Friday, January 21, 2011

Coretan hati si isteri..


Ya Allah!! Apakah semua ini?? Sesungguhnya dugaan-Mu begitu berat untuk aku pikul Ya Allahu Akhbar. Aku tidak kuat Ya Rabb. Kenapa semua ini berlaku kepadaku Ya Rahman?? Kuatkan hatiku. Aku semakin tenggelam diulit kesedihan Ya Allah.. 


Abi... sampai hati Abi. Ana pernah buat silap ke kat Abi sampai Abi sanggup buat ana begini? Apa silap ana Abi?? Katakan pada ana. Kalau ana silap, ana akan cuba berubah untuk Abi. Tapi, kenapa Abi tak nak cakap apa yang buat Abi rasa tak puas hati dengan sikap ana? Abi cuma diam. Abi tak layan ana. Ana tertanya-tanya Abi. Ana buntu. Ana cuba cari apa kesilapan ana. Ana cuba layan Abi sebaik mungkin, seikhlas hati ana. Ana pujuk Abi supaya bagitau apa kesalahan ana. Akhirnya Abi bersuara. Tapi kenapa bila Abi berbicara, hati ana bagaikan tempat tadahan hujan yang dihujani dengan kesedihan?? Abi bilang ana isteri yang tidak sempurna. Apa maksud Abi?? Sebaknya hati ana. Kenapa Abi cakap ana tidak sempurna? Abi nak ana jadi isteri yg macamana?? Cakap pada ana Abi. Cakap pada ana!! 

Abi... Abi..  Abi pandang mata ana. Abi tenung mata ana ni, bi. Kesempurnaan yang macamana yang Abi cari?? Adakah sebab kita tak punya zuriat?? Abi, kita baru berkahwin Abi. Mungkin Allah masih belom mahu mengurniakan rezeki kat kita, Abi. Kita sabar ya? Sebab ana tak pandai masak?? Tak pandai buat kerja rumah?? Ana akan cuba sedaya-upaya ana untuk belajar masak. Ana akan usaha buat kerja rumah sebaik mungkin. Ana akan usaha, bi. Adakah penampilan ana tidak cantik? Ana akan cuba untuk menjadi isteri yang paling indah di matamu, Abi. Apa saja ana sanggup lakukan. 

Katakan padaku Abi..........

Ana tidak sesempurna wanita yang Abi baru kenal tu Abi?? Apa Abi cakap ni??? Kenapa dengan perempuan tu?? Apa sempurnanya wanita itu di mata Abi?? Napa Abi diam?? Sedihnya hati ana, Abi. Ana betul-betul sedih. Abi telah hancurkan hati ana. Segala perkataan yang keluar dari mulut Abi telah membunuh sedikit kasih sayang ana kepada Abi. Takpela Abi. Ana akan berusaha untuk jadi lebih sempurna dari wanita itu. Ana cintakan abi. Ana akan semaikan cinta kita dengan kebahagian.

Ya Allah!!! Abi, kenapa Abi sanggup menduakan ana?? Abi menikahi wanita itu tanpa pengetahuan ana?? Apa?? Abi dah bernikah selepas beberapa bulan kita bernikah?? Ya Allahu Akhbar. Jantung aku berdegup kencang. Kakiku kebas hendak memijak bumi. Aku dah tak dapat nak menahan airmata. Aku meraung sekuat hati. 

Abi tau tak apa yang Abi dah lakukan?? Kenapa Abi menikahi ana?? Untuk apa, bi?? Untuk apa??? Abi cakap, Abi menyintai ana dan menyintai wanita itu. Diammmm!! Abi tamak! Jika Abi menikahi seorang janda yang memerlukan bantuan, Ana tak kisah Abi. Jika Abi menikahi wanita yang susah, yang miskin, ana redha. Tapi tidak! Abi menikahi wanita yang bisa memenuhi senarai kesempunaan Abi.

Selama ni ana memuji Abi. Abi suami yang baik & sempurna. Abi yang mampu menjadi imam ana. Yang mampu memimpin ana ke arah kebaikan. Tapi ana lupa bahawa Abi juga boleh membawa ana ke jalan kejahatan hati & dendam. Maafkan ana Abi kerana ana tidak mampu untuk memaafkan abi dan wanita yang tidak mampu memahami perasaan wanita lain. Maafkan ana..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku supaya aku mampu untuk menghadapi segala dugaan-Mu dengan waras dan sabar. Aku percaya kepada-Mu bahawa Kau tidak akan mendugaanku dengan dugaan yang melebihi kemampuanku. Aku redha. Cinta dunia itu hanyalah sementara tapi cinta kepada-Mu itu adalah cinta yang hakiki. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Sedihnya hatiku.. Peluklah aku Ya Allah. Aku keseorangan.  
o(╥﹏╥)o



Aku kuat. Aku bukan wanita yang lemah!! Yaa.. Aku akan lawan segala perasaan yang mampu buat aku jatuh tersungkur. Aku akan berjuang demi diriku.


Aku akan menjalani kehidupanku seperti sediakala. Aku mahu lupakan perkara sedih yang bisa buat aku rebah kembali. Aku mahu menjadi hamba-Mu yang redha Ya Allah!! Aku akan cuba untuk menjadi wanita yang solehah.

Sesungguhnya aku menyintai suamiku tetapi cinta itu tidak boleh dipaksa. Apatah lagi direbut. Aku serahkan hidupku kepada-Mu Ya Rabb..

** Ini kisah benar yang bisa menjadi bahan kesedaran untuk menyelami hati seorang wanita. Tidak semua wanita sanggup untuk dipoligami. Kisah ini diadaptasikan melalui novel oleh seorang 'abang' yg berkhidmat sebagai ahli mechanic jiwa. (Aku rs abang tu mesti memahami wanita. Errkk.. yela kot!! Rasa-rasanya, abg tu nak tak bercinta dengan assistant dia yakni aku??? [ ^___+])


Glosari kata:
  • Abi - Panggilan suami.
  • Ana - 'saya' dalam bahasa Arab.




No comments:

Sharing is Caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...