Thursday, January 27, 2011

Dia sedang bersedih..

Teman aku sedang bersedih, Ya Allah!
Aku tak mampu nak melakukan apa-apa.
Jika kau membenarkan aku untuk memeluknya, aku akan memeluknya tanpa melepaskannya sehingga dia dapat melepaskan lelahnya. 




Aku bukan teman yang baik, Ya Allah. Aku hanya mampu menangis tanpa membantunya.
Bodohnya aku!!
Aku serahkannya kepada-Mu kerana Kau lebih berkuasa dalam melakukan sesuatu..
Semoga Allah melindunginya.

Friday, January 21, 2011

Coretan hati si isteri..


Ya Allah!! Apakah semua ini?? Sesungguhnya dugaan-Mu begitu berat untuk aku pikul Ya Allahu Akhbar. Aku tidak kuat Ya Rabb. Kenapa semua ini berlaku kepadaku Ya Rahman?? Kuatkan hatiku. Aku semakin tenggelam diulit kesedihan Ya Allah.. 


Abi... sampai hati Abi. Ana pernah buat silap ke kat Abi sampai Abi sanggup buat ana begini? Apa silap ana Abi?? Katakan pada ana. Kalau ana silap, ana akan cuba berubah untuk Abi. Tapi, kenapa Abi tak nak cakap apa yang buat Abi rasa tak puas hati dengan sikap ana? Abi cuma diam. Abi tak layan ana. Ana tertanya-tanya Abi. Ana buntu. Ana cuba cari apa kesilapan ana. Ana cuba layan Abi sebaik mungkin, seikhlas hati ana. Ana pujuk Abi supaya bagitau apa kesalahan ana. Akhirnya Abi bersuara. Tapi kenapa bila Abi berbicara, hati ana bagaikan tempat tadahan hujan yang dihujani dengan kesedihan?? Abi bilang ana isteri yang tidak sempurna. Apa maksud Abi?? Sebaknya hati ana. Kenapa Abi cakap ana tidak sempurna? Abi nak ana jadi isteri yg macamana?? Cakap pada ana Abi. Cakap pada ana!! 

Abi... Abi..  Abi pandang mata ana. Abi tenung mata ana ni, bi. Kesempurnaan yang macamana yang Abi cari?? Adakah sebab kita tak punya zuriat?? Abi, kita baru berkahwin Abi. Mungkin Allah masih belom mahu mengurniakan rezeki kat kita, Abi. Kita sabar ya? Sebab ana tak pandai masak?? Tak pandai buat kerja rumah?? Ana akan cuba sedaya-upaya ana untuk belajar masak. Ana akan usaha buat kerja rumah sebaik mungkin. Ana akan usaha, bi. Adakah penampilan ana tidak cantik? Ana akan cuba untuk menjadi isteri yang paling indah di matamu, Abi. Apa saja ana sanggup lakukan. 

Katakan padaku Abi..........

Ana tidak sesempurna wanita yang Abi baru kenal tu Abi?? Apa Abi cakap ni??? Kenapa dengan perempuan tu?? Apa sempurnanya wanita itu di mata Abi?? Napa Abi diam?? Sedihnya hati ana, Abi. Ana betul-betul sedih. Abi telah hancurkan hati ana. Segala perkataan yang keluar dari mulut Abi telah membunuh sedikit kasih sayang ana kepada Abi. Takpela Abi. Ana akan berusaha untuk jadi lebih sempurna dari wanita itu. Ana cintakan abi. Ana akan semaikan cinta kita dengan kebahagian.

Ya Allah!!! Abi, kenapa Abi sanggup menduakan ana?? Abi menikahi wanita itu tanpa pengetahuan ana?? Apa?? Abi dah bernikah selepas beberapa bulan kita bernikah?? Ya Allahu Akhbar. Jantung aku berdegup kencang. Kakiku kebas hendak memijak bumi. Aku dah tak dapat nak menahan airmata. Aku meraung sekuat hati. 

Abi tau tak apa yang Abi dah lakukan?? Kenapa Abi menikahi ana?? Untuk apa, bi?? Untuk apa??? Abi cakap, Abi menyintai ana dan menyintai wanita itu. Diammmm!! Abi tamak! Jika Abi menikahi seorang janda yang memerlukan bantuan, Ana tak kisah Abi. Jika Abi menikahi wanita yang susah, yang miskin, ana redha. Tapi tidak! Abi menikahi wanita yang bisa memenuhi senarai kesempunaan Abi.

