Tuesday, June 30, 2009

Tooinnkk!! Bamboo shell........

Aarrghh... Sakitnya. Sakit..... Arrrhhh.... Sakit kepala aku!!

Adooiiiyaii... sakit tak terperi. Hari ni besday adik aku. Ayah aku blanja mkn seafood. Dah lama tak makan seafood. Aku dah mula la rasa excited nk mkn smuanya. Jap lagi..... Tooiinnkk!!

Aku terlupa yang aku tak bleh mkn 'bamboo shell'. Klo stakat nk rasa takpe. Tapi aku melantak tanpa perasaan dan tak perasan yg aku dah mkn dengan kadar yg banyak!!

Tak larat..tak larat..

Nak tido........

Saturday, June 27, 2009

Apasal Rasa Minyak Wangi Ni???

Kes ini berlaku semalam masa aku terkocoh-kocoh sbb dah terlambat bangun.

Huhhh???? Dah kul 7.15am????
Giler.... Aduhh... memang betul la. Aku ni klo bom meletup kat sblah telinga pon mmg takkan bangun punya. Aku tak sedar weh.. Hnya pekikan ibu aku je yang bleh buat aku sedar padahal kat tepi telinga aku, aku siap kunci jam guna henpon. 2 bijik lagi. Tambah dengan jam loceng yang bingit bunyinya sampai adik aku bengang.... hehe.

Aahhh.. dah lambat. Aku hanya ada 15 min tuk bsiap. Dengan mata yang berat, aku gagahkan diri tuk mandi. Isshhh.. memang ngantok giler. Mlm td aku tak dapat nk tido lena sbb bunyi bising (bunyi kren tgh korek kan paip utama kwsan umah aku) ditambah dengan kepanasan yang melampau..

Bila mata susah nak bukak, aku main gapai je apa yang aku nak gapai. Hmmm... aku tak tau la kan. Aku try tnya org lain. Klo dorang mandi, dorang gosok gigi dulu baru mandi or mandi dlu baru gosok gigi???? Kebanyakannya akan menjawab dorang gosok gigi dlu. Hmm.. tapi aku lain plak. Aku lagi suka mandi dlu baru gosok gigi. Baru rasa fresh.... Aku dah siap2 mandi dan tiba masanya aku gosok gigi. Aku tak apa yang aku pikirkan dan hayalkan time tu. Aku amik berus gigi dan amik colgate. Jap lagi mengantok aku hilang sbb tetiba aku rasa kelainan pd colgate tu. Rasa minyak wangi. Waahhh.. terus hilang ngantok aku. Bila aku tgk balik, baru aku perasan rupa2nya aku bukan letak colgate tapi aku letak 'fair & lovely' kat berus gigi tu. Huwekksss!! Patutla rasanya mcm %^*%$... mcmana aku leh tak perasan. Mungkin sbb bekasnya sama color.. Bila mata kecik, tu yang takleh nk bezakan tu....

Peehh.. Dia punya sengal, rasanya sampai pi opis sampai akau kena makan asam baru bleh hilang kewangian mulot aku nih.. Huhuuu............

Setelah Lama Aku pikirkan, Mungkin Begini Agaknya Kita..

Aku rasa aku harus berubah sbb aku makin lama makin begini..........


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah
kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu
kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam
tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang
lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat
nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita
dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang
sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, June 25, 2009

Aku Sedih Klo Dapat Kawan Yang Mcm Nih..!!

Kawan?? Kawan tu memang ramai. Sampai aku tak mampu nak mengawal pelbagai dugaan dengan pe'el-pe'el yg boleh buat aku bertukar color (hijau)... Incredible hulk/shrek????!! Hmm... Aku memilih Fiona................


  • Ambil kesempatan ke atas kawan yang berhati 'basah/baik'.

Jenis yang ni la yang paling ramai skali. Aku memang pantang btul. Mentang2 la member kita ni baik hati, suka2 hati je si polan yg bangang ni nak amik kesempatan kat mmber yg baik tu. Isshhh... Kadang2 smpai hilang sabar beb. Sebenarnya banyak cara klo nak dikaji mcmana dorang amik kesempatan nih.Tapi, takkan la aku nk bgtau satu2. Sampai esk tak abis. Aku bg satu contoh la. Bila time susah, baru la kenal kita. Time ada problem,baru la ingat nama, no.phone kita. Time tu la nak tanya kabar. Bila dah tanya kabar, baru la bgtau hasrat dihati. Time tu la nk pinjam tu, nak pinjam ini... Nak suruh bawa pi sana, nak bawa sini. Nak tolong tu, nak tolong nih... Masa senang, time ada kawan yang lebih best dari kita, kita dicampak jauh2. Ada lagi. Bila kita dah tolong skali, nak minta tlg byk2 kali pulak. Wehh..sakit hati weh.

