Friday, January 29, 2010

Tema Perkahwinan Yang Macamana??

Soalan yang paling famous skali kalau bab kawin ni:-


a) Kawin dengan sapa dik non??
b) Hantaran kau berapa jah??
c) Tema kau apa weh?? Color??
d) Berapa agak2 belanja yang ko kena keluarkan??
f) Barang apa yang ko buat untuk hantaran??
g) h) i) blaa... blaa.. blaaa...
.....z) Ko dapat cekup laki kaya ke nyah?? Mak jeles tau... ( soalan tak bleh blah memang akan muncul paling last skali.. :p)


Bukan aku nak bincang semua skali dlm list tu. Tu cuma iklan jer..Saja suruh korang berfikir. Aku minat salah satu dari soalan tu untuk post aku kali ni. Aku nak tulis pasal tema



Kalau la aku buat survey kat korang semua, mesti aku dpat macam2 tema. Tema 'jawa', tema 'hitam putih', apa lagi??? Aku pun sama gak. Alaa.. dah nama pon perempuan. Berangan nak lebih sikit. Nak kasi up punya. So, sebelum aku kawin, aku nak gak berangan yang terbaeekk.. Dalam angan-angan aku, aku nk tema........ " Apa?? Cinderella???? Noooo... Salah tekaan korang tu". Hmmm.. Dalam banyak2 tema, tema ni la yang aku nak jauhkan. Hope hati aku tak cair la klo pasangan aku nk buat tema ala2 puteri/putera ni. Tema ala2 puteri dongeng ni selalunya akan dikaitkan dengan tema ala2 garden gitu.  Banyak flower, naik kuda and what ever. Bukan aku nak reject terus tema ni. Tak. Cuma aku agak rimas sikit sebab dah terlalu ramai kat dunia ni, tak payah duniala.. cukup utk Klang ni yang nak buat perkahwinan ala2 garden. Dah jadi macam trend dan dah tak nampak istimewa dah di mata aku ni. Semua berebut2 nak jadi 'princess'. Adoiyaii.. Lemau ar.. (Napalah ayah aku suka kasi aku main stereng keta masa kecik2 dulu..huhu *Aku bpegang pada pepatah melayu yg mnyatakan 'jangan nak salahkan ibu mengandung'. So, aku slhkan ayah aku ar" hehe*). Aku ni jenis *wanita yang suka berjalan dengan pantas. So, klo jadi princess, kena jalan perlahan dan hanya bleh buat lambaian yang sangat soft, (klo nk tau macamana lambaian tu, korang bleh tgk 'diaries princess'). Isshhh.. bleh buat aku tersungkur, tau!! Jd, aku rasa tak sesuai ngan karektor aku. Tapi, yang baiknya tema2 ala2 princess ni, dia lebih mudah untuk wedding planner cari material untuk perkahwinan tu. Budget pon bleh diterima dek akal la.. Senang.. Nak cari bunga, melambak2 bunga. Nak cari gaun, senang giler. Cuma yang susah, nak cari saiz gaun.. Hahhaha...


Aku agak pelik skit. Walaupon umur aku ' Y2K mellinium' , tapi hati aku agak 'sinarFM' laaa... Bagi mereka yang kenal aku, mungkin dorang perasan kot. Hati aku agak 'classical' banyak bkn skit. Minat aku banyak cenderung ke arah itu. Biar aku bagitau korang. Klo bab music, memang confirm ar. Kalau ayah aku buka frekuensi 'klasikFM', ada aku nak memberontak?? Takde beb. Cuma aku benci bila time dorang baca berita. Dengar lagu2 lama ni sedap weh.. Lagu ala2 P.Ramlee. Kan sedap tu? Aku dikategorikan hamba-Nya yang bertuah la kerana memiliki suara yang agak mantap. Apa aku buat dengan suara tu?? Aku masuk pertandingan BINTANG ASLI REMAJA tau. Pernah jadi juara/naib johan/sagu hati sebab kira tak menang. huhuh.. Lagu yang aku layan 'gunung banang'. 'seri kedah','lela manja', 'tudung periuk'...... Dan kena seimbang.. Hiburan dan dakwah. So, aku layan gak nasyid. Salalu jadi solo.. Ehh... dh melencong ni. Sambung balik tema. Dsebabkan ciri2 aku tadi, aku dah pilih dua tema yang aku rasa agak sesuai dengan aku. Mungkin dah penah orang buat tapi aku tetap nak pilih sebab nisbahnya sangat jarang sekali orang nak pikir tema ni. Aku nak buat tema 'puteri gunung ledang'. Maafkan aku sebab dah tak bleh nak lari dari 'puteri'. Kena jadi gak ar. huhuh... Aku suka!! Sangat classical. Dengan pakaian yang serba indah yang dilengkapi dengan 'belt' yang ala2 tembaga. Siap ada tombak, caplempong, hulubalang, dayang.. Fuhhh... tp aku kena pikir 2-3 kali gak ar sebab kena berkemban!! Memang confirm ar ramai lelaki2 diluar sana yang benci ngan laki aku sebab jeles. Hahaha... Tak bleh. Aku muslimah... So, tukarlah.. 


Nikah plak, aku nak duduk sebelah laki aku dan di atas kepala kami ada sehelai kain yang merintangi kami berdua. Macam adat orang indonesia.. Macam syok je aku tengok. Ni semua sebab terpengaruh dengan Ibu aku la ni. Asik tengok channel 'Aruna' je. Sampai aku pon terikut2 style org Indon. Klo kalian mau bicara sama aku dengan mengggunakan bahasa Indonesia penuh, aku juga bisa sih. Aku faham kok!! Heheh.. tema lain la.. NEXTTTT~


Nak sama mcm tema Mawi leh tak? Aku nak tema 1001 malam. Aku nak tema arab. Tapi aku ingat aku nak tema ni masa nikah. Aku nak pakai 'niqab' pastu masa sesi pembatalan air wudhuk tu, leh ar aku bukak niqab tu.. Biar terpana laki aku nanti.... hmm tapi... terpana ke?? Huhuuuu..~


Itu tema aku laa.. Klo korang nak tiru, kira agak kurang ajar sikit disitu sebab aku dah cop dulu. Tapi klo korang rasa aku ni 'idola' korang, silakan. Aku mengizinkannya... :p


Aku harap, suami aku dan aku sendiri mampu nak tanggung kalau nak dapatkan tema2 yang indah ni okeh??! Aminn~




3 comments:

kimmy said...

weh, tak tahan aku pkataan 'idola' tu. hahaha ok aku sgt paham dan kena beware dgn 'peminat fanatik' ko tu. ala aku ringkaskan kisah tema ko tu. tema jawa laaa. putri gunung ledang kan jawa. malam berinai jgn lupa tema bolywood.

indah-eirfy-andika said...

ofcoz bibeh... ko tau takpe.. mlm berinai dgn mlm potong kek aku buat ala2 bangra... sedara aku kan rmai yg berbangra ni. heheh

teyn teyn said...

hehe ..kite na wat tema today was a fairytale. wahahaha ..

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...