Monday, January 25, 2010

Kalau 'Bunga' Boleh Ditafsir Umpama Manusia

Bunga-bunga yang kita selalu lihat, selalu pegang, selalu cium sebenarnya kita boleh mentafsirkannya umpama  manusia. Sebagai metafora sama seperti kehidupan yang kita lalui sehari-harian. Jika diberi pilihan, kita mahu jadi seperti bunga apa selain nak jadi Bunga Cinta Lestari?? Hehehee... (Aku tersengih sorang diri, macam lawak sangat!!).. Tapi betul la kan??! Kalau aku diberi peluang pun aku nak jadi macam Bunga Cinta Lestari tu.. Lawa, body figure yang meletup, suara sedap (boleh battle dengan agnes monica kalau mampu), dapat suami kacak lagi.. Fuuhhh.. Nasib badan...


Banyak bunga yang punya kebaikan dan kelemahannya. Sama seperti manusia. Jika aku diberi pilihan, aku memilih dua jenis bunga iaitu bunga kaktus dan bunga melor. Hanya bunga-bunga ini yang mantap dalam hati aku buat masa ni. Kenapa aku memilihnya?? 


Kenapa aku memilih kaktus sedangkan kaktus bukanlah salah satu bunga yang cantik? Malah sangat merbahaya. Tak ada bunga plak tu.. Aku punya alasan aku sendiri. Aku suka sangat kaktus sebab kaktus punya banyak alasan untuk dirinya sendiri. Sesetengah orang tak suka pada kaktus sebab dia berduri. Tapi kalau dikaji, duri itu adalah salah satu senjata untuk memelihara dirinya daripada ancaman-ancaman yang mungkin boleh mencederakan dirinya (takut orang petik sesuka hati dorang je). Itukan hebat?? Umpama manusia, jika seseorang itu mempunyai sesuatu 'senjata' yang boleh memelihara dirinya sendiri macam duri kaktus tu kan bagus? Senjata yang aku maksudkan adalah seperti ilmu, iman, pemikiran yang bernas, hati yang suci yang boleh dijadikan sebagai senjata tatkala hati dilamun cinta, hati dirundum keresahan, fikiran bercelaru, kegembiraan di luar batasan gembira dan etc. "Eeeiii.. kaktus ni buruk!!"... Kaktus memang buruk, tapi kita jangan memandang rendah pada kehodohannya. Bagi orang, kaktus hanya bunga yang simple, takde daun yang berjurai-jurai. Membosankan!! Tapi tidak bagi aku. Kaktus yang dijaga baik, kaktus tu bisa membesar & meninggi setinggi atap rumah. Malah, kaktus boleh berdiri dengan megahnya dipanah teriknya matahari. Bukan tu je, dia boleh menyimpan air dengan lamanya tak macam sikeladi tu. Suka sangat membazir air. Heheh.. Kaktus buruk tapi dia sangat kuat. Bila ditiup angin, ia tetap tegap berdiri tanpa tumbang. Klo bunga yang berjurai2, boleh gugur sewenang-wenangnya. Kan kaktus tu hebat?? Sama seperti manusia. Bila orang tu tak cantik, tak bergaya, dia tidak dipandang istimewa dikalangan sesama mereka sendiri. Tak glamour la berbanding orang yang cantik vougy da vas!! Tapi kalau mereka menyingkap disebaliknya, pasti kita akan jumpa keindahannya. Don't judge the book by its cover.. Terus terangla, kalau kita tegur org yang muka tak berapa nak cantik, "ehh, muka ko ada jerawat der.. Besar siot!!".. Mesti yang tak cantik tu akan cakap, "hmm.. takpela. 2-3 ari surut la tu".. Simple answer. Klo orang cantik ditegur mcm tu, apa yang akan jadi??, " Hahhhh???!! Adoiyai.. mana cermin?? Alaaa.. abisla muka aku ni nyah. Cacatlah muka aku ni. Huhuh". Tengok. Nampak tak perbezaan?? Hanya disebabkan satu ketul jerawat, dia bleh cakap muka dia cacat??.. Nauzubillah.. Nampaknya, orang yang tak berapa cantik tu menang. Dia mudah menerima kenyataan tanpa meresahkan hatinya sendiri. Syabas! Ini bererti jika kita seumpama kaktus, itu indah. Kita kuat bila diuji dengan perkara-perkara yang bisa buat kita jatuh. Kita boleh berjaya jika kita seteguh kaktus tanpa peduli apa orang nak kata.


Bunga melor memang ramai orang suka terutamanya orang kaum india sebab dah memang jadi kebudayaan orang india untuk memakai bunga melor untuk diselitkan disanggul mereka. Hmmm... Apa yang aku tulis ni adalah mengikut inspirasi dari taman dihalaman rumah atok aku. Dalam banyak2 bunga, bunga ni atok aku tanam kat bahagian tepi laman. Aku tak penah plak tanya kenapa ditanam kat situ. Tapi bila aku perhatikan disekeliling taman, semua bunga-bunga yang popular je dapat duduk dibarisan depan laman. Macam bunga mawar, orkid even orkid liar. Napa bukan bunga melor ni? So, aku fikir, baik aku jaga bunga melor ni daripada bunga lain. Kesian.. Lepas tu baru aku kaji. Nak diikutkan, bunga melor berwarna putih. Menunjukkan kesuciannya. Dan bunga melor tu wangi jika dicium. Jadi, bagi aku klo manusia tu umpama bunga melor, ia sangat indah dan baik. Walaupun dia tak se' glamour bunga kembang pagi, ros,orkid & etc, dia tetap suci dan wangi. Semua orang suka bila menciumnya. Macam tu jugak manusia. Biar kita low profile, tapi orang akan menyukai kita kerana keistimewaan & kesucian kita. 


So, tak payah kita nak bermegah2 dengan apa yang kita ada sebab semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri masing2...


Utk kalian: Jadilah diri sendiri jika kita nak orang suka kita tanpa perasaan plastik. Jika mereka tidak dapat melihat keindahan dan keistimewaan apa yang kita ada, itu bererti 'mereka' bukanlah istimewa untuk kita. Mudah-mudahan kita dapat apa yang kita ingin kecapi. Aminn~







2 comments:

miza said...

still suka bunga tanjung. saripah aini nyanyi sedap... =P

indah-eirfy-andika said...

hahah.. sian ko. dr aritu nk nyanyi bunga tanjung kan?? apa kata nnt kita karok smpai lebam nak?? bila eh??

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...