Wednesday, December 16, 2009

Sakit.. Aku malang dalam cinta..

Sakit bila cinta tak berbalas, cinta dipersiakan. Ini semua berkaitan dengan hati...

Aku dah terbiasa dengan keadaan yang macam ni.. Selalu kena reject. Kadang-kadang sampai ada yang tak bertegur sapa sebab takut kalau aku tersuka kat dorang.. Hmm.. kesian jadi aku!! Sebenarnya memang aku tak ada niat nak punya perasaan yang hanya 'syok sendiri'. Kadang-kadang benda ni datang secara tak sengaja. Aku plak jenis orang yang mudah jatuh cinta, mudah suka pada orang. Tapi Tuhan tu Maha Kuasa. Dia kurniakan aku hati yang mudah.. Mudah menerima cinta dan mudah untuk menolak cinta (mudah suka, mudah benci). Jadi, aku tak la susah sangat nak ubati hati aku yang selalu terluka. 

Banyak kejadian yang aku dah lalui. Dah naik lali tapi tak pernah serik langsung. Aku mengaku, aku selalu menipu. Tipu pada diri sendiri, tipu pada mereka yang aku suka. Tapi bukan niat aku. Aku lebih suka memendam daripada orang yang aku suka tu mengetahuinya. Untuk keselamatan daripada terus berenggang dengan mereka. Aku tak tahu la. Maybe aku kena sumpahan??!

Setiap kali aku suka pada seseorang tu, mereka mesti suka pada teman aku. Dorang macam tak pernah nampak aku yang ada depan mata dorang. Kenapa?? Aku jelik sangat ke?? Aku kurang bijak?? Tak pandai nak ambil hati dorang?? Aku fikir, mungkin aku ni orang yang membosankan. Serius aku cakap. Memang selalu.. selalu!! Dorang takkan nampak aku yang wujud depan dorang. Lelaki2 ini akan menyukai teman aku. Lelaki ni akan lebih selesa berkawan dengan aku. Aku ni dijadikan tempat dorang untuk mengadu masalah, tempat untuk mengutuk & etc. Sedih jadi aku!!!

Bila aku cakap macam ni, adakah aku seorang hamba yang tak bersyukur?? Maafkan aku Ya Allah...

Dulu aku pernah jatuh cinta pada sorang abang yang satu tempat kerja dengan aku. Tapi dia kemaruk gila dengan kawan baik aku. Padahal, dia rapat ngan aku. Dan kawan aku tu pon tu pon tau aku suka kat abang tu. Tapi rezeki tak menyebelahi aku. Dia menganggap aku macam adik dia sebab cara aku yang persis adiknya. So, terpaksa la aku lepaskannya... Aku masih menunggu... Aku gagal!!

Kedua, suka pada teman seperjuangan aku. Aku jaga dia. Aku buat apa saja demi menjaga hati dia, menyenangkannya. Aku terima kelebihan dia.. Aku terima kelemahan dia. Pokoknya, aku terima dia seadaanya. Tapi dia tak endahkan aku. Cara dia layan kawannya lebih indah dari layan aku. Kawan dia lebih penting. Aku hanya boneka!!! Aku jumpa parent dia. Tapi dia langsung tak ingin nak jumpa parent aku. Aku tau dia bukan dari family yang senang. Dan aku tau takat kemampuannya. Aku terima seadaanya. Tapi aku pulak yang difitnah orang. Kata aku kikis hartanya.. Apa tindakannya bila dengar aku difitnah???  Hanya diam. Ya Allah!! Lebih baik aku mengundur diri.... Nangis berteleku di atas sejadah.. Allah itu masih disisi aku.... 

Cinta pada teman yang selalu bekerjasama dengan aku. Bagi aku, ini kisah yang paling tragis. Aku benar2 rasa tertampar. Rasa tertipu dengan perasaan yang aku wujudkan sendiri. Aku jadi bahan untuk diketawakan. Itu yang buat aku tak boleh nak menerimanya sampai sekarang!!!! Aku tersuka kat dia sebab dia layan aku baik. Pandai amik hati aku. Riang and what ever... Tapi, rupa-rupanya dia hanya baik depan aku. Belakang aku??? Biar Tuhan yang tau. Aku dihujani cerita2 yang kurang menarik. Dia ketawakan aku.. Sepupu dia pun ketawakan aku. Teman baik aku sendiri pasti ketawakan aku.. Aku macam seorang budak yang bodoh, meluahkan perasaan hati dan layan dia macam boyfren aku sendiri. Satu tindakan yang bodoh dalam hidup aku!! Aku mungkin tak dapat nak maafkan... Mungkin mulut boleh kata. Tapi jauh disudut hati aku, aku masih berdendam. Aku takkan maafkan. Takkan!! Hanya Allah yang mampu mengubah hati aku..

