Sunday, January 22, 2012

Sebelum cahaya..

Ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah dah temukan jodoh yang tepat untuk mereka dan semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Amin. =)

Hmmm.. Tinggallah aku yang masih single. Ohhhh.. Ramai yang cakap aku tak laku. Hati kecik sikit je tapi bagi aku takde hal la semua tu. Jodohkan Allah yang kasi untuk manusia alam semesta ni. Bukan jodoh di tangan manusia.

Tapi sebelum cahaya yang indah muncul dalam hati aku, aku nak cakap macam ni..

Bakal suamiku...


- Jika aku TIDAK SOLAT, ingatkanlah aku dan ajaklah aku untuk solat bersamamu.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu solat, aku akan cuba untuk mengajar atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.


- Jika aku tidak pandai MENGAJI AL-QURAN, ajarlah aku bermula Alif, Ba, Ta sehingga 30 Juzuk dan Khatam.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu mengaji, akan aku bantu kamu atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak MENUTUP AURATKU, tegurlah aku dan berikanlah aku nasihat yang boleh melembutkan hati supaya aku menutup auratku dan menjaga kehormatanku dengan penuh keikhlasan kerana Allah.


Kamu (bakal suamiku) adalah rahsia Allah buat aku. Aku tidak tahu siapa kamu dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup.. Aku tidak tahu di mana dan bagaimana kita akan bertemu. Adakah di Shopping complex?? Di masjid?? Di library?? Di Mc' Donald?? Di depan ka'abah?? Adakah kamu kawan sekerjaku?? Kawan tadika ku?? Kawan sekolah rendah atau sekolah menengah ku?? Doktor kepada ayahku?? Abang yang tumpahkan kopi di kopitiam?? Orang yang tolong betulkan tayar keretaku masa pancit?? Lelaki yang aku jumpa di Mekah ketika menunaikan Umrah?? Adakah??  Adakah kamu depan mataku atau jauh daripada jasad aku?? (Serius selalu tertanya-tanya dan banyak meneka)

Siapa pun kamu, aku berdoa semoga kamu menerimaku dengan seadaanya. Menyintai aku seberapa lama yang mampu. Menjaga aku seperti menjaga diri kamu. Menyayangi aku seperti menyayangi ibubapa kamu. Melaksanakan tanggungjawab kamu seperti melaksanakan amanah Allah. InsyaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu. Akan aku cuba dan dengan izin Allah, mudah-mudahan... Amin =)

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan insan yang baik hati dan mencintaiku seadaanya. 

Tapi jika Allah tidak mengurniakan jodoh...

"Dik, jodoh kita, nasib dan masa depan kita semuanya ditentukan oleh Allah. Tak semua orang ditaqdirkan Allah mempunyai jodoh di dunia, ada sahaja contoh wanita solehah yg berjuang untuk Islam tanpa kehadiran seorang suami. Allah mengatur dan mengetahui segala2nya dan kepadaNya kita berserah. I am so sure banyak yg Er boleh sumbangkan kepada dunia dan banyak sgt ‘amalan yg boleh mendekatkan Er kepadaNya selain drp jalan hidup berumah tangga." - Kak Serikandi, penasihat Erfiza. 

-Leganya hati-

Aku Bukan Orang Alim Tapi Boleh Bimbingkan??

Aku tau aku bukan orang alim tapi bagilah aku peluang untuk menjadi wanita yang dikasihi oleh-Mu Ya Allah...

Bukan mudah nak jadi orang yang dipandang tinggi dimata Allah. Tapi kita semua boleh berusaha untuk menjadi orang yang sempurna dalam agama yang mulia yakni Islam. Aku mengaku yang aku cetek agama. Sungguh!! Tiga perkara ni adalah masalah utama bagi aku.

