Sunday, October 11, 2009

Jadi Ke Tak Jadi Nih pada 06.10.09???


GENG YANG TERLIBAT DALAM KEJADIAN INI:
  •  Indah Eirfy Andika (Blog ni punya TUAN)
  • Iema Rapunz
  • Hawa Shopaholic (Dia ni Hawa yang pertama yakni HAWA HAMID) (Ada dua lagi HAWA yg lain. Hawa dua: HAWA ALWI Dan Hawa tiga: HAWA BLACK!!) - Nama yang color merah tu tak join dalam ini citer. Mereka sibuk-
  • Guntur Al-Gunnah
  • Fitri Pito
  • Karen Yaacob
  • Eddie (yang menjadi amateur photographer utk kami)
  • APEK (besday boy)

Bunyi macam emo semacam je kan?? Memang.. Hahhh.. Memang aku tengah emo. Yela, mana tak geramnya? Bukan ke aku and my frenz ada plan baik?? Dah seminggu aku plan ngan dorang bagai nak gila. SMS bukan main hebat. Tak kurang juga dengan chat kat YM. Pastu, sambung plak ngan calling2 each other. Wahhh.. Payah sungguh keadaan kali ini. Takpe.. Janji apa yang di plan adalah yang TERBAIK!! Tetiba ada anasir2 dan ura2 macam nak cancel. Aku memang angin sampai urat kentut pun nak terputus ni hah!!

06.10.09

Tarikh keramat apa nih?? Inilah tarikh yang dinanti2kan oleh kami semua yang berpenat lelah perah otak untuk melaksanakan PLAN yang kami maksudkan. Hari ni besday APEK, yakni nama melayunya "HISHAMUDDIN" or nama cinanya "YAP HIS HAM", bukan adik beradik dengan YAP AH LOI (peneroka bijih timah terkenal di tanah melayu pd zaman perang dulu ) tp kawan baik dengan YAP YONG SENG (mamat paling pandai math masa zaman sekolah menengah dulu) hehehe~

Kalau kalian nak tau, macam-macam halangan dan perkara2 yang membolehkan segala apa yang dirancang ini bakal cancel bila2 masa. Mari kita imbas kembali apa yang telah terjadi........ ~grengggg..ling ling linggg (bunyi kerincing yang selalu kuar klo kita nak mula berfikir mcm citer dongeng dalam TV3) hehe..

  • BESDAY BOY OVERTIME SAMPAI MALAM.
Gawattt..!! Karen call aku. Dia kata si apek keje sampai malam sebab dia tengok dalam status apek dalam YM dia. Alamak aii.. Kebetulan aku tak buka YM sebab banyak keje. Klo aku sign in, memang confirm keje aku tak siap. Arrgghhh... Takpe la. Kalau si apek tak bleh nak datang, kiorang buat reunion sendiri jela. Kira weekly meeting. Hehehe~ Ok. Nexttt.........


Besday boy (apek) & Eddie (tak pakai spec)
  • KAREN TAK DAPAT JOIN.
Aku dapat msg dari smbody. Ohh Karen.. Msgnya berbunyi, "Yang, sori xdpt join. Mak aku ada hal kat opis. Aku takde transport nak gerak ke sana. Sori sgt2. Have fun dan kim salam kat smua.".. Sahabat aku si Karen Yaacob tak dapat nak join kitorang malam ni sebab mak dia pakai kereta. Kesian. Mak dia ada kerja. So, tak dapat nak menghadirkan diri untuk sesama menjayakan plan ni. Aku tak kesahla.lagipon dia dok jauh dari tempat yg dijanjikan. Ok..pass!! Plan akan tetap dijalankan spt yang dirancang.

Sebelum masalah lagi satu berlaku.................................
Dengan happynya i drove my car pergi kedai SATAY untuk tempah. Aku msg Hawa dulu nih. "Hawe, kita nak order berapa cucuk nih?? Aku order 80pcs la ye?? Lebih tak apa. Budak laki boleh makan. (Dalam hati aku:.. Aku pun boleh makan) eheheh~ Satay dah order... Aku buat downpayment RM29. Ada lagi balance RM27 lagi memandangkan 0.70sen/per satay. Lalalalaaaa~
  • HAWA ACCIDENT
Haiii.. Dah ketentuan Illahi. Pada malam sebelum tarikh 0610.09 tu, Hawa accident plak. Tapi syukur Alhamdullillah sahabat baikku itu selamat dan tidak mengalami kecederaan pun. Cuma "baby"nya cedera dan terpaksa dihantar ke klinik kereta untuk diperbaiki. Kalau dah nama pun accident. Perasaan terperanjat tu pasti ada. Mood pon dah lari. Malam tu dia msg aku yang dia maybe tak dapat nak join or memang confirm tak dapat join langsung laaa.. Dia nak settlekan hal kereta dia. Lagipon, dia takde transport nak gerak. Hahhh??? Adoyaiiii.. Aku plak tetiba jadi moody. Macamana nih?? Satay baru je aku order.. Hahhh..udah. Buat hal.

  • MSG KAT GENG AKU SEMUA.
"Geng, plan kita CANCEL!!!!!!!!!!!!!"................

