Wednesday, September 30, 2009

Aku Nak Tengok Wayang Dengan Siapa Kalau Kau Tak Ada???


Tempat aku melepak kalau bosan dengan kerja

"Dengan izin Tuhan, InsyaAllah aku nak kawin tahun ni. Nanti, kau pandai-pandailah jaga diri ye??"............ Tetiba je mata aku bergelinang Bila dengar apa yang kakak aku cakapkan. Aku tetiba benci bila dengar benda-benda macam ni sedangkan aku memang dah tak sabar nak tengok dia kahwin secepat yang mungkin.

Kejadian ni berlaku masa kat dalam kereta nak menuju ke Jaya jasco, bukit raja. Tahan punya tahan, berderai jugak akhirnya. Bukan senang nak menahan airmata weh.. Aku memang akan gagal punya. Puaslah aku mengadap tingkap. Lamalah pulak rasanya perjalanan kali ni. Kakak aku pulak sibuk ajak borak. Bila dengar suara dia, aku jadi sedih semacam. Kenapa ek??

Bila dah jatuh mencurah-curah air mata ni, akhirnya akak aku perasan. "Kenapa ko nangis nih??"..
Hahhh.. Bila dia dah tanya mcm tu, barulah aku meraung sepenuh hatiku. Lain kali jangan tegur aku bila aku tengah menangis. Nanti makin kuatlah aku melalak.

Aku jawab, " Aku sedih bila dengar kau nak kahwin."....... "Laa, ko tak suka ke tengok aku kawin???", akak aku jawab balik. "Bukan aku tak suka. Tapi aku sedih sebab.......... NANTI SIAPA YANG NAK TEMANKAN AKU TENGOK WAYANG???"..................

Dengar je ayat aku yang sadis tu, akak aku plak yang meleleh over then me ok??!... Huhh.. Ni yang aku malas nak tengok nih.. Adoiyaiii......

Sebenarnya, that is my reason yang tak releven "tak org nak temankan tgk wayang".. Sedangkan aku ramai kawan yang bila2 masa boleh temankan. Terpaksa guna ayat tu sebab aku macam susah nak lepaskan orang yang aku sayang. Aku sedih sebab aku akan berjauhan dengan akak aku lepas ni. Aku takde kawan yang nak komen apa yang aku pakai. aku tak kawan yang nak dengar segala keluhan aku. Dengan sapa aku nak mengadu kalau aku susah hati?? Dengan sapa aku nak bercerita kalau aku tengah dilambung cinta?? Sapa nak dengar kalau aku bengang dengan somebody?? Resahnyer hati...

FOR YOU MY LUVLY SISTER:
Kak, takde kawan nak teman tengok wayang tu smua wayang yang aku buat. Sebenarnya aku takut kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Orang yg tau apa yang suka, apa yang aku tak suka. Tapi, aku tetap akan terus bdoa mudah-mudahan ko cepat dapat jodoh dan bernikah segera yang mungkin dan dapat anak kembar yang comel.. Twinkkkk~

Saturday, September 19, 2009

Berakhirnya Ramadhan...


Ramadhan Al-Mubarak


Pejam celik pejam celik, dah berakhirnya Ramadhan. Walaupon aku bukan hamba-Nya yang sempurna dan yang terbaik, aku tetap merasakan kesedihan berakhirnya sebuah Ramadhan..

Memang aku rasa tahun ni tahun yang paling mudah untuk berpuasa. Takde benda yang menghalang, yang bleh buat aku tak tahan dengan puasa. Perot aku pon baik dan tak meragam (aku ada penyakit dalam perot). Syukur Alhamdulillah.... Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan aku untuk melengkapkan rukun Islam ke -4. Dengan cuaca tidak terlalu panas, dengan keadaan persekitan kerja yang selesa buat aku lebih kuat tahun ni.. Wpon bunyi mcm budak2 yang baru nk mula bpuasa, tp itulah hakikatnya bila time posa. Aku agak susah skit bila perot kosong. Hulu hati akan mula rasa sakit dan boleh memualkan. Bila mual, muntah terbelahak ar jwbnya. Dah batal posa...

