Monday, December 29, 2008

Azam aku untuk Maal Hijrah 1430Masihi

Selamat menyambut tahun baru Islam kawan². Hmm… Aku dah buat “azam” dah utk menyambut tahun baru Islam ni. Sambil bertafakur di atas sejadah, aku berfikir sejenak. Dengan keadaan hati yang tenang, aku telah berfikir masak² dan ingin mengambil keputusan. Aku ingin menanam azam utk memakai tudung. Maksud aku, aku ingin memakai tudung ke mana aku pi. No ‘on off’. Sblum ni aku kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung. Bila aku rasa nk pakai bju yang ‘ranggi’ skit je dah mula la aku tak pakai tudung. Bila rasa nk enjoy lebih je, mula la aku lupa nk menutup aurat dan mahkota ku (yakni rambutku). Mulai sekarang, aku akan cuba utk menjaga penampilan aku. Aku akan pakai pakaian yang sepatutnya dipakai oleh muslimah. Bantu aku Ya-Allah utk menjaga auratku. Dan aku juga berharap sokongan teman2 supaya jika aku melanggar azam aku tahun ni, aku harap korang menegur aku supaya aku kembali ke pangkal jalan. Dan satu lagi. Aku harap, aku dapat “sesuatu” dengan perubahan aku. Aku berterima kasih dengan ‘IDOLA’ aku. Dia telah mengubah pemikiran aku daripada yang tak baik kepada yang baik. Walaupun dia hanya menyedarkan aku dengan hanya perbuatannya, tanpa berbicara denganku, aku tetap berterima kasih padanya….. SELAMAT TAHUN BARU ISLAM & TAHUN BARU ONGPUTEH.. hehe..

Tuesday, December 16, 2008

Rekaan di meja

Ooohh.. Tadi aku borak2 ngan Miza pasal time2 zaman skolah dulu. Topic yang paling hangat diperkatakan adalah topic “HIASAN DI MEJA”. Bukan hiasan yang kena letak pasu bunga ke apa ke, tapi pembalut meja. Style apa dan jenis apa yang kitorang gunakan. Orang kata setiap apa yang kita lakukan atau apa yang kita suka tu melambangkan diri kita sendiri. Aku ni memang peminat kartun. Tp tengok jenis kartun gak ar. Lagi satu, aku minat pada colour. Korang masuk la bilik aku. Memang colour2. Mcm2 colour tu. Bukan tu je, aku pengumpul stationery. Penuh she meja aku. Ms blaja dlu, korang try la bukak aku punya ‘pencil box’. Dah macam poket doraemon. Apa je yang korang nk semuanya ada. Tu sbb aku memerlukan pencil box yang BESAR. Sampai sekarang, memang dah perangai aku suka yang besar2. Mcm lagu PIANKA- MAU YANG BESAR. Hehehe… Aku klo pilih beg pon mesti nak yang besar2. Senang she nak bawa apa je. Payung pon ko bleh masukkan dalam beg. Kan senang?? Ehhh… Dah terlajak plak. Tadi aku citer pasal pembalut meja kan?? Biar aku citerkan pasal kwn2 aku punya dulu. Pelbagai2 jenis yang aku nmpak. Bagi yang Islamic, meja dorangpenuh dengan “mutiara kata” dari pendita. Doa2 yang mudah utk dorang baca sekilas pandang. Bagus loh klo mcm tu tapi aku mintak maaf sbb aku tak brapa nak sedar time tu. Huhu.. Ada yang suka pada abstract bunga. Melingkar2 la bunga kat meja dorang tu. Ada yang lagi classic seh.. Korang nak tau apa corak yang dorang buat?? Dorang amik yang original punya. Memang creative abis. Dorang just guna kulit meja yang sebenar. Tak payah balut. Kan nmpak classic??? Acah2 lama gitu. Hehehe.. banyak la lagi. Aku punya pulak.. Fuhh.. aku punya lagi “grand” sehh… Aku just balut guna pembalut gambar cartoon pastu aku letak tulisan2 yang “baik punyerrrr”….. korang kena tgk sendiri baru korang tau betapa cantiknya aku punya meja. Uuurrmmm… tapi aku nk cakap ngan korang, secantik mana pon meja aku, aku tetap malas belajar. So.. ini lah nasib aku.. hahaha.. Hanya menjadi ‘taukeh cendawan’… Yess…
(info:Bukan aku tak puas hati dengan pencapaian aku, tapi klo aku blajar btol2, aku mesti dah jadi ‘angkasawan wanita malaysia’ yang pertama… hahaha………..)

