Monday, August 18, 2014

Aku berkulit India

Kulit muka aku ni dah tested macam-macam product. Daripada guna product modern ke traditional. Semua dah cuba. Penah skali aku try guna pencuci muka cap apa ntah sampai muka aku jadi tegang & kering. Langsung aku tak boleh buka mulut sebab takut terkoyak. Kering btol!

Uufff... Serik!!

Aku penah try product² Korea kot² la muka aku macam kulit Korean. Ohh.. nampaknya idak ler. Macam takde apa-apa kesan. Huhuhuhuuu.. 

Tapi setelah dikaji...
Aku nak shared kat korang something..

Aku selalu nampak jiran aku kalau keluar rumah, mesti muka dia kuning. Hidup berjiran ni kenalah peramah. So, aku yang gatai mulut ni pi la tanya.. 

Aku : Miss, kenapa muka you kuning ya??
Miss : Ini kunyit untuk muka. Orang Indian memang selalu pakai. Baik untuk kulit jugaaa.. 

I'm so exited untuk try!! Sampai dia dengan rela hatinya suggestkan aku untuk beli kunyit/temulawak (aku panggil kunyit India) tu. Jenis serbuk. Dia suruh beli kat kedai² India yang jual rempah² atau barangan aksesori wanita. Confirm ada. Kunyit tu bukan kunyit semata-mata tapi dia dah campur dengan benda lain. Contoh macam serbuk cendana & etc.

Beli kat kedai-kedai macam ni..

Aku try pakai. Sumpah memang sesuai dengan kulit aku. Kalau ada jerawat kat muka aku, memang boleh kecut. 

Ni la dia 'kunyit India'.Tak kisah apa brand pon. Janji kunyit untuk muka. Pakai macam 'masker'. Boleh pakai 2-3x seminggu. Jerawat aku kempis & parut boleh hilang kalau rajin pakai. 


Staff kedai tu suggestkan kat aku kalau nak bancuh serbuk kunyit tu, lebih afdal kalau bancuh dengan air mawar. Peehhhh... Wangi bau dia.

Dah sebati, boleh la tenyeh kat seluruh muka. Sampai leher pon takpe. Lepas dah kering, bilas muka pakai air biasa. Lagi bagus kalau pakai air suam. And then, lap pakai towel. JANGAN BASUH MUKA GUNA SABUN PENCUCI MUKA LEPAS GUNA KUNYIT. Biarkan je. Seelok-eloknya, pakai la sebelum tido. Dah. Tu je.

Sekarang aku dah tau dah kulit aku jenis kulit yang macamana. Beli product mahal-mahal pon tak guna. Kunyit India ni dah la murah. Berkesan plak tu. Kos untuk beli kunyit + air mawar, tak sampai RM5. Deebak!!!

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang berjerawat @ kusam, boleh try benda alah yang aku suggest ni. Mana tau kot-kot sesuai dengan muka korang..

Good Luck!

*** Dulu aku pakai 'Fair & Lovely'. Memang sesuai gak dengan kulit muka aku. 
(Nampak sangat kan?? F & L kan India mari.. )

2 comments:

nur syzwn said...

Salam hi dear, si far camne kulit u skrg pakai ni? Sy baru je beli td kt kedai india yg awak post tu hehe kt area klang. Sy beli yg plastik kecik warna kuning tulis serbok cendana viji, harga 50 sen je.

nur syzwn said...

Salam hi dear, si far camne kulit u skrg pakai ni? Sy baru je beli td kt kedai india yg awak post tu hehe kt area klang. Sy beli yg plastik kecik warna kuning tulis serbok cendana viji, harga 50 sen je.

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...