Friday, November 19, 2010

Tolong Ikut Ini Harga La Hoh!!



Zaman sekarang... Nak masuk tandas pon kena bayar over than 20 cent. Tengok tempat jugak. Kalau yang agak exclusive, kena bayar RM2 per entry. Siap ada perfume untuk sembur kat badan korang. Mana tau kot lepas 'melabur', ada bau yang kurang enak melekat kat baju korang ke kan?? Perfume jenama 'bodyshop' tau. Bukan cekai2 punya. Hahahah... Tapi aku bukan nak cerita pasal bayaran untuk masuk tandas. Nak cerita pasal lain sebenarnya. Tapi saja selitkan TANDAS sebab hari ni kan 'HARI TANDAS SEDUNIA'. Memang dah diistiharkan Hari Tandas Sedunia jatuh pada 19 November setiap tahun. 


Hahhhhhh...
Sila tengok foto di atas. Baca! Tu semua kena baca sebab tu la syarat2 yang dikenakan sebelum nak fotostat kat kedai fotostat. Not bad gak la. Wa salute kat owner kedai ni. HikHik... 


1) Fotostat sekeping berharga 10sen.
Ni kira memang harga standart la. Kat mana2 kedai fotostat pon akan letak harga yang sama. 
= LULUS.


2) Fotostat depan belakang berharga 20sen.
Ni pon sama. Depan belakang dah kira 2 keping gak la. Takde masalah dengan syarat ni. 
= LULUS.


3) Fotostat i/c berharga 20 sen.
Yang ni aku agak musyhkil skit sebab i/c kecik je. Tapi boleh la. I/c agak susah nak fotostat. Kadang2 sampai 3-4 kali untuk sama shape depan & belakang. Itu pon klo depan belakang la.
= LULUS.


Dah mula lain macam secara perlahan-lahan....

4) Dalam 1 kertas, ada banyak gambar dikira 10 sen untuk 1 gambar.
Haaa.. yang ni aku rasa macam, "Ohhh.. crap!!".. Apa masalahnya?? Guna banyak ink eh?? Kalau fotostat sekeping tapi gambar besar, bukan ke kena charge 10 sen je? Sama dengan kan??
= GAGAL sebab tak adil dalam pemberian harga.


5) Dalam 1 kertas, fotostat 2-3 atau lebih, dicaj 10sen sekeping.
Aku dah baca banyak kali tapi still tak paham. 
= GAGAL sebab wacana bahasa tak sampai.


6) Tulisan/gambar dibesarkan atau dikecilkan akan dikenakan bayaran 20sen.
Aku rasa yang ni sama kes macam (4) tadi kot. Tapi aku tak puas hati. Kalau besarkan gambar mungkin dia boleh caj la sebab banyak guna ink. Tapi kalau dikecikkan, apa masalahnya?? Lagi dia untung kot sebab takde la gunakan ink yang banyak!!
= GAGAL!!


Pesanan penaja:::


1) MOHON JANGAN BAYAR GUNA DUIT 5 SEN.. 
Yang ni memang patut kot. Kadang-kadang ada gak customer yang tak nak guna duit 5 sen, dorang suka lambak kat kedai fotostat. Kesian.. Tapi as long as customer nak bayar, kira ok la.


2)  Sila bawa plastik dari rumah untuk bahan fotostat.
Nasib baik dia tak suruh bawa kertas A4 sendiri. Yang ni tak patut sebab plastik memang patut ada apa. Tapi kira ok gak sebab perkara macam ni boleh menjaga alam sekitar. Dunia tanpa BEG PLASTIK!! Yeahhh~


Kalau logik, ikut. Kalau tak logik, abaikan je. 





2 comments:

alawiah raji said...

peh...mcm2 yek skrg ni...

Unknown said...

kalo toilet cam ni n nk msuk kena bc btl2 mau xsmpat msuk..hehehe

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...