  • Hipokrit/menipu

Aku sendiri tak pasti apa yang dimaksudkan 'hipokrit' yang sebenar. Bagi aku, ianya adalah subjektif. Dari pandangan mata aku, aku boleh maafkan kawan yang menipu melalui perkataan/kata. Tapi aku tak mampu untuk berhadapan dengan kawan yang menipu melalui riak wajahnya. Hmm..Rasanya korang agak tak paham kot maksud aku. Urrmm... mcm ni. Contoh: Aku agak sedih jika member tu hanya berpura2 suka sgt kawan ngan aku sedangkan dia meluat dengan aku. Mungkin member2 tu tak menunjukkannya tapi riak wajah tak bleh menipu kcuali bagi mereka yang tidak boleh membaca air wajah seseorang. Orait guys! Hati2 la jika aku start tenung wajah anda.. Bukan sekadar bleh baca signature anda shj...... Berusaha la belajar mengontrol memek muka masing.. Hahahaa...

  • Memperguna kawan.

Niat dihati, tak nak kawan ngan aku. Tapi, dorang tpaksa kawan ngan aku sbb aku adalah seorang banker yang baik. Klo aku takde, dorang susah. Hmm.. Kira aku ni VVIP kepada mereka. Ini contoh la... Contoh jer........

  • Meninggi diri.

Wahhh... Nobody yang bleh lawan dia. He/she is the best. Orang yang paling kaya?? Dia.. Orang yang paling pandai?? Dia.. Orang yang paling baik?? Dia.. Orang yang paling hensem/cantik?? Dia.. Orang yg tau segala bahasa?? Dia.. Haaa..benda yang mcm ni la yang buat hal yang senang jadi susah. Bila dah rasa diri tu bagus, mmg confirmla takkan nak dengar ckp org lain. "Ehh... apahal nak dengar komen korg?? Korang tak sebagus aku".. (fikiran yg tak bagus). Fuhh..Tapi satu jela aku nkckp. Org yang mcm ni, bila dah skali jatuh, ia akan jatuh tanpa belas kasihan... Sedihkan???

  • Menegak benang yang basah.

Yang ni aku memang tak dapat nak tolong klo ada mmber yang mcm nih. Dah la salah. Tak nak mengaku. Sampai adakalanya aku plak yang kena tanggung segala kesalahan dia. Mmg mcm taik. Ini jugak bleh dijoinkan dengan golongan 'mengambil kesempatan ke atas kawan yang berhati basah/baik.

  • Hartaku hartamu jua.

Ni lagi buat hati gua membara. Kisah dulu2.. Dah la guna barang aku, bleh plak guna sampai tak sedar diri. Buat harta sendiri. Ingat2 la skit. Ada plak tu, buat harta smpai tak ingat nak pulangkan kembali. Guna sampai habis lagi... Arrgghhh....... sian aku. Sedih!

  • Hati bau longkang.

Luaran nmpak baik je.. Tapi dalaman, mak aii.. Hati bau longkang!! Sengeh sana sengeh sini, tapi sebenarnya ia hanyalah senyuman sinis. Macamana kita nk tau ya?? Ehh..tak reti la aku nk baut ayat. Sendiri pahamlaa.... huhhh... Sedih ke??

  • Pemalas.

Ini satu hal. Aku tak suka bila ada mmber yang pemalas. Dari segala segi. Bukan la nk akata aku ni rajin sangat tapi cukup la hanya sekadar kebersihan dititikberatkan. Aku tak mampu nk duduk dgn org yang sentiasa berantakkan.. Sedih melihat keadaannya.

  • Cakap tak serupa bikin.