Bila memikirkan akan berlalunya Ramadhan, aku mula jadi takut dan resah. Aku rasakan amalan aku sungguh sedikit. Masih belom cukup bg aku.. Aku sentiasa leka dengan perkara2 yang melekakan aku... Aku tak menghargai Ramadhan secukup-cukupnya... Aku slalu berlengah2 untuk menunaikan ibadah dan amalan2 utk meningkatkan pahala di bulan yang mulia ini... Wpon aku bsolat, mengaji, bpuasa, tapi adakah amalan aku itu cukup utk menjadi hamba-Nya seperti yang dituntut??? Adakah dosa aku masih berlonggok??? Adakah Allah memaafkan dosa aku yang lalu??? Mudah2an.. Aku tak mahu menjadi hamba-Nya yang sesat.. Nauzubillah.....

Dengan amalan2 yang aku lakukan, adakah aku bakal menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk mendapat hidayah dan merasai malam 1001 malam yang dinanti-nantikan setiap hamba-Nya yakni malam 'LAILATULQADAR'??

Tiba satu malam............... pada malam tarikh ganjil..
Selepas baca Yassin, tetiba mata aku mengantuk sangat. Aku beralih tempat dan aku baca Yassin kat atas katil. Lepas abis baca, aku berdoa pada Allah sampai aku tertido sendiri. Aku tak tahu kenapa malam tu aku rasa betul2 ngantok. Tak seperti malam2 yang sebelum ni. Tau2 aku tersedar dari tido pukul 4.45am. Masa sahur ngan family, aku rasa mcm ada sesuatu yang berlaku pada mlm td..Kebiasaan, aku memang payah nk lelap mata. Sebelom tido, msti aku terkebil2 mata sampai aku betol2 ngantok. Pada malam tu jugak, aku tak rasa panas mcm hari biasa. Aku rasa nyaman sampai aku leh rasa ngantok. Aku bukak kipas pon just on no.1 je. Tak berpeluh2 pon. Yang peliknya lagi pada malam tu, tak ada apa2 bunyi bising. Anjing jiran aku pon tak mnyalak-nyalak.. sunyi sepi sampai aku tak sedar langsung. Aku tak haus pon. Slalunya aku akan bangun utk minum air. Tapi mlm tu tak langsung.. Aku berfikir.. Adakah malam tadi malam yg aku nanti2kan??? Jika benar, walaupon aku tak dapat merasai sepenuhnyakeindahan malam tsebut, aku tetap bersyukur kerna sblom tido, aku sempat berdoa.. Aku berharap doaku terus melepasi ke langit ke-7. Aminnn.....

Selamat tinggal Ramadhan.. Semoga ketemu kembali.. InsyaAllahh..
Selamat datang Syawal.. kemenangan yang diraikan...

Ucapanku: Bila kegembiraan menjelma, jgn lupa pada mereka yang ditimpa kesedihan. Ucapan takziah pada Nizam sekeluarga yang baru kehilangan Adiknya yang tercinta, "NAIN" yang telah kembali kerahmatullah pada pgi tadi kerana ditimpa kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan balik ke rumah bondanya yang tcinta.. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan Allah. Pasti Allah kurniakan hkmah yg indah dsebalik kejadian. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas rohnya.. Al-Fatihah...

Monday, September 14, 2009

Bleh nampak hantu

Korang nk tau?????

Akak aku si Emi tu bleh nmpak hantu....

Eeeiiii...seramnya. Nak tau mcmana dia bleh nmpak hantu?????

Sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb........ dia takde kening.. Hahahahahaaaaaa.........

Remark: Kening dia tak lebat. Nipis.. Tu yg kena ejek tu.. Syyyhhh... Kwn2 yang mengenali akak aku, tolong jgn kabarkan post ni kat dia. Biar dia baca sndri.. Dia tu dh la garang mcm kak Ros (kakak Upin & ipin). Huhuhuuuuu........ Peace!!~

Sunday, September 13, 2009

Walaupon KEMUT, aku tetap KOPAK!!

Ni malam tadi punya pasal la. Tangan ni gatal sangat. Ntah apa yang aku click smpai comp aku takde 'audio'. Langsung tak bleh nk buka 'realplayer' ke apa je yang berkenaan ngan audio. Pehh.. Hnagin satu badan. Aku nk donlod email pon takleh dah.

Apa yang aku tekan tadi huh??? Aku tak perasan. Aku click laju sgt sampai tak perasan apa yang aku tekan. Hati gundah gulana. Apa yang aku nk buat ni??? aku dah godek 'control panel', 'audio services', try tgk 'mixer device' smua dah takde. Oh my God!!! Apa aku nk buat ni?? Ahhh.. baik aku shut down. Esk try tgk balik.

