Tuesday, December 22, 2009

Payung Emas? Bakal Suami? Layakkah Aku??

Perbincangan aku dengan sahabat-sabahabatku mengenai payung emas secara tidak sengaja memang sangat hebat. Maaf!! Terpancar kecetekan agama aku sampai aku tak mengetahui pasal topic ni. Soalan pertama yang aku ajukan masa mula-mula dengar perkataan payung emas, " Payung emas tu simpulan bahasa ke??".. Huhh.. Soalan yang mngecewakan tapi takpe. Aku sanggup malu janji aku dapat mengetahui maksudnya.

Payung emas bermaksud seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi tanpa paksaan adalah orang yang bakal mendapat payung emas di syurga. Subhanallah.... Allah Maha Pemurah dan dengan senangnya wanita itu diangkat martabatnya di sisi Allah. Tapi bagi aku, ia bukan mudah seperti yang disangka jika aku ditempatkan dikalangan golongan wanita tersebut. Nauzubillah..

Aku menginginkannya tapi aku tak mampu. Maafkan aku...
Sesungguhnya aku kenal siapa diri aku. Tapi aku tak tahu tahap kemampuan aku. Aku tak mampu mengukur tahap kesabaran aku sendiri samada masih waras, masih boleh waras atau memang tidak mampu untuk mewaraskan diri kalau aku menerima POLIGAMI.
Aku akan menerimanya jika aku mempunyai kekuatan mental dan kepenuhan iman dijiwa aku ni. Sejujurnya aku tak nak menambah dosa yang sedia ada. Cukuplah dosa yang ada sekarang ni. Aku tak mampu...

Dosa..
Jika aku mengizinkan suami aku berkahwin lagi, aku akan membenarkan dia bernikah tanpa rasa rela. Aku berdosa..
 Bila tak ikhlas, aku akan cemburu kerana suami aku dikongsi dengan wanita lain. Aku berdosa..
 Bila cemburu, akan hilang perasaan tidak percaya pada suami. Aku berdosa..
 Bila tidak percaya, kasih sayang dan cinta pada suami aku kian pudar. Aku berdosa..
 Bila cinta pudar, aku tak mampu nak menjalinkan hubungan dan tanggungjawab sebagai isteri yang sempurna untuk suamiku. Aku berdosa..
Bila tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan sempurna, aku akan menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati suamiku pada aku. Aku berdosa..
Bila tidak puas hati, akan berlaku pergaduhan antara aku dan suamiku.. Aku dan dia berdosa.
Bila berlaku pergaduhan, hati semakin panas dan syaitan semakin menggoda dan keimanan dalam hati semakin menipis, penceraian yang dilaknat oleh Allah bakal berlaku. Aku dan suamiku berdosa...
Kami berdosa kerana kerana sikap kami, anak-anak yang tak berdosa jadi mangsa keadaan. Anak-anak kehilangan Abi disisi. Anak-anak kehilangan Bonda disisi. Masih aku mahu melihatnya?? Tidak!!

Dengan keadaan yang aku fikirkan bakal berlaku jika aku menerima poligami, adakah aku masih layak untuk mendapatkan payung emas disyurga? Semua itu Allah yang mampu menilainya. 


Sebelum berkahwin, aku punya syarat-syarat perkahwinan bakal suamiku:
Aku cuma mahu mengajukan syarat-syarat ini dan menjadi sahnya akad nikah. Diri aku akan menjadi halal jika syarat ini mampu dipenuhi oleh bakal suami aku nanti. Yang pertama setelah bernikah, aku harus tetap seperti dulu. Bermaksud, aku bebas untuk bersama dengan family aku sendiri tanpa ada bermasam muka dan paksaan. Tapi ia tidak bererti aku akan mengabaikan family suami aku..Aku bebas bersama mereka untuk hubungan mahupon pekerjaan. Kedua, aku mahu dinikahi tapi dengan syarat selama aku hidup dan masih mampu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri yang sempurna, bakal suami aku tidak boleh menikahi wanita lain. Adakah syarat 'tidak boleh bernikah lain' itu salah? Jawapan aku TIDAK. Para ulama telah mengulasnya dengan panjang lebar dan syarat2 yang telah ditetapkan itu adalah SAH. Aku tidak mengharamkan poligami. Dibahagian mana yang aku menyatakan aku mengharamkan poligami? Jika sang suami ingin menikahi 4org wanita sekaligus sekalipon, silakan. Anda punya hak. Tak ada masalah buat aku. Tapi itu bermakna, aku bukanlah salah seorang dari isterimu, wahai bakal suamiku. Aku hanya mengajukan syarat-syarat yang bermanfaat buat aku dan anak-anakku kelak. Dengan jelas syarat-syarat sebegini tidak merugikan bakal suami aku nanti.

Aku menginginkan cinta yang halal. Jika diizinkan Allah... Kurniakanlah aku dengan...
Suami yang mempunyai pegangan agama yang kukuh kerana aku bukanlah wanita yang solehah.
Suami yang mempunyai harta kebendaan kerana aku tidak mempunyai aset untuk dikongsi bersama.
Suami yang mempunyai harta dunia (yakni keluarganya) kerana aku nak mengembangkan silaturahim di antara kedua-dua belah keluarga kami.
Suami yang mempunyai kasih syang yang menggunung terhadap aku sebab aku mempunyai kasih sayang dan cinta yang sebesar alam untuk dicurahkan buat suamiku.
Suami yang sentiasa sudi meminjamkan bahunya untukku sebab aku mudah menangis dan mudah-mudahan bahu dia mampu untuk menenangkan aku. 
Suamiku bukan dari golongan orang yang pemarah kerana aku tidak suka pada kekerasan dan aku wanita yang mudah memberontak.
Suami yang mahu melakukan apa saja demi aku sebab aku sanggup melakukan apa saja demi suamiku nanti selagi tidak melanggar syarak.


Layakkah aku??
Rahsia itu hanya Kau yang tahu.


6 comments:

kimmy said...

sgat setuju tapi banyak mana pun kau fikir pasal hal ni, kita takkan tau jugak apa keputusan kita pada masa itu. Yang penting laki kita tu nanti adalah 'suami', 'anak' dan 'ayah' yang baik. Ada juga yg tak berpoligami tapi hidup macam takda laki.

indah-eirfy-andika said...

perkahwinan tu nasib.. Ada yang indah sblom bkahwin tpi mati cinta bila lepas bkahwin.. Ada yang tak penah bcinta sblom kawin tp cinta ke syurga slepas kawin.. Tak salah kita mcuba nasib kan?? hmm... aku nk kita smua bnasib baik.. aminn...

miza said...

aku pun tak kan dpt payung emas ni. aku kata kat laki aku,

"takpela wak takde payung emas. dapat payung ambank pun jadilaaaa..."

aku tak cukup kuat nak pakai payung emas. berat!

indah-eirfy-andika said...

miza,

hahha... tau takpe.. pakai payung ambank??!! mmg sengal!! yela wehh.. klo la laki ko yg dpt payung emas tu pon, aku rasa dia pon tak larat punya.pcayalaa.. hahah

Ayuza Yusof said...

Sy setuju dgn pandangan awk...

Eirfy Oth said...

thanks ayong.. :)

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...