Aku sedih melihat kawan2 yang bercfafkap bagai nak rak tapi aku tak penah tgk dia mempraktikkan apa yang dia ckp. Sbg contoh, ada seorang teman yang bagi nasihaat kat aku supaya jika bercinta nnt, tolong la jgn berpegang tangan dan bersentuhan. Yaaa.. aku mendengar segala nasihatnya. Tetiba satu hari tu, aku tserempak ngan cik endah ni ngan boypren dia sambil berpegang tgn. Hahh?? Inikah org yg bagi aku nasihat dulu? apa sudah jadi? Huwaa.. Sedihnya. Aku memerlukan orang yang bpegang pada kata2nya. Aku memerlukan org yang bleh beri tunjuk ajar dan pedoman yang baik buat aku sbb aku bukanlah hamba-Nya yang baik...

  • Berhati kering.

Sedih. Benar2 sedih. Aku bukan teman yang boleh menjadi teman yang baik buat org yang berhati kering. Aku takut. Aku takut klo aku jadi hipokrit. Serius. Memang aku tak suka. Aku takut nak berkawan dengan org yang tak tau nak jaga hati orang lain. Hnya menjaga kepentingan diri sendiri. Hnya mencari kebahagian sendri tanpa mengetahui keadaan sekeliling sama ada orang menyenanginya atau tidak. Tak kisah la perangai dia ni slalu buat perkara2 tersurat mahupon tersirat. Hmm.. tak bagus, tak bagus.. bgi aku orang mcm ni 'psiko' kot.. hmm... maaf!

Saturday, June 20, 2009

Perkara Pelik Yg Berlaku....

Aku tak tau kenapa semenjak dua menjak dlm minggu ni, aku melalui perkara2 aneh. Aku sendiri tak tau apa puncanya. Adakah aku terlalu leka? Adakah aku banyak berkhayal atau apa saja??? Tapi apa yang berlaku ni memang aku sendiri tak dapat nak ungkap dan terangkan dengan kata2...

  • Dengar bunyi azan dua kali dalam masa 20 min (hari isnin).
Perkara ni berlaku masa aku hantar akak aku pi klinik. Aku tunggu dia kat dalam keta je sbb malas nk masuk klinik tu. Ramai org. Rimas! So, lebih baik aku dok dlm keta dan layan radio. Radio aku standart ada 6 channel.
  1. Hotfm
  2. Klasik nasional
  3. Era.fm
  4. Xfreshfm
  5. Sinarfm
  6. Suriafm
Ntah napa malam tu lagu2 smua cam sengal je. Bosan giler. Aku asik dok tukar2 channel. Aku tgk jam, jam menunjukkan pukul 8.20pm. Aku bukak xfresh. Lagu Ella (standing in the eyes) yang berkumandang. Tetiba hati aku tergerak utk bukak Klasik nasional. Mana tau ada kuar lagu2 P.Ramlee ke kan. Jap Lagi aku dengar azan (Isya'). Aku mcm terperanjatla sbb asal plak isya' cpt?? Spatutnya dlm kul 8.40pm. Aku pon dengarla azan smpai abis. Sat lagi dh abis azan, aku tukar plak hotfm. Dlm 20 minit tu aku tgk jam balik sbb apa lama nau akak aku kat klinik tu. Lagu plak kan main bosan lagi. Aku tukar balik klasik nasional. Dannnnn............ Aku dengar azan utk kali ke-2. Aku dengar sampai abis. Sampai baca doanya skali. Tetiba aku teringat xfresh. Aku terus tukar ke xfresh. Ya Allah!!! Memang btol jangkaan aku. Lagu Ella tadi masih lagi berkumandang. U all bayangkan. Dah 20min beb. Takkan lagu tu tak abis2 lagi?? Nak katakan radio tu ulang balik, tak mungkin sbb aku dengar hotfm ok je lancar. Aku terus tgk sekeliling. Semua seperti sediakala tapi aku dapat rasakan yang dunia aku ni tbehenti buat seketika. Apakah rencana-Nya untuk aku lihat? Satu perasaan yang aku sendiri tak pasti yang muncul dalam hati aku secara tiba2. Rasa sayup je hati. Allah memberi peringatan-Nya kepadaku. Aku selalu lupakan-Nya tapi Dia masih lagi sudi utk mengingatkanku.. Aku amik CD 'zikir' utk tenangkan hati aku yang dalam keadaan keliru. Aku mendengarnya sampai aku terlena... (punyalah lama akak aku kat klinik tu!!)