Thursday, December 11, 2008

Perangai pelik aku ketika meningkat umur

Sorry la aritu aku tak sempat nak citer. Asik berak-berak je. Aku sambung haaa.. Klo korang nk tau, aku dah buat ‘target’ enjoy aku. Means, aku buat target sampai 25thn utk merasa semua benda2 yang remaja buat. Aku terus terang la ngan korang. Sebenarnya aku blom abis nak enjoy lagi. Masa makin lama masa makin beralih dan berubah dengan pantas. Aku makin tertekan. Serius.. Memang dah perangai aku klo nak masuk umur yang baru, aku mesti akan buat benda yang pelik. Dlu, ms nak masuk umo 21thn, aku buang tebiat dengan memotong rambut aku yang lurus dan panjang. Bkn potong ‘layer’ or potong paras bawah bahu, tapi potong pendek!!!!… Sampai aku demam seminggu sebab tak biasa. Yela.. korang bayangkan. Apa perasaan korang bila kepala korang jadi ringan?? Bukan tu je. Masa mula2 aku potong rambut, aku tak bleh terima kenyataan. Aku bleh teresak2 nangis dalam bilik air sekuat2 hati aku sebab rambut aku dah tinggal sikit bila nak cuci. Dammnn!!! Huwaa.. dah tak banyak buih.. Memang serik habis. Ni smua gara2 tgk citer japan lebih sangat la ni. Ada sorang heroin tu. Cute giler rambut pendek. Hahh.. Amik ko!! Aku tiru rambut dia tapi tetap tak sama muka dia dengan muka aku. Huhu.. (cam sial)… Umur 22thn plak. Ms tu aku mula keje. Dapat la duit skit. Time tu aku ni fikir nak jadi ‘feminin’. Umur dah nak masuk 22thn. So, aku kena ubah penampilan aku memandangkan aku kan dah keje. Kena la jadi mcm ‘dewasa’ skit. Aku mengambil keputusan untuk beli apa yang pompuan suka. Apa lagi?? Beg & kasut laaaaaaaaa……… Setiap kali aku pi mana2, mata aku akan tertumpu kepada beg dan kasut. Tapi yang peliknya perangai aku time tu, aku akan beli kasut or beg yang pelik2 saja. Wehhh.. korang tak tau. Macam2 jenis seh.. Akhirnya?? Beg yang aku beli tu aku gantung kat tepi dinding kat bilik aku (itu kalau beg yang selalu aku pakai). Separuhnya aku letak dalam beg kartun yang besar (mcm taukeh2 pasar mlm gunakan) yang dibeli kat kedai RM2 dan campak kat atas almari milik ‘my lil bro’. Membazirkan?? Masuk umur 23thn plak, aku mengambil keputusan utk menindik telinga aku. Aku ingat lagi masa tu. Aku tindik kat Johor ms ‘tahun baru cina’. Aku raya cina kat johor umah mak cik aku. Ni semua pengaruh ‘cousin’ aku la. Aku tiru style dorang. Dorang lagi advance dari aku. Tindik sampai penuh telinga. Peehhh… aku tindik depan IBU aku. Ibu aku relax je. Nasib baik my lovely mommy sporting. Yang nasib tak baiknya bila jumpa DADDY. Bleh plak dia tanya “ are you my daughter??”.. Oh God.. Very da sharp la u punya soalan. I’m so so sorry Dad. I dah tindik dah pon. I dah mintak permission dari ibu ok!! Aku just tindik 2 lubang je. Sakit bukan kepalang la bai… Tapi apa IMPACTnya?? Seblum aku tindik, aku lupa nak pikir yang cuping telinga aku ni sebenarnya tebal. So, aku tak bleh guna anting2 yang pendek. Tapi cina tu guna yang pendek. Jadinya?? ‘Earing’ tu dah terbenam dalam daging cuping telinga aku. Untuk mengeluarkannya, aku menggunakan khidmat kakak kesayangan aku (EMI) utk bantu aku mengeluarkannya. Sampai daging aku terkeluar skali bersama2 dengan earing aku tadi. Heeyeeww.. itu kisah tindik yang bahagian bawah. Skrang aku nk citer pasal bhgian atas plak. Walaupon bhgianatas aku just tindik satu lubang je pon dah bg byk mslah kat aku. Telinga aku tumbuh gelembung nanah yang sangat besar (bagi aku la). Kali ni aku menggunakan khidmat Mak Lang aku (merupakan pegawai perubatan di HUKL) untuk cucuk nanah aku ni. Siap pakai pisau seh.. huhu. Tapi kecik jela. Masa tu aku tak risau sgt pasal pisan n jarum tu. Yang aku risau apa tau?? Mak Lang aku bleh membebel sambil pegang alat2 dia utk buang nanah tu. Tau2 la klo dah membebel, hilang fokus dibuatnya nanti. Mak Langgg.. Aku blom kawin lagi. Aku tak nak laki aku mempunyai isteri yang hanya satu telinga. Huwaaa… Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Untuk kemasukkan umur yang baru bagi tahun hadapan pulak, aku dah mula lakukannya. Apa benda yang aku dah buat?? Haaa… korang tunggula lain chapter. Dah pnjang sgt dah ni. Ingat novel cinta yang korang slalu baca tu ke? Heellooo…