Selama ni ana memuji Abi. Abi suami yang baik & sempurna. Abi yang mampu menjadi imam ana. Yang mampu memimpin ana ke arah kebaikan. Tapi ana lupa bahawa Abi juga boleh membawa ana ke jalan kejahatan hati & dendam. Maafkan ana Abi kerana ana tidak mampu untuk memaafkan abi dan wanita yang tidak mampu memahami perasaan wanita lain. Maafkan ana..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku supaya aku mampu untuk menghadapi segala dugaan-Mu dengan waras dan sabar. Aku percaya kepada-Mu bahawa Kau tidak akan mendugaanku dengan dugaan yang melebihi kemampuanku. Aku redha. Cinta dunia itu hanyalah sementara tapi cinta kepada-Mu itu adalah cinta yang hakiki. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Sedihnya hatiku.. Peluklah aku Ya Allah. Aku keseorangan.  
o(╥﹏╥)o



Aku kuat. Aku bukan wanita yang lemah!! Yaa.. Aku akan lawan segala perasaan yang mampu buat aku jatuh tersungkur. Aku akan berjuang demi diriku.


Aku akan menjalani kehidupanku seperti sediakala. Aku mahu lupakan perkara sedih yang bisa buat aku rebah kembali. Aku mahu menjadi hamba-Mu yang redha Ya Allah!! Aku akan cuba untuk menjadi wanita yang solehah.

Sesungguhnya aku menyintai suamiku tetapi cinta itu tidak boleh dipaksa. Apatah lagi direbut. Aku serahkan hidupku kepada-Mu Ya Rabb..

** Ini kisah benar yang bisa menjadi bahan kesedaran untuk menyelami hati seorang wanita. Tidak semua wanita sanggup untuk dipoligami. Kisah ini diadaptasikan melalui novel oleh seorang 'abang' yg berkhidmat sebagai ahli mechanic jiwa. (Aku rs abang tu mesti memahami wanita. Errkk.. yela kot!! Rasa-rasanya, abg tu nak tak bercinta dengan assistant dia yakni aku??? [ ^___+])


Glosari kata:
  • Abi - Panggilan suami.
  • Ana - 'saya' dalam bahasa Arab.




Saturday, January 1, 2011

3 idiots is the best hindi movie 2010

Tajuk dia '3 Idiots' je dah boleh buat kita fikir cerita ni kisah 3 orang budak bodoh. Tula fikiran aku sebelum aku nonton cerita ni tapi bila dah tengok, aku rasa cerita ni cerita paling bijak & buat aku tak jemu. Nonton banyak kali pon takpe. Aku jatuh cinta dengan cerita ni!!   ♥‿♥


Haaa.. Ni la '3 Idiots'nya. Kebijaksaan mereka sebenarnya yang buat orang panggil Idiots. Bengang punya pasal la! Orang lain semua jeles dengan kebijaksanaan dorang. Dorang ni merupakan Engineering's student di sebuah kolej yang terkenal. Hanya pelajar yang layak sahaja yang boleh masuk kolej tu.  


Yang ni RANCHO. Dia mempunyai IQ yang sangat tinggi. Dia memang suka belajar dan suka sangat pada mesin. Pantang nampak apa-apa mesin, mesti dia nak godek. Buka itu, buka ini. Rancho seorang pelajar yang suka memahami sesuatu perkara, bukan dengan menghafalnya. Semua orang di kolej tu ingat dia ni anak orang  kaya tapi disebalik kisah hidupnya, dia merupakan anak yatim yang cool.. 


FARHAN ni pulak suka sangat bidang fotografi. Dia suka tangkap gambar binatang liar tapi dia dipaksa oleh bapanya untuk mempelajari bidang Engineering. Dia terpaksalah turutkan kata bapanya.


Yang cute ni namanya RAJU. Haaaaa.. yang ni aku cop yea sebab muka dia sweet dari pandangan mata aku la. Korang aku tak tau la kan. Raju ni berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya uzur, mak yang tidak bekerja dan mempunya seorang adik perempuan yang masih belum berkahwin kerana pihak lelaki yang ingin mengahwini adiknya itu telah meminta dowry yang sangat tinggi dan keluarganya tak mampu untuk memenuhi permintaan mereka. Itu yang membuatkan Raju sekeluarga susah hati. Dia bercita-cita nak menjadi Engineer sebab dia nak mengubah nasib keluarganya. 