Solat - Aku mengaku solat aku umpama gigi yang rongak. Aku tipu Allah. Bila masuk hari yang baru, aku cakap "Harini aku nak sembahyang semua waktu". Tapi bila tiba masanya.... Aku leka. Aku buat kerja lain dulu. Sampai ke penghujung waktu, baru aku kelam kabut nak solat. Solat dah tak khusyuk. Bila aku rasa tak ikhlas nak solat, aku tinggalkan solat aku macam tu je. Terukkan aku?? Bila sedih, bila baca artikal tentang agama, baru aku rasa rindu nak solat dan borak dengan-Mu kan Ya Allah?! Teruknya aku.... *sigh*

"Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang mendirikan solat. Begitu juga dengan anak-anakku. Ya Allah, perkenankanlah doakanku Ya Rabb"
(Doa untuk melembutkan hati kita untuk mendirikan solat dengan ikhlas. Bacalah setelah habis solat supaya kita akan solat selepas masuk waktu seterusnya atau bacalah ketika hati kita liat untuk solat. InsyaAllah.)

Aurat - Kadang-kadang aku pakai tudung yang tidak menutup dada. Tapi sekarang aku dah ubah cara pemakaian aku. Lebih tertutup. Tapi sayang... Aku lebih suka dengar komen/cakap orang daripada perintah Allah. Orang kata bila aku pakai baju yang besar2 ni nampak macam selebet. Lagi nampak gemuk. Time tu, iman aku dah mula lari. Kain kat tangan pun dah mula singkat. Elok2 kain sampai ke pergelangan tangan, dah makin singkat sampai ke siku. Kadang2 atas siku. Pakaian makin ketat sebab orang kata pakai baju 'gedeboh' nampak kolot. Pakai skinny jeans lagi. Haissshhhh... Tapi coppp!!! Aku fikir, pedulik apa dengan orang?? Aku pakai ketat pon, badan aku bukan slim melim macam Nasha Aziz pun kan??? Perlahan-lahan aku tengah kumpul pakaian muslimah.. Mungkin suatu hari nanti aku akan pakai 'niqab'?! Siapa yang tau kan?? Doakanlah.... itulah impian aku sebenarnya. :(


 -Niqab-

Nafsu dan maksiat - Ini adalah segalanya. Campur dengan bisikan syaitan, lagi la menjadi-jadi. Nafsu bila berbelanja tu sangat parah bagi aku sebab kadang-kadang banyak berlaku pembaziran. Susah nak kawal. Kehendak melebihi keperluan. Susah!!! Sedar tak sedar, kita juga banyak terdedah dengan maksiat. Maksiat ni sangat subjective. Tapi aku banyak terdedah dengan maksiat mata. Dunia makin tua ni makin ramai yang pakai seksi-seksi. Hidup majmuk dengan orang yang bukan Islam tak terlepas dengan maksiat sebab aku terpaksa jugak tengok aurat2 yang tak sepatutnya aku tengok. Tapi tak boleh salahkan dorang sebab agama dorang tidak didedahkan dan membolehkan mereka untuk tidak menutup aurat. Hmmm... Bukan nak mengata tai inilah kenyataan zaman sekarang. 'Orang melayu' lebih banyak yang menyerupai orang yang bukn Islam. Perasan tak??? Dah berani pakai seluar pendek. Pakai yang nampak 'alur' pun dah ramai sekarang. Nampak macam best. kadang-kadang hati aku ni macam nak pakai yang macam dorang pakai. Yelaaaa.. Sejuk maaa... Simple & cantik. Tapi syukur Allah tu kurniakan aku badan yang chubby. Ada la rasa segan sikit. Kalau ikutkan kepala gila & tak ingat iman aku ni, mesti aku dah hanyut.. Nauzubillah...

Orang yang bukan alim macam aku ni masih boleh dibimbing kan??? Aku tau family aku dah cukup bersabar mendidik agama buat aku. Aku harap didikan yang aku terima tu akan diteruskan menerusi 'bakal suami'. Aku tau aku bukan sempurna. Mungkin tidak layak untuk 'mereka' kerana kecetekan ilmuku dalam Islam yang mungkin tidak mampu untuk aku mendidik anak-anak mereka yang bakal aku lahirkan kelak. Tapi aku sebagai wanita perlukan bimbingan mereka.



Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...