Friday, August 19, 2011

Kau tempatku meminta!!!


Ada satu cerita yang aku nak share. Pasal solat!!

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk" (2:45)

Dulu....

Aku selalu tak lengkapkan solat aku. Subuh tak solat. Zuhur solat. Pastu Asar tak solat. Maghrib & Isyak aku solat sebab hati rasa bersalah pulak kalau tak solat. Tapi aku tak qada' kan waktu2 yang aku dah langgar tu. Penat. Hati rasa tak ikhlas kalau nak ganti solat tu. Rasa macam banyak makan masa. Nanti solat aku jadi tak kusyuk & sembahyang pun laju-laju. Sebab??? Nak tengok tv. Nak tengok Facebook & Youtube!!!

Dulu...

Aku suka termenung. Otak banyak berkhayal. Aku lebih suka leka. Time solat, aku suka lengah-lengahkan. Last-last, masa lalu macam tu je. Aku fikir, "nanti aku top-up la solat tu!". Sampai ke sudah. Lagi satu aku fikir, "esok masih ada. Bukak la buku baru". Tengok la perangai aku. Teruk!!! 

Itu dulu....

Lepas tu, aku rasa aku nak berubah. Aku berjinak-jinak untuk mengenali Allah. Surf internet bukan untuk benda-benda yang tak berfaedah, tapi untuk mencari blog-blog pasal Islam. Mana yang best, aku baca. Mana yang so-so, aku malas nak baca. Aku mula suka tengok cerita-cerita yg ada unsur-unsur islamic sikit macam ketika cinta bertasbih, syahadat cinta & etc. Wahhh.. Rasa macam nak tiru je dorang punya style. Nak rasa pakai tudung labuh, pakai jubah & macam2 la.

Aku solat. Aku buat apa yang aku rasa patut aku buat tapi lama-lama aku dah mula rasa kosong balik. Nak pulak aku diuji dengan ujian-ujian yang buat aku down. Aku fikir, kenapa aku rasa masih ada kurang sedangkan aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat. Aku dah solat. Aku dah doa. Aku baca Yaasin. Aku zikir. Tapi kenapa hati aku rasa tak puas?? Aku tak ikhlas ke??? Aku sendiri tak tau sama ada aku ikhlas atau tak sebab hanya Allah yang tau IKHLAS seseorang tu. Aku putus asa dan kembali ke bentuk asal. Bila aku rasa aku nak solat, aku solat. 

Suatu hari masa aku solat, hati aku rasa sedih sangat.
"Ya Allah, Kau tak sayang kat aku ke Ya Allah?? Kenapa setiap kali aku berdoa, Kau tak pernah nak makbulkan doa aku?? Adakah aku tak ikhlas di setiap sujudku?? Kenapa aku tengok orang lain semuanya sempurna tapi kenapa aku tidak?? Dorang gembira tapi kenapa aku selalu tak tenang?? Dorang selalu dapat apa yang dorang nak. Tapi aku macam orang yang tak guna. Hina ke aku ni Ya Allah??". Aku nangis terus. Nangis di atas sejadah. Aku tak tau la tangisan aku tu satu tangisan yang berkualiti atau tak. Aku tension habis!! Aku macam nak lari jauh. Aku tak nak tunjukkan muka aku ni kat siapa-siapa. Masa tu aku rasa macam aku nak lenyapkan hidup aku daripada kehidupan orang lain, kawan-kawan aku semua. 

Dalam waktu perit tu, datang seorang hamba Allah menyapa aku. Sebagai salah seorang sahabat yang aku percaya, aku cakap kat dia, "Kenapa hati aku kosong?? Apa aku buat semuanya tak kena. Aku rasa macam aku manusia yang paling bodoh. Aku rasa Allah tak sayangkan aku. Aku takde hati nak berdoa". (air mata mencurah-curah). 

Tiba-tiba sahabat aku menyuarakan satu benda. "Erfiza, aku nak kau baca doa duduk antara dua sujud dan fahaminya. InsyaAllah kau akan dapat jawapan dan kembali tenang."

Aku baca & mencari maksudnya dalam bahasa melayu.


Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamnii (Sayangi aku)


Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

Subhanallah...
Kenapa aku sampai hati mempersoalkan segala kehendak Allah? Khilafnya aku. Masa tu, aku rasa tak sabar nak solat. Aku nak mintak maaf dan perasaan rindu untuk berbicara dengan Allah tu datang dengan tiba-tiba. Serius!

Sekarang, aku masih lagi tak sempurna tapi aku tak seteruk dulu yang tak sedar dek untung. Aku bukan orang alim yang nak acah-acah alim. tapi aku nak share supaya kita sedar setiap apa yang kita lakukan. Jangan yang buruk, akan berterusan buruk. Yang baik, akan berterusan baik sampai terselit riak. Kita share apa je yang kita rasa baik untuk semua okay?

Terima kasih kat sahabat yg aku cintai yang berjaya membuka mata hati aku, Nurly Maulad Adam dan terima kasih jugak kat kawan/abang kesayangan aku yang telah mengingatkan aku tentang doa ni dan buat aku mengimbau kisah lama, abg Arol Azlan.

Aku memerlukan Allah, family & kawan-kawan untuk menjadi Erfiza yang sempurna. 

Salam Ramadhan dan semoga kita dikurniakan Allah malam Lailatul Qadar. Amin Ya Rabb.

2 comments:

Anonymous said...

info yg bguna. alhamdulillah. tx

indah andika said...

tima kasih.. Alhamdulillah jugak sb sy dh dpt bg ilmu kat org..

Selamat bbuka =)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2c29542a3e235bd59d6a644769ebd9f4

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...