(note: Jangan salahkan AYAH yang tak bleh mengandung klo punya ANAK mcm aku ni..!! Pleaseeee… Jgn bg anak2 korang ikut mcm aku. Ni pesanan buat anak aku jugak yang bakal lahir tak tau bila tahunnya. Ayahnya pon aku tak tau sapa jadi pilihan aku. Bkn jadi pilihan aku, tapi siapakah yang akan memilih aku?)

Sunday, December 7, 2008

Peralihan Masa & Umur

What?? Nak masuk 2009? Apa yang bakal berlaku selepas ni? Auuwwccchh…Ni tak bleh jadi ni. Aku mesti bertindak. Tapi bagaimana?? Aduhh… Aku dah mula tension ni. Bukan apa.. Aku rasa kawan² dan kakak2 yang lebih tua dari aku pon akan rasa mcm apa yang aku rasa kan kan kan? Eleh… jgn la korang nak berselindung ngan aku ni. Kan blog sblom ni aku dah bgtau korang yang aku ni ada ‘6ixsenth’. Masih lagi korang nk berdalih?? Huhh… baru2 ni aku ditegur oleh ‘boss’ aku. Bukan tegur pasal keje tapi tegur pasal “MY EYE BAG”…(What??.. The… F00k..) Aku bleh jawab, “ni i punya make-up (celak yang dah kembang) boss”. Tapi sebenarnya bila dia tegur aku, aku terus tengok cermin. Oh Nooooooooooooooooooooooooooo…..!!!! Dah terlambat utk menangis. Boss aku cakap aku tak cukup tido ke?? Huhu.. Actually, yes!! Aku memang tak cukup tido. Banyak yang aku pikirkan. Lepas tengok sitron ‘INTAN’, aku dah masuk bilik dah. Ingat nak membuta tapi mata aku ni tak bleh nk lelap. Mcm yang aku cakapkan tadi. Aku banyak mengelamun. Kejapnya aku dah nk masuk umo 21tahun. Eehhh… hehehe. Nak masuk 24thn la. Haa.. Ni dah mula la tak nak mengaku tua. Huhu.. aku dah makin tension. Bila aku makin tension, aku akan buat ‘perangai’. Hanya family aku je yang tau. So, biarlah aku kongsi ‘perangai’ aku dengan korang pulak ye.. Tapiiiii.. Blog aku seterusnya la baru aku citerkan perangai pelik aku tu… aku cirit ni. Tak bleh nk taip huruf2 ni byk sangat sbb aku asik nk jumpa ‘MR. TAN’ je.. sambung ye..
(pesanan: Jangan mkn tanpa melihat makanan yang anda mkn. Klo tak, korang akan jadi mcm aku. T’telan taik lalat agaknya.. sakit giler perot aku.. *&$^# betol!! Lagi satu. Jgn menonton bola bila makan. Klo tak, anda akan jadi mcm aku sbb slalu tak hadam mknan yang aku mkn. Yela.. Bila bola nk masuk g00l je, aku dah t’telan mknan yang ada dalam mulot aku (sedangkan aku blom kunyah pon) sbb excited nk cakap “G00000000ooL”. Padahnya?? SEMBELIT!! )