  • Dengar salam dari seorang lelaki (hari jumaat).
Aku kat opis time tu. Hari Jumaat aku kurang sibuk time pagi. So, aku kemas2kan file2 dan buat filling utk mana2 yg still blom difilekan. Sebelah aku si Ida dan abg hasnan tengah borak pasal 'OT' tak silap aku. Aku tgk dorang leka borak, aku pon teruskanlah keje aku. Masa aku nak punggah2 file, aku dengar ada seorang lelaki memberi salam. Aku pon dengan semangatnya menjawab salam sambil menoleh. Tetiba aku tak nmpak sorang pon yang ada di sisi aku. Aku tgk ida ngan abg hasnan still lagi borak each other. Tak mungkin dorang. Kebetulan bdk baru (Amil) tu pon baru je lalu depan aku tapi tak mungkin dia sb suara tu betol2 kuat dan jelas kedengaran kat telinga aku ni. Tak mungkin dia sbb ms tu aku nmpak dia dah menuju ke arah wash room. Aku pelik. Sapa yg bagi salam??? Cepat2 aku capai kerusi sbb aku takut aku tumbang plak. Time tu memang dah meremang bulu roma dan memang rasa nk pitam... Sapa yang beri salam kat aku??? Sapa???

Serius aku tak tipu...
Aku rasa dh tiba masanya aku bersihkan hatiku dan bersihkan jiwaku daripada perkara2 yang tak sepatutnya aku dekati. Aku akan cuba utk berubah menjadi lebih baik. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni. Aku mgkin terlalu leka dengan kehidupan aku sampai aku melupakan-Nya.

Terima kasih Ya Allah kerana masih mahu utk menyedarkan aku. Ampunkan segala dosa2ku yang lalu.. Kurniakanlah aku sesuatu yang baik utkku. Aminn...

Monday, June 15, 2009

Aku Nak Jadi 'Fashion Designer'






Ok tak guys???? Berangan lebih aku nih... Hehehe...

Punca Utama Stadium Sultan Mizan Runtuh..

Bukan aku yang cakap.. Tapi orang yang cakap...........

Ini Aku.. Korang Pon Sama Gak Kannn???!!

TELATAH DI OFIS
Bila boss tak ada di ofis

Bila boss panggil

Bila kene attend meeting

Bila boss suruh gi training

Bila time tea break

Bila nk dekat2 pukul 6ptg

Bila esok hari cuti

Bila dpt
'assignment' baru dr boss
Bila
'assignment' yg boss bg susah giler nk buat

Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn
'assignment' boss
OT untuk 2 jam

OT untuk satu malam

Boss suruh kita buat OT waktu weekend

Bila dah terbuat silap

Bila berjaya
'perform' sikit jer
Bila gagal, kecewa nk mati
Bila org finance lambat byr claim staff

Bila dpt tau takder BONUS tahun nih


Alahai Engineer Baru...........

7.22am...
Huhhh???!! Arini aku awal giler datang opis. Pelikkkk.... Aku memang jarang la nak datang awal. Tapi ntah kenapa arini mcm lain mcm je nak dtg awal. Paling awal aku datang opis pon dalam kul 7.40am. Arini aku mencatat sejarah.. Aku datang kul 7.20am beb!!! Tunbin benar....

7.45am...
Alamak aii.. Sapa plak ni?? "Assalammualaikum.. Mintak maaf ya. Sy arini start keje. Kt mana saya nk tunggu ye?"..... "Awak engineer baru ye??"... "Ye, saya."......

7.50am~~~~~~~~blurrrr~...........
Subhanallah... Not bad la mamat ni. Terbuntang la gak mata aku ni melihat matanya.. Putih suci beb!!

Ohhh... aku adalah orang yang pertama dia jumpa di opis ini...

Yang paling penting... "Bleh buat calon ni sbb dia tak panggil aku dengan panggilan KAKAK"........Hahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Ehh... ada lagi satu maklumat. Aku baru dapat tahu yang namanya adalah Syamil.. Hmm..Lebih kurang la kot.

Saturday, June 13, 2009

Kenapa Ek Aku Takut Naik Motor???


Dulu aku memang jaguh basikal. Pantang nmpak basikal. Tak kesah la yg roda 2 ke roda 3 ke roda 4 ke, smua aku redah. Hidup kat kampung memang ramai geng. Bila berkumpul ramai2, bleh buat grop utk bgaduh ngan budak kpg sblah.

