Friday, April 17, 2009

Jangan la nak jadi macam obor² time dating..!!

Semalam akak aku bawa aku pi makan kat restoran Johnny kat JJasco sempena besday aku. Ms aku naik 'eskelator', ada la couple tu kan main mesra lagi depan kitorang. Jap lagi elok2 je turun dr 'eskelator' tu, couple tu td tetiba mcm stuck kat tangga tu. Kitorg ingat gerfren dia tu jatuh. Rupa2nya nak tau apa yang jadi? Skirt gelfren dia tsangkut kat tangga bgerak tu. Waaahh.. gawat!! Pompuan tu muka memang cuak giler. Dia tarik2 skirt dia tp still tsangkut.


Tetiba boyfren dia punya pandai, demi menyelamatkan gelfren dia, dia off kan tangga tu. Peehh... tindakan dia memang bijak. tapi dalam masa yang sama, dia la jantan yang paling bodoh bagi aku. Memang klo dia offkan tangga tu dia akan dpt selamatkan gelfren dia. Tapi tindakan bijak dia tu membahayakan kitorg yang still lagi kat tangga bgerak tu. Korang bayangkan la. Benda tu tgh bergerak. Tetiba berhenti secara mendadak. Issshh... Aku dan semua org yang still kat tangga tu mcm nak terlangkup!!!! Giler nak mampos. Weehh.. macamana kalau org yang paling belakang terlangkup? Aku yang kat depan ni mcmana? Eeeiii.... tak dapat aku bayangkan. Mesti aku cedera parah.

Dalam kepala otak aku time tu memang nak jotos je kepala jantan tu. termasuk gelfren dia skali. Lain kali klo nak dating tu tak payah la nak pakai mcm obor2. Pakai jela sluar. Lagi bebas. Senang nak melangkah. Ni tak. Pakai skirt yang mcm nk menyapu lantai. Geram je aku tgk muka dorang tu. Sabar.. Sabarrr............!!

Saturday, April 11, 2009

Kira kuang ajau punya awek!! Boypren dia pun sama..

Aku cukup bengang bila dengar citer ni. Ntahla.. Rasa mcm langgar pantang pon ada gak. Aku rasa kadang2 orang bcinta ni memang bleh buat kita jadi tak berfikir dengan panjang smpai sanggup korbankan benda2 yang diluar jangkaan......

Gadis: Abg, alangkah bahagianya jika saya dapat melihat dunia ini dengan mata yang sihat. Alangkah bahagianya saya jika saya dapat melihat wajah abg seperti mana abg melihat wajah saya. Alangkah bahagianya saya jika kita dapat mengharungi kisah cinta kita ni bersama sehingga akhir hayat kita... (oppss.. agak jiwang skit part ni)

Boy : InsyaAllah sayang. jika diizinkan Tuhan, sayang akan tetap dapat melihat apa saja yang sayang ingin melihat. Hmmm.. sayang, sudikah sayang menjadi permaisuri hidup abg?

Gadis : Abg tak menyesal dapat isteri mcm Gadis?

Boy : Abg takkan menyesal dan abg akan sentiasa bersama dengan sayang.. Abg janji.

Selang beberapa hari.....

Boy : Sayanggg... Abg ada berita gembira buat sayang. Sayang dah dapat penderma mata yang sesuai buat sayang. Tak lama lagi sayang akan dapat melihat apa yang sayang idamkan..

Gadis : Really?? Alhamdulillah...

2 bulan kemudian........

Gadis : Aduhh... sakitnya mata saya doktor.

Doktor : Buka mata perlahan2 yaa..

Boy : Sayang, sayang dah nampak ke?

Gadis : Maaf, encik ni siapa?

Boy : Ni abg sayang. Bakal suamimu.

Gadis : Abg? Napa abg..... Hmm.. takde apa2 la.

2-3 hari kemudian...

Boy : Sayang, abg rasa dah tiba masa kita kawin. Lagipon sayang dah dapat melihat dan dapat mencapai impian sayangkan?

Gadis : Abg, boleh tak kita bincang sikit?

Boy : Boleh sayang. Apa dia?

Gadis : Sebelum tu Gadis nak minta maaf klo apa yang Gadis bakal cakap ni akan menyakitkan hati abg. Sebenarnya Gadis dah fikir. Gadis rasa gadis dah buat keputusan untuk terpaksa tolak lamaran abg tu..

Boy : Kenapa sayang??

Gadis : Gadis nak minta abg bg Gadis peluang. Yela.. Sebelum ni Gadis tak nampak. Gadis seolah2 tiada pilihan untuk memilih. Jadi, Gadis nak minta jasa baik abg untuk lepaskan Gadis untuk gadis membuat pilihan untuk menentukan hidup Gadis selepas ni. Gadis minta maaf sangat. Abg memang seorang lelaki yang baik. Memang tak dinafikan. Tapi Gadis..... Susah Gadis nak jelaskan. Lepaskan Gadis..