Tetiba akak aku buka comp. Duushhhh!! "Apa ko dah buat ngan PC ni?? Asal au tak leh bukak email ni???"...................................... Gup gupp!! alamak.. Abis la aku.

Tadi, aku tpaksa pi kedai 'apek' (kedai member aku) tuk buat apa yang patut. Bila apek check je,... Laaa.. Apa ko dah buat ni?? Asal ko pi upgrade windows??? Huhh???............. "Ehhh, aku upgrade windows ke?? Laa.. aku tak perasan.."......

Jap lagi, kawan makan kawan.
Aku tetap kena charge mcm org lain. Skit takleh kurang ar si apek ni. Tak kenang budi. Aku pelanggan tetap pon stil nk mahal2. Klo tak kerana aku yang LAKUkan kedai dia (aku yg paling byk mslah. Baik ngan comp aku ke, notebook aku ke or laptop aku).. Tak ke untungnya dia??

Kopak..kopak.. kopak... Penat aku kemut nk menyimpan duit utk raya (nk enjoy tuk raya).. Jap lagi dh mmg bukan rzki aku... huhuuu.........

Friday, September 11, 2009

3 cerita digabung dalam 1 mimpi

Ini kisah smlm. Bak kata mmber aku, ada gak citer yg takde expired date. So, aku nk citerkan skrg.. Ada 3 citer yg blaku pada aku smlm....

CITER YANG PERTAMA.

Smlm kawan yg dok sblah meja aku citer kat aku pasal citer yg dia tonton smlm. Citer kisah QALISYA kat Astro channel prima (105). Dlm citer tu ada kisah pelajar kerdil. Kira dia ni pendek la.. Syok2 dengar, terus tpahat dlm otak aku ni 'ORG PENDEK'..

CITER YANG KE-2.

Aku bukak facebook aku. Saja nk tgk apa mmber2 aku komen. jap lagi aku jumpa besfren aku punya komen. Dia kata dia lambat lagi tuk KAWIN. Aku pon balas2 komen pasal KAWIN. otak aku ms tu set psl KAWIN.

CITER YANG KE-3.

Kisah duda. Kitorg borak2 psl apa tah. Tetiba je tkuar psl duda. Aku ckp ngan dorang, klo la Tuhan tu nak bg aku jodoh ngan duda, aku terima ketentuan-Nya. Tapi klo duda tu muka mcm 'zafrul (blakon citer SPA-Q)' atau muka mcm 'Latif (berlakon dlm citer RED KEBAYA)', insyaAllah aku terima kot. Time tu plak otak aku set DUDA.

KLIMAKS CERITA.

Dah kul 1pm. Waktu aku tido time2 posa ni (sbb tak makan lunch). Aku pi surau. Dapat je rebahkan badan. Aku terus ttido tanpa disedari. Tetiba aku rasa jari aku dipegang oleh seorang lelaki yang aku tak kenali. Aku tersedar dan terus rentap tangan aku. Dia sarung cincin ke jari aku. Lelaki tu pandang aku tepat dan terus masuk ke dalam anak mata aku ni. Aku tak endah. Aku terus marah dia. "Ehh.. apa ni?? Ehh.. cincin apa ni???".. Aku herdik dia. Dia ckp cincin apa? Dia terus bcerita. Dia kata tu cincin arwah isterinya. Dia srh aku terima lamarannya utk jadi isterinya. Dia ajak aku KAWIN. Lelaki ni DUDA. Tp time tu aku mcm tpaku, tkesima, tkedu dalam masa yg sama sgt sayu hati aku. Tetiba je ada perasaan sayang tu dtg. Jap lagi lelaki tu bangun (sblum ni dia melutut). Alamak aiii... PENDEKnya dia. Melutut dengan bdiri lebih kurang je???!.. Huhuu... Aku terus mjerit. Stopppp!!! Bagi saya masa utk bfikir (padahal td aku dh nk ckp trima je tp bila dh mcm ni.....). Ibu aku plak masuk cmpur.
Dia kata trima jela lamaran dia... Ehh.. apa plak ni??? Bila masa ibu aku muncul ni???? Bukan ke td aku kat surau opis? Dorang paksa aku. Aku mjerit2 kata tidakkkkk...!!!! Nooo....!! tidakkk..!! Noooooooooo..!!! Aku dah menangis t'esak2 ni.

