Wednesday, July 22, 2009

Nasyid

Tetiba je saya dapat idea utk menulis blog utk arini. Itupon setelah melayan perasaan dalam kereta time2 jammed td. Bosan btol... Ari-ari jammed. Tak pernah nak lengang. Lengang pun time ari sabtu. Itupon time sy tak keje. Mmg takde can langsung.

Bila cerita tentang nasyid, sy mula mengenali nasyid ms mula2 kump. RAIHAN menapak di dunia seni di tanah air ini. Dulu nama kump mereka dijulang apabila lagu mereka diterima oleh pendengar dengan lagu sulung mereka i.e 'puji-pujian'. Pada mulanya, penerimaan lagu2 nasyid hanya sekadar mendengar melalui angin sahaja (jarang didengar). Lagu nasyid hanya bkumandang hanya pada hari jumaat (kalau mengikut pendengaran saya). Itupon sebelum solat Jumaat. Tapi bila lahirnya Kump RAIHAN, hari2 dpt dgr nasyid. Syok!

Sy masih ingat. Ms tu sy still kecik lagi. Still main ting-ting kat depan umah nenek. Bila time kul 4-5pm, sy, adik dan akak sy mesti lepak kat depan tv. Bukan nak tgk citer power rangers tapi nk tunggu lagu raihan. Time2 ni la lagu tu akan kuar. Kitorang dh stanby peralatan2 smua.



Gendang-gendangan mengiringi lagu2 nasyid


Complete. Peralatan apa tau? Bangku, kotak tisu, tin biskut dan pencil. Utk apa?? Bila dengar lagu raihan, kitorg smua berangan jadi salah sorang yg tukang main kompang and gendang tu. Tan-tum tan-tum..gedam-gedum gedam-gedum kitorg belasah tin, kotak tisu smua. Sampai kemek2. Tu yang buat nenek sy naik hangin tuh. Maaf ye nekda!! Heheh...

Bila dipikirkan, dengan nasyid tula kita dapat berdakwah secara tak langsung. Bagi ilmu. Sampai budak2 kecik pon dapat didedahkan dengan ilmu keislaman. Btol... Blaja mengucap, tentang iman, 25 rasul, nama2 malaikat & etc.

Oohh ya... Dengan lagu2 ni la rahsia sy dapat A dlm agama. Heheh.. Mau taknya. Ms time peksa, sy nyaris2 kena halau dari examroom sb sy menanyi time exam. Mula2 nyanyi secara bisik. Lama2 t'syok sndri plak (makin kuat plak suara). Haha.. Bila diangankan balik, klakar seh! Masa tu kena jawab soalan nama2 malaikat dan bulan2 islam. Passed!!

Selepas raihan mengambil langkah baik dengan beraninya mencuba nasib dalam berdakwah, mula la kump2 nasyid lain brani tampil mencuba nasib dlm nasyid. Seingat sy kump2 yang penah popular zaman2 nasyid tu raihan, hijjaz (ust Munir punya group. Skrg dia active dlm Astro oasis(zikir2), saujana( dianggotai oleh pelajar2 cemerlang yg kini bkerja sbg doctor, enggineer. Mengikut sumber, ada salah seorang anggotakump ini ingin meninggalkan kerjaya sbg doctor utk mengejar cita2nya utk jd penyanyi yang kini dikatakan berlagak spt seorang wanita dan pernah audition OIM dan menyanyikan women's song. Walahualam. Hope cerita itu tidak benar.), rabbani (terkenal kerana mmpunya anggota kump paling ramai seramai 9 org), the brothers (bukan kedai kereta tapi group yang penah dianggotai oleh Yasin), in-team( byk lagu2 pasal jodoh) dan ramai lagi. Faizal Tahir pon dulu adalah anggota kump nasyid sblom dia jd penyanyi rock.

Kump nasyid tumbuh bak cendawan. Bila dah byk kump, dah jadi tak best. Lagu nasyid tu dh btukar jd lagu bab2 jodoh. Tapi kira ok la. Mcm lagu 'nur kasih'. Mmg sy paling suka lagu tu. Cuma lagu2 lain tu dah mcm melewe2. Jd tak best plak. Music & melody dia pun dh kurang gendang-gendangan. Byk yg ala2 moden. Ada mcm music disco pon ada. Hmmm...