Ms main ngan geng2 kampung, aku la paling gagah. Klo time blumba, asik aku jela yang menang. Mat rempit klo menang bakal dapat $$$$ or gegeirls... klo kitorg??? Handle basikal buruk. Kira tu kitorang punya trofi la klo menang.

Pada satu hari tu, ayah aku belikan akak aku basikal baru. Walaupon basikal dia, aku tetap orang pertama yang merasmikannya. Dah abis turn aku, skrg turn akak aku plak. Itupon setelah 1/2jam memekak nkkkan basikal dia. Heheheee....

Akak aku suruh aku bonceng dia. Terkial2 dia. Aku yang dok belakang dia jadi bengang sbb bw slow giler. Hati aku makin panas. Jap lagi aku jerit, " bawalah laju skit. Mcm kura2". Bila akak aku dengar aku jerit mcm tu, dia tpranjat dan dengan segera dia mengikut perintah aku. Apa lagi, dia bawa selaju yang mungkin.

Time tu aku tak perasan yang aku pakai seluar yang mempunyai skirt (kira gabung 2-2 skali). Bila basikal semakin laju, semakin kembang la skirt aku ditiup angin. Tetiba skirt aku tersangkut kat rantai basikal sampai kaki aku termasuk dalam 'RIM' basikal. Pehh.. time tu hanya Tuhan yang tau betapa sakitnya kaki aku. Kaki aku koyak dah agak bengkok skit. Ayah aku bawa aku pi hospital dan aku dirawat selama 2 bulan. Nasib baik atok aku tokeh ikan haruan. Ari2 aku kena telan ikan tu. Naik muntah aku. Tapi kesannya mmg baik. Kaki aku cepat sembuh dan tiada kesan luka. Mcm letak gamat sehhh...

Semenjak tu, aku takut pada basikal. Tapi bila dah besar plak, aku makin takut dengan motor sbb bila dipikirkan balik, motor lagi laju dari basikal. Btol tak????

Dan semenjak tu jugak, aku tak bcakap besar lagi. Tapi aku telah bertukar. Aku tukarkan 'ckp besar' tu kepada 'besarkan badan'.. Huhuuhuuuuuu.................

Pink mak ngah....


Arini aku mcm sengal skit bila dah sampai opis. Hilang mood aku. Ni semua gara2 baju aku yang 'pink makngah' ni...

Huuwwaaaa... aku nk balik.............
Semalam aku kemas almari aku. Ntah mcmana aku tjumpa baju lama aku. Baju tu aku penah pakai sekali je. Itupon masa aku buat show kat hotel. Semenjak tu aku tak penah pakai lagi baju pink ni. Hati aku ni plak menggatal je teringin nak pakai baju tu utk hari ni. Kebetulan arini kan ari jumaat. So, memang kena sangat la tu. Aku plak malas nk pakai baju kurung. Muak and merimaskan aku. Klo pakai baju ni, bleh la aku kenakan dengan seluar sbb dia mcm baju punjabi.

Wahhh.. dah lambat nk pi keje. Elok2 aku kuar dari bilik, tetiba akak aku mcm terperanjat.. "Wehh.. ko nak pi mana???" tanya akak aku dengan nada tperanjat." Nak pi keje la!!"Aku balas dengan perasaan selamber je.

Sementara nak masuk ke pintu masuk opis aku tu, ada cermin gelap yang besar. Laaaa... Baru aku paham kenapa akak aku tanya kenapa aku pakai baju ni. Mak aiiii.... Macam nak pi candle light dinner. Huhuuu... Macamana la aku bleh terpikir dan pakai baju ni tanpa melihat kesan2 yang bakal terjadi??? Mcmana nk jadi 'fashion designer'?? Vouge giler wehhh.... Adusshh!!!

Memang sah la kena gelak ngan budak2 kat bawah. Arrgghhhh... aku tak kisah. Nak tak nak, aku terpaksa tanggung risiko. Aku tak kisah klo org nak gelak. Ini lah aku yang sebenar. Berani mencuba sesuatu yang tak pasti kesannya. Huhuhuuuu........... (mcm tak ikhlas je ckp pkataan 'TAK KISAH'!!!!

