka naik Shinkansen Bullet Train.

12. OSAKA CASTLE

Salah sebuah Istana yang fofuler kat Osaka ni.. 



--------------

13. SHINSAIBASHI

Town yang lebih kurang sama macam Asakusa, Akihabara & etc.






--------------

14. DOTONBORI

Lebih kurang sama macam di atas.




---------------

Hari Kelima (Kyoto)

15. KINKAKUJI GOLDEN TEMPLE

Kat sini memang banyak temple. 









----------------

16. NIJO CASTLE

Dia punya entrance dia memang cantik. Macam Minangkabau pon ada. 






----------

17. KIYOMIZU TEMPLE

Kalau kita tengok, temple ni ada skit-skit ciri-ciri budaya cina. Macam dalam 'Karate Kid'.



----------

Hari Keenam (Osaka ke Kuala Lumpur)

18. KANSAI AIRPORT

Selesai.. Dah boleh pack untuk pulang ke tanah air.






-----------

(Additional)

19. CAPSULE ROOM

Nak jimat dan murah, boleh sewa 'capsule room' ni. Sorang satu. Yang bawak family, aku tak galakkan. Kalau pergi dengan member, memang ngam-ngam choi!




Enjoy Your Holiday!!

4 comments:

Nur said...

Hi! Nak tanya, mcmana pergi ke Mt. Fuji? Ambil bas/tren? And how much lebih kurang? Thank you sudi share :)

Unknown said...

ohsem!memang jepun destinasi utama nak pegi ..

Unknown said...

Salam sis..
cantiknya gmbr2...guna kamera apa e

Unknown said...

Japan in my radar!! aamiin

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...