Ms time skolah, sy mmg ratu nasyid. Alhamdulillah dengan suara yg baik kurniaan Allah, sy lebih cenderung dlm bab2 nasyid ni. Ustazah mmg akan suruh sy jd solo dlm mana2 ptandingan nasyid.. Tp skrg, mana nk dpt nyanyi nasyid mcm dulu lagi... Tp berzanji pon boleh la...... ~peace~

Tuesday, July 21, 2009

Kekurangan.........

Berbelanja? Berlebihan... Makanan? Berlebihan... Pakaian? Berlebihan.. Duit belanja? Masih mencukupi, Alhamdulillah... Kasih sayang? Berlebihan dan terasa nikmatnya yang kudapati daripada fmilyku yang tersayang, Alhamdulillah dengan kurniaan Illahi. Tapi saya mmg rasa sy mcm ada kekurangan sesuatu..



Idea berkurangan boleh mendatangkan tension.


IDEA!! Yaaa... idea. Sy kekurangan idea utk mnulis blog. Kalau nk diikutkan, sy punya banyak tajuk untuk dkongsikan dengan kalian. Tapi bila saya ingin memulakan cerita, otak saya mudah kekeringan idea. Sometimes perkara2 mcm buat saya malas utk menulis blog. Adakah saya tmakan byk semut??? Atau makan benda2 y ang boleh melembabkan penjanaan segala pemikiran dlm kepala otak saya ni? Saya sendiri kurang pasti.

Saya seronok mmbaca blog2 bloggers yang lain. Mereka memiliki penceritaan yang menarik. Time tu mula la sy rasa sy ni mmg kekurangan idea tidak seperti dlu yang sentiasa punya cerita dan ayat2 yang best. Tapi sekarang.. tidak lagi. Mungkin kerana sy banyak berfikir dengan perkara2 yang membebankan...??!

Adakah kerana usiaku?? 21,22,23,24,++++seterusnya???!!

OOhhh nooooo..............

Sunday, July 19, 2009

'Aku' kini bertukar............... 'Saya'.

Apa maksudnya? Apa yang dikatakan bertukar?? Setelah lama aku mjadi blogger, kini sudah tiba masanya aku buat sesuatu perubahan yang baik dlm blog ni.

Aku tak nak bahasakan diri aku dengan word "aku"... Aku nak bahasakan diri "saya" dalam blog aku seterusnya. Kenapa ek aku tetiba nak jadi mcm ni??

Adalah... Bakal aku ceritakan dalam next next next episod..... ;)

Sunday, July 5, 2009

Nama kita, kita akan tanggung sampai bila-bila

Korang penah tak dengar nama yg pelik2? Or kadang2 bunyi seakan-akan sama tapi ejaannya punya la susah and sometime rasa nama tu agak memalukan...



Ni kes yang aku bincangkan ngan mmbr aku. Kisah abg dia la. Nama abg mmbr aku ni sepatutnya 'muhammad nurul fakri'. Mak dia pon bgla nama abg dia ni kat nurse. Alaaaa.. Korang paham jela org dulu2. Dengar nama tu dia tau. Tapi nak mengeja, dia tak tau. So, nurse ni pon main hentam jela.... Daripada 'muhammad nurul fakri' dah jadi nama lain plak. 'Muhammad noro pakri'. Sebutan lebih kurang sama je kan??? Tapi hakikatnya... sangat menyedihkan.



Kes pak cik aku pon lebih kurang sama. Ni pak cik aku yg kedua bongsu. Kira mak aku dpt adik ms umo dia dah 21 thn (mak aku merupakan kakak sulung). Mak aku bagi nama kat atok aku supaya senang la nnt atok aku bgtau ngan nurse yang sambut kelahiran pakcik aku tu. Org tua.. Kadang2 sebutan tu tak brapa nk jelas. Jap lagi atok aku dengan confident dgn nama yg mak aku bgkan tu. Mmg dia ingat nama tu dan bgtau kat nurse tu. Jap lagi lain plak jadinya. Nama yg mak aku bg adalah 'Jeffri'. Jap lagi atok aku punya la teror, dia pi sebut 'Jafari'. Pehhh.... Tragis!! Nama tu still lagi tertera kat Mycard pak cik aku.

Kesian.........

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...