Thursday, June 11, 2009

Kakak Tertelan Lalat


Lalat yang membahayakan kesihatan.

Haiii... Arini mood aku mcm nmpak hepi skit bbading hari2 yang lain. Sebab musababnya?? Aku sendiri kurang pasti. Tu pasal arini aku agak byk mengelamun mengingatkan kisah-kisah lama. Tgh dok syok2 ingat, tetiba aku teringat kisah 'KAKAK TERTELAN LALAT'.

Kisah ni ms time aku berumur 7-8thn. Lebih kurang mcm tu la. Waktu kecik, aku tinggal ngan nenek aku kat kpg. Kira skola pon kat kpg. Umah nenek aku ni rapat2 dgn jiran sebelah. Tapi tak serapat umah teres laaa... Jiran nenek aku merupakan 'nenek saudara' kepada aku. Aku panggil MAK WAN. (Jgn salahkan aku klo time2 kawin aku leh bw SATU kampung sbb sedara kembangan aku smua dok dekat2).Dah meninggal dah... Dia ada cucu yang setahun lebih tua dari aku. Tiap2 petang aku slalu nmpak dia kayuh basikal dengan bawak beg yang berisi buku dan dibonceng oleh adiknya. Aku pelik. Time2 gini buat apa la nk kuar2 (kul 3pm time tu). Bila aku nmpak dia aku terus pi umah makwan aku ssb aku nk tau sgt dia nk pi mana. Makwan aku ckp dia pi mengaji. Mengaji kat masjid. Mata aku terbuntang bila dapat tau destinasinya. "Waahhh.... seronoknya mengaji". Makwan aku pon offer kat aku smada aku nk join pi ngaji ke tak. Aku memang tak lepaskan peluang..

Keesokkan harinya, aku pon dengan 'basikal kuningku yang mempunyai tayar yang tak payah dipam sbb tayar aku 100% getah padat' memulakan perjalanan menuju ke masjis. Eh ehh... ramainya budak2 baya aku ngaji. Memang excited wehhh dapat kenal ramai kawan. Aku berkenalan ngan sorang kakak ni. Namanya aku tak berapa nk ingat la.. Semenjak aritu, aku kawan baik ngan dia sbb dia baik. Tapi setiap kali aku jumpa & borak ngan dia, aku mcm nk tanya je ttg sesuatu yg aku teringin nk tau.

Kakak ni mempunyai suara yang serak2 basah yang kadang-kala aku tak berapa nk dengar dan paham setiap perkataan yang dia ckp. Kat leher dia tu mcm ada kelar tau. So, perkara tu yang membuatkan aku teringin sgt nak tau kenapa leher dia mcm tu. Akhirnya pada suatu hari tercapai jugak impian aku utk tanya dia. Mula2 dalam otak aku pikir ntah2 ada orang jahat nk potong leher dia ke apa ke....

Aku pon mula kan bicara...

Aku : Kak, bleh tak orang nk tnya sesuatu?? Hmmm... Leher akak tu kenapa ek?? Mcm kena belah je???

Akak: Ko nak tau ke??

Aku : Yelaaaaa...

Akak : Akak tertelan 'LALAT'..............................................

Aku dengan terperanjatnya aku terus diam. Aku rasa mcm nk tepuk tangan je sbb dengan jawapan dia yang simple tu still lagi bleh buat aku diam sedangkan ustaz yg ajar aku mengaji tu pon tak mampu nk buat aku duduk diam!!!.......
.Lalat makan bangkai...

Moral: Biar pening lalat, jgn tertelan lalat k??!!

Sunday, June 7, 2009

Sometimes Aku Rasa Aku Ni Mcm Lu'Lu.....

Note: Sebelum membacanya, aku harap kalian semua sudah bersedia dari segi mental anda. Mungkin ada dikalangan anda yang terasa dengan setiap apa yang aku bicarakan tapi sesungguhnya aku tidak berniat untuk menceritakan tentang kalian. Tapi kalau ada diantara anda yang terasa atau tersinggung, aku minta ampun. Blog aku kali ini adalah bertujuan untuk kalian renungkan dengan situasi aku sama ada anda sedar dengan setiap perbuatan anda dengan manusia sejagat. Jika anda pernah menjadi mcm aku, biar aku meluahkan perasaan kalian dalam blog aku. Jika kalian adalah golongan mereka yg mpergunakan orang spt aku, biar aku ingatkan kalian bahawa kisah ini adalah benar.