Haaaahhhhh...... Time ni memang line aku busy gila2. Berduyun2 dorang hantar msg.Lambat balas, dorang call terus. 1st skali yang call, Guntur. Weehh.. Apa apa kes?? ( perkataan 'apa apa' tu bkn typing error, tapi saja ajuk cara dia ckp. Gagap!!) Hehe..Maaf ye abg Gun. Ni puji btol2 nih. Walaupun gagap, tapi cara cakap ala2 gagap tu nmpak comel. Comel la sangat.) bla.. bla..bla.... k. Sambung balik apa yang kita citer tadi. Aku cakap la yang Hawa tak dapat join utk esk. Bila bincang2, dia tanya. Kalau Hawa takde, korang ok tak?.. Ofcoz la aku tak ok N yang lain pon sama kot. Hawa yang tukang deal dengan Eddie (orang yg dipertanggungjwb bawa apek ke tempat plan). So, hmmm..ok! Guntur nak pi pujuk Hawa. Siap dia cakap, "serahkan pada yang pakar!).. Huhhh.. aku tau la kau tu kasanova terhandal kat lembah klang nih. So, aku mempercayainya.  Pito plak call. Benda yang sama... Aku pun suruh
Pito pujuk Hawa. Jap lagi dia call aku balik. Dengar suara dia dengan nada yang sedih.. "Wehh, tadi Hawa bgtau ko pukul brapa ek?? Aku try call dia tp dia tak angkat. Macamana nih?".. Pulak.. Dah tido kot.. K. Bye.. (untuk pengetahuan korang, Pito sanggup datang umah Hawa untuk melihat keadaan Hawa. Risau dia tu.. Sayang wehh.. Sayang ada makna ke?? Hmmm.......... hehe.

SATAY CANCEL.

Temui jalan buntu. Aku terpaksa call mak cik satay tadi tu. "mcik, sy nak cancelkan satay yang saya order tadi bleh tak?".. "Eh, mana boleh nak oii.. Dah order kira consider sold"... "Eh mcik, tapi makcik blom bakar lagi kan satay tu?"... "Ini bisnes maa.. Mana boleh cancel nak oii.. Kau kena amik jela berapa yang ko bayar tadi."...."Kla. Saya ambil la 50pcs tu cik," kataku dengan nada yang slow dan zzzzzzzzz.... Aku terpaksa amik 50pcs sebab dah bayar RM29. Cuma kena tambah singgit lagi. Huhuuu~....
Ohhh..Guntur call lagi. "Weehh.. ko dah order satay ye?".. "A'ahh.. aku dah order". Huhuu.. " Agak2, berapa kerugian yang harus ditanggung?".."RM30. Aku terpaksa amik 50pcs sbb dah bayar awal.".. "kalau macam tu, ko ambil je satay tu. Nanti aku bayar balik kat ko.".. "Huhhh?? Aku amik?? Abis, sapa nak makan??".. "Ko makan la.. Makan sampai lebam. Aku belanja".. "Yeke nih?? Ye Yeahhh... wo huuu.. sayang ko wehh. sayang kooo..". (Sambil terlompat-lompat. Dah happy sangat sampai tak ingat. Smua org aku bedal sayang. Belasah jela. Janji lapang skit dada aku nih. Huhuuu..) 

Semua plan dah bertukar balik. Aku deal dengan Hawa. Kalau dia bleh join, Pito yang akan amik dia. So, timenya dah tiba. Kitorang cari port, bawa barang2 smua dan setup smuanya. Kena nyorok nih sbelum Apek datang. Aku pilih tembok yag paling besar. Bak kata dorang la, "pilih mengikut size badan. Ok fine".. Tembok besar mana pon, semuanya dah musnah. Apek leh nampak aku ngan Iema la plak. Yang nyorok2 kat pokok tu selamat la. aku je terkantoi sbb dia datang dari belakang aku. Pehhh... tak sempat nk nyorok tempat lain. Hampehh.. disebabkan suprise tu failed, aku kena jayakan plan yang lagi terbaik. Apa lagi.. BALING TEPUNG kat Apek!!!... dushhhh.. Amik ko...


Bila dah satu kepala?? Hav0c jadinya!!


Kegilaan kami untuk berposing...


Sebelum balik, masing-masing.............


Plan dah berjaya. So, apa lagi??? Duit bak maiee.




Time nak balik. Time untuk kamu collect duit. Masing2 kuarkan duit... Kira smua dan bayar. Kitorg tong-tong.. Apa pon, plan kali ni walaupon kabut tapi tetap meriah dengan adanya sahabat2 seperti kalian. Tak sia2 aku kawan dengan korang dari kecik. Zaman² kencing dalam seluar, buang ek ek dalam seluar, zaman² scandal antara kita dan etc.

Dari kecik sampai besar, aku still lagi dapat kawan dengan korang. Bersyukur pada Allah sangat2. Walaupon berpisah, dapat masuk asrama, masuk University, dapat keje kat tempat lain, kita still dapat berkumpul sesama lagi. Hope takkan putus sampai bila2. Aku sayang korang. Untuk Apek, "hepy besday my dear Apek yang 'apek' sentiasa."............... Ummuahh utk smua..


-The End-


 

1 comment:

Karen Yaacob said...

hoooo.. ko pn ade blog ghupenyee... huhuhuh~

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...