Mereka melakukan segalanya bersama. Tinggal satu bilik lagi. Mereka saling bantu-membantu kalau ada masalah. Ni baru dikatakan sahabat sejati. ^_^


Musuh utama!! Ni la dia CHATHU @ SILENCER. Dia ni seorang pelajar yang bijak dan selalu dapat point yang tinggi dikalangan pelajar yang lain tapi dia tak boleh nak lawan Rancho sebab Rancho lagi pandai. Tu sebab dia menyampah dengan geng 3 Idiots ni. 


Mr. VIRU SAHASTRABUDHHE ni merupakan dekan/pengarah kolej. Dia sangat tegas dan terlalu mengikut sangat prinsip dia. Tu sebab dia punya nama baru kat kolej tu. Dorang semua panggil dia dengan nama VIRUS. Dia ni memang tak suka dengan Raju, Farhan dan terutama sekali Rancho sebab Rancho selalu bangkang apa je dia cakap.


Ini PIA. Buah hati Rancho. Dia seorang doctor dan merupakan anak kepada Virus. Aduhhh... lagi kabut!!


Pada mulanya mereka berdua selalu bertengkar. Pia sangat benci pada Rancho tapi dengan sikap Rancho yang sanggup berkorban demi kawan tu la yang buat Pia jatuh cinta. Fuhhh.. Time tula dia rasa dirinya terbang dan selendangnya ditiup angin..


Mereka mula jatuh cinta tanpa mereka sedari.. Menyanyi dan menari. (korang bleh klik kat video klip kat bawah ni ye. Best lagu ni.)




Virus ni tak habis-habis dengan sikapnya yang ego dan terlalu straight dengan pelajar-pelajarnya. Tak mesra alam dan tak bertimbang rasa. Sikapnya itu la yang buat pelajarnya tension!!


Bila tension, LOBO (pelajar yang tidak grad walaupun dah 4 tahun belajar kat kolej tu) telah membunuh diri kerana Virus selalu tidak mahu menerima ciptaannya kerana bagi Virus, rekaan Lobo tu semuanya mengarut. Akhirnya Lobo putus asa. Kesian dia!! 


Hmmm... Aku suka time ni. Ni part di mana Rancho dan Farhan datang ke rumah Raju. Yang bestnya, bila sampai part rumah Raju je, mesti color bertukar kepada black & white. Konon-kononnya family Raju ni mengingatkan mereka pada zaman 50-an dulu-dulu.. Heheee..


Rancho & kawan-kawannya melakukan kesilapan & akhirnya Raju yang ditangkap kerana Virus nampak muka Raju masa dorang lakukan benda yang dilakukan di luar kesedaran mereka. Raju digantung kolej dan dia sangat sedih sebab dia harus memilih samada Family atau Rancho. Dia perlu memberi jawapan dalam masa 7 minit dan akhirnya dia mengambil keputusan dengan cuba membunuh diri. Tapi dia selamat. Cuma koma je..  o(╥﹏╥)o


Rancho menghilangkan diri selepas konvo. Farhan & Raju cuba untuk mencarinya dan akhirnya baru mereka tahu yang Rancho itu adalah nama tipu. Nama sebenar Rancho adalah PANSUKH WANGDU, merupakan seorang ahli saintis yang berjaya dan kaya.


Happy ending... Rugi gila sapa yang tak tengok cerita ni. Aku salute ar sapa yang buat cerita ni. Memang bijak gila!!


Yang ni '3 Idiot' versi Malaysia.. Hikhikkkk.. Luv both of u!!


⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰
░░░░░░█░█ █▀█ █▀█ █▀█ █░█░░░░░
░░░░░░█▀█ █▀█ █▀▀ █▀▀ ▀█▀░░░░░
░░░░░░▀░▀ ▀░▀ ▀░░ ▀░░ ░▀░░░░░░
█▄░█ █▀▀ █░█░█░░█░█ █▀▀ █▀█ █▀█
█░██ █▀▀ █░█░█░░▀█▀ █▀▀ █▀█ ██▀
▀░░▀ ▀▀▀ ░▀▀▀░░░░▀░ ▀▀▀ ▀░▀ ▀░▀
⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★
████▓░████▓░░░█▓░░░█▓
█░░█▓░██░█▓░███▓░███▓
░░░█▓░██░█▓░░░█▓░░░█▓
░░█▓░░██░█▓░░░█▓░░░█▓
░█▓░░░██░█▓░░░█▓░░░█▓
██░█▓░██░█▓░░░█▓░░░█▓
████▓░████▓░░░█▓░░░█▓

*** Thanks to member facebook aku, Kechix @ Muhammad Hidayat yang rekemenkan aku cerita ni. Thanks a lot dude!!

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...