Hmmm.. Mesti ada diantara korang yang penah tengok citer "Lu'Lu" tu kan??? Citer lu'lu ni penah disiarkan di astro prima baru2 ni. Bila aku tgk Lu'Lu ni, aku mcm bayangkan diri aku. Bkn perangai dia yg sengal tu, tapi perangai dia yang susah to say 'NO'..!!!! Aku mengaku memang aku susah utk mengatakan word tu. Ntah la.. Aku sendiri tak pasti kenapa aku mcm tu. Pada mulanya aku tak sedar. Ibu aku selalu marah dengan perangai aku yang sentiasa mengikut kata org. Apa yang orang suruh buat, smuanya ok. Aku takde perasaan marah pon time tu. Tapi bila aku tgk cerita Lu'Lu tu, aku rasa perasaan marah terhadap Lu'Lu tu meluap2. Aku rasa lu'lu tu pompuan yang lurus bendol dan bodoh.

Weehh..bila aku cakap yang lu'lu tu bodoh, aku rs mcm ejek diri sendiri. Sengal tul aku ni. Aku tringat kisah2 kisah aku yg sama seperti lu'lu.................. Aku selalu menjadi orang penting dalam setiap masalah yang ada. Hanya aku yang boleh menyelesaikan setiap masalah mereka yang sentiasa bermasalah. Bagitau aku je. Smua masalah bleh settle dengan adanya aku.

  • Tukang untuk membelikan makanan.

Sama kan macam LU'LU??? Hmm... " Er, tolong belikan akak nasi campur boleh??? Akak banyak keje laa... Takde masa nak beli makanan. Tolong belikan yea??!!" ( What?? Beli nasi campur takde masa. Makan Nasi campur ada masa??!!!..-hatiku membentak dengan rakusnya.!!)... "Eh er.. Tekak akak ni teringin nak makan rojak pakmat. Ko lalu tak kat depan kedai dia? Belikan akak bleh?? Klo tak , kempunan plak akak er". (Jangan sesekali ucapkan rasa kempunan. Sumpah aku takkan percaya sbb aku hari2 nmpak ko makan makanan yang sama!!)... Pantang aku lalu depan 'mereka'. "Er, ko nak kemana tu?? Belikan saya nasi goreng tmyam satu ye.. Hmm.. taknak ayam, mesti pedas, sayur lebih yea. Klo bleh nak carrot lebih. Oh lupa plak. Nak telur bungkus skali". Permintaan gadis ini bukan sekali sekala tapi hari2!! (Ya Allah, adakah aku kini hidup dengan raksasa??)...... "Er, belikan aku nasi lemak boleh??" ... Selepas aku pulang dengan membawa nasi lemak sebungkus, tuan yang memesan nasi tadi itu berkata, "Alaa er.. Kenapa ko letak ikan bilis?? Takkan ko tak tau aku takleh mkn ikan bilis? Eii.. nasi ni masin. Tak sedap..".. (Heh..setan! Banyak komen plak ko!!!!!)

  • Jadi driver untuk kemana-mana

Ini tak sama skit dengan LU'LU tapi lebih kurang je keadaannya. "Er, balik ni ko lalu mana? Akak nk tumpang bleh?? Alaaa..Umah ko dekat je dari umah aku. Laki akak tak dapat nk amik akak la. Dia ada meeting"...( Haii... Masa mula2 dpt kete kan main blagak lagi. Keta dia jela yang bagus. Keta aku tak setanding ngan keta dia. Last2, keta aku jugak)... "Er, arini ko nak kuar tak?? Jom kita pi makan kat Klang parade. Nk makan sizzling la. Jom er! Pakai keta ko yea. Keta akak takde minyak la. Lagipun kang nk amik anak lagi.. Takut tak sampai plak nak pi umah mertua akak".. ( Haii.. keta aku ni mcm la pakai air kelapa??!! Abis? Aku tak yah la nak amik adik aku pi skola?? Ishh..)... "Alaa ko ni er. Ko jela yang bawa barang ni. Ko ada keta. Senang. Mcm aku, susah skit. Aku naik sampan!! (Walaupun aku ada keta, aku tetap NAIK heran ngan orang yang macam gini).