Saturday, December 6, 2008

Hubunganku dengan Yang Maha Esa

Tertutup mataku dari semua pandanganku…. Apa yang aku pikirkan?? Yaaa… Aku adalah hamba Allah yang tidak setia pada janjinya. Pada ‘alam roh’ sebelum aku menjadi janin yang setia bergantung dikantungan rahim ibuku, aku telah berjanji dengan ‘PENGUASA ALAM’ bahawa aku akan mengikut dan mentaatinya sehingga hari kiamat. Tapi, adakah aku mengotakan janji aku?? Tahun 2008 semakin laju berlari meninggalkan aku. Tapi aku?? Masih lagi berada di alam remaja yang leka, yang masih tidak tahu di manakah noktahnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan diri sendiri ataupon mengenakan sesiapa, tapi aku ingin anda membaca, melihat, mendengar dan sama2 berfikir adakah kita ini cukup sempurna, cukup taat, cukup baik, cukup setia dan cukup mulia di mata Allah? Kawan-kawan, aku ingin membuat pengakuan. Aku mengaku yang selama ini aku tidak menjaga hubungan aku dengan Allah Yang Maha Esa. Aku mengabaikan tanggungjawab aku yang telah diamanahkan kepada aku. Aku mengingkari setiap janji2 aku pada-Nya. Islam itu indah dan mudah. Allah telah menghadiahkan ‘SOLAT 5 WAKTU’. Dalam solat 5 waktu itu punya 5 nama yakni waktu yang blainan iaitu ‘SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK’. Aku penah baca satu artikel bahawa solat itu adalah makanan. Pasti anda tertanya-tnya kan??? Yaaa… subuh. Subuh umpama sarapan kita. Tapi pada waktu subuh aku liat nak bangun. Aku tak tipu. Aku selalu kunci jam pukul 6am. Tapi aku kunci jam dikepala aku pukul 7am. Bukankah aku begitu jahat dengan sengaja utk tidak sembahyang? Aku sungguh kejam!! Waktu zohor. Zohor adalah waktu yang jarang aku tinggalkan. Tapi hanya waktu bekerja. Bila waktu cuti, aku alpa. “ Dah masuk waktu zohor ni. Relax ar. Baru pukul 2.00pm. Kul 3.00pm la baru solat… Eh, dah pukul 4.00pm. Mana sempat lagi nak solat zohor??” haahh… itu mudah berlaku. Pura2 terlupa!! Kau sungguh kejam wahai Erfiza!! Sekarang tiba pula waktu Asar. Memang selalu aku biarkan waktu ini berlalu tanpa ada perasaan takut mahupun bimbang. Seolah2 tiada apa yang ingin dilakukan waktu itu. Aku pulang dari kerja pukul 6.00pm. Sampai rumah dah nak dekat pukul 7.00pm. Selamat tinggal waktu Asar. Sekali lagi aku begitu kejam!! Selepas asar, waktu maghrib mula menginsing. Siaran televisyen mula mengambil alih untuk melekakan aku. Bleh plak time2 maghrib, citer best2 disiarkan di tv. Oppss…. Dah pukul 8.00pm. Aku dengan kelam-kabut mandi. Wow.. lajunya sembahyang.. Nak kejar masa la katakan. Adakah solat aku diterima oleh Allah? Kejamnya aku kerana tidak kusyuk ketika solat. Solat yang paling akhir adalah Isyak. Aku selalu solat secara pakej. Maksudnya, selepas solat Maghrib aku terus duduk di atas sejadah