Tersuka pada teman aku yang paling rapat. Ini dah lama dah. Dia lah kawan aku dari kecik sampai besar masih lagi jadi sahabat aku. Masa kecik-kecik, beli jam sama. Time sekolah, selalu duduk dekat dengan aku. Klo tak duduk, belakang aku, dia mesti duduk depan meja aku. Paling koman pon dia mesti duduk satu barisan aku.Bukan kitorang yang nak duduk dekat-dekat. Tapi cikgu yang aturkan.. Masa darjah 6, kami berpacaran. Gila kan?? Tapi lepas tu jadi kawan je. Alaa.. Cinta monyet.. Dia orang yang paling ambil berat tentang aku. Setiap minggu, dia mesti tanya kabar aku. Sampai sekarang. Dia alim. Baik budi pekerti. Semua orang tua suka dia. Dia memang sangat polite. Alhamdulillah, dia jarang tinggal sembahyang. Jadi mat surau lagi. Masa aku perasan yang aku ada perasaan kat dia, time tu plak dia bagitahu yang dia jatuh cinta dengan salah sorang sahabat baik aku.. Aku hanya mampu diam! Aku jadi penasihat dia tanpa rela. Dia couple dengan sahabat aku tu tapi sekarang dia dah solo kembali. Happy?? Nopp... Kalu dia suka kat aku pon, aku macam terpaksa menolaknya sebab hati aku dah tawar dan aku dah set kan hati aku. Dia sahabat aku selamanya.....

Sahabat II... Cinta datang dan pergi. Kini dia kembali berputik. Dengan........ lelaki yang semakin lama semakin rapat dengan aku. Memang dah lama aku suka tapi aku tak pernah nak mengiyakannya sebab aku tau aku tak layak untuk dia. So, perasaan tu belayar entah kemana. Tapi kali ni perasaan indah tu lain daripada yang lain. Dia layan aku dengan baik. Sangat luar biasa. Tapi disebabkan kami kawan rapat, mungkin dia tak pernah ada perasaan yang macam aku rasa agaknya. Mula-mula aku tak perasan yang aku suka kat dia. Dengan nama Allah, aku tak mampu nak pandang mata dia. Sungguh indah ciptaan Allah. Aku rasa macam dia korek mata aku kalau aku pandang mata dia. Pandangan mata dia tu buat aku sakit perut. Sakit sampai ke jantung.. Aku telan air liur banyak kali supaya perasaan takut tu hilang.. Fuuhh.. Bayangkan?? Sampai macam tu sekali. Dia tempat aku mengadu selain "sahabat aku masa kecik" tu. Aku suka dia sebab dia punya kekuatan dalam kehidupan dia. Dia tahu apa yang dia nak lakukan untuk majukan diri dia. Dia punya tanggungjawab yang besar dalam menjaga family. Family bergantung pada dia. Macam-macam masalah dia handle tapi tak pernah tengok dia mengeluh. Entahla.. Mungkin sebab perasaan suka tu dah tutup segala kekurangan dia dipandangan mata aku ni. TApi aku paling suka sebab dia jenis orang yang berusaha. Itu yang buat aku jatuh cinta. Tapi, perasaan ni aku terpaksa pendam sebab akutau.. Aku kan selalu malang dalam cinta?! So, diam lebih baik. Dia pon mula-mula tunjuk respon tapi lama-lama macam hambar. Hmmm.. takde harapan la tu.. 

Allah itu Maha Mengetahui.. Aku berserah pada takdir-Nya. Aku percaya pada-Nya bahawa ada seorang insan yang bakal dikurniakan khas buat aku.. Aku selalu buat solat hajat seperti yang diwar-warkan oleh sahabat aku, kak serikandi. 

" Ya Allah, jika aku ditakdirkan jatuh cinta, cintakan aku pada insan yang melabuhkan cintanya pada-Mu supaya aku dapat melabuhkan cintaku lebih dari cinta pada diriku sendiri..." 

I'm give up but life must go on..... 

Aku hanya nak melihat orang-orang yang aku cintai, pernah menyintai, tak cintai lagi itu hidup bahagia dengan kehidupan kalian.. Aku okay-okay aja dengan kehidupan aku.. 

Cinta pada Allah.. Sesungguhnya mencintai Allah itu tidak pernah menyakitkan... I Love You Allah!!

2 comments:

Karen Yaacob said...

hati, perasaan, cinta,kasih dan sayang mmg sakit beb.. ada masa bahagia tp seimbang antara bahagia dan duka. b'sabar lah, mungkin ada yg lebih baik utk ko, sebab tu ko asek ditemukan dgn org yg salah.. sentiasa bdoa, busaha dan b'tawakal utk semua urusan ok ;) tmasuk soal hati dan perasaan.. XD

indah-eirfy-andika said...

thanks my dear.. aku smpai give up bila pikir smua ni.. kadang2 aku rasa aku yg suka mjauhkan diri aku drpd lelaki sb aku takut dorg tak suka kt aku... dan aku takut aku tsuka kat dorg.. aku jenis yg susah nk kawal klo dh suka.. sedih jd aku.. aku sntiasa bdoa.. mudah2an kita sesama dpt org yg tbaik...

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...