  • Tukang abiskan keje2 yang tak sempat disiapkan.

Haaa.. ni mcm LU'LU. Dia disuruh fotostat yang berbundle2. Samalah mcm aku. Aku tukang fotostat 'management report' sedangkan tu bukan kerja aku. Pada mulanya hanya ingin membantu. Tapi lama-kelamaan, automatic bleh jadi keje aku. Hebatkan???... "Hmm.. tolong fosotostatkan utk saya 9 copy ya??! Pagi esok saya nak. (Chikungunya btol!!.. Tebalnya benda alah yang aku nk fotostat tu sama dengan 1 buku tebal 'law course')... " Er, ko bleh tolong aku tak?? Ko tolong aku siapkan system ni bleh?? Aku banyak keje la. Banyak report yang nk disiapkan"..(Ewahh!! Mcmlah aku ni 'cleaner' kat opis aku. Maklumlah, klo cleaner, aku tak payah nk buat report kan??!!).... 'Er, bleh tolong saya siapkan OEE repot utk PROTON tak?? Saya takde masa nak buat report ni la. Bulan july ni Proton nak tgk. Sy bz sangat. Machine2 tu semua saya nk kena pantau and tengok2kan. Tolong ya.. Bukan susah sgt pon.. (Eh, klo senang ko buatla sendiri. Byk keje?? Hahhh... Aku tgk ko borak je ngan 'boss gemok' ko tu. Tula keje ko. Asik dok mengipas bontot si tembam tu!!)

Issshhh.. Korang mesti nak tau apa jawapan aku kan bagi setiap permintaan mereka?? Heheh... Jawapan aku semua sama....................................................................

Baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...................!!!!!

Sedarlah wahai insan. Secara jujurnya, biarla aku bgtau apa yang aku rasa. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih la kat korang smua yang berusahaan nak bantu aku utk menambahkan PAHALA aku tp aku rasa korang tak berjaya membantu aku sbb korang tambah dosa aku lagi ada la!! Bila aku buat apa yang korang suruh, aku akan secara automaticnya akan berasa marah. Memang cnfirm la aku maki2. Bila melakukan sesuatu tanpa kerelaan, akan timbul perasaan tak ikhlas. Tak ke berdosa klo macam tu??!

Aku tak kesah klo nk mintak pertolongan. Tapi aku mintak tolong sangat. Jangan la amik kesempatan. Aku mengaku. Aku memang susah utk menyuarakan perkataan 'TIDAK'. Aku tak tahu mcmana nk tolak setiap permintaan korang. Aku takut korang tersinggung. Bila aku tak tolong, korang kata aku berkira. Korang kata aku mcm2. Hahh..katalah si er tu nk mintak tolong skit pon tak bleh. Tolongla. Aku tak biasa. Malahan aku terlalu menjaga hati kalian. Tolong la jaga hati aku jugak. Aku bukan boneka yang korang bleh kepak2kan. Aku sedih. Aku sayang korang. Tapi bila korang buat aku mcm ni, aku jadi benci kat korang. Aku tak bleh nk tengok muka korang tapi aku jenis tak berdendam. Aku mudah lupakan. Tapi klo perkara berulang-ulang kali berlaku, ia akan terus melekat kat dalam kepala hotak aku ni. Jangan ajar aku buat benda jahat. Jangan ajar aku utk jadi orang kuang ajau. Tolong laaa..

Aku hanya mampu menangis sendiri klo aku tak puas hati. Tapi korang?? Senang je hidup. Bila aku tak tolong je, mulalah masing2 buat hal sendiri. Aku nak mintak tolong, korang tak layan. Aku akan ingat ayat ni sampai mati.. "Polan, nanti aku nk OT bleh?? tolong aku pujuk boss ya?... Ahh.. Buat apa nk tolong ko? Aku mintak tolong buat system ko tak nak. so, aku tak bleh nk bantu ko". Ya Allah sedihnya aku. Baru skali aku tak nk tolong. Selama ni aku tolong dia, aku tak penah nk minta balasan. Siaplah ko!!!

Ingat!!! Aku akan keringkan hati aku. Aku terpaksa bertindak. Aku takkan mengalah lepas ni. Aku akan tanggung risiko kehilangan kawan2. Janji, korang tak pijak kepala aku lagi!!!!!!!! Aku benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...