Papppp!!!.....
Aku tjaga.. Huhh??!!! Aku bmimpi rupanya. Yeahh Yeahhh.. aku masih lagi berada di Marutech. Alhamdulillah aku masih lagi dsini.... (for ur information, buat ptma kali aku bsyukur aku brada kat company nih) huhuuu... Uiiissshhh... Dasyat ar mimpi td. Menakutkan.. Tapii... Bleh plak citer DUDA, KAWIN, PENDEK bleh bgabung dalam 1 mimpi..

Remark: Lain kali sblom tido aku akan basuh kaki. Bila tido tak basuh kaki, tu sbb hantu 'carbon black FFN550' menghantui tido ku... Huhuhuu

Tuesday, September 1, 2009

Aku tak buat salah apapon...

Benda ni blaku masa aku pi psraya borong COWBOY kat melaka. Masa tengah leka dok cari barang, tetiba ada sorang makcik/nenek ni tnya loyang buat kueh tu kat bahagian mana? Aku ckp la dengan sopannya, "Mintak maaf mcik (Nak bg warga emas ni rasa muda, aku pggil jela mcik). Saya sendiri tak pasti dan perasan". Mcik tu senyum dan say thnk you kat aku. Aku pon senyum la balik. Tetiba ada la hamba Allah ni (perempuan) lalu sblah aku dan tetiba je dia sound dengan slumbernya, "Hak alah. Poyo dowh minah yg tengah tolak troley ni. Meluat aku tgk".

Mula2 aku dok usha gak minah ni ckp pasal sapa? Jap lagi aku tgk aku sorang je yg tgh tolak troley, yang lalu sblah dia dan confirm takde org lain selain aku ngan akak aku je kat kawasan tu. Wahh.. hati aku panas tetiba2 time2 posa nih. Aku tetap bsabar.

Yang aku herannya, asal lak minah tu tetiba je nk panas ngan aku? Aku tak buat salah apa2 pon. Dia bengang ngan aku sbb nenek tu ke? Nenek dia ke? Tak silap aku tu bukan nenek dia sbb bkali2 aku btembung ngan dia, takde plak dia jalan join ngan nenek tu. Sbb ayat aku yg tlalu sopan tu ke? Aku rasa tak logik sbb sepatutnya aku jwab sopan sebegitu (hormati org tua). Sbb pakaian aku ke? Bgi aku, aku tak la serabai mana dan tak pulak sehebat mana. Just pakai jeans hitam, baju kemeja kotak2 biru/hijau, kasut converse & selendang hitam polka dots. Make up? Biasa je. Just natural make up. Pakai celak, eye shadow hitam yang ala2 smokey (tak brapa pekat. Cair2 gitu), lip balm sheer color. Dah. Tu je. Hmm... Sbb aku cntik?? Opss.. Tu aku tak dpt nk bantu. Hahahahaaaa... Nak marah sbb muka ala2 arab?? Ada skitla tp.... Hidung tak mancung sgt, pipi plak tak merah.. ngeee~ Alaaa..takde kena mengena dengan tu...

Aku tgk minah tu lebih muda dr aku tgk dari segi perwatakan dan style dia. 1st impression aku mengenai dia adalah... Hmm... Umur still muda dlm lingkungan 17-21thn. Cara pemakaian nmpk mcm dia ni minah rempit. Tu je.. Hanya biasa2 je.

Aku ignore jela pasal minah tu. Alaa.. Muda remaja. Mst ada je benda yg tak puas dihati.
Tapiiiiiii...napa ek?? Ooooo... myb sbb eye shadow dia, dia nk buat mcm aku tp tak jadi.. Sbb celak dia kembang.. Hahhaaaaa........ Otak aku pun dah kian mereng(bak kata member jawaku)..

Aku rasa myb dia tak suka tgk aku control kot masa aku ckp ngan mcik tu. Eh..nenek tu. Ehh.. Arrgghh.. mana2 jela. Yela.. mst la kena nmpak ayu kan? Mana tau Tuhan tu nk uji aku ke.. Mana tau tu BAKAL MAK MERTUA aku ke.. kan kan kan???

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...