Boy : Sampai hati Gadis buat abg mcm ni. Baik.. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Abg dengan berat hati akan melepaskan Gadis. Abg harap Gadis bahagia dengan pilihan Gadis dan abg berdoa semoga Gadis temui cinta sejati yang boleh mencintai dan berkorban apa saja untuk Gadis. Tapi cuma satu yang abang ingin pinta...

Gadis : Apa dia abg?

Boy : Abg cuma nak minta, tolong jaga 'kedua-dua belah mata' abg dengan baik kerana hanya itu saja pengorbanan yang abg mampu yang buat utk Gadis..

Rupa-rupanya, mata yang ada pada Gadis itu adalah mata Boy yang didermakan kepada Gadis hanya kerana ingin melihat impian Gadis yang dicintai tercapai.

Moral: Kalau aku, aku tak marah sangat dengan si Gadis tu. Tapi aku akan marah giler dengan si Boy sbb kenapa la dia bodoh sangat bagi kedua-dua belah mata dia?? Bagi sebelah je cukup la. Baik sangat. Last2 sapa yang merana?? Janganla kita terlalu taksub dengan sesuatu cinta yang belum pasti menjadi milik kita. Aku juga berdoa mudah2an aku tak terjebak dengan kisah cinta seperti ini. Sungguh kejam bagi aku. Damn it..!!!

Wednesday, April 8, 2009

anak manusia ke anak penguin???


Aku tak paham la.. Pakaikanla budak ni saiz yang sesuai... Kesian aku tgk.. huhu. Siap pakai comin mato laie hah!! Adoiiyaii...


Aku segalanya.....

Hahaha.. Aku la heroin boss aku. Aku seorang pekerja yang hebat.... Yaaa.... Aku la yang bleh buat segalanya. Aku la pekerja yang paling bijak bagi boss aku... " Erfiza, u kan pandai. Ur kapasiti masih boleh muat lagi kan? I know u.."... Shit!! I hate that 'sentences'... AmsterDAMN you!!.... Aku tak payah nk jadi 'student AF7' pon dah bleh jadi 'Qaud'. Aku 'Qaud' smua job. Taikkan????....


1. Aku tukang control OEE bagi "MOLDING"

2. Aku tukang buat 'OBEYA REPORT' untuk "MOLDING"

3. Aku tukang settlekan masalah² yang ada kat "ASSEMBLY"

4. Aku tukang settlekan system² bangang untuk "STORE"

5. Aku tukang cuci 'water filter' klo dah berkerak (ini benda yang paling buat aku bengang)

6. Aku tukang buat 'SOP(Standard Operation Procedure)

7. Aku tukang menjawab ngan customer klo customer tak puas hati ngan barang or delivery

8. Aku tukang buat, control, settlekan 'EFFICIENCY' for smua dept

9. Aku tukang buat air

10. Aku tukang betulkan 'photostat machine'

11. Aku tukang fotostatkan 'management report'

12. Aku tukang hantar 'sample parts' kat company sblah yg merupakan adik-beradik ngan company aku (walaupon pkara ni jarang berlaku, tapi tetap buat aku benci dan tak ikhlas nk buat keje tu!)

13. Ni kerja yang bukan under boss aku iaitu tukang tanam cendawan, petik cendawan, jual cendawan, jual baja ( ni memang keje yang paling aku suka dan enjoy!!! Aku ikhlas melakukannya.)

14. Aku tukang angkat panggilan talipon.


Weehhh.... Ingat aku punya kapasiti 16Gb ke yang bleh upload and simpan banyak?? Jangan salahkan aku klo aku lupa or salah buat benda2 yang bukan kerja aku. " I'm ondaway to be crazy!!". Itu merupakan 'statement' budak2 operator Nepal yang tension dengan keje dorang. Aku pon dah terikut2 cara dorang cakap. Hehe... Isshh... Otak aku dah takleh nk control. Bila 'sereberum, serebelum and mendula oblogata tak bleh nk conbine each other dgn baik, mula la aku punya perangai berubah sedikit demi sedikit. Ketensionan aku menjalankan tugas kat company ni sampai aku:

1. Buat keje sambil menitik air mata (sampai tahap mata aku bengkak2).
2. Buat keje sambil mencarut (adakala sebut 'benda' sndri!)
3. Buat keje sambil sebut " Aku benci Mr. %#$#@"
4. Buat keje sambil tendang2 meja
5. Buat keje sampai tak leh nk jawab talipon sbb aku tau pasti orang yang kol aku tu akan dpt smting iaitu " FREE MAKI"

Senang citer, orang yang ada pHD pon blom tentu dapat buat keje mcmana aku buat. Aku merangkap engineer, general clerk, production clerk, secretary, taukeh cendawan, coffee girl, admin.. Apa lagi yg harus disumbat dlm otak aku ni huh???????????????

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...