dan menunggu waktu solat Isyak. Aku solat dengan tenang tapi fikiran aku ntah kemana.. Adakah Allah mendengar setiap bacaanku? Rupa-rupanya aku tidak makan?? Bagaimanakah jika kita tidak mkn dengan begitu lama? Pasti kondisi badan kita tidak baik dan kita mudah sakit. Kekejaman demi kekejaman yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri. Ya Allah.. berdosanya aku. Mengapa aku melakukan segala dosa itu sedangkan aku tahu bahawa solat itu adalah hadiah dari-Mu utkku? Solat itu dikatakan hadiah kerana orang yang menjaga solatnya akan dilindungi oleh Allah. Setiap pekerjaan yang dilakukannya akan menjadi mudah. Bukankah itu satu hadiah?? Dengan solat, hatinya akan menjadi bersih. Bukankah itu dinamakan hadiah kerana bila hati bersih, kita terhindar dari segala kemungkaran. Dengan solat, kita akan bersujud. Anda tahukah bahawa otak kita ada satu saluran darah yang susah utk dialirkan darah ke saluran itu. Bagaimanakah hendak mengalirkan darah ke saluran darah yang ada di otak kita? Dengan bersujud. Itulah hadiah Allah. Bagi mereka yang solat, yang bersujud akan terpeliharalah salah satu organ penting di badan kita yang kita tidak menyedarinya. Bagi orang yang berdiet, solat adalah senaman yang paling sempurna dan paling baik bpuluh2 kali berbanding senaman ‘yoga’. Mengapa kita harus buang duit utk pergi kelas yoga?? Membazir..!! Hadiah dari Allah dengan membantu kita utk berjimat. Ya Allah.. Ampunkan aku kerana aku tidak menggunakan hadiah kurniaan-Mu sebaik mungkin. Bila satu hari tak borak dan mendengar suara orang yang aku cinta, aku sunyi. Hati aku kosong. Aku resah. Mood aku pun bleh hilang. Tapi mengapa aku tak merasakan sesuatu bila aku tak solat? Adakah cinta aku pada ‘manusia’ lebih mendalam dari mencintai ‘Pencipta manusia’?? Nauzubillah… aku berdosa. Aku hanya mengingati-Nya ketika aku susah. Berdosanya aku! Aku berdosa. Aku benar2 hina. Bila aku duduk merenung dan fikirkan segala dosa2 aku, baru aku sedar dan perasan. Jika aku menjaga hubungan aku sama Allah dengan baik, pasti hubungan aku dengan manusia jugak pasti “tip-top”. “Ya Allah, sudikah Kau membantuku?? Aku ingin menjadi hamba-Mu yang paling baik, paling taat, paling mulia. Aku menginginkan perlindungan-Mu dari segala sifat malasku utk beribadat dan menghubungi Kau, Ya Allah. Peliharalah kasih sayangku Ya Allah. Aku harap, aku mampu utk menjaga dan menggunakan hadiah yang Kau berikan pada aku ya?? Aku harap aku tetap setia dengan Kau wahai Allah ku sayang. I love youuuu…. Aku adalah milik Kau secara mutlak”. –THE END—
(Luahan hatiku: AKU TAK LAYAK UTK KE SYURGA-MU TAPI TAK PULA AKU INGIN UTK KE NERAKAMU. NAUZUBILLAH.. renung-renungkan dan amal-amalkan!!)

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...